Beberapa hari yg lepas, SokerLeaks menerima banyak email berbaur ugutan dalam bahasa yg tidak dapat dikenalpasti. Selepas digoogle translate, barulah kami mendapat tahu bahawa email ni ditulis dalam bahasa Berber, Igbo, Somali, Swahili, Oromo, dan Yoruba. Kandungan emel tersebut, yg rata-ratanya datang dari alamat UIA, mempersoalkan layanan kami terhadap pembaca SokerLeaks dikalangan warga Afrika. Mereka tanya kenapa SokerLeaks tak kaver Piala Negara-Negara Afrika.
Rupanya SokerLeaks sudah menembusi pasaran global terutamanya afrika. Mungkin kelibat Effa Owana dan Francis Doe membantu memperkenalkan imej SokerLeaks di benua Afrika ini. Sebenarnya, bukan kami taknak ulas pasal ACN (African Cup pf Nations) ni, tapi kami masih berdendam dengan beberapa brader Nigeria yg sering menjual jam tangan palsu di pejabat kami. Tapi lepas kami bahan Nigeria tak layak ACN tahun ni, terus brader Nigeria tu merajuk dan tak menjual jam tangan palsu lagi.
Sedikit sejarah mengenai ACN; edisi pertama diadakan pada 1957 dimana hanya ada 3 pasukan yg menyertainya iaitu Egypt, Sudan dan Ethiopia. Pada mulanya Afrika Selatan turut dimasukkan dalam kejohanan sulung ini namun pihak menganjur menarik balik penyertaan mereka kerana skuad Bafana Bafana ini tidak mahu menghantar multi-racial skuad (keputusan Afrika Selatan menghantar pemain dari kalangan caucasian sahaja merupakan salah satu bentuk diskriminasi terhadap warga afrika). Mesir memenangi kejohanan edisi pertama ini.
Bola rasmi ACN 2012; Comocequa dimana ia dinamakan sempena nama sungai yg menghubungkan kedua-dua negara tuan rumah (Gabon dan Eqotorial Guinea) iaitu Sg. Como |
ACN adalah kejohanan dwi tahunan dan edisi tahun ini yg diadakan di Equotorial Guinea dan Gabon ini sudah mencecah edisi ke 28. Mesir mendahuli rekod kejuaraan terbanyak iaitu sebanyak 7 kali diikuti Ghana (4x), Cameroon (4x), Nigeria (2x), Rep. Demokratik Congo (2x) dan masing-masing satu dari Tunisa, Sudan, Ivory Coast, Algeria, Ethopia, Morocco, Afrika Selatan dan juga Congo. Selepas ini edisi ke-29 akan dijalankan pada tahun depan iaitu 2013. Ini kerana CAF (Konfederasi Bolasepak Afrika) mahu ACN ni diadakan pada tahun yg tidak sama dengan penganjuran Piala Dunia. Jadi 2013 akan diadakan di Afrika Selatan, 2015 (Maghribi) dan 2017 (Libya). Sepatutnya 2013 tuan rumah diberikan pada Libya tapi kerana pergolakan politik yg masih berkecamuk maka mereka tukar dgn Afrika Selatan.
Juara Terbanyak: Mesir |
Trofi Piala Negara-Negara Afrika semenjak 2002 |
Trofi African Nations Chamiponship (ACN) |
Satu lagi pasukan yg begitu terkesan dengan ACN ni adalah Arsenal. Dalam 4 perlawnan liga, Arsenal tak menang satu pon perlawanan. Begitu besarnya pengaruh Maruonne Chamakh ni. Takde Chamakh ni, terus Arsenal tak menang-menang. Oh lupa plak Gervinho ni main untuk Ivory Coast. Kiranya Arsenal sekarang kelihatan begitu sayur akibat ketiadaan Chamakh dgn Gervinho la ni?
Betapa terumbang-ambingnya Arsenal tanpa beliau. Ini lah dia Chamakh; lejen Arsenal no.1, mengalahkan RVP dan Henry. |
Sebenarnya semua info pasal sejarah ACN ni aku cedok dekat wikipedia je. Aku tukang translate je pon. Jadi ada baiknya aku sambung terus pasal preview Suku Akhir ACN ni.
QF 1
Chipolopolo (The Copper Bullets) vs Falcons Of Jediane 71 : RANKING : 120 Naib Juara 1974,94 : PENCAPAIAN TERBAIK : Juara 1970 Emmanuel Mayuka (Young Boys) : AYAM TAMBATAN : Entah, macam takde. |
Ramalan SokerLeaks:
Zambia menang 2-0 |
QF 2
Les Elephant vs Nzalang Nacional 18 : RANKING : 151 Juara 1992 : PENCAPAIAN TERBAIK : QF 2012 Satu team : AYAM TAMBATAN : Randy (Las Palmas) |
Ulasan SokerLeaks: Walaupon bermain atas kapasiti tuan rumah di Malabo nanti yakni mereka akan dibantu ribuan penyokong setia Nzalang Nacional, agak mustahil untuk EQ ini menewaskan Ivory Coast selaku pasukan pilihan kejohanan. Disamping itu, berdasarkan persembahan peringkat kumpulan, EQ boleh dikatakan memiliki tuah sahaja kerana 2 perlawanan mereka memenanginya pada saat akhir termasuk perlawanan kontroversi menentang Senegal. Tempat separuh akhir nampaknya hampir pasti milik Drogba dan rakan-rakan
Ramalan Sokerleaks:
QF 3
Ramalan SokerLeaks:
QF 4
Ramalan SokerLeaks
Ivory Coast menang 2-0 hasil jaringan Drogba dua bijik. |
QF 3
Les Pantheres vs Les Aigles 91 : RANKING : 69 QF 1996: PENCAPAIAN TERBAIK: Naib Juara 72 Pierre Aubameyang (St.Etienne) : AYAM TAMBATAN : Seydou Keita (Barcelona) |
Ulasan SokerLeaks: Kedua-dua pasukan agak seimbang kekuatan mereka dimana kebanyak pemain utama mereka menimba pengalaman di Eropah. Gabon akan menggunakan kuasa serangan 3 pemain handalan mereka; Aubameyang (digelar Neymar Gabon kerana rambut yg sepesen), Danial Cousin (ex-Hull) dan juga Bruno Mbanangoye (freekick dia lawan Morocco mmg power habis). 9 mata dari 3 perlawanan menunjukkan Gabon antara pasukan yg perlu diberi pilihan. Persembahan Mali di peringkat kumpulan pula kurang meyakinkan walaupon memenangi 2 perlawanan. Lambang Mali yg seakan-akan kumpulan gangster Melayu tidak mampu menakutkan pemain-pemain Gabon nanti.
Ramalan SokerLeaks:
Gabon menang penalti walaupon pemain jersi 9 ini, Aubameyang akan miss sepakan penalti tersebut. |
QF 4
Black Stars vs The Eagles of Carthage 18 : RANKING : 59 Juara 1963,65: PENCAPAIAN TERBAIK : Juara 2004 Asamoah Gyan (Al-Ain) : AYAM TAMBATAN : Youssef Msakni (Esperence) |
Ulasan SokerLeaks: Juga satu perlawanan seimbang dan bakal berlangsung sengit. Tapi diatas kertas kelebihan sedikit dimiliki oleh Ghana. Hanya Tunisia sahaja wakil Afrika Utara ketika ini dimana 3 edisi sebelum ini dimenangi oleh wakil Afrika Utara iaitu Mesir. Namun untuk Tunisia mengulangi pencapain itu agak mustahil sebenarnya bila Ghana nampaknya lebih mempunyai kekuatan seimbang disemua posisi berbanding Tunisia.
Ramalan SokerLeaks
Ghana menang tipis 2-1. Muah muah abang ni kata. |
Dan selepas itu masuk la peringkat separuh akhir. Sebab dah penat menulis aku pon buat rumusan je la; Ghana lawan Zambia, Ivory Coast lawan Gabon. Ghana menang melangkah ke final bertemu dengan salah satu tuan rumah bersama iaitu Gabon yg berjaya membuat upset dgn menewaskan Ivory Coast.
Jadi final tahun ini adalah Gabon vs Ghana. Ramalan terakhir Sokerleaks, Ghana menang 2-1.
Jadi final tahun ini adalah Gabon vs Ghana. Ramalan terakhir Sokerleaks, Ghana menang 2-1.
"Thanks SokerLeaks sebab ramal team saya menang" ujar Asamoah Gyan dengan bangganya. |
Itulah sahaja entri AfrikaLeaks ini. Harapan kami agar Effa Owana tidak berkecil hati bila Cameroon tak layak langsung tahun ni. Dan kami juga berharap pelajar-pelajar antarabangsa UIA tidak lagi menghantar emel berbaur ugutan setelah kami menyiarkan entri African Cup of Nation ini.
Saya akhiri penulisan ini dengan video lagu rasmi ACN 2012 yg catchy habis ni.
Saya akhiri penulisan ini dengan video lagu rasmi ACN 2012 yg catchy habis ni.
P/S: Patice Evra berasal dari Senegal. Nampak gaya Luis Suarez jenis selidik latar belakang oppenent sebelum perlawanan ni.
6 comments:
P/S: Patice Evra berasal dari Senegal. Nampak gaya Luis Suarez jenis selidik latar belakang oppenent sebelum perlawanan ni
hahahhaha evra memang tak sedar diri,ingatkan melayu mudah lupa.dah ada pepatah baru - negro tetap negro
RIP to all victims in Port Said.
By the way, Afrika ni tak padan benua miskin, tapi buat kejohanan sampai 2 tahun sekali. Siap ada selang setahun dengan ANC pulak.
Europe pun buat selang 4 tahun. Amerika Latin buat selang 4 juga(dulu 3).
Lepas tu nak Confederation Cup macam mana pulak?
Buat 4 tahun je lah, bukan apa - Liverpool bukan ada player Afrika pun, tapi rimas tengok team ramai Afrika (Arsenal, Chelsea, Barca, Man City etc.) balik-balik complaint.
miskin harta tp x miskin bakat...itulah rakyat d benua afrika...
Kita tinggal kan dulu Piala ini. lol..
Sapa yang xdak Tv mlm ni meh tengok Malaysia dalam kelayakan Olimpik kat sini.
Live Streaming Malaysia Vs Bahrain
gampang gila kutuk chamakh ! ahaha.
Post a Comment