Sunday, September 11, 2011

Rough game play by gentleman


Nau Mai (Selamat Datang dalam bahasa maori). Sebenarnya dalam mesyuarat agung SokerLeaks yg lepas, ahli lembaga pengarah bersetuju untuk mengekalkan eksklusiviti bolasepak dalam blog SokerLeaks ini. Maknanya, untuk sukan-sukan lain seperti bola tampar, renang sirip mahupon dam aji, kena lah buat blog yg lain seperti CaturLeaks atau TinjuLeaks.

Tapi, sukar untuk meminggirkan sukan ragbi ini seperti sukan-sukan yg lain. Ye lah, rugby terkenal dengan gelaran "rough game play by gentleman". Jadi saya tetap akan mengupdate sedikit Piala Dunia Ragbi yg sedang rancak berlangsung di New Zealand ini. Buat masa ini, hanya 2 orang sahaja pengulas SokerLeaks yg melayan; saya dan juga nami. Dan kami berdua meminati pasukan yg sama; Los Pumas (cilaka punya Engleng buat try last-last minit, kalo dalam bola mesti ko kena lauk)


Los Pumas (Argentina)

Saya teruskan je lah dengan prediction siapa yg bakal menjulang trofi Webb Ellis ini. (Yang berkaler merah jadi group champion, yg kaler biru runner-up). Prediction ni dibuat hasil kajian membabi buta Prof. Zainal Keling.

Group A: New Zealand, France, Tonga, Canada, Jepun
Group B: England, Romania, Scotland, Argentina, Georgia
Group C: Ireland, Australia, Italy, USA, Russia
Group D: Namibia, Samoa, Afrika Selatan, Fiji, Wales

Jadi untuk QF, New Zealand akan melawan Argentina (walaupon sokong Argentina, gua rasa New Zealand tetap akan menang), England lwn France (France), Ireland lwn Afrika Selatan (Afrika) dan Australia lawan Wales.

Semi akan menenemukan Australia-France dan Afrika Selatan-New Zealand. Sampai stage ni dia payah skit nak ramal. Tapi aku syak Australia akan jumpa New Zealand kat final yg akan end-up, New Zealand akan menang dan diakhir perlawanan mereka akan buat hakka sambil separa bogel.

Itu sahaja laporan kami dari New Zealand. Akhir tulisan, tontonlah video ini buat para peminat bolasepak semua.



 

Hehehe, budak-budak Arsenal la yg patut terasa ni.

7 comments:

Cob Nobbler said...

New Zealand memang power - tak dinafikan. Selama ni dorang ni macam Argentina dalam bolasepak - power tapi nasib takde.

Harap jadi tuan rumah ni jadi power la yer.

Tapi aku sebenarnya - maseh mengharap - Los Pumas boleh mengejutkan All Blacks.

Faiz said...

singapore lagi sesuai utk video tu kot

dear anies said...

sokong england! kalu mng nnt bleh dpt title datuk.. ops title sir!

balaci terhormat& co. said...

terajangan jonny wilkinson mmg power!tak prcaya??tnyela player los pumas..tak pon tnya je nami..ye dak??kehkehkeh

velasrizal said...

wallabies pn menang

Faiz Zaini said...

Springboks pun ada can..

Linglung said...

malaysia main kumpulan mana ni?