Sunday, October 16, 2011
Liverpool vs Manchester United
Dua orang manager Scotland paling power.
Scotland memang melahirkan ramai manager power - Alex Ferguson, Kenny Dalglish, Bill Shankly, Matt Busby, Jock Stein - kalau nak masukkan David Moyes tu aku rasa boleh lah walaupun kureng power. Dalam sejarah England manager England yang aku boleh anggap power ialah Brian Clough dan Bob Paisley je. Lain manager England memang sayur. Dalam hal kejurulatihan - Scotland memang power dari England.
With all of my respect - aku tak pernah menafikan Manchester United adalah team hebat. Aku bukan macam some of Liverpool fan totok yang sampai cakap LFC boleh kitai 4-0 semalam. Tu cerita gila - aku rasa macam nak tempeleng dorang pun ada. Bagi aku - keputusan draw - sebagai fan Liverpool - aku rasa kira bagus. Honestly midfield agak shaky terutamanya sebelah wing kanan. Gerrard sahaja kena cover - masaklah. Kalau dia Dewa Sparta sekali pun tak terlarat juga kalau usia mula mencecah 30an.
Anyway - untuk fan Liverpool mengutuk Manchester United team tak power adalah cerita konek. Remember - we hate them because they are great team. Takde masa Liverpool nak benci team macam Tranmere Rovers ataupun Oldham Athletics sebab team dorang tak power. Tapi kebencian tu datang dengan respect. Ini disurahkan sendiri oleh King Kenny.
At one point aku rasa baiklah fan Liverpool yang cakap boleh kitai MU sampai 4-0 tu baiklah bermuhasabah diri. Ini bukan djaman Rafa tahun 2009 dimana kita dapat nombor dua dengan beza 4 point dan lebih jaringan 5 dari Man United. Tahun 2009 adalah satu-satunya peluang The Reds untuk jadi juara - cuma digagalkan dengan 11 kali draw. Ini hakikat.
Dalam hal ni aku rasa King Kenny sedang membina skuad. Untuk mengharapkan The Reds untuk menamatkan kemarau panjang tak juara England tahun ni agak payah - be more realistic kalau kita target for Champions League spot. Janganlah kita meniru akidah glory glory yang hanya penuh di mamak bila muncul juara. Tahun 2004/05 masa team dorang sayur dulu mana ada nampak muka glory-glory ni?
Sebagai closet Scouser yang mendiamkan diri sebab ayahku seorang fan MU, aku rasa aku kenal ramai fan MU yang true dan lagi ramai fan MU yang poseur. Fan MU yang true macam @erk888, @arilunited dan yang aku kenal tu aku memang respect. Setakat gurau-gurau manjalah. Aku banyak fan jumpa MU poseur ni. Tapi kalau certain fan Liverpool pun mula nak jadi tak realistik ni - payoh la macam ni.
In the end, Matt Busby was Manchester United manager that lifted their first European Cup. He also Liverpool's legend and captain.
Apa pandangan aku terhadap match semalam? Well, bagi Liverpool - chances banyak - Suarez banyak peluang tapi nasib tak ada. Liverpool control match semalam. Tapi somehow Chicharito pandai cari ruang dalam kotak penalti untuk seri 1-1.
Sepanjang match tersebut aku cuba ketepikan provokasi kawan aku yang makan Mister Potato sambil tengok bola.
Kita bertemu lagi battle kedua di Old Trafford, 11 Februari 2012 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
yeah..
game semalam liverpool lebih banyak control game terutamanya 5 minit terakhir..
seri pun aku dah puas..
"we hate them because they are great team"
1st time aku dengar quote yg bernas dari fans liverpool...salute...
fans ManU pun patut respect bila ada fans Liverpool macam ni....
gau yakin liverpool boleh pergi jauh musim ni bile diorang jumpe x-factor nye.
x-factor man,x-factor..
pehhhhh
fan liverpool yg semacam ini lah yang layak untuk di respect! salute beb! salute!
aku lagi benci dengan kebanyakan penyokong Kelab Loser,penyokong dia mesti datang support team yang lawan dengan Manchester United..Mestilah,tak team Loser diorang kalahkan Manchester United,tengok Manchester United kalah dengan team lain pun kira ok.
kalau penyokong yang betul2 sejati,takpelah.ni poser jer ramai.
Penyokong Manchester United lagi ramai Poser.Tengok result dekat livescore,tapi nganjing orang macam tengok live.Bullshit.
Hakim:Siapa cakap?
Aku lebih rela kot tengok United menang daripada City.
Aku lagi benci Man City kot.
haha. aku setuju and sokong point kau. Kalau fikir pada realiti, aku memang tak expect liverpool boleh menang besar berdasarkan fakta yang Mu makin power. tapi expect dapat 2-1. sayang 1 gol lagi martin skrtel bagi kat penonton. damn
yg poseur ni selalu nyer ikut membe / balak diorg je... lantak la dgn diorg ni..bkn best pn!
thn 2009 Liverpool ade chance utk mng EPL, ingat x time tu Man U terselamat 2 game disebabkan "Bdk Ajaib" Macheda, 2 game die jadi hero, maybe luck lbh ke mereka, tp tu cerita lama, this year we try to give our best
and last game I'm happy that our Captain score for first goal of this season
YNWA
mohon tulis "Where Are They:Macheda"
jasa dia fan gegemu telah lupakan.
tanpa macheda - tak merasalah kau 19 kau tu.
instead liverpool yang 19.kahkahkah!
betul2 dah la si Macheda tu score last minit..luck3
macam roy keane pernah cakap lepas mng lawan bayern 1999.."...we had been lucky against a Bayern Munich..."
There is a thin line between luck and strength... some even say luck is part of strength!
anyway, fan poseur tu orang tak kisah sangat, fan poseur yang cakap besar tak bertempat tu yang orang kisah sebenarnya, huhuhu...
btw, ada banyak POV untuk game Liv vs Man Utd Sabtu lepas... In term of possession dan shot on goal (on/off target) mungkin Liverpool boleh dikatakan 'menguasai' perlawanan, but what I see was, pertahanan Man Utd (termasuk keeper), walaupun muda, 'menguasai' barisan serangan Liverpool...
One man attack dengan menggunakan Welbeck menentang team dengan kualiti Liverpool adalah taktik yang terlalu mentah, almost experimental, mungkin kalau letak berba atau Rooney akan hasilkan keputusan yang lebih baik, mungkin... (aku tak percaya Chicharito boleh bermain dengan full potential selaku lone striker, lawan Barca season lepas sebagai bukti...)
sokong lu lah bro nami. Macam aku kena dengan member aku dulu. bahan liverpool kalah dengan stoke 1-0 padahal dia tak tengok game pun. tak tau kisah benar semasa game tu berlangsung. Obviously, mamat tu fans Man U. YNWA!
Saper penulis artikel ni?
keh keh keh...artikel dari bekas seorang men yu...
sebab tu leh terima perseteruan liberpul dan men yu dengan lapang dada...
walau pun benci tapi ada sayang di situ...sebab x terambik jersi berdadakan candy waktu dulu...
ayat paling jelas...
'Aku lebih rela kot tengok United menang daripada City.'
ditambah lagi 'aku lebih benci man city kot'
membenci city atas kapasiti bekas gogomenyu kah...
semakin terserlah...alah musim ni 20 kot..masih sempat berpaling tadah sekali lagi...keh
ganu nelang:ada sebab kenapa aku cakap macam tu.
aku bukan lahir kat Kirkby pun - nak treat football club ni macam ugama apa hal?
tak kisah la..tiap org ada alasan sendiri kenapa dan siapa dia nak sokong...yang penting tak payah taksub sgt dgn bola sepak ni.bukannya dapat apa pun kalau fanatik giler-giler.kalau setakat minat pastu nak kutuk org lain baik tak payah..kalau minat tu minat je dgn team sendiri tak payah nak kutuk team org lain..org yang kononnya mendabik dada hard core fan katanya..setakat pakai jersey jela..pastu nak berlagak kat sana sini.mat saleh yang beranak jadi anak jati kat sana pun takde nak fanatik mcm kita.
Post a Comment