Showing posts with label ac milan pun steady jugak. Show all posts
Showing posts with label ac milan pun steady jugak. Show all posts
Wednesday, March 7, 2012
Ok Lah Tu Tiga Kosong
1. Nyaris nyaris gua dah nak bersabda kalau Arsenal layak.
2. Doa orang teraniaya macam gua selalu makbul. Tapi tu lah, gua doa Arsenal menang. Lupa pulak nak doa Arsenal layak. Aiseh..
Thursday, February 16, 2012
Mau Rileks Sikit
Berat buat Wenger, berat lagi nak menjawab pada peminat.
Dalam bola sepak, ada dua faktor yang kita akan nilai sama ada kita berpuas hati atau tidak dengan keputusan sesuatu perlawanan. 2 benda je, menang-kalah dan corak permainan. Aku rasa semua orang dah tahu prinsip ini. Kalau menang dengan permainan cantik. Itu kredit. Kalau menang dengan permainan tak cantik tambah dengan bantuan penalti dari pengadil. Itu konspirasi. Kalau kalah dengan permainan cantik. Itu boleh diterima. Kalau kalah dengan permainan tak cantik. Itu mengundang kemarahan.
Kalau kalah dengan perkauman. Itu Suarez... dan Evra yang mak dia hitam.
Macam malam tadi. AC Milan menang dengan permainan yang cantik. Arsenal kalah dengan permainan serupa terkena buatan orang. Hantaran ke mana, control ke mana, tergelincir ke mana. Hantar lah sepuluh Henry sekalipun, belum tentu Arsenal boleh menang ke atas AC Milan yang ada prestij tersendiri semasa perlawanan malam tadi.
Kita tak dapat pasti lagi tentang apa masa depan dan faktor Arsene Wenger dalam Arsenal yang tampak serba tidak menjadi lewat ini. Namun, beban ini patut di letak ke atas bahu pemain Arsenal yang seakan sudah kehilangan semangat serang menyerang bertali arus pada era Invincible. Kehadiran King Henry (Farewell for King Henry) masih belum boleh dimengertikan oleh pemain-pemain belian mahal di Arsenal dan pemain-pemain senior Arsenal tentang kepentingan simple set-piece attacking, breaking through from the middle, dribble one-and-pass dan rembatan di luar kotak penalti. Yang ada hanyalah, dan sentiasa berulang, hantaran bola sia-sia, overlap-dribble from side-back (padahal guna sistem flanker 4-5-1, kesian aku tengok Sagna), dan loophole pertahanan-pertahanan Arsenal yang masih tak ditutup.
Kita sering menyangka (mungkin Wenger menyangka), AC Milan tidak reliable untuk fitness-duration-match. Sebab sering dimomokkan dengan istilah 'kuda tua' pada AC Milan. Berdasarkan rekod match AC Milan lepas sebelum knock-out 16, AC Milan banyak melepaskan jaringan pada minit 70 ke atas. Iaitu minit di mana semua pemain akan mula bertanding kecergasan saat akhir. Selalunya kalau team 'kuda tua', waktu inilah paling bahaya kerana kecergasan mereka lebih menurun. Arsenal mungkin berkelebihan untuk lebih menyerang dengan serangan larian pantas.
Namun, AC Milan tetap AC Milan. Jaringan ketiga oleh Robinho adalah penyebab rentak Arsenal terencat, fitness-duration-match boleh campak dalam longkang tambah bila AC Milan mula menggunakan 4 pertahanan dan satu sweeper.
Serba tidak menjadi dan AC Milan tak seperti dahulu. Kalau menang dengan AC Milan, tapi tak layak pun tak guna juga. Eh? Pasukan mana tu?
Segalanya terlewat untuk Arsenal malam tadi. Tepukan hormat buat AC Milan yang bermain lebih baik. Aku sendiri jika di Serie A, lebih menyokong AC Milan berbanding Inter dan Juventus.
Tapi, aku masih optimis untuk mengatakan 'Bangkit dan Forward' pada second-leg untuk Arsenal. Letaklah dua striker selepas ini ke, ikutlah. Wenger pasti lebih tahu. San Siro ada hantu tersendiri. Dengar chant Ultras AC Milan sendiri aku meremang bulu roma. Aku harap Ultras Arsenal di Emirates boleh beri kehantuan bila second-leg. Sebab dua-dua pasukan guna penaja sama, bila bermain di stadium penaja, Arsenal mungkin boleh tapau AC Milan balik setidak-tidaknya 7-1.
Takde hal lah bhai.
Seronok Perdana Menteri kita. Eh kejap, malam tadi menyu ada game ke?
Wednesday, February 15, 2012
Clash Of The Titans
Abang Besar punya last game.
lawan
Abang Besar still in the game.
Gua rasa game ini mesti cemerlang terbilang. Arsenal menang 9-0.
Astaghfirullah, tak layak ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)
