Apahal skema sangat introduction ni. Ok, setret to de poen, SokerLeaks akan menyenaraikan semua pemenang dan award yg telah dilangsungkan sepanjang musim 2010/2011 ini. Moh kita layan.
Piala Sultan Ahmad Shah : (Juara) Kelantan.
Kelantan menewaskan Sngor di Stadium Shah Alam (masa ni belom jadi bendang lagi) dengan jaringan 2-0. Bermula musim depan, Piala Sultan Bola ini akan berlangsung berasingan dari Liga Super dan akan diadakan ala-ala Charity Shield dimana hasil kutipan tiket bakal diberikan kepada badan-badan yg layak didermakan. Harap-harap bukan masuk ke kantung FAM lah, deme dah cukup kaya aku rasa.
Liga Super: (Juara) Kelantan
Kelantan dibawah kendalian Datuk M.Karatu dan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa berjaya menggondol kejuaraan Liga Super pertama mereka. Kekuatan mereka terletak pada kelincahan Matyo, karisma kapten mereka Piya, kemantapan Apek menjaga gawang dan kehebatan Dahlia Teck menjaga Apek. Kelantan mengumpul mata sebanyak 56 mata; 3 mata di hadapan seteru Pantai Timur iaitu Terengganu dan tempat ke-3 jatuh kepada Selangor (52) yg satu ketika memimpin carta dgn selesa namun Sngor mengalami sindrom pancut awal, sama macam Arsenal. 2 pasukan yg terjerumus ke Liga Premier adalah Perlis "The Northern Lions" dan juga Pahang the "Real Madrid of Malaysia". Ini kalo Casillas tahu dia punya team disamakan dengan Pahang, mahu dia mencarut ni.
Piala FA: (Juara) Terengganu
Disaat jaringan Azwan Roya hampir memastikan Kelantan muncul juara Piala FA 2011, muncul Daudsu Jamaludin yg diangkat sebagai hero gol penyamaan Terengganu. Kemudian gol Nordin Alias di masa tambahan memberikan kemenangan mutlak untuk skuad Penyu. Dikhabarkan sebuah perkampungan di Besut diberikan nama khas Kampung Seri Daudsu, semata-mata untuk menghargai jasa Daudsu atas sumbangan beliau menghadiahkan piala kepada Terengganu.
Piala Malaysia: (Juara) Negeri Sembilan
Final Piala Malaysia yg paling kontroversi kerana isu tiket mahal dan sawah bendang ni berakhir dengan keputusan tragis bagi sek-sek Penyu. Gol Ashaari disambut meriah nelayan pukat tunda di Rantau Abang namun, kelibat Sharbinee Alawi yg bermain sep-sep-sep, tom-tom-tom di penghujung saingan membawa bencana kepada pasukan Terengganu. Anak jati Terengganu, Hai-O akhirnya mengesahkan
Liga Premier: (Juara) PKNS Selangor
Tidak seperti pasukan abang mereka yg pancut awal di Liga Super, PKNS gah di peringkat liga premier. Pasukan kendalian Haji Rahman dagu ini hampir-hampir menjadi pasukan unbeatable di peringkat liga namun sayang mereka tumpas satu perlawanan di hujung kempen di tangan pasukan Sarawak. Musim depan, jaga-jaga dengan PKNS. Mereka bakal diperkuatkan dengan pemain-pemain hebat termasuk pemain kebangsaan. SokerLeaks tak mahu bagitahu siapa yg masuk, cukup lah kami kaborkan sorang striker dari Selatan dan beberapa star dari pasukan Lembah Klang.
Anugerah FairPlay: Kuala Lumpur
Kuala Lumpur bermain dengan bersih. Malangya kawasan kat KL ni takde la bersih mana. Sampah sarap punya la banyak, sampah masyarakat apatah lagi.
Golden Boot (Liga Super): Abdul Hadi Yahya
Orang Klang. Dikhabarkan bakal berhijrah ke Perak musim depan. Betul ke tidak wallahualam.
Anugerah Tambahan SokerLeaks
Best Transfer: Safee Sali (Selangor ke Pelita Jaya)
Worst Transfer: Venue Final Piala Malaysia (Bukit Jalil ke Sawah Shah Alam)
Best Coach: Irfan Bakti (Piala FA, final Piala Malaysia, 2nd Liga Super)
Worst coach takde, kalo ada bagi kat K.Devan la.
Anugerah Gol Terbaik Musim 2011 : Gol tandukan Daudsu final Piala FA
Anugerah Pasukan Paling Banyak Terima Kad Raya: The Red Cards iaitu Kelantan (QF Piala Malaysia vs Tganu)
Anugerah Sawah Padi Terbaik : Stadium/Sawah Shah Alam (Selangor)
Anugerah Tokoh Bolasepak Negara Sepanjang Zaman: Hamidin Mat Amin dan Azzudin Ahmad (pemenang bersama). Kedua-duanya membantu meningkatkan harga tiket bola dan juga meningkatkan ranking pasukan kebangsaan. Tahiiniah!
Anugerah Pengulas Terbaik: Richard Scully. Eh, 'sudah tentu' la beliau menang.
Anugerah Mengimbau Kenangan 32 Kali Piala Malaysia merangkap Anugerah Misi 33 Dibawak ke Tahun 2033: Selangor
Anugerah Pahang (pasukan yg ala-ala Pahang): Pahang, Melaka dan Pulau Pinang (dikongsi bersama)
Anugerah JohnTerry Terpeleot : Daudsu Jamaludin dan Sharbinee Alawee
Anugerah WAGS 2011: Ayu Raudhah (menewaskan Dahlia Teck sebanyak 82 undian)
Anugerah Selatan (pasukan terbaik dari area Selatan) : UiTM Segamat
Anugerah Utara (terbaik dari area Utara) : Perak
Anugerah Pantai Timur (terbaik dari Pantai Timur): Terengganu
Anugerah Borneo (terbaik dari Malaysia Timur) : Sabah
Anugerah Lembah Klang (terbaik dari Klang Valley): Kuala Lumpur
Anugerah Anak Tiri FAM (mangsa kekejaman FAM) : Kedah , Perak dan Kelantan (dikongsi bersama)
Anugerah Anak Emas FAM: Selangor
Anugerah Masterchef (makanan stadium terbaik) : Burger Stadium Shah Alam yg kurang daging, kurang timun, kurang sos tapi harga lebih.
Anugerah Kelab Terbaik : T-Team
Anugerah Pasukan Terbaik Keseluruhan 2011 : Pasukan pentadbir FAM
Jika ada anugerah yg tertinggal, mohon letakkan di ruangan komen. Sekiyan sahaja dari saya yg mewakili SokerLeaks untuk kempen Liga Malaysia 2011. Ada rezeki kita bertemu lagi musim hadapan.
Majulah Bolasepak Malaysia Untuk Kantung Poket FAM!!!
16 comments:
terbaik!
anugerah aank tiri FAM?hahaha
ulasan terbaik der...salute..keh3x
ok, ni review paling superbb gua baca setakat ni..
hahaha. part anugerah tu memang best!
thumbs up!!! the best review so far........
UiTM Segamat sial!! tempat aku tu.. har har har...
hahaahahahaha...semoga FAM bertambah kaya thn dpn!
Pahang 'Real Madrid Msia'? tk pyh Cpt Iker tau , aku dggr pn dh muntah dh ni....ade ati nk dsmkn dgn 'Los Blancos' piiiiidahhhhhhhhhh! Ini satu penghinaan buat Real Madrid nih....
power,power!!
klau ade gmbr lg terbaik
Di LaLiga pula, Real Madrid juga dikenali sebagai "Pahang Sepanyol"
anugerah komentator perlawanan bola sepak terbaik mana?? aku vote aji hasbullah
Anugerah Pahang? Hahahahah aku gelak sampai sakit perut. Memang best la ngko.
ok semua aku setuju. untuk FAM. dah kaya tu tak reti-reti buat stadium KEDUA? dah Bukit Jalil tak boleh main memanjang.
anugerah blogger bolasepak terbaik: akrambini alawi.... hahaha!!! jgn marah derr...
kena tambah anugerah peyokong paling tegar, anugerah kelab sorak terbaik . baru campayon..
Post a Comment