Monday, August 29, 2011
Sekitar Liga Inggeris Minggu Ini.
Kenny Dalglish memilih pemain-pemain yang sangat bagus walaupun dari kelab biasa-biasa je asalnya - Jordan Henderson dari Sunderland dan Charlie Adam dari Blackpool - tapi bila masuk Liverpool terus jadi hebat.
Dalam perlawanan Manchester United-Arsenal saya ingin menyimpulkan satu perkara:
ASHLEY YOUNG ADALAH DEWA BOLA CROSS PALING POWER.
Even Beckham pun tak macam tu. Dan Wayne Rooney pula - siapa ada dalam Fantasy Football memang hebat gila.
In Arsene We Trust? Setahu saya hanya "In God We Trust". Dosa mensyirikkan Tuhan macam ni lah.
Leplep boleh mulakan laman web Facebook - 1,000,000 penyokong Arsenal mahu Arsene Wenger nyah dari kelab.
p/s:Wenger, contohilah Dalglish dan Ferguson dalam beli player - muda, muda juga - tapi biarlah terbukti di EPL. Jangan main pakai harung je.
Atau Arsenal perlukan manager dari Scotland seperti mereka berdua untuk hebat macam Liverpool dan Manchester United. Perancis boleh menang Iron Chef je lah.
Sementara itu....
KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:
Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.
Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.
Wednesday, August 24, 2011
Team Pengawal Taman Permaisuri Ni Team Bandar Tun Razak ke Apa?
Sebelum aku nak memulakan tulisan ni - eloklah kiranya aku nyatakan pendirian aku. Aku penyokong Liverpool FC, Argentina dan beberapa kelab lain. Hari tu pun geng-geng Sokerleaks nampak aku pakai baju Celtic FC. Dalam bolasepak - aku sokong je team aku nak sokong. Aku takde guilty conscious konon-konon nak patriot tapi tak tahu apa.
Semua orang tahu team Pengawal Taman Permaisuri atau Queen Park Rangers ini dibeli oleh Tony Fernandes tokey Air Asia.
Sebelum tu dia beli MAS - lepas tu terus shoot beli QPR.
Dia ni aneh sebab dia ni mengaku dia ni "I'm Forever Blowing Bubbles" tapi last-last beli team rival.
If West Ham United tak relegated hari tu I bet dia akan beli kelab kesayangannya tu.
Anyway
Timbul satu kefetishan baru di kalangan bebudak.
Sokong Queen Park Rangers - kerana dah meluat dengan hegemoni Freemason Manchester United, bosan dengan sandarkan pada kenangan Liverpool, tension dengan cangkungers sampai nak terberak Arsene Wenger, bosan dengan bebelan Berto yang tak reti beza Hotspur dan Hotspurs, serta penat menunggu bilakah kiranya Fernando Torres untuk menjaringkan gol untuk pasukan Chelsea.
Bagi aku - nak sokong QPR - sokonglah.
Bagi aku menjadi untuk menjadi bandwagon ni adalah hak milik setiap insan.
Kalau aku sendiri mat pelompat parti - kau nak jadi - jadilah.
Takdehal.
Satu aku tanya kau - korang yang sokong Queen Park Rangers ni apa sebabnya?
Kalau kau tanya aku kenapa aku lompat parti dari Manchester United ke Liverpool - sebab first aku memang closet yang menyuruk - dan menunggu King Kenny untuk tiba. Selain tu aku fed up dengan fan Manchester United yang tak kenal siapa itu Andrei Kanchelkis atau siapa itu Massimo Taibi.
Yang tak kenal Eric Cantona tu aku boleh mintak tolong abang Deus tolong bagi penampar.
Tapi kalau kau rasalah - nak sokong QPR ni sebab semangat patriotisme,
Kami di Sokerleaks akan membelasah anda beramai-ramai akibat kebangangan anda.
Aku rasa Linglung, Berto, Leplep semua pun join sekaki nak pukul lu atas kebangangan lu.
Memanglah - Tony Fernandes beli QPR. Tony Fernandes orang Malaysia.
Tapi menyokong Queen Park Rangers semata-mata sebab Tony Fernandes orang kaya Malaysia beli adalah perkara bangang.
Kalau kau rasa kau nak sokong QPR semata-mata kerana Tony Fernandes rakyat Malaysia dan kau rasa bangga,
kenapa kau tak beli kasut buatan Gombak ke baju buatan Klang?
Baju pandai nak pilih branded - nak pakai iPhone la, apa lah.
Queen Park Rangers ni bukan sebuah kelab di Bandar Tasik Permaisuri brader.
Ini kelab di Shepard Bush, Fulham.
Kalau nak sokong bola kerana patriotisme baik lu pergi Stadium KLFA Cheras tu pergi teman Berto.
Apahal kau nak sokong Queen Park Rangers ni?
At the end of the day
Kalau kelab ni relegated
Gua nak tengok lu stay ke tak.
Queen Park Rangers fan konon, pfft.
Namakan selain Kieran Dyer bekas pemain Newcastle - siapa lagi yang main? Siapa legend QPR ni.
Apa benda yang patriotik entah.
p/s:Fuck tit-ki taka.Team bola tolak sikit dah jatuh terguling adalah team pondan bapuk mak nyah faggots!
Monday, August 22, 2011
Kelab Lakonan Barsampah
Kalau tak boleh play video ni, kopipes URL ni http://www.youtube.com/watch?v=dL7JVJoFvNI&feature=player_embedded. Kalau tak boleh jugak ko memang lemah..lemah..lemah!
Pos ini sekadar menambah cuka kepada pos Nami sebelum ini Tiki-Taka Dah Jadi Kelakar. Memang corak permainan Barca ni ada gaya dan berseni malah seronok ditonton ketika bosan dan tak boleh tidur di awal pagi ketika hujung minggu. Gua tak kesah Real hanya menang Piala Raja Sepanyol, satu-satunya trofi yang berjaya dogondol dan digomol oleh Casillas and the gang yang kemudiannya dihancurleburkan oleh Sergio Ramos yang suka bergurau tak tentu hala, kerana ianya adalah trofi halal. Kejuaraan dan kemenangan itu manis. Sangat manis. Sangat-sangat manis kerana menang denga Barca yang semakin gah dan semakin ego dan seolah-olah untouchable di padang bola.
Untouchable? Ada 2 maksud. Maksud pertama, sebab mereka ni suka sangat menang dan senang sangat nak menang ibaratnya menang itu hanya di celah bedah bagi pasukan Pep Guardiola ini. Maksud kedua pula tak lain tak bukan sebab budak-budak yang dikepalai oleh kereta kebal Sepanyol, Puyol ni langsung tak boleh kena sentuh. Kena sentuh sikit bergolek. Kena langgar sikit berguling-guling macam cerita hindustan part-part tengah bahagia di taman bunga. Itu yang kena sentuh dan kena langgar. Yang tak kenanya pulak, sudah pasti makin lebih bergolek-goleknya, makin menjadi-jadi guling-gulingnya. Kalau baru kena sentuh, kena langgar pun dah macam babi sembelit gayanya, macamana agaknya kalau kena tampar dengan Hulk Hogan? Mahunya menangis dalam jamban 3 hari 2 malam. Lemah..lemah..lemah!!
Sebelum tu, kenal ke tidak siapa yang gua sebut Hulk Hogan tu? Kalau tak kenal ko memang lemah! Lemah..lemah..lemah! Macam Barca..barsampah.
Gua dan Nami bukan nak serang kosong pasukan Tiki-Taka ni. Kalau rasa panas punggung tu tengoklah baik-baik video yang gua kepilkan bersama dalam pos ni. Tengok macamana Pepe didajalkan oleh Dani Faking Alves. Berguling-guling, bergolek-golek macam tenggiling. Lepas Pepe kena kad merah, molek-molek ada dia masuk semula dalam padang tersengih-sengih. Tersengih-sengih macam Poo Key Mark. Faking Alves! Haa, Poo key Mark pun tak kenal? Lemah..lemah..lemah!
Anak didik Dani Faking Alves adalah Pedro Si Pesakit Muka. Budak ini jenis lembik. Budak ini jenis bapok level paling gedik. Kena peteh di kaki, sakitnya di muka. Kena tolak kat dada, jatuh tutup muka. Bangang sekali dan sememangnya lemah..lemah..lemah! Budak-budak pesen macam ni orang kita panggil cengeng. Cengeng ni lagi bangang daripada bangang itu sendiri. Budak pesen macam ni selalunya ada di tadika-tadika dan sekolah-sekolah rendah, kena usik dek kawan dekat perut, dia pergi report pada cikgu kawan dia tarik kotey. Dia kata, "Cikgu, Salman tarik kotey saya 3 kali..kelechup..kelechup..kelechup dia tarik kotey saya cikgu...sobs..sobs..sobs!" Senario ini biasa terjadi di kalangan budak-budak kecil yang hingusnya masih dilap oleh ibu dan bapa. Budak kecil kita boleh terima, tapi kalau sampai ke tahap budak sebesar Pedro Si Pesakit Muka ni dah masuk level bangang yang paling agung. Lemah..lemah..lemah!
Mascherano pula apa cerita? Lemah..lemah..lemah!
David Villa si janggut manis yang racist itu pun sama, lemah..lemah..lemah!
Pique Si penunggang Shakira juga adalah pelakon sinetron padang yang berjaya. Tapi pelakon bolasepak mana ada yang gagah. Semuanya lemah..lemah..lemah!
Messi? Yang ini gua kecualikan. Dia sememangnya lejen hidup dan jarang-jarang sekali dia masuk kelas lakonan bersama rakan-rakan Barca yang lain. Tapi sekali-sekala tu ada la juga. Sekali-sekala tu kira pejam mata la kan? Macam pemain Singapura-pura seberang tambak Johor tu.
Dalam banyak-banyak pelakon Barca ini, gua vote Pedro sebagai pemain bola sepak yang paling lemah..lemah..lemah. Siapa pula lu punya pemain pilihan yang paling lemah..lemah..lemah?
Up to you la macha!
Sunday, August 21, 2011
Lawatan Ke Emiriates..
Hi Leplep..!Nak kirim banger and mash tak? kekekekeke!
Semalam aku tukar gambar di Facebook dan Twitter dengan gambar ni - kira-kira 10 orang dalam Twitter follow. Lepas follow aku hamburkan dengan kata-kata nista. Terus unfollow.
Anyway - perlawanan Arsenal dan Liverpool seperti yang Daniel cakap - bukannya penting sangat. Team yang dah berapa tahun tak menang piala ni. Tak kisahlah kan. Baik sandarkan pada kenangan - mahu sandarkan kepada harapan kepada budak-budak.
Anyway - hujan rahmat di Utara London memang banyak membantu pasukan The Reds. Ini kerana imun kanak-kanak tidak tahan hujan sampai demam-demam. Frimpong ultraman jadian pun sampai nak tunjuk jari fuck sebab kuman selsema mula masuk dalam badan.
Jaringan gol sendiri Aaron Ramsey - ramai di Twitter terutamanya fan Arsenal menjerit - nasibbbbb nasibbbb.. Haih, nasib tak nasib lah. Habis yang tahun 1989 English League Cup dulu pun - Arsenal juara kalahkan Liverpool last minute tu pun nasib - tapi Liverpool terima dengan rela hati. Ni nak bising-bising nasib apahal? Macamlah Arsenal tak pernah menang nasib.
Gol kedua seolah-olah menganjing. Dalam hal ini Suarez menambah garam pada luka yang pedih selepas Cesc Fabregas blah, selepas Eboue dan selepas Clichy - pemain terakhir Untouchables blah.
Anyway.......
KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:
Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.
Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.
p/s:Fuck tiki-taka.
Thursday, August 18, 2011
Tiki-Taka Dah Jadi Kelakar.
Korang boleh korek artikel lama aku di Teh Tarik Gelas Besar tentang "Kenapa Saya Anti Real Madrid". Korang boleh korek blog lama aku yang mengatakan aku ni pernah jadi fan Barcelona akibat butthurt dengan fan GEGEMU. Hakikatnya aku pernah jadi fan boy GEGEMU dan BARKA ni. Khalas.
Even masa aku jadi fan Manchester United pun - aku ada deep respect dengan Barcelona. Dari segi culesnya, dari segi crowd dia, dari segi tactical, dari djaman Johan Cruijff sampai Ronaldinho. Djaman Ronald Koeman, djaman Landrup brothers, Marc Overmars hingga ke djaman Thierry Henry - aku ada deep respect dengan Barcelona.
Tapi respect aku terhadap Barcelona semalam langsung hilang - bagai mercun thunderclap yang terbang ke udara lalu meletup dan hilang entah ke mana-mana. Langsung hormat aku terhadap kelab yang "Mes Que Un Club" ini hancur lebur. Hilang. Dah takde apa makna lagi.
Barcelona sentiasa jadi pasukan yang handal, without a doubt. Kalaupun tak layak Champions League - UEFA Cup pun dia pernah masuk. Dia bukanlah macam kelab Recreativo Huelva atau Gymnastic Terragano - FC Barcelona ada kelasnya tersendiri. Tetapi, kelas tu terus jadi "low-class" - bila pemain Barcelona ni lebih lembik dari mak nyah lorong Haji Taib. Gua rasa kalau gua langgar bahu mak nyah di Lorong Haji Taib pun gua rasa dorang steady lagi dan tidak jatuh tergolek-golek macam Daniel Alves.
Aku tak pernah ada problem untuk enjoy permainan Barcelona sebelum ni. Sebelum Rijkaard lagi - even djaman Sir Bobby Robson masa Jose Mourinho jadi jurubahasa pun aku still layan this team. Jersi buruk bukan ada masalah walaupun jersi dia macam tentera Swiss Guard di Vatican City. Jersi buruk aku tolak tepi. Tambah-tambah tulisan "Qatar Foundation" yang font dia terlalu generik dan buruk tu pun aku tolak tepi. Tang Lionel Messi berlari dan menggentel, tang Xavi assist - tu semua tolak tepi. Yang aku pertikaikan - kenapa team hebat macam Barcelona ni lembik seperti daun yang ditiup angin? Makan tak cukup ke?
Sekarang, yang ironiknya ialah fan Barcelona selalu berkata bahawa Cristiano Ronaldo adalah mat cengeng dengan rambut pesen Eurotrash serta mengada-ngada dan pakar bidang terjun. Masa dia GEGEMU lagi dia macam tu. Memang aku akui mamat tu masa di GEGEMU memang "sikit-sikit jatuh, sikit-sikit tergolek". Even fan hardcore MU macam @arilunited dan ramai lagi member MU aku pun menyampah. Tapi tu Cristiano Ronaldo yang dulu. Cristiano Ronaldo yang aku tengok semalam - dia cuba bermain bersungguh-sungguh. No doubt kecengengannya masih ada - tapi aku tengok dia takdelah kerap terguling sangat macam dulu.
Aku dah perasan Barcelona ni team mat guling sejak vs Inter Milan 2010 dulu. Time tu Jose Mourinho masih manager Inter Milan. Sikit-sikit jatuh, sikit-sikit jatuh. Aku rasa macam nak fed-up pun ada masa tu. Menyampah kau tahu?
Anyway I don't like tiki-taka. Ia hanya menjadikan game jadi boring dan jadi macam Negara China main badminton. Nak fikir result je. In the end sports it's all about numbers not passion, macam tu kah? Everyone criticizes Jose Mourinho sebagai practical but not idealist, aku tengok at least ada new innovation in tactical jugaklah dalam Real Madrid ni nowadays. Apa innovation yang Pep buat since 2009? Nak cakap aku bias? Hello, did I told you guys that I hate Real Madrid?
Tapi tu dulu lah. Dulu pasal Francisco Franco pun aku nak anti Real Madrid. I don't feel like I'm going to hate Real Madrid anyway. Francisco Franco pun dah lama bersemadi dengan aman. There are great players in Real Madrid like Zidane, McManaman, dan juga Cristiano Ronaldo yang benar-benar bermain demi sukan bolasepak bukan nak poyo-poyo sepak bola sana-sini. Of course this club got history. Well aku takdelah dapat tengok bola djaman Miguel Munoz but at least aku pernah tengok when McManaman scores in Paris year 2000 against Valencia. How about superb goal of Zidane in Glasgow in year 2002? That volley? How can I forget that goal?
Anyway, fan Barcelona selalu pertikai perangai Florentino Perez Presiden Real Madrid yang gila beli player. Yes - dia beli Cristiano Ronaldo 80 juta pound. Yes dia beli Kaka 55 juta pound. Yes dia beli Benzema 30 juta pound. Tapi how about Barcelona? Ibrahimovic almost 69 juta euro. Berapa tahun dia main? Dalam masa setahun berapa kerat je dia main. How about Fabregas nanti? OK lah for sure dia nak main kat kelab ibu pertiwi berbanding kelab yang lawan Birmingham masa Carling Cup pun sangkut. Tapi bukan perangai Joan Laporta dan kini Sandro Rosell ni pun lebih kurang sama je dengan Florentino Perez? Pot calling kettle black.
Dan balik-balik cuba nak tiupkan semangat Catalonia. Kamonlah - referendum dah berapa kali gagal. Kalau kau merdeka jadi Republik Catalonia pun kau ingat ekonomi kau tak collapse? Sepanyol mungkin collapsed tapi at least banyak lagi wilayah yang setia dengan dia - kecuali Basque yang dah sampai angkat senjata. Plus, kau kutuk Espanyol kelab yang pro Castilia tapi kelab kau sendiri - berapa ramai yang Catalan? Espanyol yang pro Castilia pun lebih ramai player Catalan dari Barcelona. Apa kes?
In the end - I call this year - 2012 - the year that Real Madrid should end this crap. And there's no teams in Europe now - I say it out loud - tidak ada satu kelab pun di Eropah yang mampu hentikan Barcelona - selain Real Madrid. Manchester United - trying twice and fail. Inter right now? Apa bikin? Manchester City? Kong kali kong. Aku harap there will be something for Madrid this year. Bukan nak sokong Madrid - tapi sebab aku dah jelak tengok bola dibosankan oleh Barcelona - macam badminton yang telah dibosankan Lin Dan dan seluruh pemain badminton Negara China. Kalau macam aku tengok badminton - aku lebih rela tengok Indonesia menang dari China. Kalau right now - aku lebih rela tengok Madrid menang dari Barca.
Yes - aku memang dulu fan boy Barcelona. Sama macam aku fan boy Manchester United. Tapi bila player mula act macam primadona atas padang - aku menyampah. Dan lebih baik sokong team musuh.
Labels:
Barca kecut,
La Liga,
Real Madrid
Wednesday, August 17, 2011
Kisah Menyayat Hati Sebuah Kedai Gunting Rambut
Ini adalah sebuah kedai gunting rambut yang terletak di Tottenham, dimiliki oleh seorang penggunting rambut yg dikenali sebagai Aaron Biber (tiada kena mengena dengan Justin Bieber). Kedai ni telah beroperasi sejak berdekad lamanya mengambil kira bahawa Aaron telah menetap di kawasan ini sejak 41 tahun yg lalu. Kedai ini juga hanya beberapa jarak sahaja dipisahkan dengan gelanggang keramat Spurs dan gelanggang paling ditakuti Cesc Fabregas semasa masih bersama Arsenal, White Hart Lane.
Kedai milik aaron (89 tahun) ini memang sangat popular dikalangan penduduk setempat. Malangnya pada minggu lepas, Aaron terkejut beruk matyeh selepas melihat kerosakan yg telah melanda kedai beliau. Tingkap pecah, hairdryer dirosakkan malahan pemanas air(kettle) pakcik aaron ini juga turut dicuri. Semuanya berpunca dari rusuhan yg berlaku di London minggu lepas. Ironiknya, hanya satu sahaja barang aaron yg tak terusik iaitu gambar Peter Crouch yg telah ditandatangani sendiri Crouch.
Selepas melihat kerosakan tersebut, Aaron mengatakan beliau terpaksa gulung tikar terus perniagaan menggunting rambut ini kerana beliau tidak memiliki insurans untuk kaver semua kerosakan kedai ni.
Perkara ini telah mendapat maklumbalas pemilik gambar tersebut, Peter Crouch. Mengambil semangat Ramadan yg mulia ini, Crouchy telah pon mengunjungi Aaron untuk beri sokongan terhadap kempen yg telah dijalankan penduduk setempat serta dalam internet; "Keep aaron Cutting". Setakat ini, kempen telah mencapai kutipan sebanyak 35k pound sterling.
"Sabarlah orang tua, ini semua takdir" - Crouchy.
"Hang tahu sebab apa benda ni depa tak ambik? Sebab ni gambar hang. Lain la gambar bini hang si Abigail Clancy tu, benda tu pon depa nak hambat" - Aaron
"Atuk buat apa dengan gambar bini saya tu?" - Crouchy
"Errrr, Tak dapat body, dapat gambor pon jadi la. hehe" - aaron.
Bila ditanya macam mana Crouchy boleh terpotong rambut kat kedai ni, Crouchy mengatakan pada masa tu beliau memang memang mahu memotong rambut dan kebetulan beliau berada betul-betul didepan kedai Aaron, yg juga seorang penyokong Spurs. Pada kunjungan terbaru ini, Crouchy turut mendapat servis guntingan percuma dari Aaron.
"Nak buat style apa?"
"Mohawk. Sideburn x nak cukoq, belakang kasi V".
Baik hati jugak Crouchy ni, malangnya, dilaporkan hayat Crouchy di Spurs semakin sampai ke ujung selepas Redknapp mahu menjual beliau untuk memberi dana dan tempat bagi mendapatkan penyerang, sama ada Adebayor mahupon penyerang Costa Rica, Bryan Ruiz yg bermain utk Twente. Crouchy dikhabarkan akan bersama Wilson Palacios berhijrah ke Stoke City.
Jika benar berita ini, damailah kau disana Crouchy.
Monday, August 15, 2011
Fernando Torres:Saya Masih Tidak Lupa Untuk Menjaringkan Gol"
KUALA LUMPUR 26 Julai 2011:
Penyerang £50 juta Chelsea Fernando Torres berkata bahawa dia masih tidak lupa cara-cara untuk menjaringkan gol.
Sekadar untuk mengingatkan anda Fernando.
Sementara itu....
Kalau kau ambik penalti macam tu masa pakai jersi Uruguay masa lawan Argentina hari tu kan bagus?
Saturday, August 13, 2011
Tottenham
Dont mess with Tottenham
Hebat betul Tottenham Hotspurs ni, game first season 2011/12 belum start tapi satu dunia dah heboh pasal Tottenham, gaya macam bakal menang EPL. Begitu lah hebatnya Spurs.
Tak payah la gua nak cerita lebih pasal riot kat sini, lu orang semua pon dah tahu semuanya berpunca pasal polis tembak mati sorang niggaz ni. Tapi itu semua versi media-media berhaluan kanan, lu orang tahu tak ada macam mana rusuhan ni boleh bermula dari pandangan beberapa orang pakar bolasepak eropah?
Ada 2 teori macam mana keganasan ini boleh bermula di Tottenham.
Pertama, kita semua sudah maklum Spurs adalah pasukan yg kuat, hatta lebih kuat dari Menyu, Menyiti, Cel-c, dan Lebepul. Asnel x payah cerita la, itu standart Norwich je tu. Jadi, Spurs yg begitu kuat ini pastinya menjadi igauan ngeri pasukan-pasukan lain. Senang cerita, memulakan aksi liga dengan bertemu Spurs di White Hart Lane bukanlah satu perkara yg ideal untuk sebarang pasukan. Itulah yg terjadi pada Everton, pasukan kendalian David Moyes ini begitu gentar bertemu Spurs, lalu, Everton telah melakukan perkara yg begitu jijik sekali iaitu mencetuskan huru-hara di Tottenham agar perlawanan pembukaan di WHL ditangguhkan. Dan mereka berjaya. Itu lah sebenarnya yg terjadi, rusuhan disini semuanya dimulakan oleh penyokong-penyokong Everton. Mereka datang dari Merseyside untuk membuat onar.
Teori kedua; rusuhan dimulakan sendiri oleh penyokong Spurs atas bantahan terhadap penjualan perancang utama pasukan, Luca Modric ke Chelsea. Teori ini sebenarnya tak berapa boleh pakai sangat sebab Spurs sudah melalui banyak pengalaman menjual pemain bintang mereka ke pasukan lain, misalannya Berbatov, Carrick ke Menyu atau Robbie Keane ke Lebpol. Jadi teori yg mengatakan riot dibuat semata-mata untuk menghalang Modric berpindah adalah tak berapa nak boleh terima sangat.
Makanya, kita boleh simpulankan disini, teori pertama iaitu Spurs pasukan kuat dan ditakuti seluruh pasukan yg lain adalah sangat munasabah dan boleh diterima.
The next Shevchenko, Deco, Kezman and Torres (kalo betul dia pindah Chelsea)
Kembali berkisar pada kes Modric, bagi gua, dia memamg pemain yg bagus. Ada ciri-ciri seorang Messi, pantas dan bijak membawa bola. Sebab itu lah banyak pasukan mahukan beliau. Dan bagi gua, kalo Modric ni nak blah, jual je lah dia. Spurs dah boleh belajar masa jual Berba ke Menyu dulu, macam mana si Berba merajuk macam bapok siam nak blah dari WHL sampai prestasi Spurs begitu merosot waktu itu. 40 juta pound tu bagi gua dah kira banyak, boleh beli player lain. Beli Safee Sali ke, dia tu power ko tau tapi jangan beli Fakri Saarani la, dia tak power.
Dulu gua pernah cakap, Spurs kalo betul-betul nak jadi title challanger, jangan ada polisi jual pemain bintang. Tapi gua tengok Harry Redknap sebenarnya kurang ghairah untuk menjadikan Spurs pasukan pencabar kejuaraan dan lebih fokus untuk melayakkan team ke UCL walaupon dulu Redknapp dgn angkuh pernah berkata Spurs mampu jadi juara. Ini semua silap Redknapp jugak, gagal layakkkan team ke UCL musim ni, terus semua player nak lari. Nasib baik la gua dah tuit kat Bale,Van Der Vart dgn Sandro suruh stay. Jenis mendengor kata jugak depa ni. Dekat Modric gua tak sempat nak tuit, gua sibuk buat terawih.
Ya, ada sedikit nada kecewa disitu, tapi tak pa lah, gua dah biasa kecewa lagi-lagi lepas kes kecewa Malaysia kalah dgn Singapore.
Dan Chelsea juga turut menawarkan Yossi Benayoun sebagai pakej pembelian Modric ni. Dengar kabor Redknapp bukan main minat dengan dia ni. Satu je gua mintak kat mamat Israel ni, kalo kompem dia main untuk Spurs, baik ko main sungguh-sungguh dan sepower mungkin, kalo tak memang gua buat banner "YOSSI YAHUDI MABUK MINUM TODI". Ko ingat tu Yossi, ko ingat!
Ko jangan mengada-ngada Yosi, belum main dah menangis macam Nani. Aku lempang jugak ko nanti.
Alang-alang gua dah lama tak menulis ni, gua bagi sedikit prediction paling jujur mengenai EPL musim ini. Bagi gua, pasukan pencabar kejuaraan hanyalah terdiri daripada 4 team; MU,ManCity,Chelsea dan Liverpool. Prediction gua sedikit berbeza dari Shebby Singh yg mengatakan Arsenal masih akan tersenarai dalam Big4 dan Liverpool masih akan menghuni diluar kelompok Big4.
Bekas pemain kebangsaan. Salah seorang penyokong Spurs di Malaysia; Sherbegeth Singh. Juga salah seorang pundit paling selalu merapu dalam buat prediction.
Bagi gua ManU walaupon sudah kehilangan beberapa tonggak, mereka masih pasukan yg kuat dengan tenaga-tenaga muda. ManCity pula pasukannya solid dari segenap posisi, tambah plak si Nasri nak pindah sini. Chelsea dengan pengurus yg baru dan kuda tua mereka mungkin agak lembap sedikit tapi masih mampu berpewatakan sebagai juara manakala Liverpool di bawah kendalian Daglish adalah Liverpool yg baru dan mungkin tahun ini adalah benar-benar tahun mereka.
Arsenal?? Pfftt, macam gua cakap tadi, ini team baya-baya Norwich dengan Swansea je. Fabregas dgn Nasri blah, gua tak nampak ada karakter juara pada pemain Arsenal. Cuma yg membezakan Arsenal ni dengan team-team bukan Big4 ni adalah Robin Van Persie. Tak ada RVP ni, bai-bai la Arsenal.
Spurs? Jujur gua cakap, dapat top5 musim ni pon dah kira bagus. Walaupon begitu, gua masih tetap dengan pendirian Spurs adalah pasukan paling ditakuti dan disegani di EPL, kalo tak masakan team opponent sanggup hantar penyokong pergi merusuh semata-mata nak tangguhkan game ye dak?
Friday, August 12, 2011
Arsene, Fabregas dan Samir.
Suatu hari di Ashburton Grove, Islington....
Arsène Wenger: Sampai hati kau Fà bregas, aku didik kau dari kau muda lagi, aku asuh kau, aku jaga kau, makan pakai kau semua, ini yang kau balas? Kau ni dah tahap anak ikan paling tinggi aku kau tau?
Cesc FÃ bregas: Ala bos, tak best la macam ni bos. Si Clichy hari tu blah bos relax je. Apa ni bos?
Arsène Wenger: Kau memang anak tak sedar di untung, tak sedar diri, l'enculez vous cochon!
Cesc FÃ bregas: Bos mencarut apa tu?
Arsène Wenger: You fucking pig dalam bahasa Perancis lah, bodoh!
Cesc FÃ bregas: Ala bos, tak best la bos mencarut-carut macam ni. Saya bukan apa bos,member-member saya kat kampung tu semua gelakkan saya.Si Xavi tu,dia dah 3 kali pegang Piala Tinger Beso,Iniesta pun.Saya tengok dah 6 tahun kat sini jangankan Piala Tinger Beso,Carling Cup pun itu hari saya tak dapat. Kalah dengan Birmingham pulak tu.
Arsène Wenger: Habis kau main macam palat kau nak salahkan aku pulak, kanina lu cibai tiu nia seng!
Cesc FÃ bregas: Ala bos, bos kan ada darling baru, tu si Sagna tu. Dia comel kan?
(Samir Nasri baru keluar dari toilet melepas hajat, terdengar perbualan Wenger dan FÃ bregas)
Samir Nasri: Bos,saya dengar si Kolo Toure,Gael Clichy,Adebayor,dorang cakap awek-awek Manchester semua boleh pakai bos, tu yang Ronaldo muka pondan pecah tu pun boleh dapat awek hot bos. Sini semua stok main mahal2, payah bos. Lagipun kami bosan la, dah la rumah kami kena pecah sebab riot hari tu. Habis ferrari saya kena pecah bos. Manchester ok sikit. Tapi manchester city la sebab dia dipimpin oleh orang islam,saya pun kena sertai jihad.
Arsène Wenger: HHHHHHHNNNNNNNNGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!
Cesc dan Samir: Bos jangan cangkung tepi jalan bos, orang nampak nanti salah sangka bos nak berak tepi jalan bos..
Thursday, August 11, 2011
1967 - Long Before King Mokhtar.....
Belum Piala Malaysia 2011 - @ustakberd telah melaung-laungkan Kelantan bakal mengekalkan kejuaraan kali kedua berturut-turut. Aku tersengih baca tweet tu. Dalam hati aku seraya berkata, "come back when you're 32". Dalam hal ni - kalau Kelantan boleh la - menang berturut-turut - mungkin tahun 2042 baru dia boleh senyapkan geng Selangor. Belum apa-apa komrad @erk888 selaku otai fan Selangor dah sound. Aku dalam hati gelak - kah kah kah!
Tapi fan Selangor yang ada ni mungkin kenal pasukan Selangor dari djaman Azman Adnan - seperti kebanyakan. Macam aku mungkin dari djaman Mokhtar Dahari. Tu pun dia dah main Kwong Yik Bank - dan masa tu adalah supremacy the other Lembah Klang punya team iaitu Kuala Lumpur. Still, masa itu Kuala Lumpur melalui Elyas Omar banyak menyalurkan dana sampai dorang boleh ambik Fandi Ahmad jadi player dorang - yang sebelum tu bermain dengan FC Groenigen yang layak ke European Cup 1983 - menewaskan Inter Milan 2-0 - salah satu gol dijaringkan oleh Fandi Ahmad sendiri di San Siro. (peh, imagine kalau Mokhtar accept pergi Arsenal dulu - aku rasa Malaysia ni penuh fan Arsenal rasanya). Kuala Lumpur juga pernah buat friendly dengan team-team Netherland - kalau sekarang ni kelab-kelab luar yang datang, ni dulu orang luar yang panggil team Malaysia. Peh, peh!
Anyway tahun 1967 adalah tahun pertama AFC Asian Championship. Lapan buah pasukan menyertai peringkat awal - dengan Iran dan India tarik diri. Perlawanan pembukaan menyaksikan Selangor, juara Piala Malaysia 1966 - menentang dengan pasukan Vietnam Selatan Quan Thue. Pada perlawanan pertama berlangsung di Saigon kedua-dua pasukan seri 0-0. Perlawanan kedua berlangsung di Stadium Merdeka - Selangor menang 2-1.
Sementara itu pasukan Hong Kong - South China tewas dengan Bangkok Bank dari Thailand - 1-2. Dua lagi pasukan - Tungsten Mining dari Korea Selatan dan Hapoel Tel Aviv dari Israel mendapat bye kerana wakil Iran dan India menarik diri.
Pusingan kedua - pasukan Selangor menentang dengan pasukan Bangkok Bank. Perlawanan pertama berlangsung di Stadium Merdeka yang dimenangi Selangor. Perlawanan kedua di Bangkok menyaksikan Selangor seri 0-0 di Bangkok menyaksikan Selangor layak ke peringkat seterusnya. Sekali lagi, Tungsten Mining dan Hapoel Tel Aviv mendapat bye.
Peringkat separuh akhir - atau aku patut panggil tiga suku akhir - kerana Hapoel Tel Aviv mendapat bye untuk layak ke peringkat akhir tanpa mengeluarkan peluh setitik pun - pertemuan antara Selangor menentang Tungsten Mining. Perlawanan pertama di Yeongwol, di provinsi Gangwon Korea Selatan - pasukan Selangor seri 0-0 sebelum menang di Stadium Merdeka 1-0.
Dan perlawanan akhir berlangsung di Suphalachai Stadium di Bangkok. Kira-kira 12,000 orang menyaksikan perlawanan pertama Piala terulung Asia ini. Pemain Selangor yang aku dapat maklumat, bernama Aslim menjaringkan gol pada minit ke 50. Tetapi Hapoel Tel Aviv menjaringkan gol pada minit ke 70 melalui jaringan Danny Bursuk. 5 minit kemudian Hapoel mendapat penalti dan disempurnakan oleh Yaakov Rachminovich. Dan ini adalah satu kepiluan memandangkan Selangor kena lawan berapa round - home and away - pergi Vietnam, Thailand dan Korea untuk ke final sedangkan Hapoel Tel Aviv hanya makan bagel dan gefilte fish sambil layan lagu Naomi Shamer yang cun melecun. Sedangkan Selangor bermati-matian untuk ke final - tapi kalah 2-1 final. Mungkin kerana AFC ini diaturkan oleh Freemason dan Illuminati - sebab tu Selangor kena pergi sana-sini untuk menang. Ini membuli negara Islam, kata Hassan Ali(tu pun kalau dia tengoklah).
Anyway bagi aku long before Mokhtar Dahari, pasukan Selangor 1967 adalah pasukan yang terbaik bagi aku. Walaupun aku tak dapat data lengkap kejohanan ini tapi yang pasti Ghani Minhat masa tu aku rasa ada. Begitu juga dengan goalkeeper cemerlang Chow Chee Keong. M Chandran dan Roslan Buang mesti ada masa tu. Aku tak kenal siapa Aslim ni sebab bapak aku tak pernah mention pun, tapi dia ni bagi aku one hell of a legend!
Bagi aku - dalam tahun 1967 - Celtic menjulang Champions League dengan Lisbon Lions, dan Selangor tetap terbaik - walaupun kalah nasib dengan Hapoel Tel Aviv.
Bising-bising sangat tu - be like Selangor 1967. Beat that, booyaaahhhh!
Labels:
gergasi merah,
selangor,
selangor power
Wednesday, August 3, 2011
Wordless Wednesday Edisi SokerLeaks #2
"2 monkeys in the pitch!!!!!!!Bicycle kick konon!!!!!!!!!!!!!Booooooooooooooooooooooooooo"
Link lain di sini.
Link lain di sini.
Labels:
Bini Shahril Ishak
Subscribe to:
Posts (Atom)