Sunday, October 9, 2011

Seputar Dunia: Rimau, England, England lagi, Gocoh, Kriket dan Bomoh.

Kembali lagi segmen seputar dunia. Kita mulakan dengan perlawanan antara Kangaroo dengan Harimau. Sepatutnya ikot hukum binatang, memang senang Harimau nak baham Kangaroo ni, tapi jangan dilupa Kangaroo ada satu kelebihannya iaitu mempunyai tendangan yg sangat kuat. (Fakta Nasyenel Giograpik: Tendangan Kangaroo mampu mematahkan tulung rusuk manusia tapi kangaroo tidak boleh menyepak backwards) Mungkin ini yg membuatkan pemain-pemain Australia dengan senang menapau pasukan kebangsaan.



Pemain Malaysia dikepung 2 pemain Australia.


Lepas perlawanan ni macam biasa la, ada yg hentam King Gopal kaw-kaw, ada juga yg masih membela beliau. Gua tak berpihak pada mana-mana belah pihak, neutral omputih kata. Lagipon gua tahu gua takkan sempat tengok Malaysia beraksi dekat Piala Dunia pon. Cuma yg terkilannya, basic football player Malaysia entah mana pergi. First touch & passing, dua ni kalo ko tak mahir, entah macam mana boleh dapat main kebangsaan. Tahu la lawan team hebat, tapi jangan la gugup sangat sampai tahan bola pon merapu-meraban. Yuols tu pemain profesional, lain la kalau lu orang main bola tiap-tiap hujung bulan je pong.

Eh, gua tak hentam ye, gua cuma bagi kritikan membina sahaja. Tapi untuk mengelakkan bias, gua akan turut beri pujian membina. Yg gua nak puji ni bekas player Presiden Cup Selangor K.Reuben, betul-betul semangat dia sampai ref pon kena parap. Time ni kalo gua jadi ref, gua hayun redcard terus. Fakta tambahan; kalo lu orang nak tahu, member gua pernah sebilik dengan dia masa SUKMA dulu. Member gua cakap dia ni seorang penganut Kristian yg sangat warak; tak lekang membaca bible dalam bilik. Dulu main defend, tapi skarang dah upgrade main striker (macam Drogba juga, sebelom jadi striker dia jadi defend). Dan sebelom 3 pemain Harimau Muda menyertai FC Vion, Reuben telah terlebih dahulu menyertai latihan disana secara individual, selama berapa bulan gua tak ingat. Reuben juga merupakan pelajar UKM.


Mempunyai skill yg tidak dimiliki Messi iaitu memarap referee

Tinggalkan dulu Australia, singgah kejap di negara jiran; New Zealand. Macam biasa la, sekarang ni tengah hangat pasal Piala Dunia Rugby. Juara tahun 2003 dan finalis 2007; England akhirnya bungkuih awal. Gua memang suka England gagal. Kemon, siapa la yg x suka tengok England fail ye dak?

 ouchhh!!

Tapi at least gua rasa orang England lebih suka team Rugby depa dari team bola mereka. Ya memang The Three Lions layak ke EURO 2012 dan seperti biasa media akan mencanangkan "This is the best squad to win the trohpy". Fakyu, best football league in the world doesnt prove you have the best squad in the world. Amboi tulis pasal England terus speaking English. Keh keh. Mungkin England ada sumpahan (begitu juga Malaysia) dalam bolasepak ni. Dalam perlawanan dengan Montenegro kelmarin, jelas menunjukkan si Rooney walaupon dah berambut, tapi masalah baran dia masih ada. Mungkin tekanan kes bapak dia kena tangkap berjudi.

.
Rooney dan Redcard tidak dapat dipisahkan, umpama Arsenal dan Relegation.


Kita terbang ke Greece. Perlawanan antara Greece dengan Croatia, dimana kedua-dua negara sedang mengalamai kemerosotan ekonomi. Diadili ref dari England yg juga pemain ke-12 Man Utd iaitu Howard Webb, game ditangguhkan selama 6 minit akibat keganasan penyokong. Bermula dengan hemburan kata-kata kesat,kemudian balingan botol, dan setelah stok botol habis, fan Croatia membalas menggunakan kerusi. Tidak mahu kalah, fan Greece membalas dengan balingan bom petrol. WTF? Bom petrol? Kepala hotak dia macam mana boleh masuk stadium benda ni? Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan keputusan 2-0 berpihak kepada Greece.

 Ini bukan flare dah ni, ini pelir.


Lain la pulak cerita pasal game Kanada-St.Lucia ni. Kanada berkunjung ke St.Lucia untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia. Malang untuk Kanada, mereka terpaksa bermain bukan di atas padang bola, tapi di atas padang kriket. Beausejour Cricket Oval; pernah menjadi gelanggang Piala Dunia Kriket pada tahun 2007. Lebih memeritkan buat Kanada, mereka terpaksa berlatih tanpa tiang gol. Sebulan yg lepas, Beausejour Oval ni pernah jadi host bola antara St.Lucia menentang St.Kitss & Nevis. Tiang gol yg digunakan pada perlawanan tersebut didapati tidak menepati syarat FIFA, lantas menyebabkan tiang gol yg baru terpaksa diwelding. Pemain Kanada juga terpaksa menyesuaikan kaki menggunakan boot yg sesuai dengan padang kriket yg agak keras ini terutama dibahagian tengah padang.

Beausejour Cricket Oval. Fakta tambahan: Pengurusan stadium telah membela beberapa ekor kucing dan diletakkan didalam stadium untuk mengekang populasi tikus. Kawalan biologi orang kata.


Walaupon menghadapi pelbagai cabaran, Kanada tetap menang dengan jaringan 7-0. (Ranking FIFA St.Lucia adalah 185 manakala Kanada di ranking 87. FAM taknak buat friendly ke?)

Rangkuman ini diakhiri dengan perlawanan Peru-Paraguay. Sebelum perlawanan, 3 orang bomoh Peru mengamalkan ritual khurafat dan tahyol untuk membantu kemenangan Peru. Bomoh-bomoh ini meramalkan 3 bintang utama Peru iaitu Jefferson Farfan, Claudio Pizarro dan Juan Vargas akan menyinar dalam perlawanan tersebut.

 Tahyol

 Lawan Paraguay boleh la ko punya sihir jadi, kalo berani cuba la lawan Belanda

Perlawanan berkesudahan dengan Peru menang 2-0 hasil dua jaringan Paulo Guerrero. Sedikit tersasar ramalan bomoh. Malaysia tak nak cuba? Ayah Pin kan ada.


Sekian sahaja segmen Seputar Dunia. Gua sudahi dengan ucapan Bersama Kita Mentransformasikan Bolasepak Dunia. Kbai.

9 comments:

El said...

takleh blah. haha

Din_diet said...

rooney ni ada can kena kad merah lawan liverpool nanti.

mirul said...

yang bab bomoh tu memang power.

bomoh peru boleh kasi tim kebangsaan diorang menang.

bomoh malaysia tak cube ke?

kah kah kah

balaci terhormat& co. said...

nak tggu mesia lwn kat stdium kriket ke bru nak parap itu aussie??

talkIZcheap! said...

reuben tu student UKM ke? batch bila? tak pernah nampak pun??

sebenarnya atlet kita bukan lemah bab basic mahupun teknikal, yang lemah ialah mental. macam ko tulis lar, cepat gugup... jangan kata bola je, sukan-sukan lain pun sama, tak kata orang la, aku pun sama!

kalo dah no. 1 dunia cam Chong Wei pun boleh lagi rasa gugup, inikan budak-budak baru nak up... mungkin atlet kita yang paling tinggi mental strength dia ialah Nicol David, sebab dia paling konsisten...

Mohd Syihan said...

Ayah Pin? Memang dia tak boleh tolong. Dia pun dah hilang kemana dah skrg ni..

pex91 said...

ayah pin? skang dia kat langit ketujuh..dia jadi pemerhati bebas ja..hahaha

nurkaloi said...

boo MU
haha kecian kann rooney
wat muke tak bersalah lagi

Eyka said...

keh keh keh ;p