Kuala Lumpur FA vs Joga Limpo (dari Brazil)
Stadium KLFA, Cheras.
8.45 malam.
Joga Limpo ni team apa? Team juggling bola ke?
Joga Limpo ni sebenarnya satu team dari Brazil, dianggotai bekas pemain-pemain profesional yg pernah bermain untuk kelab-kelab ternama Brazil dan dunia seperti Bayern, Barca, Flamengo, Botafago, Palmeiras dan macam-macam lagi la. Kebanyakannya semua dah berusia.
Joga Limpo , Més que un club
Kira KL lawan team veteran la ni?
Haah. Tapi jangan main-main. Walaupon mamat brazil ni semua tua-tua, skill diorang masih power. Ball control pon chantekk. Tambah lagi mamat nama Paolo Sergio (ex-Bayern dan pemenang Piala Dunia 1994) dengan Giovanni yg merupakan ex-Barca yg main Brazil utk WC98 France. (tapi aku usha wiki dua org ni bukan main first eleven pon. Gila ko diorang main zaman Romario dgn Ronaldo botak, mana boleh celen)
Paolo Sergio, pernah bermain bersama Totti di Roma. Memenangi UCL bersama Bayern pada tahun 2001 selepas menewaskan Valencia menerusi sepakan penalti 5-4. Dan beliau salah seorang yg miss penalti tersebut untuk Bayern. Kakaka.
So, cer citer skit ulasan perlawanan.
Emm. Pada hemat saya, 1st half agak membosankan, Cuma aku terhibur dengan gol Paulo Sergio tu la. Umur dah cecah 42 pon selamba badak skor guna sepakan gunting. Tenang sahaja beliau melepaskan gol selepas menerima hantaran pemain siapa ntah nama dia, Kaka kalo x silap aku. Tapi senang la dia nak skor, defend KL entah mana pergi tak jaga dia. Kemudian perlawanan nampak sedikit mendatar. Ada la 2,3 kali Brazil (Joga Limpo) ni try dan KL pon ada jugak buat attacking tapi bola lebih banyak berlegar dia area tengah pantai. Ya, pantai, bukan padang tau. Pantai. nanti aku explain.
2nd half macam mana? Ada aksi samba tak?
Aksi samba tu macam mana sebenarnya? Macam Ronaldinho berjoget bawak bola? Aku perati ada la 1,2 kali mamat2 Brazil ni buat skil, tapi skil biasa-biasa je la. Cuma aku kagum team Joga Limpo ni adalah dia punya ball control, 1st touch dengan passing dia. Kira susah la nak tengok team Liga Super nak main macam gaya team Joga Limpo ni main. Hasilnya, diorang dapat 2 lagi gol menerusi Kely. Entah Kely mana aku pon tak kenal. Satu menerusi simple tap dan satu menerusi tandukan.
Kely, ada bau-bau bacang Kelly Rowland jugak la dia ni.
Ko asyik puji Brazil je, taknak puji KL?
Ada. Aku puji KL sebab tak takut dengan mamat-mamat Brazil ni. Ramai jugak la menjadi mangsa bentesan keras diorang. Kalau Brazil main samba, KL main 'sambal'. KL nampak macam buntu idea nak cari gol, ye la, defend Brazil semua tinggi-tinggi, main hantaran pendek pon tak lepas, habisnya shoot luar penalty box ala-ala Shukor Adan je la, cuma budak2 KL ni shoot bawah sikit dari Shukor ni. Kiranya takde la kelangit sangat. Sebenarnya KL ko tahu je la, masalah kewangan pon tak setel lagi. Jadi ramai player star macam Yong Koung Yong, Sharom Kalam, Norazlan Razali semua dah berhijrah. Hazwan Bakri pulak tak main semalam. Jadi semalam team yg main adalah team baru ; gandingan pemain lama dengan pemain baru. Juga dapat dilihat aksi Stanley Bernard yg kembali ke pasukan asal setelah semusim di Sabah. Stanley ni pernah main Liga India mu tau? KL juga ada try 2 pemain import. Salah seorang ialah Robert Eshun, bekas penyerang Sarawak. Eshun ni aku rasa tak payah main bola dah la, balik Ghana ternak kerbau lagi bagus. Main macam hawau. Yg lagi sorang nama dia aku tak tau. Midfielder. Main boleh tahan jugak la. Ada iras-iras Snoop Dog sikit.
Eleh dia ni, malu-malu pulak bila tahu gambor masuk SokerLeaks
Susana di stadium dan sambutan peminat macam mana? Ada macam kat Brazil tak?
Ermm. Yg datang aku rasa 3 kali ganda ramai dari orang yg melepak kat KFC bawah stadium tu. Ada la dalam 2,3 ratus orang kot. Eh, macam ramai sangat la pulak. Entah le. Duta Brazil ada datang, rakyat Brazil kat Malaysia pon ada datang (hot latina bebeh), ultras KL ada, non-ultras pon ada, tukang maki ada, makwe-pakwe berdating ada, makbapak bawak anak pon ada, geng penyokong veteran termasuk makcik-makcik yg hafal nama player KL ni pon ada, budak fixie ada, ramai la yg ada. Budak pavillion je aku tak perasan.
Tadi ko kata diorang main kat pantai, bukan padang. Haa caner tu?
Haa, ko tengok je la padang kat Stadium KLFA ni. Kata ditutup 8 bulan untuk pembaikpulihan. Tapi...Ah lupa, mana ada duit nak repair.
Patut la Brazil menang, main bolasepak pantai ghupernya.
Ni ko membebel ni KL kompem ke tidak main Liga Super ni?
Kah Kah. Harapnya main la ye dak, takkan nak bagi Pahang naik lagi kot?
Jadi kesimpulan engko untuk match ni
Tamat perlawanan, KL 0 - JogaLimpo 3. Kesimpulannya, game ni takde la best mana pon. Average je la. Banyak kali jugak la aku menguap. Aku bajet KL boleh menang sebab diorang kederat muda + main kat home tapi memang tak boleh lawan experience+sizing+skill mamat2 Brazil ni lagi. Plus kondisi padang yg sangat teruk turut menyumbang terhadap kehambaran perlawanan. Sebagai penyokong KL, banyak lagi benda coach Razip Ismail nak kena improve. Team pon baru lagi. Jadi game ni harap dapat bagi exposure kat player-player KL. Masa pon tak banyak lagi tapi ko kena tahu, KL ni power bab development, so bakat sentiasa ada.
Penutup kata, aku pinjam chant dari Ultras KL;
Dulu Azman Adnan main KL, KL...
Safee Sali juga main KL, KL...
Walau bukan macam dulu, kami tetap Kuala Lumpur..
Sampai mati Kuala Lumpur..
Sekian sahaja dari saya. Bai.
7 comments:
ye la..men kt pantai...pantai dlm KL hahahaha
robert eshun hahaha antara pemain import terbaik sarawak dekad awal 2000 an.
dulu padang stadium ni antara yang tercantik kat malaysia. sekarang?
entri ni dah bagus dah tapi tarikh game ni bila takde plak lu tulis..hehe
alamak sori terlupa. Game hari sabtu 3Disember 2011
mengata stadium shah alam macam sawah padi.
stadium sendiri dah macam paya gambut gamaknya.
hoiih, tu pantai ko tahu tak nami. kakaka
Post a Comment