Showing posts with label pengulas liverpool pemalas. Show all posts
Showing posts with label pengulas liverpool pemalas. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Level Tertinggi


Arsene Wenger merupakan antara dan mungkin satu-satunya pengurus kelab bola sepak yang berlevel tinggi. Sesuai dengan wajahnya yang kacak,hidung mancung,rambut sikat tepi,pandai memberikan pose yang nampak maskulin dan berkaliber,Wenger berjaya menjadikan Arsenal sebuah kelab yang menampilkan permainan bola sepak yang berlevel tinggi dan menghiburkan.

Baru-baru ini Wenger telah berjaya memenangi anugerah World Coach of Decade(gua saja tulis dalam inggeris,nampak gah sikit) iaitu satu anugerah yang tidak akan dimenangi oleh manager seperti Rafa Benitez ataupon Zainal Abidin Hassan walau mereka hidup berjuta tahun sekalipon.

Selain dari itu,Wenger juga cekap mencungkil bakat-bakat pemain bola sepak sehingga berjaya menjadi pemain-pemain yang berlevel tinggi seperti Thierry Henry,Cesc Fabregas dan bukannya pemain berlevel neraka seperti kyrgiakos,obertan,ramires dan lucas..Sehingga waktu entri ini ditulis,Arsenal meneruskan status level tingginya iaitu Arsenal berjaya membenam West Ham United dengan 3 jaringan gol walaupon main secara biasa-biasa sahaja.




Dua orang manusia di atas ini pula merupakan contoh manager berlevel rendah yang menguruskan kelab yang juga berlevel rendah. Tua bangka,tidak kacak,tidak pandai memberikan pose yang menarik dan tidak mempunyai aura seorang pengurus yang cekap. Si tua di sebelah kiri sedang menangisi nasibnya di rumah dan manusia di sebelah kanan pula akan menangisi nasibnya lagi sehari dua..

Saturday, January 8, 2011

Love Story

Sebenarnya topik ni dah lama giler tapi gua up semula kerana permintaan dari pembaca dan mungkin ada antara peminat bola sepak yang masih tidak mengetahui sifat sebenar pemain kesayangan mereka. Ape-apehal lu orang layan dulu gambar kat bawah ni.



Gua tak nak komen apa-apa,terserahlah kat lu orang nak cakap apa. Masing-masing ada pendapat sendiri ye dak?Tapi bagi gua setakat macam ni okay je lagi.


Daripada scene bangang macam kat atas ni. Gary Neville ni kalau dengan teammate kemain lagi comolot-comolot tapi kalau dengan pemain lawan jahat macam mambra thundercats. Tapi gua syak penyokong Menceceh United semua okay kan,takde hal kan setakat comolot-comolot camni?




Entah kenapa,tiba-tiba gua syak Azwan Ismail tu kalau bukan penyokong Barcelona,mesti penyokong Man U..keh keh keh..