Pada malam Piala FA, tatkala kesedihan kerana Daniel Agger tidak dapat menyiku dan mentomoi Fernando Torres (bukan kerana Liverpool kalah, sebab sedangkan Liverpool kalah dengan West Brom pun hati saya tegar bagai terumbu karang di lautan), saya termenung sendirian di tepi tasik berhampiran rumah saya. Tatkala saya menangis kerana terkilan pipi gebu Torres tidak berjaya disiku Agger, tiba-tiba datang seorang tua.
"Anak, sudahlah. Jangan menangis. Sekurang-kurangnya Skrtel berjaya menyiku pipi si lelaki hidung belang seperti John Terry. Sabarlah, you'll never walk alone." kata si tua itu.
"Siapa pakcik ni?" sambil aku tersedu-sedan menahan tangisan.
"Oh, Berto tak pernah bagitau kau ke? Aku Nostradamus."
"Berto? Apa kait-mengait dengan Berto? Pakcik jangan cakap yang pakcik ni penyokong Spurs, pipi Gareth Bale tu boleh tahan gebu juga."
"Cheh, buat apa. Pakcik sokong Selangor. Hanya Selangor je yang dapat setanding dengan Real Madrid dengan 32 kejuaraan."
Aku hanya mendiamkan diri sambil mengangguk-angguk faham.
"Nama aku Nostradamus. Pelbagai ramalan dan jangkaan yang aku buat - semuanya tepat belaka. Dari tragedi September 11, dari kemenangan Barack Obama, dari kemenangan Presiden Perancis baru Francois Hollande, semuanya pakcik dah tau. Apa yang berlaku di masa hadapan pakcik dah tau."
"Pakcik ada pintu sukahati Doraemon ke? Ke gerobok yang boleh ke djaman dinasour?" tanya aku, dengan muka blur.
"Kau ni jangan banyak tanyalah, aku dah tau kau nak tanya apa. Kau nak tau apa nasib Chelsea kan pada final Champions League?"
Aku mengangguk-angguk tanda setuju.
"Sebenarnya, semasa Chelsea membelasah Tottenham Hotspurs pada semi final yang lalu, Berto juga datang di tepi tasik ini. Dia juga menangis-nangis seperti kamu, nak. Takpe, biar pakcik ceritakan(tak boleh sebut surah nanti orang butthurt) apa yang telah berlaku." lalu dia membawa aku terus ke Allianz Arena.
"Wah, pakcik, kalau macam ni, bankraplah Air Asia dengan MAS ni? Boleh travel macam ni je." tanya aku tergaru-garu kepala. Sambil itu kelihatan dua orang perempuan Bavaria bertetek besar memberi aku frankfurter babi dan beer Bavaria yang gelasnya besar gedabak.
"Cepat makan, nanti perlawanan dah nak start..." kata Nostradamus sambil menyarungkan jersi Selangor. Aku sangat aneh kenapa Nostradamus tidak menyarung jersi Girondines Bordeaux, Paris Saint Germain atau Saint Ettiene dari Perancis, kenapa nak sangat pakai jersi Selangor ni, tapi tak kisahlah.
Kami melangkah masuk ke Allianz Arena, kelihatan di Stern Des Sudens - ultra-ultra Bayern telah menyanyi lagu Jerman yang aku tak faham. Kelihatan flare-flare serta banner bahasa Jerman mula memenuhi Allianz Arena. Aku sempat habiskan segelas besar beer Bavaria sejuk sebelum perlawanan bermula. Kelihatan beberapa bendera plastik Chelsea di sebelah kanan aku.
Perlawanan pun bermula, dan pada minit ke lima belas - Didier Drogba telah menjaringkan gol dan membuat muka poyo - dengan tarian "diving" yang macam biasa dia - tapi sebenarnya dia offside. Dan bila dia offside dia membantah penjaga garisan. Akibat bantahan itu, Drogba diberikan kad kuning. Dalam hati lega.
Kemudian pemain dari Perancis Franck Ribery menjaringkan gol kira-kira sepuluh minit kemudian. Bagaikan halilintar - penyokong-penyokong Bayern menyorak kegembiraan. Si Nostradamus hanya bercakap dalam bahasa Perancis,
Seulement français peut être tellement supérieur
Dulu aku ada la belajar sikit-sikit cakap bahasa Perancis, tapi kali ni aku tak faham. Separuh masa pertama Bayern 1-0 Chelsea. Pada rehat separuh masa aku sempat berbual dengan seorang gadis Jerman dan cuba mendapatkan nombor telefonnya. Namun aku gagal sebab aku tak faham bahasa Jerman. Celaka, punyalah cun.
Separuh masa kedua bermula dan Chelsea mula bertahan atas asakan-asakan padu dari Bayern Munich. Gol kedua menyusul dari Mario Gomez. Sekali lagi seluruh penyokong Bayern bersorak. Awek cun tadi tu terpeluk pulak aku. Aku hanya mendiamkan diri. Tujuh minit kemudian akibat helmet Petr Cech yang senget menyebabkan sekali lagi Mario Gomez menjaringkan gol. Nampaknya sampai bila-bilalah seluruh kelab London akan tidak memenangi piala Eropah - tidak seperti Djimi Traore yang pernah menang sekali. Sudah 3-0.
Manakala gol keempat pula dijaringkan oleh Phillip Lahm. Pada masa ini aku tertanya-tanya, kenapa Berto kata Arjen Robben yang gol, tapi sebenarnya Phillip Lahm?
"Dia pergi toilet masa gol tu. Lepas tu bila dia tanya minah Jerman sebelah tu, minah tu sebut Robben sebab Robben sedang menyerang." aku hanya mengooo je lah. Keputusan sudah 4-0 memihak kepada Bayern. Kebanyakan bendera-bendera plastik Chelsea mula dicampak ke arah padang oleh penyokong-penyokong Chelsea yang tidak berpuas hati. Fernando Torres pula dari jauh kelihatan seperti terkumat kamit. Nostradamus memberikan aku alat pendengaran jauh untuk mendengar apa yang Fernando Torres katakan.
"Babi celaka elok-elok aku kat kelab yang dah menang Champions League, apasal aku main kat team singa laut macam ni? Celakaaaaaa!" nasib baik Nostradamus dah setting alat pendenganran tu bahasa ke Bahasa Melayu, kalau tak satu hapa aku tak faham apa yang Torres cakap.
Pada minit-minit akhir perlawanan, Arjen Robben mendapat peluang one-by-one dengan Petr Cech untuk menjaringkan gol, tetapi Petr Cech merayu kepada Robben agar tidak menjaringkan gol, ini kerana semasa di Chelsea, menurut Nostradamus, Robben selalu menumpang kereta Petr Cech ke Stamford Bridge. Robben pun hanya menyepak bola ke tepi dan bola pun out dari padang. Jupp Heyneckes manager Bayern, menjadi baran kenapa Robben melakukan perkara sedemikian.
"Sorry boss, dulu gua ada hutang dengan Cech, gua tak sampai hati tengok muka kasihan dia. Biarlah, kita dah menang 4-0 dah ni." kata Robben.
"Aaaahh, kita Nazi, kau faham tak? Mana ada belas kasihan dengan golongan dari Pulau Albion ni? Karang aku potong gaji kau baru tau? Celaka." kata Jupp Heyneckes kemarahan.
Pada saat terdesak, Didier Drogba cuba untuk dive di kotak penalti - namun pengadil memberikannya kad kuning kerana cuba menipu. Oleh kerana itu kad kuning kedua dalam perlawanan - Didier Drogba dilayangkan kad merah - seterusnya menjadi pemain yang dilayangkan kad merah dua kali dalam dua final - sebelum ini di Moscow 2008.
Perlawanan berakhir dengan keputusan Bayern 4-0 Chelsea. Sambil itu kedengaran Andy Gray pengacara BBC berkata "finally Bayern has joined the elitist club to win 5 times European Champions - the last time was Liverpool in 2005! Only elitist clubs like Real Madrid, AC Milan, Liverpool - and now Bayern can win 5 times European Champions!" sambil tak tahu berapa kali Gary Neville pergi ke tandas kerana klimaks banyak kali.
Ini adalah kejuaraan kedua Jupp Heyneckes sebagai manager selepas membawa Real Madrid menang pada tahun 1998, sementara itu Roberto di Matteo kelihatan mengisi borang kerja di 7-Eleven sementara perlawanan baru sahaja berakhir. Tidak kelihatan John Terry kerana malam sebelum itu, kata Nostradamus - dia telah kantol bersenggama dengan pelacur Bavaria.
"Alang-alang gua tak dapat main bola ni, baik gua main bola sendiri" kata Terry kepada pegawai Jabatan Ugama Bavaria.
Phillip Lahm menjulang piala Eropah kali kelima Bayern - begitu juga dengan Arjen Robben sambil berkata dalam hati, "di Ukraine nanti pasti Belanda akan menjulang piala Eropah nanti, kau tengok je lah nanti"
Sementara itu, Roman Abramovich telah ditemui mati di apartmentnya, dipercayai dibunuh oleh mafia Rusia yang tidak berpuas hati dengannya. Dengar kata mereka yang bunuh Abramovich tu ialah dari Anzhi Machakala. Mungkin pada masa ini Samuel Eto'o tersenyum ria.
Kemudian Nostradamus membawa aku pulang ke Malaysia, dan memberitahu aku, agar memberitahu Berto perkara yang sebenar - bukan Robben yang score tapi Phillip Lahm yang score. Aku tersenyum gembira sambil pulang ke rumah sambil menghabiskan beberapa botol bir Bavaria yang aku bawa dari Munich menuju rumah.
Showing posts with label chelsea main barai lagi. Show all posts
Showing posts with label chelsea main barai lagi. Show all posts
Monday, May 7, 2012
Tuesday, December 27, 2011
Sekitar EPL Di Hari Tinju (Boxing Day)
Hai hai, abam Daniel kembali untuk mengupdate blog bolasepak berpuaka ini. Maaflah kerana jarang update sekarang, kebanyakan pengulas kami sedang sibuk nak mampus ketika ini. Ada yang tengah bergelut dengan FYP, ada yang tengah bergelut dengan assignment dan nak menghadapi peperiksaan akhir semester, ada yang sibuk berkapitalis dan tidak lupa, ada juga yang sibuk menjadi kutu profesional. Tapi, jangan risau kerana facebook dan twitter kami sentiasa dikemaskini oleh abam Mofasad yang agak rajin dan masih tidak insaf walaupun sudah sampai tahap kena masuk hospital akibat demam denggi. Cuma, agak bias sikit la update tu tapinya.
Seperti kebiasaan, di English Premier League, akan ada perlawanan yang dilangsungkan pada Boxing Day, iaitu sehari selepas Hari Krismas. Pada semalam, 7 perlawanan berlangsung. Daripada 7 perlawanan tersebut, 4 perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Sesuatu yang tak patut berlaku di musim perayaan ketika ini. Mungkin bagi mengelakkan kesedihan pasukan lawan agaknya.
Seri yang paling sukar diterima ialah apabila kesemua gol dalam perlawanan dijaringkan oleh satu pasukan sahaja. Tapi, bila mendengar nama pasukan itu ialah Liverpool, kita semua mungkin sudah boleh menduga tidak banyak yang boleh diharapkan dari pasukan bersejarah ini. Kepulangan kembali Steven Gerrard selepas kecederaan tidak banyak membantu, melainkan memberi semangat tambahan kepada Charlie Adams untuk menjaringkan gol pembukaan (baca sebagai gol sendiri). Mujur Maxi Rodriguez menyelamatkan maruah dan air muka Kenny Dalglish apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 1-1.

"Saya pindah dari Blackpool sebab nak score gol sendiri! Yeayyyyyy!!!"
Chelsea. Ya, apa yang abam Daniel boleh katakan, Andre-Villas Boas mungkin sudah boleh menghantar resume ke kelab-kelab lain. Seri tiga kali berturut-turut, peluang mengejar kejuaraan liga yang makin tipis serta nasib di Champions League yang masih belum diketahui pasti mendatangkan keresahan buat Roman Abramovich. Dengan kuda-kuda tua Chelsea yang makin jelas dan nyata lembabnya, ditambah dengan kesukaran brader jambu 50 juta Fernando Torres mencari gawang gol, apa lagi yang boleh diharapkan dari The Blues untuk musim ini. Dan seri 1-1 dengan Fulham di Boxing Day sekadar menjarakkan lagi kedudukan Chelsea dengan pendahulu liga, Manchester City. Trophyless? Maybe. AVB jobless? Maybe, too.
Sedang memikirkan ke mana hendak menghantar resume selepas ini.
Manchester City juga nampak gayanya tidak lah boleh diharapkan sangat. Mujur penyokong dia di Malaysia ni tak berapa ramai. Jadi, nak membahan pun abam tak berapa nak berselera sangat. Jadi, kita teruskan dengan jiran Manchester mereka yang masih power dulu, kini dan selamanya.

Asal main score banyak, asal main score banyak, boringnya.
Ya, Manchester United. Tidak terlalu mengikuti fenomena melayan "kuih seri muka" kelab-kelab lain, dengan tenang dan angkuhnya Manchester United mengajar Chelsea dan Liverpool cara-cara membelasah Wigan dengan mudah. 5-0. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, 5-0 di Boxing Day. Sir Alex Ferguson telah menunjukkan kenapa beliau jarang menurunkan Dimitar Berbatov di dalam kesebelasan utama. Kerana beliau akan terlalu sukar dikawal untuk menjaringkan terlampau banyak gol. Ya, terlampau banyak gol maksud saya.

Gambar lebih kurang begini juga hujung musim nanti. Jangan risau adik-adik semua.
Sementara itu, tiga perlawanan lagi berlangsung malam ini. Kelab-kelab yang terlibat ialah kelab ayam London, kelab sayur London dan juga kelab Uncle Tony Fernandes. Abam Daniel menasihatkan adik-adik semua supaya tidak membazirkan masa menonton ketiga-tiga perlawanan ini. Baik pergi tengok Tentang Dhia atau Vanilla Coklat. hik hik hik.
Thursday, June 9, 2011
Moh men-design jersi Spurs
PUMA dengan kerjasama Spurs mempersilakan semua penyokong Spurs untuk meneka jersi baru Spurs musim 2011/12 yg hanya akan di-reveal pada 20 Jun 2011 ini. Tak tahu la pulak kalau peneka (peneka?? keh keh) paling atau hampir tepat design mereka akan dapat hadiah.
Jadi sebagai penyokong Spurs, haruslah gua tidak ketinggalan men-design jersi baru Spurs ni, mana tau tetiba si Harry Redknapp usha dan terjatuh hati dengan design ni, terus dia pilih design ni, tak pon mana tau dia ajak gua main untuk Spurs kan? Kah kah, kalau perkara ni terjadi, gua tolak awal-awal, nanti Van Der Vart dengan Bale tak boleh cari makan.
Ini design yg gua dah buat. Lawa tak lawa tak? Ada can ganti Halta Dolmat tak gua ni?
Jadi sebagai penyokong Spurs, haruslah gua tidak ketinggalan men-design jersi baru Spurs ni, mana tau tetiba si Harry Redknapp usha dan terjatuh hati dengan design ni, terus dia pilih design ni, tak pon mana tau dia ajak gua main untuk Spurs kan? Kah kah, kalau perkara ni terjadi, gua tolak awal-awal, nanti Van Der Vart dengan Bale tak boleh cari makan.
Ini design yg gua dah buat. Lawa tak lawa tak? Ada can ganti Halta Dolmat tak gua ni?
First design gua. Tak de la lawa mana ye dak?
Yang ni untuk pasaran baju tidur sahaja
Yg ni alternate jersi. Ditaja khas oleh Puteri Umno cawangan Rimba Jaya, Selangor. Kelab Taat Suami juga turut berminat joint-venture.
Okeyh, design yg betul-betul gua hantar kat PUMA pulak adalah...
Design ni ada ciri-ciri macam jersi Spurs masa depa guna Kappa as official kit mereka (Thomson selaku penaja jersi mereka). Gua ada jersi ni dulu, time kat asrama kalau gua main futsal, memang jersi ni la gua selalu pakai. Masa main tu jangan cakap la, skill menggelecek gua sebijik macam Lennon, gua punya tekel serupa macam Edgar Davids, dan memang tak sah kalau gua tak celebrate gol macam Robbie Keane sebanyak 8 kali, maknanya 8 kali skor la. Power kemain. Tapi jersi ni hilang entah kemana ntah. Siapa la yg rembat ni. Gua syak budak Menyu kat sekolah gua, ye la, budak-budak minat Menyu ni bukan power pon main bola, mulut je berapi macam Rooney, main macam Bebe.
Kalau lu orang fan Spurs yg berminat untuk menyumbang idea atau pon haters Spurs yg berminat menjahanamkan jersi Spurs ni, layari http://apps.facebook.com/guessthekit/. Kat sini juga lu orang boleh tengok video player Spurs macam Gareth Bale, Ledley King, Aaron Lennon dan Micheal Dawson turut mendesign jersi yg bakal mereka pakai musim depan.
Sekiyan, majulah Spurs untuk EPL.
Sunday, May 1, 2011
BSH - Bapak Segala Highlight #1
- Game paling bosan dimenangi oleh Blackpool menentang Stoke City. Jangan kata gol,satu kad kuning pun tak keluar dalam perlawanan ni. Diaorang main bola ke duduk bersembang dalam padang ni?
- Chelsea memenangi perlawanan menentang Tottenham Hotspurs dengan satu jaringan yang kompem-kompem bola tak lintas line dan satu jaringan lagi yang kompem-kompem offside. Ni budak Gomes ni pun satu hal jugak,teringin sangat nak jadi Almunia ke?
- Bolton dikalah oleh Blackburn dengan jaringan tunggal dari Ollson. Celaka Bolton ni,time lawan Arsenal kemain power lagi,ni main macam celaka pulak. Babi!
- Sunderland diayamkan oleh Fulham di gelanggang sendiri dengan 3 jaringan tanpa balas. Budak-budak Sunderland ni kemain down lagi sekarang,bergaduh dengan makwe masing-masing ke apa?
- Ni satu lagi team asyik down,Aston Villa gagal menandingi West Brom yang hanya bermain dengan 10 orang. Perlawanan berakhir dengan West Brom 2 - 1 Aston Villa dan akhirnya gua faham kenapa Gerard Houllier boleh kena sakit jantung..
- Perlawanan di antara Wigan dan Everton berakhir dengan keputusan seri satu sama. Baines terpaksa menunjukkan kepada Arteta cara mengambil sepakan penalti yang sempurna dan bukannya sepak macam orang ada saka..
- Dua biji gol pada lewat permainan oleh Pazzini memastikan kemenangan Inter Milan dan seterusnya menangguhkan pemain-pemain AC Milan meraikan kejuaraan mereka merebut takhta Serie A.
- Real Madrid kalah lagi,kali ini dengan Zaragoza. Macam biasa The Special One bermuram durja dan Real Madrid masih meneruskan tradisi bermain dengan 10 orang selepas Ricardo Carvalho dilayangkan kad merah.
- Barcelona kalah lagi dengan Real,kali ini dengan Real Sociedad. Aksi lakonan air mata,cuit bahu terus jatuh terguling-guling sambil tutup muka tidak lagi berjaya memastikan kemenangan mereka apabila Mascherano menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan pada minit-minit akhir permainan selepas terikat dengan satu jaringan.
- Borrusia Dortmund akhirnya sah memegang takhta Bundesliga selepas kemenangan 2 - 0 ke atas Nurnberg. Sekarang mari kita teka berapa ramai pemain muda Borrusia Dortmund ni akan kekal pada musim akan datang?
- Schalke 04 tetap unggul selaku pasukan ajaib yang layak ke semi final Champion League selepas dikalahkan oleh Bayern Munich 4 - 1. Lebih ajaib ialah apabila kelima-lima jaringan dihasilkan oleh pemain Bayern Munich sendiri.
Sementara itu di Stamfor Bridge,Abang John The "Wife Sitter" Terry kemain lagi yakin mengatakan esok Arsenal akan berjaya menandingi Menyu di Emirates.
Sekarang kasitahu gua,siapa Terry?Dia bukan siapa-siapa.
Arsenal tak perlukan orang seperti Terry untuk membodek,membakar semangat dan memuji secara membabi buta. Setakat bola tak lepas line pun nak kira gol,setakat gol offside pun kira gol apa jadah sangat la pendapat player dari pasukan sebegini.
Kalau esok Arsenal menang bukan demi Chelsea,bukan demi John Terry,bukan demi memalukan Menyu dan juga bukan demi bandar London tetapi demi penyokong-penyokong Arsenal!
Sunday, January 2, 2011
.tak mungkin setaraf Harimau Malaya
Bruma tidak dapat mencontohi semangat Fadhli Shas dan semangat Malaysia sekali tadi.
Carlo Ancelotti sebenarnya tak ada guna pun training dekat Bukit Jalil, tak ada bezanya amek suasana negara yang memenangi Piala Suzuki.
Carlo Ancelotti next time tak perlu nak pening-pening kepala lagi nak fikir lineup. Kalau dah team tu teruk masih teruk juga pakai sapa pun.
John Terry dan kuncu-kuncunya hanya mampu bergembira untuk beberapa minit.
Aku nak melambai pada John Terry sekarang dan lepas tu nak gerak beli barang dapur. Mak dah bising.
Labels:
chelsea main barai lagi,
siggplus
Subscribe to:
Posts (Atom)




