Thursday, April 21, 2011

Los Blancos Cempien Piala Raja Sepanyol


Mengakhiri musim tanpa sebarang gelaran bukanlah sesuatu yang boleh diterima akal bagi sebuah kelab besar bergelar Los Blancos. Berundur 5 tahun ke belakang, Los Blancos mempertaruhkan kepakaran Fabio Capello untuk memecah kebuntuan kelab itu yang gagal meraih sebarang kejuaraan sejak 2003. Musim pertama Capello di kelab yang ketika itu masih bernadikan lagenda hidup Raul Gonzales berakhir megah dan sesuatu yang melegakan para penyokong Real Madrid. Pada musim tersebut, Los Blancos berjaya memenangi gelaran La Liga. Capello dijulang sebagai maestro penyuntik kegarangan untuk bergelar sang juara. Namun kritikan padu atas gaya permainan yang lebih bercorak bertahan dan membosankan memaksa barisan kepimpinan dan teknikal kelab untuk membuat keputusan yang dianggap agak kasar, menyingkirkan Capello.

Musim 2007/2008, Real dikepalai oleh Bernd Schuster. Pemilihan Bernd Schuster dibuat atas kejayaan beliau mengemudi kelab Getafe, sebuah kelab kecil berlokasi di bandar sama, Madrid dengan gaya permainan yang memberangsangkan. Percaturan tersebut berjaya menutup cacat-cela permainan Los Blancos dengan agak baik. Sudahnya Los Blancos mengakhiri musim itu dengan mempertahankan kejuaraan La Liga, namun masih gagal memecah kebuntuan dalam Champions League. Musim seterusnya, Bernd Schuster dilihat tertekan untuk meneruskan konsistensi dan desakan hebat kelab serta penyokong yang terus dahagakan kejuaraan terutamanya Champions League. Musim tersebut Bernd Schuster gagal bermain dengan tekanan dan meletakkan jawatan di pertengahan musim. Dari situ bermulalah titik permulaan sebuah kapal besar dibarisi kelasi hebat yang karam di tengah pelayaran. Cewahh! Beberapa jurulatih bersilih-ganti tapi kejayaan tak juga kunjung tiba. Cewahh lagi!

Musim 2010/2011.

Satu kepala dibawa masuk ke dalam kem Real Madrid. Satu kepala yang bergeliga. Kepala itu dimiliki oleh seorang lelaki yang sangat berkarisma. Lagak dan egonya kerap kali menjengkelkan pihak lawan. Tapi lagak dan egonya sebenarnya bertempat. Lagaknya berasas kerana beliau maestro hebat. Egonya bertempat kerana beliau memang sang juara. Cerdik dan geliga otaknya macam sang kancil! Beliau ialah...


Jose Mourinho dibawa masuk untuk memecah kebuntuan. Kebuntuan gagal memenangi La Liga sejak 2008. Kebuntuan menjuarai Piala Raja Sepanyol sejak 1993. Dan yang paling memeritkan, kebuntuan menjulang Champions League sejak 2002. Malah langkah Los Blancos sering terkandas hanya di pusingan kedua dalam kejuaraan itu.

Beliau tampil untuk memecah badi. Bagi sang juara, tekanan adalah makanan buat mereka. Jose Mourinho berjaya membentuk satu pasukan yang mampu bergerak hingga ke akhir musim. Keegoan beliau diteruskan dengan lebih bergaya. 

Sekejap, gua penat nak menulis serius ni. Cukup.

Ya, Real tumbang 0-5 di Nou Camp dalam La Liga. Mourinho tak melatah. Hujung minggu lalu Barcelona bertandang ke Santiago Bernabeu konon-konon nak menang besar lagi (ini berdasarkan lagak-lagak penjulang dan penyokong Barca). Mourinho turun dengan taktikal baru yang pertama kali beliau gunapakai di Real Madrid. Beliau menurunkan bek kental, abam Pepe di barisan depan bek tengah, bertindak sebagai midfiled untuk menambahkan mobiliti dalam pergerakan midfield ketika bertahan. Power tak power akal Mourinho ni, gah 3 trio (bukan trio video seks) Xavi-Iniesta-Messi berjaya dirantai. Barca ni yang buat power dia bukan Messi, tapi Xavi. Brader tu memang padu otak dan kaki dia. Xavi kena 'solex' dalam game tu. Real berjaya mengekang Barca dengan keputusan 1-1.

1-1 bukan bermakna gagal. Itu hanyalah permulaan awal percaturan Mourinho bagi 4 episod El Clasico dalam masa 18 hari. Berselang 4 hari, awal pagi tadi..ehemm ehemm..Barca tumbang dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol di kaki Real Madrid. Kenapa? Tak percaya? Percayalah. Barca bukan siapa-siapa buat Mourinho. Turun dengan 4 barisan belakang Marcelo-Carvalho-Ramos-Arbeloa dan dikuatkan dengan abam Pepe di depan mereka, Morinho tidak menurunkan seorang pun 'natural striker'. Beliau memilih untuk mengadunkan fizikal dan speed di barisan tengah dan serangan. Kenapa fizikal? Kerana ketinggian purata pemain-pemain Barca adalah lebih pendek 2 inci daripada pemain-pemain Real Madrid. Kenapa speed? Kerana barisan pertahanan Barca amat lemah tanpa bintang mereka, saudara Puyol. Sekali kena counter, berterabur semua, kucar-kacir yang amat. Hasilnya, Los Blancos berjaya menampilkan permainan lebih bergaya daripada Barca di separuh masa pertama.

Dalam separuh masa kedua, Barca mula bangkit bermain seperti biasa. Mulalah penyokong mereka terkinja-kinja macam beruk mat yeh. Bajet power. Pum pam pum pam, perlawanan berkesudahan dengan 0-0. Mourinho dan Guardiola dikerumuni anak buah masing-masing ditengah padang untuk memperkemaskan taktikal. Masa tambahan bermula dan sepak terajang berlaku baik ke bola mahupun ke kaki. Pum pam pum pam...Di Maria lolos di sebelah sayap kiri dan melambungkan bola cantik ke kepala Ronaldo. Sekali lonjak sambil pejam mata, gol! Kachang gila..dan GAME OVER!

Tahniah Real Madrid. Tahniah Mourinho. Tahniah semua penyokong kental yang tak pernah berpaling tadah dan setia menyokong. Apapun, tahniah juga buat Barcelona kerana layak sampai ke peringkat akhir dan memenangi pingat perak...hehehehehehehehehehe....

Kapten power, siapa lagi kalau bukan Saint Iker!

2 tonggak utama Los Blancos dari Portugal.

Gambar ni gua curi dari twitter Arbeloa. Abam Kaka show off puting..pheewiit!

Seksi bukan main abam tancho kita..pheewiit lagi!

Siapa cempien di hati saya? REAL MADRID!
Siapa cempien Copa Del rey? REAL MADRID!

Langit tak selalu cerah brader!!


Mourinho pemecah badi. Selepas 18 tahun ketandusan kejuaraan Piala Raja Sepanyol, beliau muncul merubah nasib, beliau hadir mengukir senyum di wajah-wajah peminat setia Los Blancos. 
TERIMA KASIH MOURINHO!

20 comments:

Ariffin Janal said...

HALA MADRID!

Tengku Firmino said...

2nd..hehehe..

Amirul Rashid said...

Madrid Always the winner

aQi + GenGkey said...

pergh..
dh mcm bace novel kronologi real madrid lak..
hehe..
hala madrid..:D

Unknown said...

Abam Kaka show off puting..pheewiit! - statement stylo

Kerani Masjid Al-Falah USJ 9 said...

video full semalam download di sini

http://www.warez-bb.org/viewtopic.php?t=9599774&highlight=

despyan said...

barca da borim asik menang je ngn real.bg can kat real la plak.da kempunan giler je aku tgk nk mng piala.aku pom sokong gk real mng kali ni ngn barca.haha..tp utk ucl,sori la real..takat semi je la ek..nk g jauh2,minyak da abis..wakaka

Linglung said...

Kalau dah boring takde la muka sekor2 player barca semalam monyok
Macam muka babi tonyok..kahkahkah! Sedih letteww!

Dah kalah kabor le kasi, cuba kalau menang..hmmm

Unknown said...

dah 3 el classico nih, bnyk bende da "The Chosen One" blajar mcm mane nk overcome tiki-taka nih

ucl x de hal la, madrid nk ke final, haha

Aril Cantona said...

Sudahlah fan Real Madrid..siapa patahkan piala Copa Del Rey?

MU yang pernah menang treble pun tak pernah patahkan piala.Excited sangat..cheh!

Aril Cantona said...

Sengalo Ramas.

Zaid said...

dari segi taktikal, Guardiola team dia one-dimensional sangat, takde plan B orang cakap. Mourinho pulak bila dah letak Pepe kat tengah tu, memang membunuh.

walaupun aku antara peminat Barca dan pembenci Real, aku rasa cycle Barca dah habis kot? dah 2-3 season ni diorang menang semua, main power sangat, sekarang turn Real pulak.

Mat Sabu said...

UCL Surely Goes To Barca..Without A Doubt...Kikkkiki

ada, said...

hahaha lawak la korg nih, barca power ke??? utk rekod, real madrid dh menang ucl 9 kali, copa del rey temasuk yg bru ancur (cilakak ramos) 4 kali, la liga 31 kali, hebat x???? barca??? baru nk membangun d bwh kerajaan guardiola bru nk eksyen.. pirrah, tggu messi berjanggut dlu bru barca dpt sma rkod gn real.... hahahha

Linglung said...

Apa-apa pun Real dah menang, cempien tetap cempien..tutup buku copa del ret, cuba lagi tahun depan. Ada 2 episod El Clasico lagi..kita tgk mcmana..

Cob Nobbler said...

linglung:memang la kena tutup cerita Copa Del Rey - piala dah patah..kahkahkah!

Besok kalau katalah menang Champions League - jangan kasi Sergio Ramos pegang piala ok?

Faiz said...

Sergio Ramos kena ganti baru ke?

Linglung said...

jangan begitu, sergio ramos tetap di hati saya, kerana jiwa beliau jiwa cempien..La Liga, Copa Del Rey, World Cup, Euro..semua dia dah julang..tunggu menatang UCL je satu lagi..

Amir Syahir said...

boleh 1 piala.

Mat Sabu said...

Barca 2 piala..bakal tmbah lagi 2 piala hahaha