Showing posts with label Apa itu SokerLeaks. Show all posts
Showing posts with label Apa itu SokerLeaks. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Tak kenal maka tak klimaks

Sebenarnya gua malas nak up entri macam ni sebab dah lari dari genre kami sebagai blog bola sepak tapi apabila membaca segelintir komen-komen dari pembaca yang kebanyakkan anonymous gua syak sudah masanya gua terangkan misi dan visi Sokerleaks.

Semua orang sudah tau betapa kuatnya cengkaman Sokernet dalam berblogging tentang bola sepak. Malah kami juga mengakui kehebatan Sokernet dalam hal ni,benda pertama yang kami letak di blog Sokerleaks pon link Sokernet. Kalau ni pon tak cukup untuk membuktikan kerespekan kami terhadap Sokernet,gua sendiri tak tau nak cakap camne.

Kami mewujudkan blog ini atas dasar keghairahan dan keklimaksan kami terhadap sukan bola sepak. Blog ini sekadar tempat kami meluahkan ekspresi dalam memeriahkan scene bola sepak luar negara dan tanah air.

Kami juga ingin menyambung legasi yang diwujudkan oleh Sokernet. Siapa tahu mungkin Pipiyapong akan menikah suatu hari nanti dan tidak mempunyai waktu untuk menonton game Arsenal kerana bizi menjaga anak, Pidomat pula sudah mula menceburi industri Twitter dan mungkin tidak berkesempatan untuk berblogging lagi, Raja Fakta Lucius Maximus mungkin sibuk dengan menghasilkan buku-buku dan Vovin pula suatu hari nanti terlalu bizi dengan karier seninya.

MUNGKIN

Gua sendiri secara individu juga berharap lebih banyak blog-blog seperti ini dapat diwujudkan maka kita akan lebih mudah mendapat maklumat mengenai dunia bola sepak. Nak harap maklumat dari suratkhabar? Result game pon lambat dua hari.

Jadi kami tertarik untuk menghasilkan blog ini untuk sama-sama memeriahkan dunia bola sepak secara maya. Kami baru berusia enam hari dan masih terkejut dengan sambutan yang cukup happening yang kami terima. Jika anda mengharapkan bayi berusia enam hari untuk bermain bola seperti fabregas,anda memang tidak berfikir dengan menggunakan otak. Pipiyapong sendiri juga memberikan nasihat secara peribadi terhadap sokerleaks di fanpage kami. Jadi gua rasa tak timbul isu bantahan dari pihak Sokernet dalam hal ini.

Dalam berblogging mengenai sukan bola sepak,kami juga cuba menggunakan bahasa paling mudah,bahasa paling kawan-kawan dan bahasa paling santai untuk senang difahami. Benda ni penting untuk menarik golongan makwe-makwe,golongan makcik-makcik,golongan polis pencen dan golongan remaja pra matang untuk lebih mengenali dan memahami tentang bola sepak.

Takkan nak cerita pasal bola sepak nak guna bahasa macam teks ucapan ketua menteri?

Orang follow Sokerleaks bukan sebab header tapi usaha kami,Kedah FA notis kami pon bukan sebab header tapi sebab usaha kami,Ohbulan share content kami pon bukan sebab design kami tapi cerita kami dan Murai copet karya kami pon sebab karya kami rare,bukan sebab benda-benda luaran ni..

Andai kata ada yang rasa kami ni peniru,gila glamer,takde identiti dan kacak maka terserahlah pada hak masing-masing. Belah atas penjuru kanan sekali tu ada butang pangkah.

Akhir kata,kalau ada yang terasa,kalau kami ni dah buat dosa besar,kalau kami ni tak power,kalau ada yang kecik hati,kalau Arsenal jadi juara season ni,gua secara peribadi mintak maaf banyak2. Kalau nak lawan mencarut jugak boleh datang terus jumpa gua,kita lawan mencarut sampai penat. Sape givap dulu kene pogo.

Biar Matang Jangan Binatang.


Additional Time : Kalau ada apa-apa cadangan,penambahbaikan,soalan,aduan boleh contact kami melalui email Sokerleaks atau datang terus ke fanpage kami..Setakat ni kami tak bodoh sombong lagi,tak tau la kalau follower dah cecah 3 juta nanti. Anda tanya elok-elok kami cakap terima kasih,anda cakap butoh,butoh la yang anda akan dapat balik.

Saturday, January 1, 2011

Edisi Pengenalan

Selamat datang ke SokerLeaks, Portal Rahsia Bola Sepak Kerajaan yang akan membongkar rahsia-rahsia bola sepak dalam dan luar negara. Liputan bola sepak yang mungkin tidak mampu ditandingi oleh media-media arus perdana baik yang pro kerajaan mahu pun pro pembangkang. Dengan ribuan kabel sulit kami, amat patutlah semua pihak dalam industri bola sepak seperti para pemain, Sepp Blatter, Sultan Bola dan anaknya, WAGS-WAGS, Hasbullah Awang, Dollah Salleh dan Nadi Arena berwaspada dengan pendedahan-pendedahan eksklusif dari pihak SokerLeaks.

Ini logo rasmi kami. biasakan la diri dengan logo ini.

SokerLeaks ditunjangi oleh 14 pengulas yang mewakili kelab-kelab berbeza yang akan memfokuskan kepada liputan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Inggeris, La Liga, Clausura Argentina dan juga Bundesliga. Mungkin Piala Emas Raja-Raja 2011 atau pun Djarum Liga Super Indonesia akan turut termasuk dalam liputan kami. Oleh itu, marilah kita berkenalan dengan para pengulas kami yang jauh lebih kacak dari Shebby Singh dan John Dykes.

Cobb Nobler.- Boca Juniors dan hal ehwal bolasepak dari segi ekonomi dan sosial.

Lebih dikenali sebagai Nami, penulis blog Teh Tarik Gelas Besar. Penyokong Boca Juniors, Selangor, Barcelona dan Argentina. Mengikut resume yang dihantar kepada lembaga pengarah SokerLeaks, beliau berpengalaman bermain di posisi sayap kiri sewaktu mewakili kelas 5 Anggur di sekolah. Pernah menjuarai pertandingan Teka Kacang peringkat sekolah dan pernah mewakili sekolah dalam Kuiz Geografi. Celaka sungguh resume beliau. Seorang sosialis dan pernah menulis buku "Pengejar Bintang".

Hiro - Manchester United dan Kelantan.

Mamat ni masa interview saya tengok macam muka Tomok pun ada. Memang mat jambu sungguh. Blogger pujaan ramai makwe-makwe dan pakwe-pakwe yang tangkap cintan. Saingan kental bagi Mofasad dalam arena blogger. Siapa Mofasad? Sebentar lagi kami akan dedahkan. Wakil pengulas bagi kem Manchester United dan Kelantan The Red Warriors.

Jambz- Barcelona

Mamat ni pun lebih kurang jambunya macam Hiro. Wakil Kem Barcelona, saya turut mengangkat beliau sebagai antara orang penting dalam SokerLeaks. Dijangka akan memecahkan dominasi EPL dalam liputan media alternatif bersama seorang lagi dari kem Real Madrid. Siapakah beliau, sila teruskan membaca.

Linglung- Real Madrid dan Unit Khas Membahan Indon.

Satu-satunya wakil dot com dalam SokerLeaks. Terkenal dengan blognya yang bertemakan "Wood Is Kayu, Love Is Cinta". Antara orang penting dalam perang siber di twitter bersama penyokong Indon tempoh hari. Bakal menjadi wakil bagi kem Real Madrid dan juga liputan untuk bolasepak tempatan.

Siggplus- Liverpool, Perak dan Unit Khas Membahan Indon.

Raja kelucahan dalam dunia blogger akan menjadi wakil bagi kem pasukan klasik, Liverpool dan juga Perak. Penyokong tegar Liverpool ini pasti sudah bersedia untuk membalas tohmahan-tohmahan negatif terhadap Liverpool kebelakangan ini. Pihak SokerLeaks mengharapkan beliau mengurangkan kadar kelucahan beliau dalam blog ini.

Deus X Machina- Manchester United dan Selangor.

Penyokong sejati Selangor dan Manchester United. Pakar membahan dan pakar menjawab balik kalau kalah. Pihak SokerLeaks harap beliau ada banyak masa untuk blog ini kerana blog beliau sendiri khabarnya sebulan lebih tak apdet. Tapi memandangkan ini blog bola dan beliau ada gaya Hasbullah Awang di twitter, jadi sepatutnya tiada masalah untuk beliau.

Areleaf- Arsenal dan Proksi Sultan Bola

Wakil bagi kem Arsenal dan wakil khas dari negeri Sultan Bola. Puaka yang tukar makwe macam tukar boxer, antara pengasas dan orang penting SokerLeaks. Seorang brader-brader yang kadangkala ada hati dalam taman. Berjanji untuk membuat akaun twiter jika Arsenal masih gagal menjulang kejuaraaan musim ini. Kita tunggu dan lihat. juga puaka yang tak pandai memimpin anak-anak buahnya ketika di Sokerleaks.

FarhanaRazaki- Arsenal dan Unit Khas Gosip Pemain serta WAGS

Satu-satunya makwe dalam SokerLeaks, bakal menjadi wakil kem Arsenal dan bakal membocorkan kabel-kabel sulit yang bersangkut paut dengan hubungan pemain bola sepak dan WAGS mereka. Diharapkan tidak terjerumus dalam gosip bersama para pengulas SokerLeaks yang macam puaka perangainya.

Poyotitos- Liverpool dan Felda United.

Poyotitos yang terkenal dengan cerpen Murad Costigan beliau akan mewakili kem Liverpool dan juga Felda United di SokerLeaks. Baru saja memberi amaran kepada pengerusi Felda yang baru Isa Samad supaya jangan main-main dengan duit Felda. Peminat tegar Martin Skrtel.

Berto- Tottenham Hotspurs , Selangor dan Bayern Munich.

Satu-satunya wakil dari kelab yang kini di atas Liverpool, Tottenham Hotspurs. Berto juga akan turut menjadi wakil kem Selangor dan Bayern Munich. Kita tengok sejauh mana Berto akan bertahan dalam mempertahankan Tottenham Hotspurs.

Mofasad- Liverpool dan Selangor

Mofasad?Siapa yang tak kenal? "I Am Blogger Mofasad" adalah baju wajib beliau. Sudah lama tidak apdet blog, baru saja rabak akibat percintaan. Penyokong Liverpool yang akan menutup wall fesbuk jika Liverpool kalah. SokerLeaks mengharapkan beliau tidak akan berjiwangan di sini.

Berd- Manchester United dan Kelantan. dan mungkin Liga Jordan.

Berd, pengulas kami yang berpangkalan di Ibrid, Jordan. Bakal menjadi wakil bagi kem Manchester United dan Kelantan. Mungkin akan diarahkan untuk membuat liputan bagi Liga Bolasepak Jordan. Puaka misteri yang wajah sebenar hanya diketahui oleh Lembaga Pengarah SokerLeaks saja. Oh ya, beliau masih gagal memasak nasi goreng dengan jayanya.

Afiq Siddhartha - Newcastle United.

Afiq, pengulas kami yang berpangkalan di Amerika Utara. Walaupun pernah mendapat hadiah jersi Manchester United, namun beliau memilih untuk menjadi penyokong Newcastle United. Masih tegar menyokong Newcastle United walaupun musim lalu turun divisyen. Rambut gerbang ala-ala Andrew Caroll dan memang calon tepat untuk menjadi pengulas bagi kem Newcastle United.

Daniel SokerLeaks
- Pengerusi Lembaga Pengarah SokerLeaks.

Hai, itulah saya. Dan saya tiada kaitan dengan Julian Assange Wikileaks. keh keh keh.

Pasti ramai tertanya-tanya mana wakil Chelsea. Untuk pengetahuan anda, kami masih gagal mencari penyokong Chelsea yang betul-betul tegar dan tahu siapa jurulatih Chelsea sebelum Jose Mourinho dan tahu Chelsea di kota mana. Lagipun, penyokong Chelsea mula menjauhkan diri semenjak Chelsea mengalami kekalahan demi kekalahan kebelakangan ini. Dasar Blues Hunter!



Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan GOLL!!!!!!! saya melancarkan SokerLeaks dengan rasminya. Sekian. Hidup Ketuanan Melayu!!!!!!!!