Thursday, April 21, 2011

North London Derby

Game pagi ni tadi adalah sangat menghiburkan, walaupon pada masa yang sama ada El-Classico (yang aku curi-curi tengok masa 1st half, aku rasa dua-dua team nak membunuh sebenarnya bukan nak main bola, tapi nasib baik 2nd half hidup), ada Copa Italia (AC Milan 2 - Palermo 2, boleh tahan jugak la game ni) dan Chelsea-Birmingham (seperti biasa Torres tak skor).

Bagi Spurs, game ni penting untuk meneghidupkan kembali peluang ke Champions League musim depan. Bagi Arsenal,  game ni amat penting untuk membalas dendam kekalahan 2-3 mereka terhadap Spurs di Emirates November yang lalu tapi yang paling penting, Arsenal perlu menang untuk merapatkan jurang mata dengan Menyu.

Game berkesudahan 3-3. Satu perlawanan yang superbb. Berikut adalah kronologi perlawanan:-

Jack Wilshere menang PFA Young Player

Spurs 0 - Arsenal 1

Wilcha berjaya menewaskan Gareth Bale yang berada ditangga kedua serta Chicarito ditempat ketiga. Tak pe lah, dah nama pon 'Young' award, player team mana lagi yang paling sesuai untuk menang selain team kanak-kanak ye dak?Baru berumur 19 tahun, setakat ini Wilsha menjaringkan 2 gol dan 9 assist. Jujurnya aku rasa Chicarito lebih berhak untuk menang. Game tadi pon aku rasa Wilcha ni macam tak ada function, macam mana boleh menang pon aku hairan.

Gareth Bale mengungguli PFA Awards

Spurs 1 - Arsenal 1
 11 gol, 3 assist. Siapa lagi yang layak menang selain dia ni? Bale berjaya membuatkan Carlos Tevez, Samir Nasri, Rafael van der Vaart, Scott Parker, Charlie Adam dan Nemanja Vidic gigit jari nak menang award ni. 4 adalah nombor bertuah bagi Bale; beliau adalah player Wales ke-empat memenangi award ni selepas Ian Rush, Mark Hughes dan Ryan Giggs. Bale juga pemain Spurs ke-empat yang menang PFA Award ni selepas  Pat Jennings, Clive Allen & David Ginola. Dan ini adalah musim ke-empat Bale bersama dengan Spurs. Nampaknya tempat ke-empat mungkin milik Spurs diakhir musim ini. Game pagi tadi beliau tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sejak awal permainan lagi Arsenal bermain kotor untuk membunuh Bale ni terus. Tak caya pergi tanya keeper Arsenal apa ntah nama punya payah nak sebut, kemain kuang hajaq lagi.

Djourou dan Sagna

 Spurs 1 - Arsenal 2

Dua-dua ni bukan lah hebat mana pon, tapi kedua-duanya adalah pemain yang paling 'charming' di London Utara. Siapa lagi yang boleh beat baragas dua-dua orang ni. Gallas tu nampak la jugak hensemnya, Assou-Ekoto tu pon aku rasa stailo kalo tengok rambut dia. 

Arsene Wenger Achievements

Spurs 1 - Arsenal 3

OK, pedulikan muka beliau yang persis Rowan Atkinson. Meh sini aku kaborkan benda yang boleh buat penyokong Arsenal bergembira sikit. Dari 1996 hingga 2011, Wenger berjaya membawa Arsenal 3 gelaran liga ( 1997–98, 2001–02, 2003–04) serta 4 FA Cup. Sebagai perbandingan, Harry Redknapp memang jauh lagi dibelakang Wenger. Redknapp cuma pernah memenangi dua kejuaraan liga, itu pon Divisyen 3 (Bournemouth FC) dan Divisyen 1 (Portsmouth). FA Cup pon sekali je. Jadi penyokong Arsenal sekalian, jangan la bersedih sangat. Bak kata Nami, In Arsene We Trust (IAWT).

William Gallas

Spurs 2 - Arsenal 3

Jika ada Anugerah Pembelot Terbaik, aku rasa Gallas adalah pemain yang paling layak memenanginya. Lupakan sejenak kesilapan yang beliau buat untuk gol ke-3 Arsenal game tadi, tengoklah betapa bersungguhnya beliau bermain masa 2nd half. Walaupon diselubungi kecederaan, dengan steady beliau menghalang Nasri dan kuncu-kuncunya menjaringkan gol. Arsene Wenger adalah orang paling menyesal lepaskan Gallas ni. Dekat Emirates, Gallas main superb, dekat WHL juga dia superb. Sebagai perbandingan, Arsenal ada Sol Campbell. Ya, pergi mati la sama itu Campbell. Pindah Newcastle dengar khabar, tapi sampai ke hari ni aku tak pernah nampak lagi dia main dengan Newcastle.

Prestasi Champions League 2010/11

Spurs 3 - Arsenal 3

Kedua-dua pasukan sudah pon tersungkur dalam kempen UCL namun Spurs lebih bergaya dengan melangkah ke suku akhir berbanding Arsenal yang cuma mampu ke pusingan kedua. Sebagai perbandingan, Spurs tewas pada Real Madrid manakala Arsenal tewas pada Barca. Dan sperti yang diketahui, Real berjaya menewaskan Barca dalam final Copa Del Rey pada hari yang sama. Jadi senang kira macam ni la, ikut susunan dia punya power macam ni;
Real > Spurs > Barca > Arsenal.

Tamat perlawanan, Spurs 3 - Arsenal 3. Kesimpulannya, musim 2010/2011 ni, "The King of North London" jatuh kepada Tottenham Hotspurs. Di Emirates, Arsenal  mendahului 2-0 di babak pertama sebelum tewas 2-3. Di WHL, Spurs bangkit menyamakan kedudukan selepas Arsenal mendahuli 3-1. Terus terang aku kabor, lepas tengok game Arsenal-Liverpool dengan Spurs-Arsenal ni, aku rasa menjadi penyokong Arsenal adalah perkara yang paling stressful didunia. Hik hik. 

Kalau ada fan Arsenal yang tak stress tu, maknanya dia dah tukar team le tewwww. Kui kui kui.

7 comments:

Triplei said...

x stress dah pon sebab tiap2 tahun camtu. pe pon wenger harus undur kan diri, 6 tahun x menang pe2 pon. Klu dia kat chelsea or man.cityu dah lam kena pecat kot.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Yeee haaaa all hail the white hart laners. Love TH.

talkIZcheap! said...

" 11 gol, 3 assist. Siapa lagi yang layak menang selain dia ni?"

Nani, 9 gol 11 assist... :p

Berto said...

Nani kuat nangis, x boleh diangkat sbagai hero. haha

mirul said...

apa yang palaing epik dalam derbi london utara kali ini??

mestilah reaksi unkel wenger yang menghempas btol air dan bermasam muka dengan unkel harry..

Come On You Spurs!!!

talkIZcheap! said...

Nani kuat nangis, tai dia lagi terer dari Bale, keh keh... :p

Amir Syahir said...

Bale tak power!