Di Persib nanti, Safee bakal berganding dengan Mustafa Habibi, nama Islam bagi penyerang naturalisasi Indonesia, Christian Gonzales. Harga perpindahan tidak diketahui, mungkin tidaklah mencecah harga Torres ke Chelsea mahupon Khairul ke Liverpool. Tapi dengar khabar mahal jugak lah, lebih mahal dari sekaton Gudang Garam. Semoga Safee berjaya disana nanti, jangan asyik berpoco-poco pula disana.
12hb Februari ini, KLANG VALLEY DERBY, pertemuan dengan Kuala Lumpur bakal menjadi pentas terkahir Safee si Shah Alam. Saya menggesa seluruh penyokong Selangor, penyokong Kuala Lumpur serta penyokong Selangor dan Kuala Lumpur (keh keh keh) agar ramai-ramai turun ke stadium bukan sahaja untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing malah memberi penghormatan terakhir ke atas Safee, itu pon kalau K.Devan kasi turun dia main. Ekceli bukan terakhir sangat pon, mana la tahu dia balik main Liga Super satu hari nanti. Hari tu dengar kabor Safee pernah simpan hasrat nak main dengan Perak. Ate tunggu jer lah yob dan yong sekelian yer.
Diharap juga tak payah la penyokong-penyokong Selangor membakar jersi seperti yang dibuat penyokong Liverpool terhadap jersi Torres. Pencemaran udara semua tu. Jangan bakorr!! Jangan bakor!!
tengok (0.40), gol terlejen Safee pernah dihasilkan
Inspirasi Safee
Sekali lagi, Good Luck Safee!
*leaks pasal FAM nak hantar Shahrul Idlan Talaha & Khairul Fahmi ke Jepun untuk menjalani pemilihan dengan kelab divisyen 2 Liga-J masih terlalu awal. Kita tunggu dan lihat. SokerLeaks akan memberitahu perkembangan semasa mengenai leaks ini.
3 comments:
untuk perkongsian bersama
http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/02/ranking-fifa-malaysia-140.html
go go safee
just go safee... haha... label mcm gampang.... keh keh keh...
Post a Comment