Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Luaskah kuasamu Johor?

Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim FC semalam tidak perlu diulas panjang. Dari Banjaran Titiwangsa ke Banjaran Himalaya, dari Gunung Tahan ke Gunung Fuji, dari Kuantan ke Malaga, angin sudah membawa perkhabaran keangkuhan Pahang ke seluruh dunia. Keangkuhan yang dinilai bukan melalui duit tapi keangkuhan sejati yang dinilai melalu mutu permainan yang berseni dan menarik.

Bukti keangkuhan Pahang dapat dilihat pada separuh masa pertama apabila sewenang-wenangnya memberikan pihak lawan kelebihan dua gol. Ini bukan kesilapan, ini adalah taktik. Taktik yang penuh dengan muslihat memperdayakan penyokong Johor dengan memberikan mereka harapan yang tinggi. Ketika Matyo meraikan jaringannya, rakyat Pahang hanya tersenyum. "Mentah", kata semua rakyat Pahang dalam hati.

Masuk separuh masa kedua, penyokong Johor yang datang dengan baju subsidi ke Stadium Darul Makmur terdiam, pemain Johor yang kononnya bertaraf bintang terdiam, Fandi Ahmad terdiam, TMJ terdiam, rakyat Johor terdiam. Mereka terdiam kerana baru mengenali tentang seni bola sepak sebenar yang ditunjukkan oleh Pahang. Dalam diam-diam mereka mula mengidolakan permainan Pahang. Rakyat Pahang pula hanya tersenyum nipis.

Liga Super Malaysia baru sahaja bermula. Dan rakyat Johor mula menyesal mengambil tahu tentang hal ehwal bola. Kami dari Pahang hanya mampu mengatakan...

LUASKAN KUASAMU JOHOR TENGKOROK AOK!





Saturday, April 30, 2011

HLS 1 - Highlight Liga Super


Satu masa nanti semua stadium akan penuh.

1. Di Stadium Kota Bharu kehadiran penyokong tuan rumah lebih ramai berbanding ketika perlawanan menentang Selangor. Namun rekod paling ramai yang datang ke ssmIV pada musim ini adalah ketika The Red Warriors menentang Felda United suku akhir piala FA.

2. Keputusan berkesudahan The Red Warriors menumpaskan Kuala Urban dua berbalas kosong. Hasil jaringan Piya dan Chanturu.

3. Piya punya gol kalau aku cerita memang orang susah nak percaya. Kena tengok sendiri. Gerakan solo dia Ronaldo pun tak pandai buat.

4. Lain lain keputusan Abang sawit seri dua sama menentang Jang. Entah apa kena dengan Jang ni.

5. Harimau Muda kita membaham Singa Utara dua gol berbalas satu di gelanggan lawan. Manakala Lebah membelasah badak bertubi-tubi dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

6. T-team dan Pahang pula seri tanpa jaringan. Dah ada live dalam astro tak reti-reti nak hargai. Satu pembaziran yang nyata oleh Astro.

7. Kedudukan liga super sudah pun berubah. Baru tadi pemilik yang sah telah pun mengambil balik tempat mereka untuk mengepalai liga.

8. Kelantan di tangga teratas diikuti Selangor dan Terengganu. Kedah dan Perak bersaing rapat. Liga super musim ini begitu sengit. Setiap pasukan bila-bila masa sahaja boleh meneraju liga.

9. Sekian. Gomo Kelate gomo!

10. Dah macam pemberita.