Showing posts with label FIFA/Coca-Cola World Ranking. Show all posts
Showing posts with label FIFA/Coca-Cola World Ranking. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Harimau Malaya Ranking Ke-142

Ana Harimau Malaya, bukan Ana Rafali.

Itu hari, Harimau Malaya gah menang kejuaraan paling unggul negara-negara Asean. Sebelum kejuaraan Piala AFF bermula, kita tercongok di ranking ke-150. Dibedal 1-5 pada perlawanan pertama, kita bangkit dengan lebih gaya harimau jantan berjaya mengikat satu lagi jaguh tua Asia tenggara, Thailand 0-0. Perlawanan terakhir group memang pure punya berdebar, Harimau Malaya kena menang di samping mengharapkan Gajah tumbang dengan Garuda. Seperti yang diharapkan, kita menang 5-1 dengan Laos dan Thailand tumpas 1-2 di kaki Indonesia, satu Malaysia berpesta dalam kesyukuran. Harimau Malaya mara ke separuh akhir menentang Vietnam, sang juara edisi lepas.

Sebelum separuh akhir, Malaysia masih di ranking ke-150 dunia.

Selepas kemenangan 2-0 ke atas Vietnam dalam separuh akhir pertama, Harimau Malaya melompat ke ranking lebih mantap, ranking 144.

Berjaya bertahan dengan mengikat Vietnam 0-0 di tempat lawan, Harimau Malaya terus mengaum di Bukit Jalil dengan meratah sang Garuda sampai lunyai dengan keputusan 3-0 di final pertama. 'Wow!!" gua cakap! Siapa sangka? Jujur, gua memang tak sangka, tapi gua percaya budak-budak kita ada 'something'. Mereka dah pernah buat gila menang emas Sukan Sea di Laos tahun sebelumnya, skrip dan jalan cerita lebih kurang sama, goyang di awal cerita, saspen di pertengahan cerita, tapi bangkit tunjuk taring di penghujung cerita. Stail kemain, gaya filem hindustan!

Kemudian, Harimau Malaya bertandang ke Gelora Bung Karno yang kononnnya kubu keramat sang Garuda, ya kita tewas 1-2 tapi kita masih juara dengan agregat 4-2. Apa ada hal? Lalu termaktublah dalam sejarah, juara baru kejohanan bola sepak terulung Asia tenggara adalah Malaysia!

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA semalam, 12 Januari 2011, Harimau Malaya di ranking ke-142, naik dua anak tangga. Memang kalau nak cari nama Malaysia dalam FIFA/Coca-Cola World Ranking kena belek sampai ke page 3, tapi itu bukan cerita dia. Kerja nak menjulang semula nama Harimau Malaya macam dulu-dulu atau lebih padu dari dulu-dulu bukan kerja sehari dua, bukan kerja seminggu dua. Itu kerja ambik masa, itu kerja orang sabar, itu kerja orang tak pernah kenal maksud putus asa!  Bersabarlah dan teruskan sokongan.

"Nok gi KL dari Koto Baru keno jale turung rumoh dulu, pahtu naik bah, keno harung so-so baru buleh sapa KL" - kiper Malaysia.

Maksudnya, nak pergi ke KL dari Kota Bharu kena menapak turun rumah dulu, lepas tu naik bas, kena harung satu-satu dengan tabah, nanti sampai la ke KL tu.

Tak paham jugak? Maksudnya lagi, nak ke satu destinasi jauh, perlu tabah dan harungi setiap rintangan satu persatu. Ok, sekarang boleh paham?

Ranking negara Asean lain:

Thailand - 119
Indonesia - 126
Vietnam - 136
Singapura - 139