Tuesday, May 29, 2012

Euro 2012 - Stadium Of Hate - NSFE (Not Safe For Evra)

Sebagai fan Argentina, aku sebenarnya tak ambik pot pun pasal Euro 2012. Tetapi bila dah ada kejohanan besar macam ni, walaupun tidak ada pasukan yang disokong, aku tengok juga. Macam Champions League la juga, mana ada Liverpool, tapi aku tengok juga.

Anyway walaupun tidak ada pasukan kegemaran, aku cuma mengharapkan Belanda untuk layak ke final dan menang. Mungkin kerana gol Dennis Bergkamp tahun 1998 menentang Argentina yang walaupun mengecewakan aku, tapi sebab gol itu cantik, aku jadi respect dengan Belanda. Atau mungkin rival utama Belanda ialah Jerman, kerana aku tak suka Jerman sejak 1990 - di mana Rudi Voeller diving dan Jerman menang penalti lawan Argentina di Italia 90.

Anyway, itu semua tak penting. Yang penting adalah kejohanan Euro tidak akan berlangsung dengan aman. Semalam ramai kawan-kawan dari UK tweet tentang dokumentari di BBC - Stadium of Hate. Dokumentari ini adalah tentang racism dan anti-semitism yang sungguh kuat di Eropah Timur. Poland dan Ukraine adalah tuan rumah tahun ini - jadi aku rasa elok juga kalau korang tengok ni.

Ah sebelum tu, sacrebleu Patrice Evra! Kalau dengan Luis Suarez pun kau dah hati pisang, kalau pergi sini alamatnya tak payah mainlah.

Kesimpulannya, racism ni ada di mana-mana. Cuba nak halang, cuba nak basmi, tapi ia tetap akan ada. Bak kata George Carlin, "in World War 2, Nazi Germany lost in war, but fascism wins".

Kalau Evra main juga, apa aku boleh katakan, bonne chance.



Sunday, May 27, 2012

EuroLeaks: Kenali Pengadil Euro 2012

Tinggal beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan mula berlagak menjadi konon-kononnya warganegara Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan sebagainya. Itulah penangan Kejohanan Eropah yang juga dikenali sebagai EURO. Sokerleaks sebagai satu portal bolasepak juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan England tersungkur awal, Itali bermain macam cilaka, Sepanyol dikejutkan Ireland, Belanda menjulang kejuaraan dan tak lupa Presiden FAM kekal menerajui tampuk pimpinan untuk 2 penggal seterusnya.


Sebelum itu mari kita kenali pengadil-pengadil yang akan bertugas sepanjang kejohanan di Poland dan Ukraine ini. Jangan risau, pengadil terlejen kita; Sukri Nor tidak terlibat. Sukri terlampau power untuk mengadili perlawanan-perlawanan bertaraf antarabangsa ini. 


Baiklah, mari kita terus berkenalan dengan abang-abang referee euro kita. Berikut adalah senarainya


Nama: Cuneyt Cakir (nama manja Conet. Ala comelnyeww)
Asal: Istanbul, Tukiye
Pekerjaan: Agen Insuran
Keistimewaan: Pada 2007, Conet mengadili perlawanan Liga Turki antara Vastel Manissapor dan Sakaryaspor. Conet terpaksa memberhentikan perlawanan selama 37 minit kerana diserang dan dicekik penjaga gol Manissapor; Bulent Ataman. Akibat kejadian tersebut, Ataman digantung 12 perlawanan dan Conet pula lebam sebelah biji matanya akibat ditumbuk jurulatih penjaga gol Manissapor.
Ramalan Sokerleaks: Di Euro nanti Conet dijangka akan menerima tumbukan dari pemain Itali, Mario Balotelli.






Nama: Jonas Eriksson
Asal: Sigtuna, Sweden.
Pekerjaan: Agen Televisyen
Keistimewaan: Seorang jutawan. Jadi nak try rasuah ke apa ke payah sikit la.
Ramalan SokerLeaks: Perlu menguruskan sedikit bahagian perut itu untuk meningkatkan stamina dan kredibiliti seorang pengadil








Nama: Victor Kasai
Asal: Tatabanya, Hungary
Pekerjaan: Ahli perniagaan dalam hal ehwal 'printing sales'
Kesitimewaan: Penerima anugerah Golden Whistle pada tahun 2010, iaitu anugerah pengadil terbaik didunia sepanjang tahun
Ramalan SokerLeaks: Antara calon awal yang mampu menempatkan diri sebagai pengadil perlawanan akhir nanti



Nama: Bjorn Kuipers
Asal:
Oldenzaal, Belanda
Pekerjaan:
Pemilik pasaraya
Keistimewaan:
Pada awalnya dia dijangka bakal menggalas tugas mengadili perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini, namun disebabkan sedikit perbezaan pendapat dengan pengerusi kepengadilan UEFA; Pierluigi Collina, dia digugurkan. Setiap kali sebelum perlawanan, kuipers akan menonton video pasukan-pasukan yang akan berlawan bagi memudahkan tugas beliau nanti dengan mengetahui bahagian mana pasukan tersebut lebih suka bermain.
Ramalan SokerLeaks:
Konpem tak akan mengadili perlawanan akhir. Ye la, dah Belanda yang main final nanti. Ye dak?


Nama: Stephane Lannoy
Asal:
Sailly sur la lys, Perancis
Pekerjaan:
Pengedar video games
Keistimewaan: Memulakan kariernya sebagai pemain bola sehinggalah pada umur 20 tahun, dia merasakan bersara dan menceburi bidang kepengadilan kerana merasakan dirinya tak bagus nak bermain bola.
Ramalan SokerLeaks: bagus Lanoy ni, sedar diri tak power main bola. Bukan macam Andy Carrol tu.


Nama: Pedro Poenca
Asal: Lisbon, Portugal
Pekerjaan: Pengurus Kewangan
Keistimewaan: Poenca pernah melayangkan kad kuning kepada pemain Hapoel Tel-Aviv kerana meraikan jaringan dengan memakai yarmulke (kopiah yahudi). Poenca juga pernah di-headbutted seorang yang tidak dikenali di sebuah pasaraya berhampiran Estadio Da Luz (Stadium Benfica)
Ramalan SokerLeaks: Merupakan pengadil yang bertugas ketika Chelsea menumpaskan Bayern dalam perlawanan akhir UCL, makanya dia menjadi antara pengadil yang berkaliber dan mungkin boleh ditugaskan di final nanti


Nama: Nicola Rizzoli
Asal: Bologna, Itali
Pekerjaan: Arkitek
Keistimewaan: Sebagai wakil dari Itali, Rizzoli menjadi harapan besar untuk mengikut jejak langkah pengadil terlejen Pierluigi Collina.

Ramalan SokerLeaks:
Peluang agak besar untuk mengadili perlawanan peringkat suku-akhir, separuh akhir dan final memandangkan Itali dijangka bungkus awal di peringkat kumpulan





Nama: Damir Skomina
Asal: Koper, Slovenia
Pekerjaan: Real estate agent
Keistimewaan: Seorang yang agak cuai apabila pernah tertinggal persalinan pengadilnya (yg mempunyai lambang FIFA) di bilik persalinan
.
Ramalan SokerLeaks:
Antara ref terjambu dalam Euro 2012 dan pastinya bakal menambat hati makwe-makwe diluar sana.



Nama: Wolfgang Stark
Asal: Ergolding, Jerman

Pekerjaan:
Pekerja Bank
Keistimewaan:
Pada musim 2011, Majalah Kicker membuat undian terhadap 286 pemain Bundesliga mengenai siapakah pengadil paling teruk dan Stark menjadi pilihan mereka. Juga pernah ditumbuk pemain Herta Berlin di bilik persalinan pengadil.
Ramalan SokerLeaks: Antara pengadil yang dibenci pemain dan pengurus pasukan, semestinya kebanyakan dari mereka berdoa agar Stark tidak mengadili perlawanan mereka.



Nama: Craig Thomson
Asal: Paisley, Scotland

Pekerjaan:
Peguam (construction law)
Keistimewaan: Thomson pernah mengeluarkan idea untuk menukar ketinggian tiang dan palang gol untuk membuatkan perlawanan bertambah menarik.

Ramalan SokerLeaks:
Kurang berpotensi untuk menyerlah. Mungkin ditugaskan diperlawanan membosankan seperti Greece-Poland



Nama: Carlos Velasco Carballo
Asal: Madrid, Sepanyol
Pekerjaan: Engineer
Keistimewaan: Purata layanan kad kuning yang diberikannya La Liga musim lepas adalah 6 kad kuning untuk satu perlawanan. Dahsyat.
Ramalan SokerLeaks: Euro2012 merupakan kejohanan terbsear pertama Carlos, mungkin sukar untuk mencabar pengadil-pengadil lain yang lebih senior dalam kejohanan kali ini.



Nama: Howard Webb
Asal:
Rotherham, England
Pekerjaan:
Polis pangkat sarjan dan pemain ke-12 Manchester United (part-time)
Keistimewaan: Si Botak ini pernah menerima ancaman bunuh dari Perdana Menteri Poland pada Euro2008. Si Botak ini juga antara individu yang bersetuju untuk membenarkan penggunaan chip dalam bola dan video replay
.
Ramalan SokerLeaks:
Si Botak ini dijangka menjadi pilihan utama untuk mengadili perlawanan akhir berdasarkan pencapainnya mengadili final Piala Dunia 2010 yang lalu dan peluang bertambah cerah untuk dirinya memandangkan pasukan negara kelahirannya sentiasa pulang awal di kejohanan-kejohanan besar.


Sekian sahaja ulasan Euro untuk kali ini. Semoga pengadil yang bertugas menjalankan tugas sebaik mungkin dan menolak amalan rasuah kerana rasuah itu merosakkan ummah.


sumber: wikipedia dan
world referee

Friday, May 25, 2012

Liga Super : 3 pasukan pilihan anda temani Kuala Lumpur

Saingan Liga Super menganjak ke lepas separuh musim. Banyak yang boleh aku coretkan sepanjang perjalanan liga ini berlangsung. Tapi untuk kali ni aku lebih senang untuk berbicara tentang Relegation Battle Zone. Sebelum hanya ada satu perlawanan pada 26/05/2012, inilah kedudukan semasa liga :

Liga Super dijadualkan bersambung kembali pada 15/06/2012

Seramai 6 pasukan yang dikenal pasti tergolong dalam Relegation Battle Zone ini iaitu Sarawak, PKNS, Felda United, Sabah, Kedah dan Johor FC. Manakala, bagi pasukan peberet Abam Berto, selamat datang ke Liga Perdana diucapkan in advance!

sila klik untuk paparan lebih jelas


SARAWAK

Maximun point - 24, Predict point - 11

Bermain 18 perlawanan dengan 23 mata, 4 mata dari Relegation Zone. Tidak boleh dianggap selamat. Bakal menentang pasukan peberet seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan, menjanjikan satu perjalanan yang berliku buat Sarawak andai mahu kekal di Liga Super musim depan. Jika tidak, mungkin rentong stadium dibakar setelah FRU dipukul tempoh hari.

PKNS

Maximum point - 27, Predict point - 7

Pendatang baru Liga Super dengan tittle Juara Liga Perdana 2011 dilihat kurang memberi impak. Boleh dilabel sebagai pasukan pengacau di mana acap kali melakukan upset. 8 kali seri cukup membuktikan mereka ke Liga Super kali ini hanya untuk menjadi pakar seri. Berbaki 9 perlawanan, sila kembali ke Liga Perdana musim depan andai gagal menerbitkan upset kemenangan.

FELDA UNITED

Maximum point - 24, Predict point- 7

Pasukan yang boleh dikatakan cemerlang bermain di laman ‘tumpangan’ sendiri tapi terkulai layu bila bermain di tempat lawan. Baki perlawanan yang rata-rata seimbang. Masih berpeluang kekal di Liga Super andai kata ‘bad boys with high temper’ boleh mengawal emosi dan menerajui pasukan mencipta kemenangan.

SABAH

Maximum point - 27, Predict point - 9

Mengekalkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang lawan dan badi ini bakal terhapus ketika menentang Kuala Lumpur kelak. Rentetan siri kecederaan Michael Baird dan kurang keberkesanan Brendan Gan, boleh dikategorikan sebagai inverstment yang ‘ok la’. Gunakan kuasa Sumandak anda, pasti kekal di Liga Super!

KEDAH

Maximum point - 27, Predict point - 8

Pasukan peberet Penulis.Sahaja. Politik dalaman masih lagi tidak selesai, sedikit sebanyak membantu menjahanam pasukan ini yang satu ketika dulu gah dengan treble. Mula mencipta kemenangan sekembalinya Wan Jamak dari penggantungan. Prestasi ala yo-yo ini membuatkan Kedah, pasukan yang sukar diramal.

JOHOR FC

Maximum point - 30, Predict point - 11

2 tahun berturut-turut menjadi kelab terbaik sebelum disambar T-Team pada musim lepas. Kelab paling konsisten dalam sejarah bola sepak Malaysia. Berjaya menarik beberapa nama besar ke selatan tanah air. Mampukah Sazali Saidon menggalas tugas yang ditinggalkan K. Devan? Umpama menggalas mimpi mustahil. Beruntung jika masih kekal walau di Liga Perdana, lebih parah jika dipancung terus.

KUALA LUMPUR

Maximum point - 27, Predict point - 1

To be fair, aku kena ulas juga pasukan ni walau tak menjanjikan apa-apa melaenkan kekalahan berturut-turut berselang-selikan seri. Bermasalah dari awal musim dan merupakan calon terbaik relegate tanpa melalui play-off. Tabah la wahai Berto. KL relegate, Spurs tak layak UCL, Bayern kalah final UCL. Kesiannn..

Pasukan Kuala Lumpur pada aku, memang sah-sah la tersingkir. 3 lagi pasukan pilihan aku yang bakal bermain di play-off hujung musim ini ialah PKNS, Kedah dan Johor FC. Ini cuma andaian dan bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi, Kuala Lumpur terselamat dari zon penyingkiran misalnya.

Jadi, 3 pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk temani Kuala Lumpur ke Liga Perdana musim depan?

Sunday, May 20, 2012

Chelsea, the champion of europe.



Pertama sekali, gua mintak maaf diatas kelewatan meng-up-kan entry ini. Train gua dari munich pagi tadi delayed. Gua syak conductor train mogok bayern kalah. 


Walaupun, Bayern Munich terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 83, hasil jaringan, Thomas Müler, Chelsea just persetankan je semua tu. Selagi referee tak tiup wisel 90 minit, takde makne nya nak kata throphy tu milik Bayern. Abang Drogba semangat tak pernah reti nak luntur. Lawan tetap lawan. And then minit 88, ambik kau Nueur padan muka sekali Drogba bagi sebijik. Tapi tahukah anda siapa diantara yang pemberi semangat kepada Abam Drogba ni disaat game berbaki beberapa minit je lagi? Pemberi semangat nya ninndia, player muda ni hah, Juan Mata, memberi semangat dengan ayat simple yang gua pon mampu bagi. "Abam, you must believe, you must believe abam."   

Drogba berevolusi dari Levallois, Le Mans, Guingamp, Marseille, and then to Chelsea and won the Champions League at Allianz Arena. Drogba ni memang takde sape boleh sangkalkan kepoweran beliau. After 8 tahun di chelsea, he finally won the champions league. Drogba power, drogba lejen.



Petr Cech juga, membuktikan kepoweran beliau kepada dunia. 6 penalties dan 6 kali jugak la dia dapat agak bola tu. Menang Champions League pada malam sebelum hari ulangtahun kelahiran yang ke 30, of course la it was the best gift ever kan bagi Petr Cech. Dari sumber gua yang gua rasa boleh dipercayai, bila ditanya apa benda alah yang inspired dia untuk try the best untuk selamatkan penalty dari Robben semasa waktu tambahan, Abam Cech dengan ikhlas mengatakan bahawa bila dia mendengar ref tiup wisel dan memberikan penalti kepada bayern, kesalahan dari Drogba, dia rasa dia harus save the penalty sebab Drogba berhak merasakan kemenangan ni.



Gambar saat bersejarah ni gua rasa semua fan chelsea kena framekan dan mohon gantung kat dinding rumah.



Di Matteo ni kalau tak jadi permanent manager kat chelsea lepas ni, gua rasa confirm ada yang tak kena dengan Abramovich tu. He brought Champions League trophy to Stamford Bridge. Kalau tak jadi permanent manager jugak, sah sah Abramovich jenis tak reti bersyukur.

Seronok betul dapat pegang trofi telinga besar.



Perjalanan Chelsea di Champions League 2012:
Group Stage :

Chelsea 2 - 0 Leverkusen
Valencia 1 - 1 Chelsea
Chelsea 5 - 0 Genk
Genk 1 - 1 Chelsea
Leverkusen 2 - 1 Chelsea
Chelsea 3 - 0 Valencia

Knockout phase :
Napoli 3 - 1 Chelsea
Chelsea 4 - 1 Napoli (after masa tambahan)
Aggregate : 5-4

Quarter final :
Benfica 0 - 1 Chelsea
Chelsea 2 - 1 Benfica
Aggregate : 3-1

Semi final :
Chelsea 1 - 0 FC Barcelona
Barcelona 2 - 2 Chelsea
Aggregate : 3-2

Final : 
Chelsea 1 - 1 Bayern Munich

Chelsea win 4-3 on penalties




DER GROSSE TRAUM
*Puii..Gua tak paham pon surat khabar ni cakap apa..mohon google sendiri.*


Bagi gua final semalam penuh dramatik. Kerja reti nak cuak je memanjang. Rasa macam tengok cite hindustan pon ada jugak. Penuh emosi. Last last jadi champion jugak.
Tapi dalam filem tu ofkos la chelsea ni umpama hero. Kejayaan memang last minit. Tapi ni apa yang gua rasa la. Lu orang rasa apa, mana gua tahu. Okay, salam champion dari gua admin chelsea..kahkahkahkahh

Laporan & Statistik : Final Piala FA, Sime Darby vs Kelantan


Bukit Jalil, 19 Mei - Jaringan sepakan penalti oleh Ghaddar pada minit ke-59 membawa Kelantan muncul juara Piala FA buat kali pertama. Full house di Stadium Bukit Jalil dengan rata-rata penyokong dari Kelantan membanjiri stadium menenggelamkan penyokong Sime Darby, kira-kira 10% dari jumlah kapasiti stadium yang dibenarkan.

Perlawanan ini turut disaksikan sendiri oleh Presiden Kelantan FA iaitu Tan Sri Anuar Musa dari tempat duduk biasa di mana, kemenangan ini cukup manis buat beliau yang dalam proses menjalani hukuman dari FAM.

statistik penuh perlawanan akhir Piala FA


maklumat terperinci perlawanan akhir Piala FA

Sejujurnya, perlawanan ini membosankan, tidak mencerminkan tahap permainan sebenar saingan akhir Piala FA yang diidam-idamkan. Harus diakui, beginilah tahap permainan bola sepak di Malaysia dan perubahan harus dilaksanakan demi meningkatkan lagi kualiti permainan. Sila rujuk FAM.
  • kedua-dua pasukan bermain dengan penuh berhati-hati sepanjang permainan
  • tiada urgency dalam mencari gol awal atau pendahuluan
  • kurang percubaan-percubaan tepat ke sasaran
  • gerakan banyak berkisar dibahagian tengah dan mudah dipatahkan pertahanan lawan
  • kurang kretiviti di bahagian tengah dalam membuat serangan
  • ketumpulan barisan serangan menghasilkan jaringan

statistik playmaker Sime Darby vs Kelantan

Tak perlu diulas panjang. Tahniah untuk pasukan Kelantan dengan mencipta sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah setelah mencuba sebanyak 3 kali di pentas final. Kelatan juga dijangka mampu mencipta double jika menjuarai Liga Super, di mana ketika ini ketinggalan 4 mata tetapi memiliki kelebihan 5 perlawanan berbanding pendahulu liga.

Tahniah juga untuk pasukan Sime Darby, menjadi kelab pertama dalam sejarah melayakkan diri beraksi di peringkat final. Tidak perlu berasa terlalu kecewa kerana pasukan ini dilabel sebagai pasukan underdog dan jika diuruskan dengan betul, tidak mustahil menjadi salah satu kelab terbaik di Malaysia, menyaingi Johor FC, T-Team, dan Felda United.

Monday, May 14, 2012

EPL, Manchester dan Twitter.

Memetik kata Rais Yatim yang melabelkan EPL ni adalah sukan rakyat (kah kah kah) so malam semalam sememangnya seluruh rakyat Malaysia masing masing terpacak di depan tv menantikan perlawanan Manchester City vs QPR dengan penuh debaran.


Warga Pakistan di Kolumpo yang kecewa apabila skuad hoki mereka tumpas di tangan skuad hoki Malaysia  pada  final Piala Asia Remaja memilih untuk bawa bertenang di mapley dan menonton perlawanan Man City vs QPR.


Di timeline twitter pun tidak kurang hebatnya. Sejurus selepas masing masing mengucapkan tahniah pada skuad remaja hoki negara atas kejayaan muncul juara remaja Asia 2012, mereka berbalik kepada agenda utama malam itu. Siapakah yang bakal bergelar juara? Manchester City atau Manchester United?
amboi yakin bebenor abang khairy ni. BEL19VE!!!

Kesemua 10 perlawanan berlangsung serentak jam 10 mlm waktu Malaysia.


Minit ke 20
Rooney score dan Manutd mendahului Sunderland 1-0. Tiada aksi tumbukan padu di udara seperti kebiasaannya.

Minit ke 40
Zabaleta berjaya memecah kebuntuan di Etihad Stadium dengan menjaringkan gol untuk Man City lantas melegakan haters Manutd di seluruh dunia.
Minit ke 51
Kesilapan Joleon Lescott membolehkan BEKAS PENYERANG LIVERPOOL Djibril Cisse menyamakan kedudukan. Laungan glory glory kedengaran kuat dari Kangar sampai lah ke Johor Bahru.
Minit ke 58
Setiap drama mestilah ada watak villain ye dak? Siapa lagi yang layak mengambil watak jahat ni kalau bukan Joey Barton. Dilayangkan kad merah selepas menyiku Carloz Tevez.



Minit ke 68.
Counter attack dari QPR yang bermula dari sebelah kiri padang. Armand Traore membuat hantaran silang yang cantik dan ditanduk kemas oleh Jamie Mackie lantas kembali menggegarkan seluruh kedai mamak di seluruh pelusuk Malaysia. QPR mendahului 2-1.
Gol Jamie Mackie tersebut betul betul membuat haters Manutd terdiam dan tersentak. Manakala fan Manutd kembali angkuh di timeline twitter.




Manakala Aysha yang merupakan makwe Manutd paling steady di twitter memberikan kata kata pedas buat haters Manutd yang menyalak sewaktu half time tadi.

 kah kah kah sentap juga kena ayat camni.


tapi nanti dulu..

Minit ke 90.
Sepakan penjuru oleh David Silva ditanduk masuk oleh Edin Dzeko. Seluruh umat manusia yang sudah buat persiapan untuk menghadapi keangkuhan fan Manutd, kembali berharap!!



Sementara itu wisel penamat telah di bunyikan di Stadium of Light. Man Utd menang 1-0 ke atas Sunderland dan hanya menanti wisel penamat di Etihad Stadium untuk mereka bergelar juara buat kali ke 20.

akan tetapi..

Minit ke 93
Aguero muncul sebagai wira apabila  gerakan cantik dan kawalan kemas oleh beliau disudahi dengan rembatan kaki kanan terus ke dalam gawang QPR. Seluruh umat manusia bertempik gembira, menjerit bagai dirasuk syaitan, semua bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan!!!
Pasukan Manutd yang mendapat khabar dari Etihad Stadium dimana Aguero telah menjaringkan gol kemenangan hanya mampu mencarut dan kunyah chewing gum seperti biasa.
Wisel penamat di Etihad Stadium
Man City menang 3-2 ke atas QPR sekaligus muncul juara liga untuk musim 2011/12 dengan penuh dramatik!!


Sementara itu di Twitter..



Campione! Campione! Ole! Ole! Ole!







dan akhir kata dari kami Sokerleaks..