Selamat datang ke SokerLeaks, Portal Rahsia Bola Sepak Kerajaan yang akan membongkar rahsia-rahsia bola sepak dalam dan luar negara. Liputan bola sepak yang mungkin tidak mampu ditandingi oleh media-media arus perdana baik yang pro kerajaan mahu pun pro pembangkang. Dengan ribuan kabel sulit kami, amat patutlah semua pihak dalam industri bola sepak seperti para pemain, Sepp Blatter, Sultan Bola dan anaknya, WAGS-WAGS, Hasbullah Awang, Dollah Salleh dan Nadi Arena berwaspada dengan pendedahan-pendedahan eksklusif dari pihak SokerLeaks.
Ini logo rasmi kami. biasakan la diri dengan logo ini.
SokerLeaks ditunjangi oleh 14 pengulas yang mewakili kelab-kelab berbeza yang akan memfokuskan kepada liputan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Inggeris, La Liga, Clausura Argentina dan juga Bundesliga. Mungkin Piala Emas Raja-Raja 2011 atau pun Djarum Liga Super Indonesia akan turut termasuk dalam liputan kami. Oleh itu, marilah kita berkenalan dengan para pengulas kami yang jauh lebih kacak dari Shebby Singh dan John Dykes.
Cobb Nobler.- Boca Juniors dan hal ehwal bolasepak dari segi ekonomi dan sosial.
Lebih dikenali sebagai Nami, penulis blog Teh Tarik Gelas Besar. Penyokong Boca Juniors, Selangor, Barcelona dan Argentina. Mengikut resume yang dihantar kepada lembaga pengarah SokerLeaks, beliau berpengalaman bermain di posisi sayap kiri sewaktu mewakili kelas 5 Anggur di sekolah. Pernah menjuarai pertandingan Teka Kacang peringkat sekolah dan pernah mewakili sekolah dalam Kuiz Geografi. Celaka sungguh resume beliau. Seorang sosialis dan pernah menulis buku "Pengejar Bintang".
Hiro - Manchester United dan Kelantan.
Mamat ni masa interview saya tengok macam muka Tomok pun ada. Memang mat jambu sungguh. Blogger pujaan ramai makwe-makwe dan pakwe-pakwe yang tangkap cintan. Saingan kental bagi Mofasad dalam arena blogger. Siapa Mofasad? Sebentar lagi kami akan dedahkan. Wakil pengulas bagi kem Manchester United dan Kelantan The Red Warriors.
Jambz- Barcelona
Mamat ni pun lebih kurang jambunya macam Hiro. Wakil Kem Barcelona, saya turut mengangkat beliau sebagai antara orang penting dalam SokerLeaks. Dijangka akan memecahkan dominasi EPL dalam liputan media alternatif bersama seorang lagi dari kem Real Madrid. Siapakah beliau, sila teruskan membaca.
Linglung- Real Madrid dan Unit Khas Membahan Indon.
Satu-satunya wakil dot com dalam SokerLeaks. Terkenal dengan blognya yang bertemakan "Wood Is Kayu, Love Is Cinta". Antara orang penting dalam perang siber di twitter bersama penyokong Indon tempoh hari. Bakal menjadi wakil bagi kem Real Madrid dan juga liputan untuk bolasepak tempatan.
Siggplus- Liverpool, Perak dan Unit Khas Membahan Indon.
Raja kelucahan dalam dunia blogger akan menjadi wakil bagi kem pasukan klasik, Liverpool dan juga Perak. Penyokong tegar Liverpool ini pasti sudah bersedia untuk membalas tohmahan-tohmahan negatif terhadap Liverpool kebelakangan ini. Pihak SokerLeaks mengharapkan beliau mengurangkan kadar kelucahan beliau dalam blog ini.
Deus X Machina- Manchester United dan Selangor.
Penyokong sejati Selangor dan Manchester United. Pakar membahan dan pakar menjawab balik kalau kalah. Pihak SokerLeaks harap beliau ada banyak masa untuk blog ini kerana blog beliau sendiri khabarnya sebulan lebih tak apdet. Tapi memandangkan ini blog bola dan beliau ada gaya Hasbullah Awang di twitter, jadi sepatutnya tiada masalah untuk beliau.
Areleaf- Arsenal dan Proksi Sultan Bola
Wakil bagi kem Arsenal dan wakil khas dari negeri Sultan Bola. Puaka yang tukar makwe macam tukar boxer, antara pengasas dan orang penting SokerLeaks. Seorang brader-brader yang kadangkala ada hati dalam taman. Berjanji untuk membuat akaun twiter jika Arsenal masih gagal menjulang kejuaraaan musim ini. Kita tunggu dan lihat. juga puaka yang tak pandai memimpin anak-anak buahnya ketika di Sokerleaks.
FarhanaRazaki- Arsenal dan Unit Khas Gosip Pemain serta WAGS
Satu-satunya makwe dalam SokerLeaks, bakal menjadi wakil kem Arsenal dan bakal membocorkan kabel-kabel sulit yang bersangkut paut dengan hubungan pemain bola sepak dan WAGS mereka. Diharapkan tidak terjerumus dalam gosip bersama para pengulas SokerLeaks yang macam puaka perangainya.
Poyotitos- Liverpool dan Felda United.
Poyotitos yang terkenal dengan cerpen Murad Costigan beliau akan mewakili kem Liverpool dan juga Felda United di SokerLeaks. Baru saja memberi amaran kepada pengerusi Felda yang baru Isa Samad supaya jangan main-main dengan duit Felda. Peminat tegar Martin Skrtel.
Berto- Tottenham Hotspurs , Selangor dan Bayern Munich.
Satu-satunya wakil dari kelab yang kini di atas Liverpool, Tottenham Hotspurs. Berto juga akan turut menjadi wakil kem Selangor dan Bayern Munich. Kita tengok sejauh mana Berto akan bertahan dalam mempertahankan Tottenham Hotspurs.
Mofasad- Liverpool dan Selangor
Mofasad?Siapa yang tak kenal? "I Am Blogger Mofasad" adalah baju wajib beliau. Sudah lama tidak apdet blog, baru saja rabak akibat percintaan. Penyokong Liverpool yang akan menutup wall fesbuk jika Liverpool kalah. SokerLeaks mengharapkan beliau tidak akan berjiwangan di sini.
Berd- Manchester United dan Kelantan. dan mungkin Liga Jordan.
Berd, pengulas kami yang berpangkalan di Ibrid, Jordan. Bakal menjadi wakil bagi kem Manchester United dan Kelantan. Mungkin akan diarahkan untuk membuat liputan bagi Liga Bolasepak Jordan. Puaka misteri yang wajah sebenar hanya diketahui oleh Lembaga Pengarah SokerLeaks saja. Oh ya, beliau masih gagal memasak nasi goreng dengan jayanya.