Friday, March 4, 2011

Tujuh Kosong & Segmen Berkenalan Dengan Enzo Zidane


"Menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China".

Waktu ramai peminat BPL sedang nyenyak tidur awal pagi tadi, Real Madrid pula enak berpesta gol melapah Malaga dengan 7 butir gol, bagus budak-budak ni. Kalau ikutkan sejarah Real Madrid, pasukan tahun ni adalah pasukan paling muda Real sepanjang penubuhan kelab. Maksudnya, itu tak ada hal, masih layak untuk menang La Liga, masih bertanding dalam Champions League dan dah layak ke final Piala Raja-Raja Sepanyol. Kemas!

Ya, bagusnya Real tak guna alasan pemain muda macam yang budak-budak Arsenal guna, pesen tak matang!

"Alang-Alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".


Gol pertama: Xabi Alonso(A) - Benzema (G)
Gol kedua: Marcelo (A) - de Maria (G)
Gol ketiga: de Maria (A) - Marcelo (G)
Gol keempat: Ozil (A) - Ronaldo (G)
Gol kelima: Marcelo (A) - Benzema (G)
Gol keenam: Ronaldo (Penalti)
Gol ketujuh : Canales (A) - Ronaldo (G)


"Percaya apa yang kau lakukan, tabah apa yang kau usahakan, bertindak atas kemampuan, fikirkan boleh".

3 butir gol dari abam tancho, Ronaldo menjulang budak ni sebagai pendahulu dalam senarai penjaring gol terbanyak di La Liga dengan 27 gol selepas 26 perlawanan, selari dengan Messi, budak yang bergelar pemain terbaik dunia edisi sudah. Nak bandingkan 2 budak muda pengkarya hebat seni bola sepak ni memang sangat subjektif. Dari segi pandangan mata, keganjaan Messi lebih daripada Ronaldo, itu gua akui. Tapi daripada segi statistik, Ronaldo lebih handal, dan beliau juga lebih pakar menggunakan anggota badan lain selain kaki, iaitu kepala, telinga dan jubo, tidak seperti Messi yang hanya pakar guna kaki, ada sekali guna kepala dan tak ada score gol dengan anggota badan lain. Tak serba boleh orang kata. Yang paling jelas lagi nyata, Ronaldo dah berjaya di Liga Portugal (Primeira Liga Zon Sagres), hebat di English BPL dan kini mencipta nama di La Liga, sedangkan Messi masih belum mencuba nasib di luar La Liga. Harap-harap bila umur 40 nanti, Ronaldo tamatkan karier di Kelantan main dengan The Red Warrior. 14 tahun lagi punya cerita, siapa tahu?


"Jika roboh Kota Melaka, Kota Madrid masih ada".

Dalam 7 liga terbaik Eropah (Sepanyol, England, Itali, Jerman, Perancis, Portugal dan Belanda serta Holland juga Netherland), hanya Real Madrid satu-satunya kelab yang menang semua home game setakat ni. Tapi cerita banyak tak guna, tunggu Barcelona bertandang dulu, baru tahu kebal tak kebal. Apa pun, rekod ni membuktikan kekebalan Mourinho yang tak pernah kalah dalam mana-mana perlawanan tempat sendiri sepanjang kariernya dari Porto, Chelsea , Inter Milan hingga sekarang Real Madrid. Good job abam erogant!



"Mana tak tumpahnya sirap kalau tak ke baju?".

Budak ini nama dia Enzo bin Zidane, anak kepada Zinedine Zidane atau nama yang lebih 'muslim'nya ialah Zainudin Zidane. Sekarang berumur 15 tahun, Enzo ni dah ada bau-bau nak ikut jejak bapak dia. Ceritanya, masa awal-awal masuk akademi Real Madrid dulu, Real terpaksa daftarkan nama Enzo ni jadi Enzo Alan Martinez bagi melarikan beliau dari perhatian scout-scout kelab-kelab lain, dan taktik tersebut berjaya. Dah main hebat lagi bagus macam bapak, dah tentu negara panggil main, ye dak? Masalahnya, Enzo lahir di Marseille, maknya yang merangkap bini Zidane pula orang Sepanyol, bapaknya pula pelarian dari Algeria. Ketiga-tiga negara panggil budak ni main dan Enzo sekarang dalam dilema, ibarat 'diluah mati emak, ditelan mati bapak'.

Adik-adik Enzo, Luca Zidane, Theo Zidane juga sedang dalam pembikinan untuk menjadi bintang. Adik bongsu mereka Elyaz Zidane masih hisap susu botol lagi, tak tahu apa-apa pasal bola sepak. Senang cerita, ada 3 beradik, sorang main satu negara, baru lah adil.


Enzo bermain di posisi sama macam bapaknya, perancang tengah, juga berjersi nombor 10 macam bapak. Adiknya Luca pula bermain sebagai kiper, kalau kencang bolehlah ganti Casillas lepas 10 tahun lagi. Persoalannya, mampukah 3 beradik ni mewarisi skil bapak mereka meng'headbutt' pemain pasukan lawan? Kita tunggu...

6 comments:

ada, said...

gua sbg madridista setia mmg berasa bangga dgn kelab gua..tp menarik gk ttg ronaldo dtg kelantan coz gua pon die-hard TRW, n Real ni mmg power dr sumer aspek, berbanding barca yg hanya tahu guna sorg ikan mas je...

Azfar Ridhwan said...

dari clip enzo nampak cam biasa jer.. tapi harap dia develop seperti bapak dia..

Berto said...

enzo ni ada mirip2 justin bieber juga kalau tenung lama2

Zaid said...

gaya macam Kaka pun ada si Enzo ni.

dia membesar kat Sepanyol. lagi bagus kalau dia main negara Sepanyol la. opinion aku je.

kyo_9 said...

pergh.. harap2 anak Zidane sumer alim blako..

Linglung said...

Kalau menjadi produk Zidane semua ni, senyum kemain Florentino Perez!