Monday, July 4, 2011

Batapa Rendahnya Kasta Liverpool

Malam semalam sesudah berakhirnya Pesta Buku Selangor 2011, Osman Sani bersama beberapa rakan penerbit dan penjaya program berkunjung ke sebuah kedai makan iaitu sebuah restoran nasi kandar yang nasi kandarnya sekadar ala kadar sedapnya. Selepas duduk dalam beberapa saat, Osman Sani ketawa terkekek-kekek bila terpandang sebuah banting ada muka Gerrard Liverpool. Osman Sani bukan gelak sebab kesian ke gerrard yang lama tak menang piala, tapi sebab...ahh bacalah sendiri. Tengok tu kedai apa yang jadi penaja

REJECT SHOP!

Mana pergi Maxis? TM tak mahu sponsor? Celcom? Power Root? Uya Distro? Makjun Bondaku? Minyak Angin Cap Kapak? Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak? Kedai Cermin Mata Hajah Rokiah dan Suami? Kenapa kampeni besar-besar ni buat tak tahu saja? Tak minat ke rasa hina kalau jadi penaja? Tahu la yang Liverpool ni tak ada class, tapi takkan sampai semua kampeni besar-besar pejam mata tak ada selera nak sponsor? 

Jadi semalam, Osman Sani jadi tak lalu nak makan. Cukuplah Osman Sani kenyang bergelak-ketawa bersama rakan-rakan.

TEAM REJECT ikut dan macam Liverpool ni nampaknya hanya mampu menarik KEDAI BARANG REJECT untuk menaja mereka. Syabas Liverpool. Teruskan kalah kerana itu adalah budaya kalian. Ye dak?

Apa komen anda penyokong-penyokong Liverpool dan para seteru Liverfool?

22 comments:

aSr1 said...

post ni bertujuan utk buat org butthurt jer...tak buat research dulu ker b4 post?

tokey talikasut said...

kecek molek sket, bill gates dulu part time rijek syop sblum beliau naik..buat la kajian tempatan dulu macam aku

Cob Nobbler said...

ala linglung,lu pun jual jam gitar menyu...nak cakap ape kan?

ce cite ce cite kekekekeke!

YNWA!

Cob Nobbler said...

ala,lagipun kami di Liverpool FC ni malas la nak cakap gaya banyak. Memanglah Real Madrid menang 9 kami menang 5 tapi kami tak kuar cost juta-juta macam Madrid.Kami relax aje.

Biarlah penaja kami Reject Shop atau Biskuat Tiger asalkan kami tetap YNWA.Kami tetap bersama kaum proletariat kaum buruh yang shopping di tempat marhein macam Reject Shop.

Kan kan?

Linglung said...

yeah! you all will never walk alone!

pos ini sikitpun tak berdasarkan kajiselidik buku atau laman sesawang. ianya dibuat secara ikut dan juga sesuka hati Osman Sani.

Nami- gua nak jual replika gitar liverpool tp tak ada, nasib tak baiklah liverpool ni.

KL Ocs Kid said...

So what kalau Reject Shop?aper korang ingat kalau TM taja Man U, season depan Man U boleh menang Champs League untuk kali ke 5?Lu jangan luper bro,tak pernah ada team yang di ayam ayam kan dalam final Champs League kecuali Manchester

rashideeshukri said...

ini keji. sangat keji. tapi lawak, kah kah kah.

bapak gua ada beli sehelai baju ada gambar Gerrard dekat Reject Shop tu.

sekarang ni scene team Malaysia tengah nak up. kalau lu jual keychain bendera Malaysia yang dekat Petaling Street tu pun laku wehhh.

Mat Sabu said...

Reject pun dgr khabarnya tiket liverpool vs mas lagi laku dr arsenal n chelsea vs mas...so? ekeke YNWA

azhar abas said...

linglung mmg bkn seorang pengkaji

dear anies said...

ticket sales (so far):


malaysia vs liverpool = 48k
malaysia vs arsenal = 38k
malaysia vs chelsea = 32k

:: sokong KL socs kid!!

Pengakuan yang tulus dan jujur

Linglung said...

gua seorang pengkeji liverpool.

Amjat said...

ala..lu pun penah shopping gak kat reject shop..ngaku jela

KL Ocs Kid said...

macam bagus!minat Man U pun sebab main game Fifa 2000...poooodah...ko poyo laa LingLung...orang kaya mana pegi Reject Shop...hahha

Linglung said...

yeahh! panas punggung? memang itulah motifnya..kahkahkah!

Linglung said...

lagi...lagi...

KL Ocs Kid said...

tak panas..rilek jer...kitorang cool....kitorang bukan ayam...sbb tu kitorang cool...Ling Lung cool?

Apostolos Velios said...

x perlu nak megah2 kalau setakat main friendly.

Ozgur Cek said...

vamos!vamos!
YNWA!!
linglung bab2 temuramah player boleh la..

~emiazsur~ said...

lu memang power linglung!

Linglung said...

apa benda komen gaya nak mengundi pilihanraya ni?

Cob Nobbler said...

alamak lung,honestly gua rasa fan LFC kat sini ada sedikit butthurt macamlah dorang lahir kat Wirral. Relax sudah macamlah fan LFC tak pernah troll team lain.

Aku troll Real Madrid pun pernah dulu,Lung relax serelax gua baca Sperma Cinta je.

Ni sampai bukak topik friendly ticket berapa la, tu lah, inilah. Alahai relax la Liverpool fan sekalian.

Gua fan Liverpool tapi baca entry ni gua gelak macam cikedis je beb kahkahkah!Sekali sekala kena troll apa salahnya..

Linglung said...

gua saja geletek je, semua fans pun sayang team masing-masing..rileks le