Showing posts with label Bakat Baru. Show all posts
Showing posts with label Bakat Baru. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

KEMPEN BANTU MUHD ARIFF BIN ZULKIFLY


Di sini kami para pengulas Sokerleaks berpendapat dan bersependapat mahu bersama meringankan semangat anak muda kelahiran Ampang, Selangor yang bersemangat untuk menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.

Pencapaian
- Bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara,
- Pernah mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010,
- Pernah mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008

Kos untuk menjalani ujian selama enam bulan dan kos minimum lebih kurang RM14,000.

Jika sesiapa berminat untuk meringankan kewangan Muhd Ariff di sini kami sertakan no akaun CIMB Muhd Afiff

NAMA : Muhd Ariff Bin Zulkifly
BANK : CIMB BANK
NO AKAUN : 12840005342525

Mari bersama sama membantu membangunkan industri bola sepak Malaysia yang mula meningkat sedikit demi sedikit bersama sama kami. Kita jangan harapkan FAM sahaja, kita juga mampu mengubah "emosi" bola sepak kita.

Simpan Slip transfer duit tu, Siap siap frame, bila budak ni main dekat luar negara satu hari nanti, berbanggalah pada diri sendiri kerana anda telah menolong bakat yang ada pada Muhd Ariff ni.

Kadang kadang kami jahat. Tetapi kami juga baik hati.

Monday, November 28, 2011

Dari sini, kita dah nampak bahawa bakat tu lebih penting dari pengalaman.

Ye dak?

Zulfadli Zulkifli, 19 tahun.

Mamat ni menjadi juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan awal November lepas. Wajah yang ada iras-iras Douglas Lim, kulit cerah dan mata sepet menyebabkan aku pada mulanya bertanggapan bahawa beliau adalah adik kepada Dato Lee Chong Wei. 

Secara realitinya, badminton kini dikuasai sepenuhnya oleh negara China dari perseorangan lelaki(nombor 1 jadahnya LCW ni kalau asyik kalah dengan Lin Dan) sehinggalah ke beregu campuran. Jadi, tak hairanlah mengapa di Malaysia sendiri, bangsa Cina sahaja yang majoritinya bersungguh-sungguh mewakili Malaysia dalam permainan ini berbanding bangsa Melayu yang hanya bersungguh-sungguh untuk main petang-petang dengan adik-abang. 

Dengan adanya Zulfadli, BAM tak perlu risau dan tidur sambil tangan atas dahi memikirkan nasib badminton negara, bila saat LCW sudah bersara dan menghabiskan wang-wang kemenangannya di klubing, kerana inilah dia The Second Misbun dan pengganti LCW. Nak harapkan Arif Latif? Ermmmmmmm...  Sayur la jawabnya.





Aaliyah Yoong Hanifah, 8 tahun.

Zaman aku 8 tahun dulu, aku tak pernah terfikir untuk menyumbang apa-apa kepada negara. Yang aku tahu, kalau terlepas Dragon Ball hari Ahad, memang sampai ke Youtube aku cari ulangan dia. Celaka apa , zaman itu aku sendiri tak tahu apa itu Youtube, haiwan kah? atau manusia kah? Jadi, berkubur macam tu sahaja lah impian yang aku pasang tiap-tiap minggu.

Berbeza dengan kanak-kanak ini. Mula bermanja-manja dengan air sejak berusia 7 bulan dan mula berkecimpung dalam industri ski air ini sejak usianya 5 tahun lagi. Peh.

Ternyata bakat menewaskan segala-galanya apabila Aaliyah berjaya merangkul pingat emas dalam acara ski air kategori tricking dengan menewaskan peserta yang jauh lebih berkedut dari dia, Sarreya, 34 dari Thailand dan seterusnya, memegang title sebagai peserta termuda memenangi pingat emas untuk SEAG.





Nazmi Faiz Mansor, 17 tahun.

Ketika rakan-rakan yang lain sedang berhempas-pulas mengharungi peperiksaan SPM yang serupa neraka, beliau(Faiz) secara drastiknya telah menunjukkan bakat dan kehebatan beliau yang sebenar kepada peminat bola sepak tanah air ketika beraksi di Sukan SEA baru-baru ini yang dianjurkan di negara yang masih belum mencapai tahap ketamadunan sebenar seperti mana yang telah negara kita capai. 

Seorang pemain berusia belasan tahun yang telah menyebabkan Mofasad meng-aplod video corak permainan beliau di laman Sokerleaks dengan harapan ejen-ejen luar dapat menilai dan mempelawa beliau untuk bermain di liga luar sudah semestinya satu perkara yang harus kita pandang secara positif dan berjaga-jaga.

Sekali lagi mamat tersebut membuktikan bahawa beliau layak untuk tidak menduduki SPM tahun ini setelah menyelamatkan Malaysia dari dibelasah 3-1 malam semalam. Ya, sepanjang karier aku sebagai penyokong bola sepak Malaysia, perlawanan malam tadi adalah perlawanan yang paling bangang dalam sejarah. 

Nazmi juga menyebabkan para makwe khususnya budak sekolah, menukar gambar profail mereka dari gambar depan cermin dengan kamera 2 m.p kepada gambar Nazmi gentel bola.

Nak tak nak aku juga kena terima hakikat bahawa tahap permainan dan skil aku pada umur sebegini belum cukup untuk menandingi kelincahan mamat ni. Kah.

+++

Moral of the story : Kalau tak ada bakat, ke laut juga jawabnya.

Moral of the other story : Safee Sali dulu pun pernah dikutuk padu oleh pendukung-pendukung bola sepak Malaysia, jadi tak mustahil lah jika satu hari nanti kita dapat lihat Fakri Saarani juga bermain di klub-klub luar. Liverpool atau Arsenal misalnya. 

Hah. Sekian laporan.







Gambor suka-suka

Thursday, November 24, 2011

AKSI NAZMI FAIZ DI SUKAN SEA

Antara aksi aksi nazmi faiz yang menarik perhatian peminat bola sepak malaysia. Orang kata peluang dah terbuka main betul betul, dan nazmi faiz sudah membuktikan dia mampu menanggung beban yang di berikan,

Harap sangat ada agen agen bola sepak dekat luar sana, perasan dan lihat video dia ni sekali gus salah satu cara untuk membawa nazmi faiz ini bermain di liga luar.