Thursday, March 31, 2011

Superstition: Tebiat Pelik Dalam Bola Sepak Siri 1

Benda alah tebiat superstition ni semua orang pun ada buat dan tebiat ni tak dapat dipisahkan dengan dunia bola sepak. Daripada secikai-cikai pemain futsal seminggu sekali hingga ke pemain professional Liga Malaysia sampailah ke pemain bertaraf bintang lima dan jurulatih, semua ada kepercayaan yang memberi semangat masing-masing. Ada yang percaya dengan stoking dan jersi ong, ada yang jadi lemah jika tak berjimak sebelum game, ada yang kena minum susu kambing masa half-time. Pehh! Macam-macam pesen.

Di era gemilang bola sepak Malaysia 80-90an dulu, nama otai dalam gambor di atas tak ada sape yang tak kenal, ye dak? Power dia lain macam, lari kencang, gentel melekat, rembat berdesup. Zainal Abidin Hassan ni  juga ada tebiat yang diamalkan sebelum mula setiap game. Kalau diperati molek-molek, dia ni akan cuit rumput sebelum masuk ke padang. Katanya perlakuan tu semacam mintak berkat, lebih kurang macam berbaik-baik dengan padang. Lain macam gayanya, tapi itulah yang beri dia lebih konfiden untuk beraksi mantap dan handal gaya Zainal Abidin Hassan, lagenda hidup bola sepak Malaysia.

Kolo Toure masa beraksi dengan Arsenal dalam perlawanan Champions League berlawan dengan AS Roma dulu pernah juga buat tebiat pelik sampai kena kad kuning. Dah memang tebiat dia masuk ke padang sebagai pemain terakhir, tapi itu hari, Gallas tengah berubat dengan physio, maka Toure tak masuk ke padang, tak mahu mengalah. Tunggu punya tunggu, kad kuninglah jawabnya. Tebiat pelik ni agaknya kalau diamalkan dua tiga orang dalam satu team macamana gaya? Mahu berlat-tali-lat dulu kat tepi padang nak putuskan siapa yang masuk last. 

Mamat ni pula percaya dengan pakai spenda terbalik masa game boleh mengelakkan daripada injured. Awal-awal menjadi, tapi lepas beberapa lama si Adrian Mutu ni akhirnya injured juga, cedera lutut berulang-ulang dan berehat lama. Maknanya tak power sangatlah superstition ni cerita dia. Jangan buat.

Masa beraksi dengan Ajax, lagenda bola sepak dunia Johan Cruyff akan menampor perut kiper beliau, Gert Bals sambil kunyah chewing gum. Chewing gum tu kemudiannya akan diludah ke belah padang pasukan lawan. Dia ni boleh kira tak mesra alam juga perangainya. Tebiat tersebut berlaku setiap game sampailah ke perlawanan akhir Piala Eropah 1969. Masa game tersebut, beliau lupa nak kunyah chewing gum masuk ke padang dan sudahnya tak dapat buat tebiat meludah benda alah tu ke padang lawan. Sudahnya, Ajax tumbang di kaki AC Milan 1-4. 

Kes ni pula boleh tahan pelik dan psaiko juga. Pele nama orangnya. Tak kenal? Pergi main ping-pong, jangan sembang pasal bola. Selepas satu perlawanan yang entah lawan apa, Pele dengan baik hati dan ikhlas beri jersi beliau kepada seorang peminat. Nak jadi ceritanya, lepas tu Pele main dah tak cemerlang dan tak power. Sepak melalut, nak score tu jangan cerita, bukan main payah. Percaya dengan ke'ong'an jersi yang dah diberi kepada peminat tu, beliau mengerah seorang kawan karib untuk pergi cari semula jersi tersebut sampai dapat. Sudahnya, kawan karib beliau 'mendapatkan' dan memberikan semula jersi tersebut kepada Pele. Lepas pada tu Pele mula kembali beraksi garang di padang, menjaringkan gol demi gol dengan penuh rasa sombong. Tapi beliau sebenarnya tak tahu yang kawan dia tu tak jumpa pun jersi asal kegemaran beliau. Jersi yang diberi ke Pele tu sebenarnya jersi lain. Kena tipu buta-buta. Kahkahkah! Tapi apapun, kepercayaan dengan jersi ong tu dah berjaya memberikan beliau semangat lebih ketika beraksi di padang.

Satu kelab bola dari Zimbabwe yang gua rasa diasaskan dari syarikat bancuh simen, Midlands Portland Cement pernah buat kerja gila. Kejadian berlaku sekitar Oktober 2008, masa tu Harimau Malaya masih malu-malu kucing lagi di arena bola sepak serantau. Percaya dengan kesan buruk 'semangat jahat', jurulatih kelab tersebut mengerah 17 pemain untuk pergi berendam di sebuah sungai bernama Zambezi. Yang buat berdebornya, sungai tu penuh buaya! Macam haram tahu! Dengan separuh rela semua 17 pemain masuk berendam dalam sungai menunggu dengan penuh rasa tak sabor arahan daripada jurulatih untuk naik semula ke darat. Lepas dah dapat lampu hijau untuk naik ke darat, 16 pemain saja muncul, seorang lagi ghaib. Tak tahu le kena baham dek buaya ke, lemas atau kena sumpahan hantu sungai. Sudahnya sampai le ni pemain tu 'hilang' entah ke mana. Yang menambahbangangkan cerita, Midlands Portland Cement kalah perlawanan lepas pada tu. Nah! Superstition sampai ke sungai, main pula ke laut!

Otai di atas ni tak pernah kad kuning sepanjang karier beliau sebagai pemain bola, apatah lagi kad merah. Ini betul-betul power lagi hebat. Dalam permainan bola sepak yang penuh dengan bergasak, sepak terajang, terjah sana-sini, dia boleh rileks penuh disiplin, tapi power. Dia ni tak akan merembat ke arah gol masa warm up sebelum mula game. Apa cerita? Sebab katanya dia tak mahu membazir gol. Hmm, boleh tahan pelik dia punya tebiat. Lepas habis separuh masa pertama, kalau dia tak berjaya score lagi, dia akan pergi tukar jersi pakai jersi lain. Kalau sampai ke sudah game pun dia tak score juga, dia akan balik ke rumah. Tapi sebelum sampai ke rumah tu dia akan singgah potong rambut, nak buang badi katanya.

Kiper hebat bukan calang-calang ni pula tebiatnya adalah melompat dan cuit palang gol sendiri lepas pasukannya sama ada Real Madrid atau Sepanyol menjaringkan gol. Apa sebabnya tak ada pula dia kabor kenapa. Tapi itulah rutin beliau yang gua perati dari dulu. Lepas menang Euro 2008, beliau perasan yang masa tu beliau tak ada jambang, bercukur licin macam teruna sunti. Maka, masa Piala Dunia 2010, Casillas terus beraksi dengan imej licin tanpa jambang. Sudahnya, Sepanyol menang Piala Dunia. Gua harap Casillas bercukur licin juga masa game lawan Spurs nanti, biar kelab tu kena bedal cukup-cukup. Baru nak berjinak-jinak dengan Champions League manalah boleh hendak melawan tokey!

Kapten Chelsea ni percaya dengan shin pad ong. Dia ni ada satu shin pad yang dipakai sejak tahun 1995. Tapi malangya masa berentap dengan Barcelona di Nou Camp pada tahun 2005, shin pada tersebut hilang, disyakki kena rembat dek orang. Menggagau juga si Terry ni mencari atas padang lepas sedor shin pad ongnya dah tak ada. Pencarian tersebut gagal dan Terry hampa. Kabornya, shin pad yang dipakai Terry sekarang adalah bekas milik Lampard, dan Terry selesa dengan ke'onga'an shin pad tersebut sebagai pengganti shin pad ong lamanya.

Pakcik di atas ni pula tebiat dia suka bercakap banyak dan berlawan mulut dengan orang lepas kalah. Ni nama dia orang tua yang buang tebiat!

Atok kesayangan peminat Mengyu ni pula tebiatnya adalah memerahkan muka sendiri bila pasukan kendaliannya tewas. Bukan semua orang boleh buat benda ni. Ini sangat rare!

Sebagai penutup, meh sini gua cerita satu lagi kisah pelik. Ini cerita pasal tebiat juga. Seorang pawang memberi amaran sebelum satu perlawanan Liga Ghana antara Wa All Stars menentang Obuasi Ashgold yang mana-mana pasukan menurunkan 11 orang pemain akan tewas. Percaya bulat-bulat, kedua-dua pasukan menurunkan hanya 10 pemain. Pemain kesebelas untuk setiap pasukan tersebut hanya berdiri tepi padang berhampiran dengan pengadil keempat, nak tunggu siapa masuk dulu baru dia nak masuk. Sudahnya, pemain Abouasi Ashgold, Phillip Boampong mengalah dan masuk dulu disusuli pemain Wa All Stars, Owusu Sefah.

Perlawanan berakhir Wa All stars 0-0 Obuasi Ashgold. Hmmm.

Bersambung dalam Superstition: Tebiat Pelik Dalam Bola Sepak Siri 2.

10 comments:

Cob Nobbler said...

si laurent blanc cium kepala botak fabien barthez masa kat MU dan france lu x cite ke?

Alexia Aqram said...

ini NICE fact!

pasal buaya tu tak boleh blahhh.

Linglung said...

nami - masuk dalam siri ke 2 nanti

bossterfaktab - kalau kat malaysia ada main mandi sungai macam tu, ramai player dah kudung kaki kena kekah dek buaya..

aiman said...

neh semua facts ke certain je? hehe

Linglung said...

semua fakta encik aimannnnnnnnn...

mirul said...

serius aku benci giler bace yang cassillas tu.

nak pulak line yang tibai spurs tu.

rasse macam bace ayat ayat dari harian metro..

tak boleh percaya.

kakakaka

dear anies said...

Johan Cruyff ni mmg ohsem la. men bola bgs, muka ensem tp anak dia Jordi, ampes

adrian mutu: msk celsi trus jd mutusamy

the sun said...

gua pulak perasan setiap kali nak mula game kfcm mesti sentuh tiang2 gol tu. mcm satu kemestian pulak.

kareem said...

gua ade dgr cite yg azman adnan ni ade buat perkare tahyul dulu dengan menjahit tulisan dunhill di jersi cara terbalik...cube lu kupas skit..

Ucop said...

maradona before game buat 1 tarian...cuba siasat...