Thursday, February 16, 2012

Mau Rileks Sikit


Berat buat Wenger, berat lagi nak menjawab pada peminat.

Dalam bola sepak, ada dua faktor yang kita akan nilai sama ada kita berpuas hati atau tidak dengan keputusan sesuatu perlawanan. 2 benda je, menang-kalah dan corak permainan. Aku rasa semua orang dah tahu prinsip ini.  Kalau menang dengan permainan cantik. Itu kredit. Kalau menang dengan permainan tak cantik tambah dengan bantuan penalti dari pengadil. Itu konspirasi. Kalau kalah dengan permainan cantik. Itu boleh diterima. Kalau kalah dengan permainan tak cantik. Itu mengundang kemarahan. 

Kalau kalah dengan perkauman. Itu Suarez... dan Evra yang mak dia hitam.

Macam malam tadi. AC Milan menang dengan permainan yang cantik. Arsenal kalah dengan permainan serupa terkena buatan orang. Hantaran ke mana, control ke mana, tergelincir ke mana. Hantar lah sepuluh Henry sekalipun, belum tentu Arsenal boleh menang ke atas AC Milan yang ada prestij tersendiri semasa perlawanan malam tadi. 

Kita tak dapat pasti lagi tentang apa masa depan dan faktor Arsene Wenger dalam Arsenal yang tampak serba tidak menjadi lewat ini. Namun, beban ini patut di letak ke atas bahu pemain Arsenal yang seakan sudah kehilangan semangat serang menyerang bertali arus pada era Invincible. Kehadiran King Henry (Farewell for King Henry) masih belum boleh dimengertikan oleh pemain-pemain belian mahal di Arsenal dan pemain-pemain senior Arsenal tentang kepentingan simple set-piece attacking, breaking through from the middle, dribble one-and-pass dan rembatan di luar kotak penalti. Yang ada hanyalah, dan sentiasa berulang, hantaran bola sia-sia, overlap-dribble from side-back (padahal guna sistem flanker 4-5-1, kesian aku tengok Sagna), dan loophole pertahanan-pertahanan Arsenal yang masih tak ditutup. 

Kita sering menyangka (mungkin Wenger menyangka), AC Milan tidak reliable untuk fitness-duration-match. Sebab sering dimomokkan dengan istilah 'kuda tua' pada AC Milan. Berdasarkan rekod match AC Milan lepas sebelum knock-out 16, AC Milan banyak melepaskan jaringan pada minit 70 ke atas. Iaitu minit di mana semua pemain akan mula bertanding kecergasan saat akhir. Selalunya kalau team 'kuda tua', waktu inilah paling bahaya kerana kecergasan mereka lebih menurun. Arsenal mungkin berkelebihan untuk lebih menyerang dengan serangan larian pantas. 

Namun, AC Milan tetap AC Milan. Jaringan ketiga oleh Robinho adalah penyebab rentak Arsenal terencat, fitness-duration-match boleh campak dalam longkang tambah bila AC Milan mula menggunakan 4 pertahanan dan satu sweeper.


Serba tidak menjadi dan AC Milan tak seperti dahulu. Kalau menang dengan AC Milan, tapi tak layak pun tak guna juga. Eh? Pasukan mana tu?

Segalanya terlewat untuk Arsenal malam tadi. Tepukan hormat buat AC Milan yang bermain lebih baik. Aku sendiri jika di Serie A, lebih menyokong AC Milan berbanding Inter dan Juventus. 

Tapi, aku masih optimis untuk mengatakan 'Bangkit dan Forward' pada second-leg untuk Arsenal. Letaklah dua striker selepas ini ke, ikutlah. Wenger pasti lebih tahu. San Siro ada hantu tersendiri. Dengar chant Ultras AC Milan sendiri aku meremang bulu roma. Aku harap Ultras Arsenal di Emirates boleh beri kehantuan bila second-leg. Sebab dua-dua pasukan guna penaja sama, bila bermain di stadium penaja, Arsenal mungkin boleh tapau AC Milan balik setidak-tidaknya 7-1. 

Takde hal lah bhai. 
















Seronok Perdana Menteri kita. Eh kejap, malam tadi menyu ada game ke?

8 comments:

dear anies said...

tetiba admin rajin bebeno nk update ye setelah sekian lama memendam rs... hikhik

*sayur cap meriam*

Unknown said...

Gua rase komen lu dalam entri yang ni memang komen yang matang la. Nice entri.

Gua pun da tataw ape nak jadi ngan tim Arsenal gua ni. Gua malas nak blame pada sape2, its just gua rasa Arsenal dah perlu berubah pendekatannya, Kesian pada fans.

Baru tadi gua terbaca,
"If you dont like the result, try to change your style of approach"

Nasri, Clichy, Adebayor, Toure , Fabregas dan ramai lagi player Arsenal yang power. Tapi sebab dok kat Arsenal, xdapat hape2. Habuk pon tarak. Gi kelab lain,seronok jew menang itu-menang ini.

Damn~

Sorry la gua membebel. Gua rasa cam nak gi sokong MenSiti plak. Hahaha~

Rocco Iskandar said...

"Sebab sering dimomokkan dengan istilah 'kuda tua' pada AC Milan."

Tua tapi padu tahu.

FORZA MILAN!

Cob Nobbler said...

Kalau menang dengan permainan tak cantik tambah dengan bantuan penalti dari pengadil. Itu konspirasi.

Atau nama lainnya - Manchester United.

Encik obor2 said...

hahahaha. kalah tu kalah la wei. xpayah nak sedapkan hati nak bahan menyu. kah3

f.islahi said...

menyu masih dalam kejohanan eropah.dah selangkah ke next round.arsenal tk kn tk bukak langkah lagi?hehe ultras arsenal mcm tkde je bile menyu dtg emirates haha

Anonymous said...

http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1022704/emmanuel-petit:-some-top-arsenal-players-must-go?cc=4716

ey nak masuk tahun ke-7 trophyless ni.

aku masih ingat lagi hasbullah awang cakap dlm tv1 "arsenal malam ini mengamuk!" lepas kalahkan inter 5-0 some years back.

those were the days.

Anonymous said...

http://en.wikipedia.org/wiki/Proud_to_Commit_Commercial_Suicide