Friday, January 6, 2012

Ronaldo Ke Messi Lagi Power?

SIAPA LAGI POWER NI?

Budak pendek tetapi power hendak mampus, Lionel Andres Messi siapa tak kenal tu boleh dikira tak pernah tengok telebisyen ataupun belek surat khabar. Tak lojik langsung tau! Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro pun sama ceritanya. Kepoweran dia bermain bola ibaratnya sama dengan David Cooperfield bermain silap mata. Melopong mata mak-mak di depan telebisyen bila menengoknya. Pehh! Power tu.

Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo? Itu persoalan tentang kehebatan bermain bola. Orang tak tanya Lionel Messi dengan Cristiano Ronaldo siapa lebih pandai menanak nasi apatah lagi menari zapin? Kalau ada orang bertanya itu macam, bangang betul orang itu.

Jadinya, soal siapa lebih hebat antara 2 manusia femes dunia ini adalah satu perdebatan yang berpusing-pusing tang tu juga setiap tahun, sama juga untuk tahun 2011; Siapa lagi power? Ronaldo atau Messi? Messi atau Ronaldo? Tapi secara kira-kira kasarnya, dua-dua pun menang piala pada 2011. Dua-dua pun sumbat lebih separuh ratus gol. Dua-dua pun menang antara satu sama lain. Dan dua-dua pun sama-sama pergi dengan ego masing-masing. Jadi kita kupas aspek lain pula. Mari mengupas bersama. Mari..mari!


Tinggi: Ronaldo menang dengan jarak 76 sentimeter.

Umur: Ronaldo menang dengan beza 2 tahun.

Pasukan Profesional: Ronaldo menang lagi dengan kelebihan 2 pasukan. Ronaldo bermain dengan 3 pasukan berlainan dan berjaya kesemuanya; Sporting, Mengyu dan Real Madrid. Messi pula hanya berjaya dengan 1 pasukan saja.


Jumlah Gol: Ronaldo 20 gol, Messi 17 gol setakat hari ni di musim ini. Ronaldo 40 butir, Messi 31 butir musim lepas. Ronaldo menang lagi. Nampak tu putih mata Messi?

Ketinggian menyinsing stokin: Ronaldo semestinya.


Keappan bontot: Ronaldo up sikit daripada Messi. Tapi Messi punya pun boleh tahan juga tu gayanya.

Jumlah adik-beradik: Sama menang, 4.

Pandai bermain twitter: Ronaldo menang. Messi tidak reti.


Seksi: Ronaldo nampak seksi lagi tu dengan pemilihan spenda yang lebih mengancam. Messi pula nampak boring spendanya. Kaler putih pulak tu, kucing betina tengok pun tak selera. Euuuwww! Not ma taste!

Pandai bermain facebook: Ronaldo ada 38 juta fans. Leo Messi hanya 28 juta.

Pandai bermain alat muzik: Ronaldo pandai bermain seruling. Messi tidak pandai main apa-apa.


Kebolehan lain: Ronaldo pandai menjinakkan ikan lumba-lumba yang memang sedia jinak dan reti bergurau-senda dengan mereka. Messi mana reti. 

Pandai berparti: Ronaldo menang lagi.


Ronaldo cium kasut emas. Messi cium kasut but pun jadilah! Kekekeke!

Ha apa lagi? Hangpa tambah kuah le sikit.

17 comments:

3viL X eIjI said...

Keh3... KFCM lagi power. Sebab dapat restu Nik Aziz.

mirul said...

pegang title cempien lig

messi 3 kali

ronaldo 1 kali

messi menang

pegang title la liga

messi 5 kali

ronaldo 0 kali

messi menang lagi

dear anies said...

power ke?
hahahahah

sitinuraffizza said...

Ronaldo ada awek hot; Irina. Messi xde. Ronaldo menang lg!
Ronalda dah ada CR junior. Messi junior langsung xd. Ronaldo menang lg!
HAHA

El said...

beza tinggi 76 centimeter abah lu. 76milimeter sudah. apa ingat messi tu anak itik ke?

Linglung said...

Engko ni kenapa EL nak main abah-abah? Cuba jawab sikit.

Cob Nobbler said...

Setakat ni Messi belum score dengan gadis Bond.

Ronaldo dah. Gemma Atkinson namanya.

Ronaldo menang lagi.

Cob Nobbler said...

mirul:apa guna - menang champions league, la liga banyak kali

tapi tak score gadis bond
tetap loser

kehkehkeh!

El said...

ye sorry. sila ganti perkataan abah tu dengan ayahanda

Cob Nobbler said...

El:ko jangan main-main. body abang linglung tu sikit je lagi nak macam Ronaldo. Body tough tu.

kahkahkah

El said...

hahaha. yeke? arghh takleh la camni. kena mintak maaf dengan ikhlas ni.

Cik Herniezieana said...

Ronaldo? sapa tu? tk kenal.
Messi? oh sy kenal.. So, Messi menang..erk? bole mcm tu? hehe

mirul said...

messi cakap :

apwe guna skor gadis bond dan gadis gadis gadis kalau tiap kali jumpe atas padang kompem kene kitai.

kui kui kui.

messi yang cakap la.

free compass said...

ronaldinho awek dia erina shayk. messi awek dia anak ustak azhar idrus. sapa menang?

Mat Sabu said...

Still Messi akan menang ballon de or sikit ari lagi..3 in a row ftw

talkIZcheap! said...

kenapa gambar last cium kasut emas tu, gambar Ronaldo pakai jersi MenYU??

kh keh keh :p

manjaLARA said...

lawak2