Thursday, March 3, 2011

Sekitar Bundesliga



Ada siapa-siapa layan Bundesliga? Ada? Kalau tak ada, sori la, aku tetap nak tulis pasal Bundesliga jugak. Bukan apa, sekali-sekala, korang kena try tengok game Bundesliga ni. Match dia punya power, boleh beat EPL dengan La Liga. Seria A tak payah cakap la, memang dah sah-sah diorang tapau.

Sebut pasal Bundesliga, ramai akan terfikir pasal Bayern Munich. Yes, Bayern @ Hollywood FC memang tak boleh dipisahkan dengan kejuaraan Bundesliga, kalau tidak, masakan pasukan kendalian Louis Van Gaal ni gagah memegang rekod “Verdiente Meistervereine” terbanyak iaitu sebanyak 4 bintang (22 Kejuaraan). Malangya, musim 2010/11 ni dilihat tak menjadi untuk Bayern."Verdiente Mesitervereine" ni adalah bintang kejuaraan yang selalu dok tepek kat jersi atas lambang pasukan. Kat Jerman, kalau 3 kali menang liga baru boleh letak 1 bintang. Kat Malaysia pulak, ada satu team tu baru menang sekali (ekceli bukan menang liga pon) dah eksyen kemain letak. Keh keh, jangan marah naa, gurau je abe. Takkan bakor sikit pon tak boleh ye dak?

Sebenarnya persembahan buruk Bayern tak dihairankan sangat kalau tengok dari pattern pemenang kejuaraan semenjak 2005. Start tahun 2005 ni, Bayern akan menang berselang-seli, maknanyaseason ni menang, season depan kalah, pastu menang balik, pastu kalah balik. Musim lepas, Bayern menang, so musim ni, dah diramal Bayern akan menggelupur sikit. Mungkin semuanya ada kaitan dengan pemergian Paul The Octopus.

'Herbstmeister' - juara musim luruh.

Title musim 2010/11 ni sebenarnya boleh dikatakan sudah dimiliki oleh Borussia Dortmund, hanya untuk mereka lepaskan kepada pasukan lain sahaja. Sumber kekuatan Die Schwarzgelben ni terletak pada kekebalan Mark Hummels, kelincahan Nurin Sahin dan ke-power-an Lucas Barrios disamping bantuan pemain lain seperti Mario Gotze, Shinji Kagawa dan Kevin Großkreutz.

Schalke 04? Toksah cakap dia punya teruk, ada Raul Gonzales pon masih belum cukup. Werder Bremen? Lagi la teruk. Wolfsburg? Time era- McLaren dengan pasca McLaren pon lebih kurang sama. Hamburg? Performance Nistelroy tak se-perform semasa di Real dulu.

Minggu lepas, Bayern dilauk Dortmund 1-3 di Aalienz Arena. Sakit sakit. Tambah teruk bagi Bayern Munich, mereka sudahpon tersingkir dalam kempen DFB-Pokal (FA Cup utk Liga Jerman) setelah ditumpaskan Schalke 0-1 di tempat sendiri hasil jaringan Raul sekaligus membawa Schalke ke final dua musim berturut-turut untuk bertemu  MSV Duisburg. Sakit sakit.


Sebagai seorang penyokong Bayern, sudah tentu berita sebegini agak mengecewakan. Mana boleh tak kecewa, last season chempiyen Bundesliga & DFB Pokal, plus finalist Champions League,tahun ni? Hampa kau tahu tak, hampa!

Nasib baik la Champions League season ni diramal ke final jumpa Tottenham Hotspurs. Ada la jugak silverware. Tak kisah la sape menang, janji dua-dua team power. Keh keh.

6 comments:

dear anies said...

final jupe spurs? x tido mlm kalu redknapp dgr.. ;-)

sportravel.com said...

wah, terbaik btl sistem german..mng 3 kali br leh ltk 1 bntng..tp knp 22 kali mng 4 bntng lak? sptt nye 7 bntng la..haha

Berto said...

@sportravel

good question. lepas ko tanya baru aku terpikir, patutnya 22 title bahagi 3, supposed ada 7 bintang.

jadi setelah diselidik, dia punya regulation sbenar adalah mcm ni: -

At least 3 league titles won = 1 star
At least 5 league titles won = 2 stars
At least 10 league titles won = 3 stars
At least 20 league titles won = 4 stars

buat masa ni aku masih tak tahu mcm mana plak kalau nak dapatkan 5 stars, mungkin perlukan 30 titles utk dptkannya.

Ozgur Cek said...

sorry..just nk perbetulkan pandangan abg berto pasal star on the football crest..
sepertimana yg kita tahu,kat malaysia ni x wujud sistem letak bintang kat logo team, seperti:
liga itali dan belanda,10 league titles won = 1 stars
turki,5 league titles won = 1 stars
dan lain2 abg berto dh cerita
tapi lain pula ceritanya utk kelab2 kat amerika selatan, mereka juga sama dgn malaysia,xde sistem letak bintang..
kalau kita tengok logo team2 sana suka letak bnyk bintang dan bintang2 tu pula macam2 kaler..ada team yg letak bintang sebab mng liga,ada letak sebab mng copa libertadores,ada juga sebab mng intercontinental cup..
team2 kat sana akan wujudkan sistem bintang untuk team mereka sendiri,jadi suka hati dorang la mereka nk letak bintang atas apa2 event yg bermakna bagi team dorang..
kat malaysia pun sama,kelantan xsalah nk letak bintang,kalau selangor nk letak 32bintang pun xpe..hehe
bg saya,saya lg suka letak scudetto untuk team yg baru lepas menang liga macam selangor,mintak la sultan bola design scudetto tu cantik2..
sistem ni dah lama digunakan kat liga itali dan baru je digunakan kat US utk Major League Soccer..

Berto said...

@cecx

x de hal cexc, aku pon masih belajar pasal bintang2 atas crest ni. well, kalau ikot style amerikaselatan, makanya x de salah kelantan dan team2 lain buat star tu, sbenarnya buat bintang ni bagus utk menunjukkan kehebatan team mereka dan pada masa sama menjeleskan team2 lain, so baru la meriah sikit liga kita ye dak?

btw, thanx for sharing info cecx

Ozgur Cek said...

okey, no hal bro..