Saturday, November 24, 2012
Piala AFF 2012: Sudahkah anda bersedia?
Ya, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Piala AFF yang boleh dikatakan Piala Dunia untuk negara-negara Asean (selepas melihat takde 1 pon timnas Asean yg boleh pergi) akan membuka tirai Ahad ni bersamaan dengan 25 November 2012 dan 11 Muharram 1434 Hijrah.
Sebagai tuan rumah, adakah kita sudah dah bersedia? Sudah tentu semua semakin berdebor. Debor dia mungkin tak sama macam Farid Kamil menikah dengan Diana Danielle; ini punya debor bukan one shot punya debor, ini king of berdebar.
Namun begitu debor saje tak cukup. Sudahkah anda melakukan tugasan anda sempena Piala AFF ini? Anda tak tahu tugas anda? Natang! Nah, berikut merupakan tugasan-tugasan yang telah dibahagikan dan WAJIB untuk anda lakukan bersesuaian dengan jawatan anda.
PERDANA MENTERI
Tugas: Sudahpon dilaksanakan selepas anda turun padang meninjau latihan. Tugas tambahan anda ialah memnyeru delegasi-delegasi Perhimpunan Agung UMNO untuk turut serta ke stadium menyokong Harimau Malaya.
ISTERI PM
Tugas: Fokus sahaja dengan badminton. Hal bola ni bior kitorang setelkan.
PEMBANGKANG
Tugas: Doakan kehancuran team lawan.
TAN SRI ANNUAR MUSA
Tugas: TERUSKAN MEMBERI KATA-KATA PERANGSANG DALAM MASA YANG SAMA BERI KRITIKAN MEMBINA KEPADA PASOKAN. JANGAN LUPA CAPS LOCK
JURULATIH
Tugas: Pastikan anda kenal pemain anda.
PEMAIN
Tugas: Pastikan anda dikenali jurulatih anda
FAKRI SAARANI
Tugas: Skor gol ala-ala gol Portugal. (maknanya kalo fakri ada chance skor gol tapi dia tak skor, tu maknanya dia saja tak nak skor. Jenis memilih gol dia ni)
ULTRAS
Tugas: Teruskan chant dan bakor flare walau team kita ketinggalan. Kalo boleh asap flare tu tuju dekat penyokong lawan.
PENYOKONG BIASA
Tugas: Maki bila team main macam cilaka, sorak bila gol dan buat Mexican Wave sampai tangan tercabut. Jangan bawak airhorn. Siapa bawak dia kpop.
GENG GENDANG:
Tugas: Main gendang sambil perut gendang gendut tali kecapi.
KUMPULAN SORAK 'TEAM MALAYSIA' YANG BAJU RIMAU TU
Tugas: Nyanyi kuat sikit lagu gemuruh suara. Kalo boleh part Ramli Sarip tu tarik tinggi sikit. Ala yang part
"Kalau engkau jatuh, pandai-pandai la engkau bangun sendiri....".
ABANG JUAL BURGER STADIUM
Tugas: Burger tu buat la molek sikit la brader. Ini dah macam kayu rasanya.
COUPLE KAT STADIUM
Tugas: Yg makwe, siap sedia kena siul weeeeeeeeeee. Yang pakwe, jeling usha panas sikit lepas makwe engko kene kacau.
PENJUAL JERSI
Tugas: Engko dah bolot habis stok kat Padang Besar dgn Rantau Panjang kan? Engko jangan jual mahal-mahal sangat. Jersi bukannya cun mana pon.
MEDIA
Tugas: Buat laporan team Malaysia dan Piala AFF setiap hari. Liga eropah kurangkan sikit. Bahagian hiburan pulak engkorang hold dulu hal Apek nak kawin ni.
MAKWE ESPN
Tugas: Stay cute
ZAINAL ABIDIN RAWOP
Tugas: Kali ni anda direhatkan dari tugasan. Selamat berchoti
AZLAN JOHAR
Tugas: Ikot Zainal Abidin Rawop pergi berchoti
HAJI HASBULLAH
Tugas: Steady ji, steady. Sempat lagi nak hapal nama pemain ni. Mana la tau takut-takut lupa pulak karang time mengulas
TONY FERNANDES
Tugas: Dah cari belum manager baru QPR? Kalo dah dapat moh tengok Malaysia main.
AZWAN ALI
Tugas: Baby AA jangan nakal-nakal sangat tau. Jangan la samakan skuad kebangsaan macam ulat gonggok. Tak baik tawww. So, why bother? Hanjjjjj
FAM
Tugas: Ermm, sebenarnya kalo FAM ni betul-betul buat tugas dia, kita dah takde masalah nak retain title.
PENGGUNA FACEBOOK
Tugas: Like dan share status weols. Hiks
PENGGUNA TWITTER
Tugas: Siap sedia, kita mungkin akan berperang sekali lagi dengan geng-geng Garu Dadaku. Wkwkwkwkw
ZED ZAIDI
Tugas: Teruskan menghentam artis-artis luar
MAMAK:
Tugas: Pasang game Malaysia walaupon ada game EPL. Kemon, team engko dah la tak kasi can dengan Malaysia sampai seri kami dibuatnya, kali ni kasi la can
Haa, Sekarang semua dah tau tugas masing-masing. Kesimpulannya, kita lupakan hal result friendly yg macam bangang. Kita kasi can dekat team kesayangan kita. Mereka perlukan kita. Sokonglah pasukan kita. Engko hentam bagai nak rak pon bila menang, engko jugak yang paling seronok. Datanglah ke stadium sapot Harimau Malaya.
Remember, RESULT ARE JUDGED BY WHAT WE FINISH, NOT BY WHAT WE START.
Cilaka, engko jangan la gelak grammar ayat atas ni berterabur. Natang.
Labels:
piala aff suzuki
Monday, November 19, 2012
Memori 2011: Kenapa kita perlu ke Stadium Ahad ini.
Korang ingat lagi gambar ni? Time ni game Malaysia vs Singapura tahun lepas dekat Stadium Nasional Bukit Jalil. Game Kelayakan Piala Dunia 2014. Menang ni dan kita akan ke peringkat seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia. Aku takkan lupa game ni sampai bila bila. Sebelum game ni, kita kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar. Dalam erti kata lain, kita perlu menang 3-0 di SNBJ.
Untuk game ni, aku ingat yang di Facebook ada kempen kibarkan kertas 3-0 di SNBJ, and for that aku join. Aku fotostat 300 helai kertas yang tertulis 3-0 untuk diedarkan di SNBJ. Bukan aku sahaja, tapi ramai lagi yang buat. Masa tu media hype dengan hebat. Semua sibuk bercakap mengenai perlawanan ini something yang tak berlaku untuk AFF Suzuki Cup yang buat aku rasa pelik.Untuk game ni, aku apply cuti tahunan sebab semangat. Aku beli tiket Online seawal mungkin sebab tau ramai akan tengok game ni. IAku kecewa betul dengan cara kita kalah di Jalan Besar, tapi masih rasa kita boleh menang.
Untuk game ni aku datang seawal 11 pagi. Aku tak tau kenapa, but i did. Aku duduk kat SNBJ tu dari 11 pagi. Orang kata ambik mood. Hell, i cant even sleep the night before. Seriously. I was too excited. Media did a good job in promoting and bakar semangat semua supporter. Aku duduk je kat SNBJ tu, ingatkan aku je semangat, rupanya ada jugak yang lain especially Ultras Malaya. Diorang sampai sama awal atau lagi awal dari aku.
Sedikit demi sedikit,orang mula hadir ke stadium. Lagi ramai orang datang, lagi aku semangat. Walaubagaimanapun, seorang kawan aku kena tipu dengan kawan dia dan tak dapat tiket.. So, terpaksalah aku pusing stadium tu cari ulat. Ulat ni masalah juga. Beli banyak banyak buat orang tak dapat tiket. Aku ingat lagi ada sorang tiket cuba nak jual tiket kat penyokong tapi kena belasah dan tiket dia kena rampas.
Kerana perlawanan itu di hype kan oleh media, stadium penuh..Aku rasa orang yang masuk lebih dari jumlah yang sepatutnya. Ramai masuk cara haram sebenarnya. Aku tau macam mana, tapi aku tak nak bagitau. Sebab ramai sangat, aku terpaksa duduk tingkat atas sekali dan kat tangga.
First half 0-0. Singapore memang tak fikir nak menang kat SNBJ. Melambatkan game atau orang kata Park the bus. Malaysia terus berusaha namun buntuk mencari jaringan. HT 0-0.
2nd half kita mula serang bertubi-tubi dan akhirnya Kunanlan memberikan bola kepada Safee Sali dan Malaysia score. 1-0 kepada Malaysia. 2 gol lagi. Time tu fans makin semangat. First half ramai maki maki, masuk je gol, semua semangat balik.
Then, the saddest moment in my life and i can remember how broken my heart was, Singapore scored the equaliser. After a mix up in the defence, Singapore scored. The whole stadium was silenced. Semua tergamam.Aku terus speechless. Tapi itu tak membuatkan aku terus hampa. Aku tau masih ada masa walaupun mustahil.
Malaysia terus cuba mengasak dan tiba tiba Fakri Saarani meranapkan impian rakyat Malaysia. Kad kuning kedua yang diterima oleh Fakri menyebabkan Malaysia bermain 10 orang, saat itu aku dah tak mampu berkata apa-apa. Itulah perasaan yang paling sedih dan kecewa yang pernah aku rasa dalam hidup aku. Serious. Biarlah aku break up dengan gf banyak kali pun, inilah perasaan yang paling aku rasa paling tak best. FT 1-1 dan Malaysia tersingkir dari Kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun dikatakan antara yang paling berpotensi selepas menang Piala AFF Suzuki 2010.
Aku takkan lupa perasaan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku tak mampu berkata apa-apa selepas perlawanan itu. Aku takkan lupa bagaimana aku menitis air mata kerana terlampau kecewa. Setiap langkah sangat berat. Lidahku kelu dan mindaku terganggu. Ya, aku takkan lupa perasaan itu seumur hidupku.
So, kerana itu aku masih berdendam. Ya, aku berdendam dengan pasukan bola sepak Singapura. Ya, kita menang perlawanan persahabatan tempoh hari, tapi itu tidak cukup. So, Ahad ini adalah masanya. Masa untuk Harimau Malaya menguburkan memori paling buruk aku ini. Aku takkan lupakan kekecewaan itu dan aku harap korang pun sama. Kerana itu, kita perlu penuhkan stadium dan berikan sokongan kepada Harimau Malaya. Singapura perlu ditumpaskan. Rakyat Malaysia, ayuh, pinjamkan semangatmu untuk Harimau Malaya!
Sunday, November 11, 2012
Media, Malaysia dan AFF Suzuki
Tinggal 14 hari lagi untuk Malaysia menghadapi Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Jika melihat trend ketika Euro 2012 dan Piala Dunia 2010, sepatutnya media sudah mula mempromosi pertandingan ini. Namun, ia tidak berlaku. Jika semasa Euro 2012 yang lepas, media mula countdown beberapa bulan sebelum pertandingan bermula. Tetapi untuk Piala AFF Suzuki yang bakal disertai oleh Malaysia yang merupakan TUAN RUMAH, promosinya suram. Tiada promosi di TV, corong radio mahupun akhbar tempatan. Semasa World Cup dan Euro, stesen TV telah mula menayangkan program khas untuk merancakkan suasana, akhbar menyediakan sisipan khas untuk memberikan info mengenai pertandingan, pasukan, venue dan pemain yang bakal merancakkan Kejohanan.
Sayangnya, untuk kejohanan di mana kita TUAN RUMAH dan juga JUARA BERTAHAN, tiada promosi besar-besaran dilakukan. Ini sama seperti ketika Liga Super sedang berlangsung. Local football sentiasa dianak tirikan. Di saat kita sedang melakukan persiapan untuk mempertahan piala yang kita menang pada tahun 2010, media Malaysia lebih berminat dengan berita picisan dan gossip murahan seperti bila Nazmi Faiz ingin mengambil SPM, Khairul Fahmi bakal kahwin dengan Leuniy dan bukan cuba menaikkan semangat penyokong dan cuba menarik minat mereka ke stadium.
Persoalan ini sudah ramai yang suarakan. Ramai yang menyokong, tapi ada juga yang mengatakan, tidak perlu risau kerana rakyat Malaysi pasti akan turun. Contoh paling mudah bagi aku adalah Piala Asia 2007. Kejohanan itu suram dari promosi media dan dapat dilihat, walaupun kita tuan rumah, tapi stadium kosong. Promosi media ini perlu untuk menyemarakkan suasana. Sebagai contoh, lihat bagaimana media hype kan game Malaysia vs Singapura tahun lepas. Stadium Bukit Jalil ketika itu padat malah jumlah kehadiran sebenarnya lebih dari kapasiti sebenar stadium. Sama juga ketika tahun 2010, ketika kita menang Piala AFF Suzuki. Promosi perlawanan peringkat kumpulan sangat suram sehingga ada yang bertanya kepada aku, "Malaysia tengah friendly ke ni?" dan 'Eh? Ada game Malaysia ke?". Perbezaan dapat dilihat apabila kita mara ke separuh akhir di mana media mula promote dan menarik orang ramai ke stadium. Persoalannya, adakah kita perlu tunggu untuk Malaysia mara ke separuh akhir baru media mahu mempromosikan Piala AFF Suzuki dan pasukan Malaysia yang bertanding ini?
Diharap perkara ini akan berubah dalam tempoh seminggu dua ini. Kita sebagai juara bertahan dan tuan rumah perlu merancakkan pertandingan ini dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk turun ke stadium. Media sebagai alat propaganda paling berkesan perlu mula menyebarkan dakyah bola ke dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia.
Thursday, November 1, 2012
Kenapa kita Perlukan Big Name Signings dalam Liga Malaysia?
Tamatnya Liga Super tak bermakna kemeriahannya tamat di situ. Ini satu perkembangan baru dalam bola sepak Malaysia. Sebelum ini berita mengenai perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dipandang sepi. Kadang-kadang ada yang pergi stadium pun tak tau siapa main untuk team sendiri. Itu untuk yang rajin turun stadium, yang turun mamak je apatah lagi. Kalau transfer kelab Eropah konfirm hafal, siap dengan harga, kelab lama, posisi, statistik semua. Transfer liga tempatan? Haram tak tau.
Tapi sekarang dah lain. Sejak banyak pasukan dah mula berduit, perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dah mula menjadi topik perbualan di media sosial. Kat twitter sebagai contohnya, berita perpindahan pemain dalam negara antara topik yang sering dibualkan. Sebelum ni kita ada Pahang yang pernah digelar Real Madrid Malaysia, lepas tu Kelantan, season lepas ATM dan season akan datang Johor. ATM sebelum ni digelar Man City Malaysia, sekarang Johor pulak. Berapa banyak Manchester City Malaysia aku pun tak tau.
Kalau dulu, perpindahan pemain sekadar untuk meningkatkan prestasi skuad atau untuk menggantikan pemain yang berpindah, sekarang lain. Sekarang setiap pasukan, terutama pasukan yang baru nak naik, menggunakan perpindahan pemain sebagai Marketing Tool. Benda ni dah lama dah buat dekat Eropah. Kita ambik contoh perpindahan David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid dulu. Real Madrid dah ada Luis Figo, Santiago Solari, Guti, Zidane dan ramai lagi di bahagian midfield, tapi mereka mengambil David Beckham kerana brand Beckham itu yang luas terutamanya di Asia. Ini secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, perpindahan Alessandro Del Piero ke Sydney FC. Tidak dinafikan Del Piero merupakan pemain yang hebat, tapi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemain yang sudah berusia secara berseorangan untuk meningkatkan prestasi pasukan di atas padang? Auranya mungkin, tapi itu pun tidak cukup. Jadi, boleh dilihat perpindahan itu adalah untuk meningkatkan populariti kelab dan meningkatkan jualan jersi. Sekarang boleh dilihat semakin ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong Sydney FC.
Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.
Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat. Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.
Selain itu, perlunya interaksi berterusan di antara penyokong dan kelab. Di sini penggunaan media sosial diperlukan. Dengan menggunakan media sosial seperti facebook dan Twitter, kelab mampu berinteraksi dengan peminat dan memberikan maklumat kepada mereka mengenai pasukan mereka. Mungkin ada yang merasakan cukup sekadar ada laman web, tapi laman web hanyalah satu platform menyebarkan maklumat dan tidak bersifat dua hala. Penyokong kadang kala mahukan jawapan dan penerangan dari pemain atau kelab, di sinilah laman sosial lebih efektif dari laman web biasa.
Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.
Wednesday, October 31, 2012
Guiza
Jadi, inilah pemain yang dikhabarkan bermain untuk skuad Johor season depan?
Hmm..
What a day...
Memang pemain Spain macam ni ke?
Labels:
Aqram,
hehehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)



