Penyerang Rafik Dejbour menjaringkan 2 bijik gol manakala 4 gol lagi dijaringkan oleh Olof Melberg, Davis Fuster, Kevin Miralas dan Jose Helubas. Kemenangan bergaya ini menyaksikan The Reds menjadi juara liga dengan baki 3 lagi perlawanan.
30 tahun lalu, di stadium yang sama, dengan lawan yang sama iaitu AEK Athens, berlaku satu kejadian yang dahsyat iaitu 'Karaiskakis Stadium Disaster', dimana berlaku kematian dikalangan penyokong setelah penyokong The Reds berpusu-pusu ingin meraikan kemenangan mereka dengan memasuki ke dalam padang stadium sehingga berlakunya kesesakan melampau. Secara kebetulannya, The Reds menewaskan AEK Athens dengan jaringan 6-0, sama seperti jaringan yang mereka hasilkan pada 2011.
Mujurlah kali ni tiada insiden yang tidak diingini berlaku, walaupon kita sedia maklum bolasepak Greece adalah antara yang memiliki atmosfera yang dahsyat sekali di antara liga-liga diseluruh dunia.
Dimbimbing oleh Ernesto Valverde (bekas pemain Barcelona tapi takde lah lejen mana), The Reds hanya perlukan 2 mata lagi untuk mencatatkan club-record, dan The Reds juga masih belum tewas di kandang sendiri tahun ini. Unbeaten at home! Cuma yang tak sedapnya dikalangan penyokong mereka, The Reds mempunyai 7 orang pemain Greece, namun cuma 2 orang sahaja yang disenaraikan dalan first-eleven.
Tahniah The Reds, tahniah. Lupa nak bagitau, The Reds yang dimaksudkan disini bukanlah The Reds yang main kat EPL tu, ini The Reds kat Greece iaitu OLYMPIAKOS. Berbeza dengan Olympiakos yang berbangga dengan aksi liga mereka, 'The Reds EPL' ketika ini bertungkus-lumus mengejar tempat Europa League. Walaubagaimanapon, Olympiakos mempunyai salah sorang bekas pemain 'The Reds EPL' iaitu Albert Riera.
selain digelar The Reds, Olympiakos juga dikenali sebagai The Red-Whites dan The Legend. Mungkin sebab itu kebanyakan pasukan yang ada red-red ni kemain hebat. Di Malaysia, The Red Warriors bersaing hebat dengan satu lagi red iaitu The Red Giants.
Murung di England, Riera kembali ceria di Athens. Inilah yang dikatakan penghijrahan positif, dari tak elok berubah kepada yang baik, dari negatif ke positif. Tapi macam Torres tu lain cerita, dari tak elok berubah ke tak elok juga, keh keh.
Sekian laporan saya dari Athens. YAWN! eh silap YNWA!
1 comment:
patulah aku baca awal awal tu aku konpius... bila masa la the reds epl (Yawn hehehe) tu juara...rupanya olympiakos. hahahahah
Post a Comment