Thursday, August 11, 2011

1967 - Long Before King Mokhtar.....



Belum Piala Malaysia 2011 - @ustakberd telah melaung-laungkan Kelantan bakal mengekalkan kejuaraan kali kedua berturut-turut. Aku tersengih baca tweet tu. Dalam hati aku seraya berkata, "come back when you're 32". Dalam hal ni - kalau Kelantan boleh la - menang berturut-turut - mungkin tahun 2042 baru dia boleh senyapkan geng Selangor. Belum apa-apa komrad @erk888 selaku otai fan Selangor dah sound. Aku dalam hati gelak - kah kah kah!

Tapi fan Selangor yang ada ni mungkin kenal pasukan Selangor dari djaman Azman Adnan - seperti kebanyakan. Macam aku mungkin dari djaman Mokhtar Dahari. Tu pun dia dah main Kwong Yik Bank - dan masa tu adalah supremacy the other Lembah Klang punya team iaitu Kuala Lumpur. Still, masa itu Kuala Lumpur melalui Elyas Omar banyak menyalurkan dana sampai dorang boleh ambik Fandi Ahmad jadi player dorang - yang sebelum tu bermain dengan FC Groenigen yang layak ke European Cup 1983 - menewaskan Inter Milan 2-0 - salah satu gol dijaringkan oleh Fandi Ahmad sendiri di San Siro. (peh, imagine kalau Mokhtar accept pergi Arsenal dulu - aku rasa Malaysia ni penuh fan Arsenal rasanya). Kuala Lumpur juga pernah buat friendly dengan team-team Netherland - kalau sekarang ni kelab-kelab luar yang datang, ni dulu orang luar yang panggil team Malaysia. Peh, peh!

Anyway tahun 1967 adalah tahun pertama AFC Asian Championship. Lapan buah pasukan menyertai peringkat awal - dengan Iran dan India tarik diri. Perlawanan pembukaan menyaksikan Selangor, juara Piala Malaysia 1966 - menentang dengan pasukan Vietnam Selatan Quan Thue. Pada perlawanan pertama berlangsung di Saigon kedua-dua pasukan seri 0-0. Perlawanan kedua berlangsung di Stadium Merdeka - Selangor menang 2-1.

Sementara itu pasukan Hong Kong - South China tewas dengan Bangkok Bank dari Thailand - 1-2. Dua lagi pasukan - Tungsten Mining dari Korea Selatan dan Hapoel Tel Aviv dari Israel mendapat bye kerana wakil Iran dan India menarik diri.

Pusingan kedua - pasukan Selangor menentang dengan pasukan Bangkok Bank. Perlawanan pertama berlangsung di Stadium Merdeka yang dimenangi Selangor. Perlawanan kedua di Bangkok menyaksikan Selangor seri 0-0 di Bangkok menyaksikan Selangor layak ke peringkat seterusnya. Sekali lagi, Tungsten Mining dan Hapoel Tel Aviv mendapat bye.

Peringkat separuh akhir - atau aku patut panggil tiga suku akhir - kerana Hapoel Tel Aviv mendapat bye untuk layak ke peringkat akhir tanpa mengeluarkan peluh setitik pun - pertemuan antara Selangor menentang Tungsten Mining. Perlawanan pertama di Yeongwol, di provinsi Gangwon Korea Selatan - pasukan Selangor seri 0-0 sebelum menang di Stadium Merdeka 1-0.

Dan perlawanan akhir berlangsung di Suphalachai Stadium di Bangkok. Kira-kira 12,000 orang menyaksikan perlawanan pertama Piala terulung Asia ini. Pemain Selangor yang aku dapat maklumat, bernama Aslim menjaringkan gol pada minit ke 50. Tetapi Hapoel Tel Aviv menjaringkan gol pada minit ke 70 melalui jaringan Danny Bursuk. 5 minit kemudian Hapoel mendapat penalti dan disempurnakan oleh Yaakov Rachminovich. Dan ini adalah satu kepiluan memandangkan Selangor kena lawan berapa round - home and away - pergi Vietnam, Thailand dan Korea untuk ke final sedangkan Hapoel Tel Aviv hanya makan bagel dan gefilte fish sambil layan lagu Naomi Shamer yang cun melecun. Sedangkan Selangor bermati-matian untuk ke final - tapi kalah 2-1 final. Mungkin kerana AFC ini diaturkan oleh Freemason dan Illuminati - sebab tu Selangor kena pergi sana-sini untuk menang. Ini membuli negara Islam, kata Hassan Ali(tu pun kalau dia tengoklah).

Anyway bagi aku long before Mokhtar Dahari, pasukan Selangor 1967 adalah pasukan yang terbaik bagi aku. Walaupun aku tak dapat data lengkap kejohanan ini tapi yang pasti Ghani Minhat masa tu aku rasa ada. Begitu juga dengan goalkeeper cemerlang Chow Chee Keong. M Chandran dan Roslan Buang mesti ada masa tu. Aku tak kenal siapa Aslim ni sebab bapak aku tak pernah mention pun, tapi dia ni bagi aku one hell of a legend!

Bagi aku - dalam tahun 1967 - Celtic menjulang Champions League dengan Lisbon Lions, dan Selangor tetap terbaik - walaupun kalah nasib dengan Hapoel Tel Aviv.

Bising-bising sangat tu - be like Selangor 1967. Beat that, booyaaahhhh!

7 comments:

rashideeshukri said...

Viva Selangor! come back when you're 32.

Ayeem Jemain said...

selangor legend! legend jugak datang dari selangor!

dear anies said...

hebak hebak

Wadi AR said...

aku pon legend dr selangor. kahkahkah

Ozgur Cek said...

fandi ahmad mmg sempoi...
nnt safee sali pg klab jerman jd macam tu jgk,fuh lagi sempoi..
GKG!!

keli said...

Nak beat 32 kali menang cup tu memang takde la mana2 team boleh sampai tahap tuh. Gile aper...
Memang sah konspirasi Freemason. Hehe..Danny Bursuk..kelako dowh nama beliau...Kikiki

shumak said...

selangor hanyalah legend...hahaha