Showing posts with label Barca kecut. Show all posts
Showing posts with label Barca kecut. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Tiki-Taka Dah Jadi Kelakar.



Korang boleh korek artikel lama aku di Teh Tarik Gelas Besar tentang "Kenapa Saya Anti Real Madrid". Korang boleh korek blog lama aku yang mengatakan aku ni pernah jadi fan Barcelona akibat butthurt dengan fan GEGEMU. Hakikatnya aku pernah jadi fan boy GEGEMU dan BARKA ni. Khalas.

Even masa aku jadi fan Manchester United pun - aku ada deep respect dengan Barcelona. Dari segi culesnya, dari segi crowd dia, dari segi tactical, dari djaman Johan Cruijff sampai Ronaldinho. Djaman Ronald Koeman, djaman Landrup brothers, Marc Overmars hingga ke djaman Thierry Henry - aku ada deep respect dengan Barcelona.

Tapi respect aku terhadap Barcelona semalam langsung hilang - bagai mercun thunderclap yang terbang ke udara lalu meletup dan hilang entah ke mana-mana. Langsung hormat aku terhadap kelab yang "Mes Que Un Club" ini hancur lebur. Hilang. Dah takde apa makna lagi.

Barcelona sentiasa jadi pasukan yang handal, without a doubt. Kalaupun tak layak Champions League - UEFA Cup pun dia pernah masuk. Dia bukanlah macam kelab Recreativo Huelva atau Gymnastic Terragano - FC Barcelona ada kelasnya tersendiri. Tetapi, kelas tu terus jadi "low-class" - bila pemain Barcelona ni lebih lembik dari mak nyah lorong Haji Taib. Gua rasa kalau gua langgar bahu mak nyah di Lorong Haji Taib pun gua rasa dorang steady lagi dan tidak jatuh tergolek-golek macam Daniel Alves.

Aku tak pernah ada problem untuk enjoy permainan Barcelona sebelum ni. Sebelum Rijkaard lagi - even djaman Sir Bobby Robson masa Jose Mourinho jadi jurubahasa pun aku still layan this team. Jersi buruk bukan ada masalah walaupun jersi dia macam tentera Swiss Guard di Vatican City. Jersi buruk aku tolak tepi. Tambah-tambah tulisan "Qatar Foundation" yang font dia terlalu generik dan buruk tu pun aku tolak tepi. Tang Lionel Messi berlari dan menggentel, tang Xavi assist - tu semua tolak tepi. Yang aku pertikaikan - kenapa team hebat macam Barcelona ni lembik seperti daun yang ditiup angin? Makan tak cukup ke?

Sekarang, yang ironiknya ialah fan Barcelona selalu berkata bahawa Cristiano Ronaldo adalah mat cengeng dengan rambut pesen Eurotrash serta mengada-ngada dan pakar bidang terjun. Masa dia GEGEMU lagi dia macam tu. Memang aku akui mamat tu masa di GEGEMU memang "sikit-sikit jatuh, sikit-sikit tergolek". Even fan hardcore MU macam @arilunited dan ramai lagi member MU aku pun menyampah. Tapi tu Cristiano Ronaldo yang dulu. Cristiano Ronaldo yang aku tengok semalam - dia cuba bermain bersungguh-sungguh. No doubt kecengengannya masih ada - tapi aku tengok dia takdelah kerap terguling sangat macam dulu.

Aku dah perasan Barcelona ni team mat guling sejak vs Inter Milan 2010 dulu. Time tu Jose Mourinho masih manager Inter Milan. Sikit-sikit jatuh, sikit-sikit jatuh. Aku rasa macam nak fed-up pun ada masa tu. Menyampah kau tahu?

Anyway I don't like tiki-taka. Ia hanya menjadikan game jadi boring dan jadi macam Negara China main badminton. Nak fikir result je. In the end sports it's all about numbers not passion, macam tu kah? Everyone criticizes Jose Mourinho sebagai practical but not idealist, aku tengok at least ada new innovation in tactical jugaklah dalam Real Madrid ni nowadays. Apa innovation yang Pep buat since 2009? Nak cakap aku bias? Hello, did I told you guys that I hate Real Madrid?

Tapi tu dulu lah. Dulu pasal Francisco Franco pun aku nak anti Real Madrid. I don't feel like I'm going to hate Real Madrid anyway. Francisco Franco pun dah lama bersemadi dengan aman. There are great players in Real Madrid like Zidane, McManaman, dan juga Cristiano Ronaldo yang benar-benar bermain demi sukan bolasepak bukan nak poyo-poyo sepak bola sana-sini. Of course this club got history. Well aku takdelah dapat tengok bola djaman Miguel Munoz but at least aku pernah tengok when McManaman scores in Paris year 2000 against Valencia. How about superb goal of Zidane in Glasgow in year 2002? That volley? How can I forget that goal?

Anyway, fan Barcelona selalu pertikai perangai Florentino Perez Presiden Real Madrid yang gila beli player. Yes - dia beli Cristiano Ronaldo 80 juta pound. Yes dia beli Kaka 55 juta pound. Yes dia beli Benzema 30 juta pound. Tapi how about Barcelona? Ibrahimovic almost 69 juta euro. Berapa tahun dia main? Dalam masa setahun berapa kerat je dia main. How about Fabregas nanti? OK lah for sure dia nak main kat kelab ibu pertiwi berbanding kelab yang lawan Birmingham masa Carling Cup pun sangkut. Tapi bukan perangai Joan Laporta dan kini Sandro Rosell ni pun lebih kurang sama je dengan Florentino Perez? Pot calling kettle black.

Dan balik-balik cuba nak tiupkan semangat Catalonia. Kamonlah - referendum dah berapa kali gagal. Kalau kau merdeka jadi Republik Catalonia pun kau ingat ekonomi kau tak collapse? Sepanyol mungkin collapsed tapi at least banyak lagi wilayah yang setia dengan dia - kecuali Basque yang dah sampai angkat senjata. Plus, kau kutuk Espanyol kelab yang pro Castilia tapi kelab kau sendiri - berapa ramai yang Catalan? Espanyol yang pro Castilia pun lebih ramai player Catalan dari Barcelona. Apa kes?

In the end - I call this year - 2012 - the year that Real Madrid should end this crap. And there's no teams in Europe now - I say it out loud - tidak ada satu kelab pun di Eropah yang mampu hentikan Barcelona - selain Real Madrid. Manchester United - trying twice and fail. Inter right now? Apa bikin? Manchester City? Kong kali kong. Aku harap there will be something for Madrid this year. Bukan nak sokong Madrid - tapi sebab aku dah jelak tengok bola dibosankan oleh Barcelona - macam badminton yang telah dibosankan Lin Dan dan seluruh pemain badminton Negara China. Kalau macam aku tengok badminton - aku lebih rela tengok Indonesia menang dari China. Kalau right now - aku lebih rela tengok Madrid menang dari Barca.

Yes - aku memang dulu fan boy Barcelona. Sama macam aku fan boy Manchester United. Tapi bila player mula act macam primadona atas padang - aku menyampah. Dan lebih baik sokong team musuh.

Thursday, June 9, 2011

Moh men-design jersi Spurs

PUMA dengan kerjasama Spurs mempersilakan semua penyokong Spurs untuk meneka jersi baru Spurs musim 2011/12 yg hanya akan di-reveal pada 20 Jun 2011 ini. Tak tahu la pulak kalau peneka (peneka?? keh keh) paling atau hampir tepat design mereka akan dapat hadiah.

Jadi sebagai penyokong Spurs, haruslah gua tidak ketinggalan men-design jersi baru Spurs ni, mana tau tetiba si Harry Redknapp usha dan terjatuh hati dengan design ni, terus dia pilih design ni, tak pon mana tau dia ajak gua main untuk Spurs kan? Kah kah, kalau perkara ni terjadi, gua tolak awal-awal, nanti Van Der Vart dengan Bale tak boleh cari makan.

Ini design yg gua dah buat. Lawa tak lawa tak? Ada can ganti Halta Dolmat tak gua ni?

 First design gua. Tak de la lawa mana ye dak?


Yang ni untuk pasaran baju tidur sahaja


Yg ni alternate jersi. Ditaja khas oleh Puteri Umno cawangan Rimba Jaya, Selangor. Kelab Taat Suami juga turut berminat joint-venture.


Okeyh, design yg betul-betul gua hantar kat PUMA pulak adalah...

Design ni ada ciri-ciri macam jersi Spurs masa depa guna Kappa as official kit mereka (Thomson selaku penaja jersi mereka).  Gua ada jersi ni dulu, time kat asrama kalau gua main futsal, memang jersi ni la gua selalu pakai. Masa main tu jangan cakap la, skill menggelecek gua sebijik macam Lennon, gua punya tekel serupa macam Edgar Davids, dan memang tak sah kalau gua tak celebrate gol macam Robbie Keane sebanyak 8 kali, maknanya 8 kali skor la. Power kemain. Tapi jersi ni hilang entah kemana ntah. Siapa la yg rembat ni. Gua syak budak Menyu kat sekolah gua, ye la, budak-budak minat Menyu ni bukan power pon main bola, mulut je berapi macam Rooney, main macam Bebe.

Kalau lu orang fan Spurs yg berminat untuk menyumbang idea atau pon haters Spurs yg berminat menjahanamkan jersi Spurs ni, layari http://apps.facebook.com/guessthekit/. Kat sini juga lu orang boleh tengok video player Spurs macam Gareth Bale, Ledley King, Aaron Lennon dan Micheal Dawson turut mendesign jersi yg bakal mereka pakai musim depan.

Sekiyan, majulah Spurs untuk EPL.

Monday, January 10, 2011

Penangan Ronaldo dan Kaka

Ini malam ana hat-trick y'all!

Ana tak score, tapi ana assist sebiji, ok letteww!

Bagus anta tinggalkan Liverpool, diorang kalah lagi semalam!

Ana dah kata itu hari, ana akan buat comeback! Tengok ni ana score!

Barca mesti kecut tengok ana dah perform. Kikiki.

Menang 4-2 dengan team kapal selam kuning, Villareal - kemenangan ke-17 berturut-turut di tempat sendiri. Amacam?

Berdebar-debar ana rasa, Real makin mengancam sekarang. Macamana ni kapten?