Monday, November 28, 2011

Kebangkitan : Kita Tidak Mahu Ulangi Kesilapan

Kekalahan Harimau Muda ditangan Bahrain sebenarnya mengingatkan penulis pada perlawanan final Piala Konfederasi yang menemukan Amerika Syarikat dan Brazil tahun 2009 lepas. Sewaktu itu, Amerika Syarikat cukup gah meniti jalan ke final setelah berjaya menumbangkan juara Eropah yang digeruni lain tak bukan Sepanyol dengan jaringan 2-0.

Sewaktu final menemukan Amerika Syarikat dan Brazil, adalah satu kejutan apabila Amerika Syarikat mendahului 2-0 sewaktu separuh masa pertama lagi. Cakap-cakap di sewaktu rehat meyakinkan ramai penonton bahkan peminat bola sepak Amerika sendiri tentang mereka akan menang perlawanan final ini, menewaskan Brazil.

Namun, segalanya musnah apabila Brazil bangkit dengan bergaya untuk mencatatkan kemenangan, mencetak 3 gol di separuh masa kedua untuk menang 3-2 sekaligus menjadi juara Piala Konfederasi.

Skrip yang sama juga penulis teringat pada Sukan Asia 1998, jika kalian masih ingat bagaimana Thailand, jiran negara kita layak ke separuh akhir dengan bergaya apabila berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 walaupun Thailand bermain dengan 9 orang. Ya, 9 orang. Menewaskan antara pasukan terkuat di Asia sewaktu itu.

Negara kita juga pernah mengulangi gaya kebangkitan dalam permainan bola sepak. Ingatkah sewaktu Piala Tiger 2004 sewaktu Harimau Malaya menewaskan Thailand 2-1 saat Malaysia itu ketinggalan 1-0 di babak pertama? Namun Harimau Malaya berjaya bangkit setelah mendapat sorakan lagu Inilah Barisan Kita dari peminat setia yang akhirnya memberi satu kebangkitan sehingga Malaysia menang 2-1 hasil jaringan Khalid Jamlus.

Istilah kebangkitan dalam bola sepak bukanlah suatu yang mustahil. Natijahnya, mana-mana negara mampu melakukan kejutan kebangkitan di mana saja dan pada keadaan apa sekalipun. Tidak kiralah bermain tidak cukup pemain atau ragam pengadil yang berat sebelah. Manchester United sendiri pernah bangkit pada saat terakhir permainan untuk menewaskan Bayern Munich. Liverpool juga pernah bangkit untuk menjadi juara setelah ketinggalan dengan AC Milan.

Siapa yang berjaya bangkit, dia berhak merai kegembiraan. Siapa yang menjadi mangsa kebangkitan, tangisan kedengaran.

Namun, apa yang ingin penulis sampaikan di sini ialah mengenai after-math selepas perlawanan. Kebangkitan Bahrain bukanlah perkara kebetulan. Bukan perkara ajaib. Tetapi, melalui pengamatan penulis melihat corak permainan Bahrain. Bagi penulis, Bahrain berhak menang. Melihat latihan sewaktu sebelum perlawanan bermula sudah cukup untuk penulis rumuskan tentang taktikal Bahrain dalam menentang Harimau Malaya. Bahrain bagi penulis telah menganalisa corak permainan Harimau Muda terlebih dahulu dan mendapati pasukan Harimau Malaya terlalu confident untuk menang. 

Bahrain tidak gentar dengan ribuan penyokong Harimau Muda di stadium. Malah mereka sendiri berterima kasih terhadap para penyokong Malaysia yang kekal di stadium memberi sorakan. Bagi Bahrain, sorakan penyokong lawan juga akan merancakkan permainan. 



Itulah gunanya Ultras Malaya. Bukan sekadar penyokong tegar pasukan kebangsaan, tetapi penyemarak sesuatu perlawanan bola sepak. Amalan ini (chant Ultras Malaya) bagi penulis selain dari sikap patriotisma, tetapi juga dapat membuka mata pihak lawan tentang sikap penonton bola sepak di Malaysia yang sudah terbuka dan bukan menjadi orang yang gagal dalam menyokong bola sepak.

Sudah berpuluh tahun lepas cara sokongan terhadap bola sepak kita tergolong dalam cara yang tidak memberikan perkembangan baik dalam bola sepak kebangsaan. Bagi penulis, zaman lepas, zaman Malaysia layak ke Olimpik, zaman Malaysia menang pingat gangsa Sukan Asia, adalah zaman sokongan bola sepak yang sudah tidak boleh digunapakai dalam era bola sepak moden. Menggunakan cara generasi yang lama dalam memberi sokongan kepada bola sepak kebangsaan adalah tidak releven. Kita mahukan cara moden seperti sokongan Be The Reds dalam kempen Korea Selatan di Piala Dunia sebagai contoh. Yalah, kalau generasi lama itu adalah generasi berjaya dalam menyokong pasukan bola sepak kebangsaan, mungkin kita sudah lama ke Piala Dunia. Mungkin takkan ada terbitnya buku Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia.

Zaman gagal sudah berlalu. Zaman abah, datuk moyang kita telah tamat. Kini, adalah zaman anak muda, zaman kita yang tidak mahu mengulangi kesilapan dalam menyokong bola sepak kebangsaan secara khususnya. Zaman anak muda yang mahu meninggalkan tabiat makan kuaci sambil memaki di dalam stadium. Zaman anak muda yang tidak lagi mahu keluar awal dari stadium walaupun sudah tahu pasukan bola sepaknya pasti kalah. Zaman yang mahu mengajak seluruh rakyat lebih bersikap patriotisma melalui bola sepak kerana tidak semua antara kita layak menjadi seorang tentera. 

This is a new age of Malaysian football supporters. Ini adalah zaman penyokong berdiri 90 minit bersorak, chant dan menyanyi lagu yang menaikkan semangat, seakan merasai kepenatan pemain bola di atas padang. Jujur penulis katakan, walaupun kalah, tetapi kerana telah memberi sumbangan berupa berdiri 90 minit menyanyikan lagu semangat, perasaan kalah itu tidak sepedih sepertimana cara yang lama. Jika anda tidak percaya, terpulang. 

Kita mahukan FAM gentar dengan kuasa penyokong. Dan bagi penulis, Ultras Malaya adalah satu-satunya jalan yang akan merintis dalam melakukan perubahan terhadap badan induk tersebut secara positif. Kalian ingat FAM akan peduli dengan penyokong kuat maki makan kuaci tiup air-horn macam babi? Kita tidak mahu terus menjadi orang yang gagal seperti orang terdahulu. Lebih baik kecewa dengan kepasrahan, dari kecewa sambil mengeluarkan kata makian. Setelah 50 tahun dengan cara yang gagal dalam menyokong bola sepak, apakah kita akan terus gagal lagi?

Dari sini, kita dah nampak bahawa bakat tu lebih penting dari pengalaman.

Ye dak?

Zulfadli Zulkifli, 19 tahun.

Mamat ni menjadi juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan awal November lepas. Wajah yang ada iras-iras Douglas Lim, kulit cerah dan mata sepet menyebabkan aku pada mulanya bertanggapan bahawa beliau adalah adik kepada Dato Lee Chong Wei. 

Secara realitinya, badminton kini dikuasai sepenuhnya oleh negara China dari perseorangan lelaki(nombor 1 jadahnya LCW ni kalau asyik kalah dengan Lin Dan) sehinggalah ke beregu campuran. Jadi, tak hairanlah mengapa di Malaysia sendiri, bangsa Cina sahaja yang majoritinya bersungguh-sungguh mewakili Malaysia dalam permainan ini berbanding bangsa Melayu yang hanya bersungguh-sungguh untuk main petang-petang dengan adik-abang. 

Dengan adanya Zulfadli, BAM tak perlu risau dan tidur sambil tangan atas dahi memikirkan nasib badminton negara, bila saat LCW sudah bersara dan menghabiskan wang-wang kemenangannya di klubing, kerana inilah dia The Second Misbun dan pengganti LCW. Nak harapkan Arif Latif? Ermmmmmmm...  Sayur la jawabnya.





Aaliyah Yoong Hanifah, 8 tahun.

Zaman aku 8 tahun dulu, aku tak pernah terfikir untuk menyumbang apa-apa kepada negara. Yang aku tahu, kalau terlepas Dragon Ball hari Ahad, memang sampai ke Youtube aku cari ulangan dia. Celaka apa , zaman itu aku sendiri tak tahu apa itu Youtube, haiwan kah? atau manusia kah? Jadi, berkubur macam tu sahaja lah impian yang aku pasang tiap-tiap minggu.

Berbeza dengan kanak-kanak ini. Mula bermanja-manja dengan air sejak berusia 7 bulan dan mula berkecimpung dalam industri ski air ini sejak usianya 5 tahun lagi. Peh.

Ternyata bakat menewaskan segala-galanya apabila Aaliyah berjaya merangkul pingat emas dalam acara ski air kategori tricking dengan menewaskan peserta yang jauh lebih berkedut dari dia, Sarreya, 34 dari Thailand dan seterusnya, memegang title sebagai peserta termuda memenangi pingat emas untuk SEAG.





Nazmi Faiz Mansor, 17 tahun.

Ketika rakan-rakan yang lain sedang berhempas-pulas mengharungi peperiksaan SPM yang serupa neraka, beliau(Faiz) secara drastiknya telah menunjukkan bakat dan kehebatan beliau yang sebenar kepada peminat bola sepak tanah air ketika beraksi di Sukan SEA baru-baru ini yang dianjurkan di negara yang masih belum mencapai tahap ketamadunan sebenar seperti mana yang telah negara kita capai. 

Seorang pemain berusia belasan tahun yang telah menyebabkan Mofasad meng-aplod video corak permainan beliau di laman Sokerleaks dengan harapan ejen-ejen luar dapat menilai dan mempelawa beliau untuk bermain di liga luar sudah semestinya satu perkara yang harus kita pandang secara positif dan berjaga-jaga.

Sekali lagi mamat tersebut membuktikan bahawa beliau layak untuk tidak menduduki SPM tahun ini setelah menyelamatkan Malaysia dari dibelasah 3-1 malam semalam. Ya, sepanjang karier aku sebagai penyokong bola sepak Malaysia, perlawanan malam tadi adalah perlawanan yang paling bangang dalam sejarah. 

Nazmi juga menyebabkan para makwe khususnya budak sekolah, menukar gambar profail mereka dari gambar depan cermin dengan kamera 2 m.p kepada gambar Nazmi gentel bola.

Nak tak nak aku juga kena terima hakikat bahawa tahap permainan dan skil aku pada umur sebegini belum cukup untuk menandingi kelincahan mamat ni. Kah.

+++

Moral of the story : Kalau tak ada bakat, ke laut juga jawabnya.

Moral of the other story : Safee Sali dulu pun pernah dikutuk padu oleh pendukung-pendukung bola sepak Malaysia, jadi tak mustahil lah jika satu hari nanti kita dapat lihat Fakri Saarani juga bermain di klub-klub luar. Liverpool atau Arsenal misalnya. 

Hah. Sekian laporan.







Gambor suka-suka

Thursday, November 24, 2011

AKSI NAZMI FAIZ DI SUKAN SEA

Antara aksi aksi nazmi faiz yang menarik perhatian peminat bola sepak malaysia. Orang kata peluang dah terbuka main betul betul, dan nazmi faiz sudah membuktikan dia mampu menanggung beban yang di berikan,

Harap sangat ada agen agen bola sepak dekat luar sana, perasan dan lihat video dia ni sekali gus salah satu cara untuk membawa nazmi faiz ini bermain di liga luar.

Budaya-Budaya Bola Sepak Petang-Petang Yang Membuatkan Bola Malaysia Menjadi Bangang.

1. Turun petang-petang nak pakai full-suit Manchester United. Tapi, main bangang jugak macam mamat tenuk angkasa ni. Tu tak termasuk lagi pakai boot mahal 6 stud tapi main dekat padang kebun sawit atau sawah padi.

2. Main bola gol kecil. Tanpa penjaga gol. Lepas tu bila friendly, sepak bola tak nampak tiang gol. 

3. Masing-masing nak ngelak jadi penjaga gol. Apasal ntah. Takut bola laju katanya. Ooo, bola laju.

4. Tak boleh nak body-contact sikit. Mesti nak mengamuk. Tak boleh jentik sikit, nanti adalah yang cakap tak semangat kesukanan lah, tak sokong lah, apalah. Boleh blah lah.

5. Terlalu berfutsal sangat. Asal ajak main padang, bagi alasan takde boot. Kalau dah selalu berfutsal, bila lari keliling padang 8 round keluar lidah unta. Orang suruh change side. Dia sepak bola tak sampai setengah padang. Lepas tu senyum macam tak buat salah.

6. Main bola di padang tapi pakai bola saiz 4. Ni lagi satu kes bangang tak ingat. Lepas ni penutup botol dengan tin coke pun boleh jadi bola agaknya.

7. Main macam anak ayam. Bola ke kiri, semua ke kiri, bola ke kanan semua ke kanan. Semua keliling bola. Lepas tu bila dah penat, ajak main galah panjang. Jadah.

8. Tidak kenal potensi diri dalam posisi permainan. Lebih sesuai main defend, tapi mengada nak main flanker. Lebih sesuai jadi budak milo, tapi nak jadi coach. Tengkorak kau.

9. Amalan gaya bola England yang keterlaluan. Suka sangat main long-pass berbanding passing set-piece yang mudah. Bila kejar tercungap-cungap. Tak dapat, tunjuk tanda bagus. Yang tukang hantar kata winger tak kuat lari. Yang winger kata macam nak mati kejar bola macam ni.

10. Main padang kecil. Tapi sepak bola kalah padang Wembley. Bila sepak, melambung entah ke mana masuk semak. Tergendala 15 minit sebab nak cari bola dalam longkang.

11. Degil. Jenis striker degil. Dah tahu 5 match sebelum ni tak perform-perform. Nak jugak jadi striker. Tahan maki punya ini orang.

12. Tamak. Suka solo tapi langsung takde hasil. Gentel-gentel, sangkut. Gentel-gentel, sangkut. Dah lah sangkut, pemalas nak kejar balik. Apa pun tak boleh.

13. Orang lain main bola pakai kasut. Kau sorang main kaki ayam. Kau ingat kau adik-beradik Bonai?


Yang lain korang sambung lah sendiri

















why so serious?

Tuesday, November 22, 2011

Budak Power



Sepanjang kejohanan sukan SEA acara bola sepak ni, gua perati ada seorang budak power yang handel bahagian tengah.

Beliau tak lain tak bukan ialah; Muhamad Nazmi Faiz Mansor. Dilahirkan pada tarikh 16 August 1994.

Di mana rakan-rakannya sibuk mentelaah Fesbuk dan juga buku pelajaran menghadapi SPM, tetapi beliau berjuang demi maruah negara dalam misi mempertahankan emas.

Yang nombor 21 tu power walaupun umurnya baru 17 tahun.


"Nazmi kau power Mi..kau tak payah amik SPM mi... setan je semua tu. Kau main bola betul-betul..."


Sementara itu;

"Haa..betul tu Abam Nazmi..tak payah amik SPM... amik M-pop! Abam Nazmi, jom join kami," ahli M-pop 1.


"Abam jom jadi artis. Letih taw main kejor-kejor bola," bendahari M-PoP.

"Orang bodoh jewww main bolaaaa... bola sebijik direbutnya... amik la bola tu sorang satu... kan tak berebut," Ketua M-PoP


Join la kami Nazmi...pelishhhhhhhhhh~



Jadi Artis??
Butuh Hang!!!!!!




_______________________________________________


Tahniah wira Malaysia! Setelah menang King Of Medal sekejap tadi, terus Malaysia berada di tangga nombor satu dalam pungutan pingat.

Pungutan pingat setakat ini;

1. Malaysia 453,532,543 emas.
2. Indonesia 172 emas.
3. Thailand 105 emas.


Tahniah sekali lagi kami ucapkan!




Sukan Sea Final : Malaysia Darul Power Merangkul Johan!

"Bulat kecil bulat kecil, bulatlah besar,
Bulat kecil bulat kecil, bulatlah besar,
Sayang mama, sayang papa, sayang semua,
Tiga enam tiga enam, tiga puluh enam
Tiga enam tiga enam, jadilah..?"







Sementara itu..











Free gift untuk semua.

Monday, November 21, 2011

Perlawanan Akhir ulangan Sukan SEA 1979.

Salam 1Malaysia dan Salam 1Indogs saya ucapkan.

Sebagaimana yang kita semua tahu, malam ini bakal menyaksikan dua seteru utama berentap di atas padang yang namanya di ambil sempena memperingati presiden pertama Indognesia, Soekarno.

Stadion Gelora Bung Kuno

Perlawanan ini merupakan perlawanan paling elclasico di Asia Tenggara di mana Malaysia yang ibarat Barcelona(Teramat Power) dan Indognesia yang ibarat Real Madrid(Slow dan lemah) bakal ditemukan dalam perlawanan yang disaksikan oleh sekitar 90 000 orang penyokong Indonesia yang akan memenuhi segenap tempat duduk stadium.

Jangan kita lupa, 28 juta rakyat Malaysia juga bakal memenuhi segenap premis-premis Mamak yang berhampiran dan ada juga yang hanya duduk atas sofa sambil menghirup secawan Nescafe Regular 3 in 1 menonton perlawanan ini. Jaga-jaga!

Perlawanan akhir ini sebenarnya adalah ulangan bagi perlawanan akhir Sukan SEA 1979, yang turut menemukan dua pasukan yang berhaiwankan Harimau Belang, simbolik kepada negara kita, Malaysia dan juga haiwan fantasi kebanggan Indognesia, Garuda yang hanya datang dalam mimpi dan imaginasi luar biasa seseorang itu.

Pada edisi tersebut, hanya 5 pasukan sahaja yang bertanding, Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma dan Singapore dan mereka menggunakan sistem round-robin di mana johan dan naib johan kumpulan akan berentap dalam perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas. Tapi pada edisi tersebut, dua pasukan telah melihatkan Poin dan GD yang sama untuk dipilih menjadi naib johan kumpulan iaitu Indogs dan juga Thailand.

Jadinya, dua pasukan tersebut terpaksa berentap sekali lagi untuk play-off penentuan ke pusingan akhir. Keputusannya, Indogs menang penalti 3-1 selepas sama-sama terikat 0-0 dalam 90 minit perlawanan.

Dalam perlawanan akhir, kita berjaya menewaskan Indogs hasil jaringan Arwah Abang Mokh, 1-0!

Stedi dan LEJEN Press!


Kalau tak 3-0, 4-0 kita menang! Fakri skor 2 bijik. Dua-dua bicycle kick. Kita tengok nanti!














Gambor suka-suka

Bakso 1Malaysia di Kelang.



Sementara di Jakarta rakyat Indonesia berteriak "Maling, Ganyang Malingsia!" - warga mereka di sini berniaga bakso sambil menjerit "1Malaysia".

p/s:Malas nak ulas Liverpool-Chelsea. Minggu depan lawan City. Baik simpan dulu energinya.kahkahkah

Saturday, November 19, 2011

Sukan Sea : Fakri 1 Myanmar 0

In Fakri We Trust. Fakri In My Blood. Fakri Is My Life.


"Siapa yang kata aku kepala bana tu dia memang takde kotey"

Preview Match : Burma vs Tanah Melayu.

Tanah Melayu dan Burma adalah dua buah negara yang pernah dijajah (atau dinaungi) oleh British berbeza dengan negara ASEAN yang lain seperti Filipina yang dijajah oleh Sepanyol, Indochina(Kemboja, Laos dan Vietnam) yang dijajah  oleh Perancis dan negara King Of Sinetron (Indognesia) yang dijajah oleh Belanda.

Burma telah diubah nama nya pada 1989 ke nama Myanmar walaupun US dan UK masing-masing tidak bersetuju dengan pengubahan nama tersebut. Nama Myanmar ni nampak lebih urban sebenarnya berbanding Burma yang udah serupa Karma bunyinya.

Di samping nama, bendera mereka juga telah diubah.

(1988-2010)




Sejak 21 Oktober 2010 :
sehingga kini.


Dalam pada itu, pasukan bola sepak Myanmar Bawah-23 bukanlah sebuah pasukan yang kita boleh kitai dengan mudah sebagaimana kita kitai pasukan Indogs tempoh hari. Mereka berjanji untuk menurunkan barisan terkuat mereka dan bukannya pasukan kedua menentang kita nanti.

Myanmar telah menempah tiket ke separuh akhir untuk menentang Malaysia setelah menang 4 perlawanan dan seri 1 perlawanan dengan Vietnam. Dan kita tak boleh anggap Myanmar ni pasukan yang tak kuat atas dasar naib johan kumpulan B. Mereka seri dengan Vietnam pun bukan calang-calang punya seri. Main 10 orang, seri dengan naib juara Sukan SEA 2009. Apa ada hal?

Jadinya, aku malas nak buat prediksi yang melampau pasal Harimau Malaya pun bukannya power mana, menang dengan Kemboja pun menang rezeki.


Prediksinya seperti berikut :

3-2

(Izzaq Faris skor 5 gol, 3 gol dia, 2 dia tolak masuk ke gawang gol sendiri) - Tamat Perlawanan, Malaysia menang.




Gambor suka-suka.

Friday, November 18, 2011

kronologi kebencian rakyat Indogs terhadap rakyat Malaysia yang penuh bertamadun.

Dalam era melangkah ke alaf-21 ini, Malaysia telah dilihat mencapai pelbagai bentuk kemajuan. Baik dari aspek pembangunan, keamanan, kesejahteraan, ekonomi, sukan dan bermacam lagi sektor yang sedang kita usahakan. Namun, dalam 1001 bentuk kemajuan ini, masih lagi terselit duri dalam daging yang telah merencatkan aspirasi negara dan mengganggu (sebenarnya) keamanan hidup aku (atau kita). Apa yang sebenarnya menjadi punca permasalahan ini kawan-kawan?

Kronologi kebencian rakyat Indogs terhadap kita sebenarnya sudah bertampuk sejak berabad lalu. Tetapi hal ini lebih jelas kelihatan sejak Malaysia menjuarai piala AFF 2010. Dan kemenangan tersebut telah memberi kesan sehingga ke hari ini hatta sehingga saat ini. Lihat sajalah di page FP Sokerleaks yang udah persis tempat membancuh simen dengan lambakan warga asing dari negara King Of Sinetron ni. 

Sikap rakyat Indogs yang terlalu obses dengan Timnas mereka dan merasakan Timnas merekalah yang paling power dalam dunia ini (seolah-olah hanya negara ASEAN sahaja yang wujud) menjadi musabab mengapa perasaan dendam dan tidak puas hati mereka terhadap kita semakin melimpah-ruah. 

Bilamana kalah sahaja, mula lah rakyatnya bersikap seperti budak-budak Main-chess-ter. Bangfes dan cepat melatah.

Hal tersebut juga telah memberi efek kepada penyertaan Malaysia dalam Sukan SEA kali ini. Tidak berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang, mengutuk dan mengelem-boo para peserta Malaysia, membayar pengadil semata-mata untuk menang dengan Malaysia walaupun untuk merebut tempat ke-lima, ke-enam dan bermacam lagi bentuk pemulauan yang telah mereka lakukan, seolah-olah sudah menjadi hobi dan kegemaran mereka.

mungkin lagu Negaraku tak se-syahdu lagu Indonesia Raya gamaknya.

Jadi, pada hemat aku, langkah yang drastik dan proaktif perlulah kita implementasikan dalam masa terdekat ini agar sikap rakyat Indogs ini yang sudah meliwat maruah negara kita tidak akan terus dibudayakan dan diwawasakan oleh mereka.

memetik status Sokerleaks di FP, Once Indogs Forever Indogs - unkown.


Dan kami di Sokerleaks, sudah melakukannya. Anda bila lagi?



Udah pupiler ya kalian berduak? Ganyang Malaysia yukk!!


Thursday, November 17, 2011

Sukan Sea : Malaysia Darul Power 1 Indonesia New Afrika 0


Susilo Bambang ; "Kami lagi antar tim lapis ke dua..bla..bla..bla.. Wasit nggak sportif..bla..bla..bla..Indonesia bisa....bla..bla..bla..Bulu tangkis menang medal..bla..bla..bla.."


Najib Razak ; "Ermm.. K. Satu kosong.."

Salam wkwkwkwkwkwkwkwk

Selepas berhempas pulak mempelajari bahasa indonesia di page fesbuk Sokerleaks, akhirnya malam ini terlerailah sudah semua keputusan. Pasukan bola sepak Malaysia bermain dengan cemerlang di stadium BungKarno walaupun masih ada sesetengah pemain Harimau Muda yang bermain serupa setan dan sepak tinggi-tinggi ke awan.

Kalau gua boleh buat keputusan, gua akan pilih pemain yang menunda untuk mengambil SPM, Nazmi Faiz Mansor sebagai man of the match. Gua harap pengawas peperiksaan yang dia jaga nanti tak straight sangat. Ong Kim Swee pula telah mempelajari pepatah baru hari ni, " Kerana mulut, kena guna walkie talkie".

Pengadil dari UAE pula bertindak cemerlang dalam mengawal permainan dan masih mengekalkan imej bekeng dan serius. Pendek kata, semuanya berjalan dengan lancar dan sekata. 

Bagi Timnas Indonesia yang dengar kata menurunkan skuad kedua tapi gua peduli apa hari ini bermain tak macam Indonesia tapi lebih kepada Timor Leste. Walaupun menurunkan Jericho WWE, Diego kawan Dora the explorer, sepupu jauh Ferdinand Menyu, mereka masih belum mampu membaham Harimau. Diharapkan mereka mampu berjumpa sekali lagi dengan Malaysia di final nanti. Itu pun kalau diaorang lepas dengan Vietnam laa..


Akhir kata,syabas Harimau Muda!!!! Wkwkwkwkwkwkwkwkwkwkwkw!



Sebenarnya gua pun tak percaya garuda tu wujud..Ckckckckckck!!

Sunday, November 13, 2011

Sukan Sea : Malaysia 4 Kembungja 1

Menang dengan Kemboja ke, Indogs ke, Gajah putih hatta jadi Champion Sukan Sea yang dikatakan menang pingat emas bola, maka macam menang seluruh temasya sekalipun. Bukannya Presiden FAM akan letak jawatan.

"Kalau Harimau Muda menang, mungkin akan kekal di kerusi ini sampai 12.12.12 pulak. Baru keramat"










Sementara itu di India..








"Deyyy!


Satu sama? Kepala siapa lebih berkilau? Kepala takok? Bincangkan.

Thursday, November 10, 2011

Sukan Sea : Malaysia 2 Thailand 1

Adakah Jan Dara penyebab Thailand tewas?

Selepas kita menyaksikan kesampahan perlawanan Malaysia menentang Singapura tempohari yang berakhir sifar sifar. Ramai yang mula kurang yakin dengan jentera skuad Harimau Malaya U23 untuk mengorak langkah menentang Tentera Bergajah. Ramai juga orang cakap Malaysia memang main macam kepala takok masa lawan Singapura. Begini, kalau nak di ikutkan analogi kebinatangan. Harimau dengan Singa kalau bergaduh memang susah nak tahu siapa menang. Dua-dua sama kuat. Dua-dua sudah macam kena badi mayat kalau bertarung. Secara rekodnya, Malaysia dan Singapura kalau bertarung dalam bola sepak, macam-macam hal tak terjangka dek kepala hotak akan terjadi. Jadi, lebih baik kita tinggalkan saja cerita lawan Singapura tempohari. Ambil saja cerita kebangangan Fakhri Saarani yang seolah langsung tiada fungsi. Apa cerita?

Menentang Gajah Putih. Sebenarnya, jika diikutkan penilaian keseluruhan permainan semalam. Harimau Malaya layak mencetak lebih banyak gol. Kena palang satu, main futsal depan gol satu, one by one dengan keeper tapi sengugut satu. Seharusnya, jika nasib menyebelahi. Malaysia mampu mencetak sekurang-kurangnya 4 gol.

Apa yang kita lihat semalam ialah gaya tulen pasukan Malaysia sejak azali. Bila dah leading, jadi terlalu selesa. Leka dan alpa. Dah kena, baru tersentak nak buat balik. Lepas tu bila dah dapat gol, kembali buat main-main lagi.

Cuma aku perasan (kalau kamu terperasan lah) satu benda selepas Malaysia leading 2-1. Dalam 10 minit terakhir tu, tiba-tiba Malaysia boleh main gaya simple football serupa gaya Arsenal. Steady kemaen boleh passing bola pendek-pendek selamba badak.

Well, aku cuma nak cakap ni je. Yang steady itu Arsenal, yang main macam kepala takok itu mestilah Menyu. 

Ermm.. Kbai.


p/s : Kemboja pakai binatang apa ha?

Wednesday, November 9, 2011

Kisah Bunga Poppi dan Jersi

 Poppy Flower

Hai. Tengah buat apa tu? Hirup sup gearbox ye? Alhamdulillah. Orang kata ratah sup panas-panas ni lagi sedap kalo dinikmati sambil membaca sokerleaks. Jadi disini ana (menggunakan kata ganti diri ana sempena Raya Haji) akan menge-leaks satu entri yg tidak ada kaitan langsung dengan bolasepak Malaysia. Tak pe la, bola Malaysia dah power, seri dengan Singapore. Ingat senang ke nak seri dengan Singapore? Singapore ada Jumaat Jantan tawww.

Kali ini ana akan berbicara mengenai bunga poppi. Bunga poppi adalah sejenis bunga yg biasanya tumbuh mengelompok di padang rumput atau pegunungan. Di Malaysia ana tak tahulah kalau Bunga Poppi ni boleh dijumpai, tapi seingat ana dikawasan Asia Tenggara ni, cuma Indonesia sahaja yg ada bunga poppi.

Bunga Poppy; salah seorang aktress yg membintangi sinetron Cinta Melody. Beliau membawakan watak sepupu kepada Melody yg sangat kejam; Jelita.


Itu bunga poppi di Indonesia. Di negara barat pula, bunga poppi (atau dalam bahasa omputihnya Poppy Flowers) adalah lambang penghormatan terhadap perajurit-perajurit yg terkorban dalam medan peperangan. Di England, poppy flowers sinonim dengan tarikh 11 November iaitu Remembrance/ Armistice Day; lebih kurang hari pahlawan jugak lah di Malaysia.

Kalau anda perasaan, kebanyakan kelab-kelab EPL memakai lencana/pin Poppy Flower ini di jersi mereka. Ini sejajar dengan langkah FA England yg menjadi antara penyokong utama British Armed Force. Pada awal musim 2009, Man Utd, Liverpool dan Bolton menolak pelawaan untuk memakai lencana Poppy Flowers ini kerana bagi mereka penghormatan terhadap askar-askar terkorban bukan berdasarkan menunjukkan lambang Remembrance Day ini semata-mata. Hal ini telah mengundang perspektif negatif dikalangan media dengan mengatakan kelab kelab ini tidak patriotik dan Maling! Maling! Maling!

Itu di England, lain pula di Scotland dan Ireland. Penggunaan Poppy Flowers ini dianggap sesetengah pihak sebagai salah satu bentuk imperialisme yg baru. Green Brigade, ultras bagi pasukan Celtic FC adalah penentang utama penggunanaan poppy flowers ini. Dalam perlawanan menentang Aberdeen, kumpulan ini memasang banner berbunyi lebih kurang macam ni la "British Armed Force bukan hero kami".

Dan bersempena friendly England-Spain ini, FA England mahukan pemain mereka mengenakan poppy flowers ini dijersi mereka. Namun, perkara ini telah dibantah oleh FIFA dan FIFA melarang sekeras-kerasnya perkara ini berlaku atas alasan SEGALA BENTUK MESEJ BERKAITAN AGAMA,POLITIK DAN PENGIKLANAN adalah dilarang sama sekali. Bagi ana, ana rasa FIFA tak perlu berkeras sangat pasal hal ni. Lagipon kalo England pakai lencana bunga poppi ni pon, bukannya boleh jadi kuat. Kemon,  ini England je la; sayur sayur sayur, sama macam Arsenal.


Jadi mungkin itu salah satu sebab kenapa jersi Malaysia tak ada lambang 1Malaysia, seperti jersi Kelantan. Jangan main-main, FIFA ni dia punya diktaktor sama macam FAM, pasal jersi pon depa boleh buat gila. Cameroon, pada tahun 2004 misalannya telah didenda 154,000 US Dolar dan ditolak 6 mata pada kelayakan Piala Dunia 2006 atas kesalahan memakai jersi mereka yg unik masa tu walaupon telah diberi amaran oleh FIFA. Jadi kemungkinan besar FA England tidak akan memakai poppy flowers pada game tersebut. Hal ini telah mengundang kemarahan veteran-veteran perang British yg merasakan FIFA tidak berhati perut. Ahh askor British ni, nama pon FIFA, abang kepada FAM, mana la depa ada hati perut, yg ada perut Blatter tu ada la.

Nampak macam biasa je kit Cameroon ni, tapi jangan silap, ini sebenarnya one-suit kit, lebih kurang macam jersi pelumba basikal dimana seluar bersambung dengan baju. FIFA hanya membenarkan jersi berasingan antara seluar dengan baju. Ini kalau Malaysia buat jersi macam ni, Matyo la yang paling seksi.


Dalam kes terdahulu, pemain Sevilla, Federic Kanoute pernah didenda Persekutuan Bolasepak Sepanyol atas kesalahan menunjukkan mesej sokongannya terhadap Palestine. Yang ni sejuk hati ana membacanya. Ramai orang cakap, Kanoute ni bagus orangnya. Alim, sopan, berbudi pekerti, malahan power bermain bola. Tapi tak berapa nak heran sangat, dia ex-Spurs. Yg pernah main Spurs semuanya baik-baik kecuali Berbatov dan Sol Campbell.


Mengikut peraturan FIFA, pemain yg menunjukkan slogan atau mesej tidak akan dilayangkan kad kuning .Walaubagaimanapon pemain yg melakukan perkara ini akan menerima hukuman selepas jawatankuasa perlawanan melaporkan kepada pengerusi pertandingan. Dan selalunya hukuman yg diterima agak berat .So, no booking during the match tapi at the end kena denda/ban perlawanan. Namun, selalunya pemain ini akan dikenakan kad kuning juga atas kesalahan membuka jersi. Berikut adalah kesalahan membuka jersi mengikut undang-undang FIFA yg melayakkan pemain menerima kad kuning:

Tapi kalau nak tayang jugak six-pack ente ente semua ni, ente boleh buat macam gambar bawah ni sebab yg ni tak akan dikenakan kad kuning:

 Selagi ente tak telakup baju tu kat kepala ente, haa ente masih selamat. Tapi bila kepala ente dah ditutupi, kad kuning la jawabnya. Jadi mohon yg ada sixpack je buat benda ni, kalo yg 1 pack tu tak payah la, buang karan je jawabnya.


Harap-harap Fakri Saarani tak buang jersi dia tayang body, nanti kena booking susah coach nanti. Itupon kalo dia boleh skor dan celebrate gol tu la. 

Walaubagaimanapon ada beberapa kes terpencil dimana pengadil akan menggunakan budi-bicara mereka bagi mengelakkan pemain dikenakan kad kuning. Ini berlaku kepada pemain Doncaster Rovers, Billy Sharp yg meraikan gol jaringannya dengan membuka jersi dan menunjukkan slogan "This For You Son". 2 hari sebelum perlawanan, anak beliau yg berumur 2 hari telah menghembuskan nafas terakhir. Respek kepada beliau yg tetap bermain walaupon diselubungi kesedihan, dan respek juga kepada pengadil atas sikap kemanusian beliau.

Panjang pulak entri ana kali ini. Dari hal bunga poppi sampai melalut pasal jersi. Apekejadahnya semua ini. Mungkin ana patut berenti disini dahulu. Akhir kata dari ana, semoga Malaysia menang lawan Indonesia nanti dekat Sukan Sea. Kalah lawan Kemboja dan Thailand ana tak kisah, tapi bukan dengan Indon. Kalah dengan Indon, fuhhh, mampuih ana nak berhadapan dengan garuda-garuda di twitter nanti. Sekian. wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

Kosong - Kosong.

ketika umat manusia yang lain sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang mendatang, saya tenang sambil pegang remote astro duduk depan tivi bersama secawan coklat panas. saya kalih ke Astro Arena.

waktu itu, Arena belum dapat siarannya.



perasaan berdebar-debar menunggu.

*

selepas 10 minit, permainan bermula,

10' -> 90' + 3'

tamat permainan.

*

dalam 90 minit perlawanan, apa yang saya dapat perkatakan adalah dua-dua team main macam bangang. yang Malaysia main macam Malaysia, dan yang Singapore pun main macam Malaysia. bangang!

dan Fakri Saarani, go go go! buat yang terbaik lepas ni kayss!

sumber : Google image | search word : fakri saarani

Monday, November 7, 2011

Mari Melaukkan Young Lions

Sebelum aku melunaskan tanggungjawab pertama aku menulis karya di sebuah laman blog bola sepak paling puaka ini. Elok terlebih dahulu aku perkenalkan diri. Nama aku Syazrul Aqram, lebih molek jika dipanggil Aqram. Sebaya-baya dengan Cesc Fabregas dan kalau bab bermain bola, adalah sikit-sikit main bola macam Fabregas. Cuma itulah, rakyat Malaysia macam aku yang terhalang cita-cita menjadi pemain bola sepak dek mementingkan pelajaran, dek dihantui kalau main bola sepak, mungkin masa aku matrikulasi dulu pelajaran aku bakal lingkup atau senang cakap bola sepak hanya dijadikan sebagai hobi. Aku hanya mampu melampiaskan minat bola sepak aku pada penulisan dan paling tidak, bermain bola sepak pada waktu petang-petang.

Baiklah, mari kita bercerita mengenai perlawanan bola pada pukul lima petang ini. Sukan Sea, menemukan Malaysia dengan pasukan tradisi seberang tambak, Singapura. 


Aku mendapat perkhabaran dari akhbar-akhbar tempatan yang meletakkan senarai barisan kemungkinan Malaysia. Namun, secara sinikal aku lihat dari barisan pemain kemungkinan tersebut, kalau betullah Baddrol Bakhtiar bermain striker digandingkan dengan A. Thamil Arasu. Aku rasakan, pasukan negara kita sekali lagi bakal ketandusan penyudah gol yang tajam dan konsisten. Bahagian pertahanan aku rasa cukup kukuh. Tengah pula masih mencari rentak apatah lagi dengan ketiadaan Gary Steven Robat kerana kecederaan. Nak harapkan K.Gurusamy. Hmmm, tak mengapalah. Anggap sajalah di atas padang bola, macam-macam boleh jadi. 

Namun, setelah mendapat perkhabaran dari Persatuan Bomoh-Bomoh Gunung Soga, lain pula ceritanya. Khabar baik mengatakan Malaysia bakal menang petang ini dengan beza jaringan 2-0. Bermakna sama ada menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 dan yang sama bilangan dengannya. Harap bomoh-bomoh Gunung Soga sepower bomoh Sungai Koyan macam haritu yang meramalkan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia.

Well, bola sepak dan bomoh memang tak dapat dipisahkan. Sama juga seperti rasuah dan FAM, judi dan Sultan Bola. Inilah kehidupan bola sepak Malaysia. Apa yang penting, ramai-ramai kita petang ini memenuhkan semua kedai mamak, kedai tomyam dan warung Wak Kentut. Minta tukang kedai buka siaran langsung melibatkan Malaysia dan Singapura. Semangat tu penting ye dak! Pakai jersi siap. Peh peh peh!

Aku petang ini ada hal, nak pergi main mesin buah cherry kejap kat Universal Studio. Kehkehkeh. Wokeh chalo!

p/s : Tanah Tumpahnya Darahku!