Showing posts with label felda united. Show all posts
Showing posts with label felda united. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Liga Super : 3 pasukan pilihan anda temani Kuala Lumpur

Saingan Liga Super menganjak ke lepas separuh musim. Banyak yang boleh aku coretkan sepanjang perjalanan liga ini berlangsung. Tapi untuk kali ni aku lebih senang untuk berbicara tentang Relegation Battle Zone. Sebelum hanya ada satu perlawanan pada 26/05/2012, inilah kedudukan semasa liga :

Liga Super dijadualkan bersambung kembali pada 15/06/2012

Seramai 6 pasukan yang dikenal pasti tergolong dalam Relegation Battle Zone ini iaitu Sarawak, PKNS, Felda United, Sabah, Kedah dan Johor FC. Manakala, bagi pasukan peberet Abam Berto, selamat datang ke Liga Perdana diucapkan in advance!

sila klik untuk paparan lebih jelas


SARAWAK

Maximun point - 24, Predict point - 11

Bermain 18 perlawanan dengan 23 mata, 4 mata dari Relegation Zone. Tidak boleh dianggap selamat. Bakal menentang pasukan peberet seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan, menjanjikan satu perjalanan yang berliku buat Sarawak andai mahu kekal di Liga Super musim depan. Jika tidak, mungkin rentong stadium dibakar setelah FRU dipukul tempoh hari.

PKNS

Maximum point - 27, Predict point - 7

Pendatang baru Liga Super dengan tittle Juara Liga Perdana 2011 dilihat kurang memberi impak. Boleh dilabel sebagai pasukan pengacau di mana acap kali melakukan upset. 8 kali seri cukup membuktikan mereka ke Liga Super kali ini hanya untuk menjadi pakar seri. Berbaki 9 perlawanan, sila kembali ke Liga Perdana musim depan andai gagal menerbitkan upset kemenangan.

FELDA UNITED

Maximum point - 24, Predict point- 7

Pasukan yang boleh dikatakan cemerlang bermain di laman ‘tumpangan’ sendiri tapi terkulai layu bila bermain di tempat lawan. Baki perlawanan yang rata-rata seimbang. Masih berpeluang kekal di Liga Super andai kata ‘bad boys with high temper’ boleh mengawal emosi dan menerajui pasukan mencipta kemenangan.

SABAH

Maximum point - 27, Predict point - 9

Mengekalkan rekod tanpa kemenangan di gelanggang lawan dan badi ini bakal terhapus ketika menentang Kuala Lumpur kelak. Rentetan siri kecederaan Michael Baird dan kurang keberkesanan Brendan Gan, boleh dikategorikan sebagai inverstment yang ‘ok la’. Gunakan kuasa Sumandak anda, pasti kekal di Liga Super!

KEDAH

Maximum point - 27, Predict point - 8

Pasukan peberet Penulis.Sahaja. Politik dalaman masih lagi tidak selesai, sedikit sebanyak membantu menjahanam pasukan ini yang satu ketika dulu gah dengan treble. Mula mencipta kemenangan sekembalinya Wan Jamak dari penggantungan. Prestasi ala yo-yo ini membuatkan Kedah, pasukan yang sukar diramal.

JOHOR FC

Maximum point - 30, Predict point - 11

2 tahun berturut-turut menjadi kelab terbaik sebelum disambar T-Team pada musim lepas. Kelab paling konsisten dalam sejarah bola sepak Malaysia. Berjaya menarik beberapa nama besar ke selatan tanah air. Mampukah Sazali Saidon menggalas tugas yang ditinggalkan K. Devan? Umpama menggalas mimpi mustahil. Beruntung jika masih kekal walau di Liga Perdana, lebih parah jika dipancung terus.

KUALA LUMPUR

Maximum point - 27, Predict point - 1

To be fair, aku kena ulas juga pasukan ni walau tak menjanjikan apa-apa melaenkan kekalahan berturut-turut berselang-selikan seri. Bermasalah dari awal musim dan merupakan calon terbaik relegate tanpa melalui play-off. Tabah la wahai Berto. KL relegate, Spurs tak layak UCL, Bayern kalah final UCL. Kesiannn..

Pasukan Kuala Lumpur pada aku, memang sah-sah la tersingkir. 3 lagi pasukan pilihan aku yang bakal bermain di play-off hujung musim ini ialah PKNS, Kedah dan Johor FC. Ini cuma andaian dan bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi, Kuala Lumpur terselamat dari zon penyingkiran misalnya.

Jadi, 3 pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk temani Kuala Lumpur ke Liga Perdana musim depan?

Saturday, October 15, 2011

BUAT PASUKAN YANG KALAH MALAM TADI (KELANTAN, PERAK, SABAH, FELDA UNITED)


Muka terpaksa di tutup kerana tak hensem

Saturday, April 30, 2011

HLS 1 - Highlight Liga Super


Satu masa nanti semua stadium akan penuh.

1. Di Stadium Kota Bharu kehadiran penyokong tuan rumah lebih ramai berbanding ketika perlawanan menentang Selangor. Namun rekod paling ramai yang datang ke ssmIV pada musim ini adalah ketika The Red Warriors menentang Felda United suku akhir piala FA.

2. Keputusan berkesudahan The Red Warriors menumpaskan Kuala Urban dua berbalas kosong. Hasil jaringan Piya dan Chanturu.

3. Piya punya gol kalau aku cerita memang orang susah nak percaya. Kena tengok sendiri. Gerakan solo dia Ronaldo pun tak pandai buat.

4. Lain lain keputusan Abang sawit seri dua sama menentang Jang. Entah apa kena dengan Jang ni.

5. Harimau Muda kita membaham Singa Utara dua gol berbalas satu di gelanggan lawan. Manakala Lebah membelasah badak bertubi-tubi dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

6. T-team dan Pahang pula seri tanpa jaringan. Dah ada live dalam astro tak reti-reti nak hargai. Satu pembaziran yang nyata oleh Astro.

7. Kedudukan liga super sudah pun berubah. Baru tadi pemilik yang sah telah pun mengambil balik tempat mereka untuk mengepalai liga.

8. Kelantan di tangga teratas diikuti Selangor dan Terengganu. Kedah dan Perak bersaing rapat. Liga super musim ini begitu sengit. Setiap pasukan bila-bila masa sahaja boleh meneraju liga.

9. Sekian. Gomo Kelate gomo!

10. Dah macam pemberita.

Sunday, April 10, 2011

The Red Warrios vs King of Sawit



1. Siaran langsung malam tadi kelihatan ribuan penyokong pasukan tuan rumah.

2. Siaran langsung maksud aku tu bukan yang dalam astro. Siaran langsung astro semalam jangan nak ambil kira sangat. Tendang penalti pun merata.

3. Pengulas sokerleaks tetap ke stadium walaupun perlawanan ada dalam tv. Bagus betul mereka ni. Seorang bawak Gen2 cps. Seorang lagi bawak perut.

4. Ini cerita pahlawan merah dengan king of sawit. Separuh masa pertama dua gol milik pahlawan merah. Sebelum separuh masa kedua dimana empat biji berjaya dijaringkan tanpa balas.

5. Ataupun dengan kata mudahnya enam biji kelapa sawit dikait sambil makan kacang.

6. M. Karathu terbaik. Walaupun sedikit berisiko membawa masuk pemain presiden. Tapi tu lah presiden presiden pun boleh kasi gol.

7. Kalau boleh Khairul Fahmi tu direhatkan dulu. Banyak perlawanan dia kena handle. Malam tadi kesian betul dia melilau depan gol. Boring sangat sebab bola tak datang-datang.

8. Kali ni amat menyedihkan sedikit sebab stadium tak penuh. Nasib baik kafa cerdik. Simen tempat duduk dia kasi cat warna merah.

9. Suara budak ultras masih didengari dalam ribuan penyokong hingga tamat perlawanan. Nak nak lagi lagu manggis. Sebanyak dua belas batang flare dibakar selepas perlawanan tamat.

10. Ok lah sesiapa nak tengok perlawanan penuh semalam sila klik sini


11. Bo lawe setaro demo. Gomo Kelate gomo.

12. Unbeaten? Keh keh keh.