Monday, September 24, 2012

Liberpul

Gua sebenarnya kalau boleh tak nak membahan Liberpul ni. Sebab membahan Menyu lebih afdal. Tapi gua rasa Liberpul ni macam ada saka lepas tu saka dia meliar bawak malang. Membawak malang sampai tak menang-menang lagi apa ke gilernya? Ni saka siapa bawak? Suarez?

Mungkin Liberpul ni tengah bergelut dengan jadual perlawanan. Mungkin diorang bergelut dengan nak susun atur pemain atau mungkin bergelut dengan nak survive supaya tak kena relegate season ni. Bergelut dengan fans pun ada jugak.

Gua harap Liberpul boleh bangkit. Tapi mohon fans Liberpul jangan berlagak seperti fans Menyu tu je gua mintak lepas ni. Kalau tahu tak terer, buat macam tak terer. Tak usah berangan nak kitai-kitai pasukan di atas. 


Kan dah tak boleh tweet tiga hari. Kecewa ai tau. =(


Tuesday, September 11, 2012

Preview: Malaysia vs Vietnam




Mari kita preview sikit game Harimau Malaya vs Vietnam. Satu benda yang perlu kita tau, both Harimau Malaya dan Vietnam dah berubah sejak last jumpa masa AFF Suzuki 2010 dulu. Time tu kita menang di Bukit Jalil dan berjaya ikat Vietnam di tempat mereka kat Semi-Final. Yang aku pasti, lepas menang kat semi-final tu, semua dah boleh rasa Malaysia akan jadi juara Piala AFF Suzuki time tu. Aku rasa macam tu, korang aku tak taulah.

Vietnam bukan calang-calang team. Sebab tu ini jadi Friendly kelas A. Ranking diorang nombor 146 kat dunia, nombor 20 kat Asia dan 2nd dekat ASEAN. Lagi tinggi dari kita. Perlawanan malam ni bakal menemukan juara Piala AFF 2010 menentang Juara Piala AFF 2008. So, maknanya game malam ni sebenarnya bakal menjadi ujian paling getir bagi Harimau Malaya. Semua rekod friendly sebelum ni dah boleh abaikan kerana ini merupakan ujian paling penting bagi kita. Malaysia dan Vietnam diletakkan dalam kumpulan berlainan untuk AFF Cup tahun ni, so possibility untuk bertemu di semi-final atau final itu sangat tinggi.



Vietnam pastinya mengharapkan striker utama diorang Le Cong Vinh (51 Caps, 30 gol) untuk lead attacking diorang, bukan setakat untuk friendly ni, bahkan untuk AFF Cup 2012 sekali. Masa jadi tuan rumah bersama Piala Asia 2007, Vietnam berjaya layak ke Suku Akhir selepas menang ke atas UAE, seri dengan Qatar dan kalah dengan Jepun dalam group stage. Tapi diorang kalah dengan Juara masa tu, Iraq 2-0 di Suku Akhir. Impressive.

Harimau Malaya pula pastinya mengharapkan agar kombinasi Safee dan Mat yo kembali. Safee dan Mat Yo setakat ni masih belum menjaringkan gol untuk Malaysia pada tahun ni. Tapi Malaysia pun dah mula tunjukkan taring kalau kita lihat berdasarkan friendly lawan Singapore dan kelab EPL. KRG dilihat masih mengekalkan formasi yang sama dengan menggunakan 2 orang striker. Tapi banyak player baru dibawa masuk. Untuk friendly ni, King Raja memanggil Christie Jayaseelan(Sayap), Abdul Shukor Jusoh(midfield) dan penjaga gol Zamir Selamat. Selain tu, kalau dilihat dari barisan pemain sejak Piala AFF Suzuki yang lalu, paling impressive rasanya adalah pemain Pahang, Azamuddin Akil a.k.a Alex. Tapi jangan lupa juga dengan Gary Steven Robbat yang menunjukkan prestasi cemerlang di bahagian midfield terutamanya dalam perlawanan menentang Arsenal.

Apa yang penting, diharap malam ni stadium Shah Alam akan penuh. Ini bukan sahaja acid test bagi pasukan negara, tapi juga kepada penyokong. Takkan nak tunggu dapat tiket subsidi baru nak pergi? Kalau macam tu, tunggu dapat masuk semi-final atau final barulah penuh stadium. Ini perlawanan kelas A, so diharap kita akan dapat penyokong kelas A malam ni. Plus, aku sangat berharap air horn dan air mineral dalam botol diharamkan. Bukan setakat kacau penyokong lain, tapi juga kacau permainan. Bunyi air horn tu kuat, nanti ref tiup wisel tak dengar. So, if tak nak chant, cukuplah sorak perlahan atau tengok game tu. Kalau ada kekasaran or tak puas hati dengan ref, maki je, tak payah baling botol air. Marilah kita penuhkan stadium Shah Alam malam ni dan sokong Harimau Malaya!

Barisan Pemain Malaysia:
Goalkeepers: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Negri Sembilan), Zamir Selamat (Johor FC)

Defenders: Amirizwan Taj Tajuddin, Aidil Zafuan, Azmi Muslim (all ATM), Mahalli Jasuli, Fadhli Shas (both Harimau Muda), Bunyamin Umar (Selangor), Faizal Muhammad, Zubir Azmi (both Terengganu), S. Subramaniam (Kelantan)

Midfielders: D. Christie Jayaseelan (ATM), Gary Robbat, Wan Zack Haikal (both Harimau Muda), Azamuddin Akil (Pahang), Safiq Rahim (Selangor), Shakir Shaari (Kelantan), S. Kunanlan (Negri Sembilan), Abdul Shukor Jusoh (Terengganu)

Forwards: Zaquan Adha (ATM), Ahmad Shakir Ali (Negri Sembilan), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Safee Sali (Pelita Jaya), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)



Tuesday, August 28, 2012

Piala Malaysia yang suram.


Aku pergi tengok Selangor vs Pahang sabtu lepas. Game best. Banyak gol. Full time 2-2. Pahang rasanya lebih gembira berbanding Selangor dengan result ni. Main away and sepatutnya menang tapi bolos nearing the end. Pahang nampak lebih bahaya dalam match ni berbanding Selangor. Jentera serangan Pahang nampak tajam. Azamuddin Akil sekali lagi membuktikan kenapa K.Rajagobal pilih dia untuk sarung jersi Harimau Malaya.

Game tu best. No doubt. But unfortunately game tu clash dengan EPL. Man United vs Fulham. So, attendance kuranglah macam biasa. Stadium tak sampai separuh. Ciput je attendance. Well, to say ramai lebih prefer Man United vs Fulham is probably correct, but tak boleh salahkan diorang. Apa-apa pun kita kena tengok diri sendiri dulu. Aku budak KL, datang dari KL ke Shah Alam untuk tengok match tu. Ya, Selangor bukan team aku. But KL tak masuk Piala Malaysia. So, aku pergi atas dasar untuk memeriahkan Piala Malaysia. Tolak tepi rivalry, well, bukan aku pergi untuk sokong Selangor or Pahang, aku datang sebab nak tengok bola. Ok, stop the crap now. Apa yang aku tak nampak bila start lepas tol batu tiga dan nak menghala ke stadium? Well, aku tak nampak any advertisement or banner pasal game tu. Selangor yang konon nak kejar misi 33 katanya, tapi promosi untuk hangatkan misi 33 tak ada. Kalau dah area Shah Alam pun tak ada promo or banner, apatah lagi kawasan macam Gombak, Ampang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang dan mana-mana yang jauh dari stadium.

Some would say, itu tanggungjawab kita untuk sedar game pasukan sendiri. Well, true, tapi bukan bermaksud pihak bertanggungjawab perlu lepas tangan. Nak jual burger pun kau kena pandai promosi, bukan bukak gerai burger, lepas tu tunggu orang datang. Iklankanlah sikit. Tak ada duit? Takkan nak harap duit dari FAM je? Pandai-pandailah cari duit untuk buat promosi. Bukannya suruh buat iklan juta-juta pun. Cukuplah sekadar maybe ada billboard kat Federal Highway tu untuk highlight game, or simple banner kat setiap daerah di Selangor. Kalau tak nak setiap daerah pun, ambiklah yang nearby Shah Alam.

EPL jangan sekadar tayang kat TV and support je, kita perlu belajar dari diorang. Especially untuk FA Negeri dan FAM. Tengok macam mana cara diorang promosi and dapatkan keuntungan. Selalu FAM bawak team luar negara untuk national team belajar and improve,well, FAM pun kenalah improve. Tengok cara marketing diorang. Ya, we live in a capitalist world where money is essential. But you won't gain any profit without loosing some.

Piala Malaysia ni dah masuk 3rd game. Banyak kejutan. Pasukan pilihan macam Selangor,Kelantan,Perak,Lions semua start slow. Team underdog macam Pahang and ATM yang main liga perdana yang nampak mantap. So, siapa kata Liga Malaysia predictable and tak best? We do have our own history. Cuma perlu di hype kan sikit. Korek sikit arkib negara tu, tengok history setiap pasukan, Buat analisis pre,match dan post match. Tak susah pun. Johor vs Lions tu, banyak sejarah tu.

Aku tau, apa aku tulis ni bukan FA negeri and FAM akan baca pun. Diorang tau goyang kaki je. Bukan dengar pun keluhan peminat. Kalau dengar, dah lama dah Presiden letak jawatan. So, entahlah. kita cuma mampu berharap jelah. Harap harap besok pagi bangun FAM dah dirombak. Atau mungkin kita hanya mampu bermimpi FAM dirombak dan kita menang Piala Dunia. Macam tak biasa.

Monday, August 20, 2012

Fantasi Piala Malaysia


Mula-mula bukak, impressive jugak la aku ni. Bila dah digodek godek, banyak pulak mengarut dia. Tapi aku paham, bukan senang nak develop web fantasy ni. Sebelum ini ada beberapa web developer tempatan cuba membuat benda ni, namun tersadai dipertengahan jalan. Perlu ada data analisis setiap pemain dalam setiap pasukan untuk setiap perlawanan. Antara yg mengarut aku tengok;

1) Takde  player T-Team dan PKNS Selangor (setakat ni la, tak tau la lepas ni dia update semula). Kalo takde player Penang dengan Melaka, aku paham la jugak.
2) Ada player berubah posisi macam Matyo main midfield dan Razali Umar Kandasamy main defend. Jadah.
3) Harga tak masuk akal. Harga 3rd keeper Selangor lagi mahal dari harga keeper kebangsaan. Gila.

Walaupon sedikit Karut Komedia, aku masuk jugak la. RM10k woi kalo menang. Kakaka. Lagipon setidak-tidaknya ada juga liga fantasi untuk bolasepak tempatan. Benda ni dilihat satu benda yang positif. Peminat bolasepak tempatan akan mula kenal pemain-pemain di liga malaysia bukan setakat pemain kebangsaan sahaja.

Kepada yang dah buat team, silalah join liga Sokerleaks. Klik sini http://fantasy.arena.my/astro/malaysiacup/invite.php?lid=91&flid=155435. Kalo tak dapat, engko search je Sokerleaks dekat private league tu. Hadiah untuk liga ni nanti aku bincang balik dengan FAM dan Azzudin nak kasi apa.

Sedikit tips yang boleh dikongsi untuk fantasi Piala Malaysia ni;

1) Ambik je semua player import. Senang cerita.
2) Elakkan ambik Sharbinee jadi keeper
3) Sempena bulan kemerdekaan ni, elakkan ambik player LionsXII. Patriotik la sikit brader (tapi aku ada jugak ambik sorang. RM10k woi, sploh ribu! keh keh)

Sekian sahaja setakat ini. Selamat membuat team. Selamat maju jaya. Jangan lupa datang stadium sapot team kesayangan anda.

*layari laman web http://fantasy.arena.my/ untuk maklumat lanjut

Lagu Raya khas untuk Liverpool

Khas untuk semua penyokong Liverpool yang menyambut Aidilfitri



Tajuk Lagu: Indahnya Beraya Di Liverpool
Penyanyi: Kumpulan Koir 1Liverpool

♬♪♯♭♩

Wahai penyokong-penyokong liverpool,
Pulanglah ke Anfield berhari raya,
West Brom kasi 3, Reina hanya ternganga,
Gini ke kelab nak main Europa?

Dalam mencari gol pendahuluan,
Zoltan Gera kasi peringatan,
Odemwingie tambah satu, sebelum Lukaku melukakanmu,
King Kenny di kampung tersenyum sipu.

CHORUS

Indahnya beraya di Hawthorn,
Swansea pon bagi lima,walau takde Allen,
Kononnya Brendan Rodgers bawak tika-taka,
oh kelakarnya....

Concede penalty diutamakan,
Agger dan Sktrel sama meraikan,
Setiap kopites bagaikan bersaudara,
oh seronoknya...

Teruskan bertabah wahai kawan-kawan,
Lepas ni lawan City lagi besar cabaran,
Kita kena beringat, target kita top 8 sahaje,
Jangan pernah lupa ..."This is Our Year"..

Teng tereng teng teng teng terengteng teng tereng teng teng...Yanuuwar (YNWA)... Teng tereng teng teng teng terengteng teng tereng teng teng...Yannuuwar (YNWA) ♬♪♯♭♩


*ulang sampai Liverpool menang liga ataupon ulang sampai penyokong Liverpool bukak kisah Istanbul*