
Sabtu lepas pasukan Liverpool kalah lagi. Kekalahan dua kali berturut-turut selepas menang Carling Cup bukan sesuatu yang diinginkan oleh peminat kelab Liverpool ini. Kalah dengan Arsenal, dan kalah kepada Sunderland. Justeru timbul persoalan, dimana salah dan silap Kenny Dalglish yang tak dapat dimaafkan?
Lalu - ada satu kempen yang dipanggil "Kenny Out", yang berhasrat mahu nyah Kenny Dalglish dari menjadi pengurus pasukan Liverpool. Setengah menyokong, setengah menentang. Setengah lagi, seperti saya - sentiasa mengharapkan Boston Red Sox beraksi cemerlang supaya JW Henry tak bad mood dan buat keputusan huru-hara macam Tom Hicks dan George Gillett.
Biar saya luahkan secara jujur perasaan saya. Saya kurang selesa dengan prestasi pasukan Liverpool sekarang. Let's be honest, penyokong Liverpool yang mana mahu pasukannya sendiri kalah? Takkan setiap hujung minggu, hari kita nak release stress, hari tu jugak kita stress? Cukuplah hari-hari bekerja yang memenatkan dan penuh dengan stress. Kita mahukan kepuasan menonton bola, gitu?
Secara jujurnya prestasi Kenny Dalglish dalam season kali ini kurang memberangsangkan. Ini pandangan jujur. Tapi jika mengambil sifir Sir Alex Ferguson dari tahun 1986 - kalau nak ambik 2 tahun pertamanya - dia memang hampeh. Cuba kalau board director MU tak bersabar dan pada tahun 1988 - dia kena sack, apa citer? Tidak ada sorang pun fan MU kecuali mereka yang tua-tua macam abah aku je yang akan sokong MU sebab dia sokong dari djaman George Best. Dan takde sape akan kecoh pasal 19.
Tetapi post-modern football mementingkan keputusan dalam masa yang singkat. Nah, lihat Chelsea, berapa banyak manager yang telah dipecat - termasuk The Great Mou? Berapa banyak manager yang telah dipecat oleh Real Madrid? Ini adalah post-modern football. Kesetiaan, one man club, team-building process tidak relevan lagi. Tradisi, setiakawan dalam berpasukan, ini semua sudah menjadi tinggalan sejarah. Sedangkan John Terry pun sanggup kekah bini member sendiri. Sedangkan Ryan Giggs sanggup kekah bini adik sendiri.
Saya harus akui Kenny Dalglish masih banyak kelemahan, dari segi pemilihan pemain, dan juga taktikal. Sejak kecederaan serius Lucas Leiva dan pemergian Raul Meireles ke Chelsea, kawasan tengah Liverpool memang lemau. Ini ditambah pula dengan kesengalan Charlie "Penalti ke Bulan" Adam dan juga Jordan Henderson yang kurang menjadi. Kenapa Kenny tak suka guna Maxi Rodriguez sedangkan manusia ini sering mencipta hantaran cantik dan menjaring gol penting? Dan dengan usia dan fizikal Stevie G yang penuh dengan kecederaan lama, come on, Istanbul dah berlalu 7 tahun yang lepas. Kita kena cari Stevie G yang baru.
Mari kita berfikir secara rasional. Tolong tolak tepi kenangan juara Eropah lima kali - buat seketika. Jika tidak, kita ini tidak ubah seperti pasukan Nottingham Forest yang masih chanting "European Champions" setiap kali berhadapan dengan pasukan Derby County atau Scunthorpe United. Kita sudah 22 tahun kemarau juara liga. Setiap tahun hati kita bagai dirobek bila melihat si tua pemabuk wiski itu juga yang julang piala. Cuba kita renung balik, apa yang si tua pemabuk wiski tu buat sampai balik-balik pasukan setan laknatuloh ini jugak yang juara.
Mengikut ilmu Sun-Tzu, kesilapan utama dalam peperangan ialah tidak belajar apa ilmu yang musuh sedang gunakan. Dan inilah dia, bagi saya, si tua pemabuk wiski itu pandai mencari pemain, walaupun pemain seperti Bebe, Djemba kuasa dua dan Massimo Taibi berjaya menipu si tua pemabuk wiski itu. Mungkin masa dia sign kontrak, si tua pemabuk wiski itu sedang mabuk. Cuba kita lihat, pemain yang mana yang kita telah beli yang menunjukkan kualiti yang baik? Fernando Torres sebelum berjersi biru. Selain dari Stevie G, pemain mana yang Liverpool hasilkan yang benar-benar berkualiti?
Dalam hal ini, kewajaran orang yang menyokong "Kenny Out" memang nampak. Kita underachiever dan mereka mahu perubahan. Tapi, bangang apa bulan Mac - lagi sepuluh, sebelas match lagi kau nak tukar? Kau ingat kalau tukar sekarang pun boleh jadi juara liga?
Tapi dalam masa sama, Kenny Dalglish membeli player yang kurang memberangsangkan seperti Charlie "Penalti Ke Bulan" Adam, Andy "Harap Rambut Je Ponytail" Carroll, dan Jordan Henderson. Tetapi saya percaya kepada proses. Saya percaya pasukan Liverpool - kecuali Andy Carroll masih dalam proses pembikinan. Dan proses pembikinan ini yang sangat penting. Kau ingat masa Bill Shankly took over LFC - LFC power ke?LFC adalah kelab divisyen dua - let alone nak juara Europe.
Dan saya paling tak suka - ialah sifat holier-than-thou penyokong Liverpool terhadap mereka yang menyokong "Kenny Out". Menuduh mereka sebagai gloryhunters, prawn sandwich eater dan segala yang hanya layak dilemparkan kepada penyokong Manchester United di Gombak Setia, Taman Sri Jelok Kajang, dan Kampung Medan. Ini tidak adil - kerana mereka mahu pasukan mereka kembali menjulang seperti dulu. Cuma bezanya mereka tak percaya kepada proses.
Cuba kalau kita tidak terlalu bersandarkan kepada romantisme pensejarahan kita itu, dan buat seketika - fikirkan untuk masa depan, for both of you?
Now, saya tidak menyokong "Kenny Out" kerana saya manusia yang percaya dengan proses pembikinan. Tetapi saya tak suka penyokong pro-Kenny yang mengkritik golongan "Kenny Out" kerana saya masih berpegang kepada nilai-nilai demokratia. Saya percaya jika sekiranya King Kenny diberikan peluang, dan mungkin sedikit kelebihan dari sudut kewangan, Liverpool masih boleh diselamatkan. Bersabarlah. At the end of the storm, it's a golden sky and the sweet silver song of the lark.
Tiba-tiba terfikir, kalaulah Liverpool tidak menolak pelawaan Dubai untuk membeli kelab masa dulu - mungkin kita akan ada Lionel Messi dan Kaka dalam pasukan. Mungkin sudah tiba masanya kita kena panggil saudagar Arab untuk melabur di Merseyside.