Thursday, April 19, 2012

20 Selebresyen Terbaik EPL

Ya, mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin juga ada yang tak tahu lagi. PremierLeague sudah pon memasuki 20 musim sejak mula diperkenalkan pada tahun 1992. Jadi untuk menyeleberet ulangtahun ini, PremierLeague mengadakan undian untuk semua peminat-peminat EPL ini termasuklah yang bukan berbangsa Inggeris hatta orang Eropah sekalipun. Itu bermakna kita yang makan sambal belacan pon boleh jugak nak vote.

Ada award best save, best match, best goal, best player tapi kali ini SokerLeaks mahu mengupas lebih lanjut mengenai Best Goal Celebration of 20 PremierLeague seasons.


Mari kita ulas satu persatu calon-calon ''goal celebration" ini.

1) Sir Alex Ferguson & Brian Kidd (MU vs Sheffield Wednesday 92/93)

SAF masih muda ketika ini, meloncat-loncat keriangan seperti Teletubbies. Dalam perlawanan ini, Menyu ketinggalan 0-1 sehinggalah Steve Bruce menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86, sebelum Bruce melengkapkan kemenangan 2-1 menerusi jaringan di masa kecederaan. Musim 92/93 adalah musim pertama PremierLeague diperkenalkan dan Menyu memenangi kejuaraan tersebut sekaligus menamatkan rekod 26 tahun tanpa kejuaraan liga Inggeris. Oh ya, yang melutut tu Brian Kidd, penolong pengurus SAF ketika itu.

Oh lupa, Brian Kidd sekarang masih lagi jadi penolong pengurus, tapi bukan dekat Menyu sebab dia sekarang assistant manager kepada Roberto Mancini di Manchester City.

2) Lee Sharpe (MU vs Arsenal 94/95)
 Kemenangan 3-0 terhadap Arsenal. Sharpe menjaringkan gol kedua. Mungkinkah Usain Bolt meniru gaya celebration Sharpe ini? Hanya Bolt sahaya yang boleh menjawab.

3) Jurgen Klinsmann(Sheffield Wednesday vs Spurs 94/95)
Kedudukan semasa ketika itu 3-3, sehinggalah minit ke-82, "The Golden Bomber" menjaringkan gol kemenangan Spurs. Ini merupakan gol pertamanya untuk Spurs setelah dibeli dari Monaco dengan harga 2 juta pound. Klinsmann menyeleberet dengan cara menerjun tiruk/ meluncur dan akhirnya gaya celebration yang digelar "Klinsmann Dive" menjadi ikutan ramai pemain-pemain bolasepak didunia. Ini satu-satunya 'dive' yang terpuji dalam bolasepak, sesuatu yang sukar dilakukan oleh penerjun-penerjun bolasepak yang lain seperti Ashley Young, Didier Drogba mahupun Luis Suarez.

4) Eric Cantona (MU vs Sunderland 96/97)
Seorang raja perlu angkuh, dan King Eric berjaya menepati kriteria sebagai raja yang angkuh. Danny Welbeck pernah meniru gaya celebration ini ketika menumpaskan Derby dalam Piala FA. Malangnya, Welbeck dikenakan denda oleh Alex Ferguson. Akbar menyebut "Alex was very angry about the way Welbeck celebrated his goal at Derby. He felt there was a touch of arrogance about it.". Kesimpulannya, hanya King Eric sahaja boleh angkuh di Mencester.

Ah, gua baru tengok celebration Walbeck tu, x de la sama mcm King Eric punya pon. Welbeck nak tiru tapi tak jadi, fail!

5) Temuri Ketsbaia (Newcastle United vs Bolton Wanderes 97/98)
Gila. Mamat Georgia ni memang gila. Kalo aku jadi photographer kat belakang tu, dah lama aku hempuk mamat ni guna lens kamera tu. Cilaka betul. Amende la dia geram sangat dengan Adidas tu? Baidewei, mamat ni sekarang ialah head coach untuk pasukan bolasepak kebangasaan Georgia. Ghasak la budak-budak Georgia kene dengan dia ni time training.

6) Ian Wright & Neil Ruddock (West Ham United vs Southampton, 1998/99)
 Cerita dia bermula gini, seminggu sebelum game ini, satu insiden berlaku dalam EPL iaitu ketika Sheffield Wednesday lawan Arsenal. Lejen West Ham Paolo Di Canio (ketika itu DiCanio masih bermain untuk Sheffield Wed) telah dilayangkan kad merah. Di Canio punya baran ni lain macam, dia pergi tolak ref yg bernama Paul Alcok tu sampai terduduk Alcok tu. (boleh tengok insiden tu kat sini)

Jadi Wright dgn Ruddock ni pon membahan la si DiCanio ni bila ada peluang. Haha. Just nice.


7) Steven Gerrard (Liverpool vs MU 2008/09)

Kejap, sisi lain pulak..


Kekeke. Ok la, tahun ni dah dapat cium Carling Cup, kiranya tak payah nak cium kamera lagi la ye dak? Kekeke. Eh, ada Torres la kat belakang tu. Kekeke.

8) Jimmy Bullard (Hull vs Man City 09/10)
Secara peribadi, ini merupakan pilihan gua. Epic. Jimmy Bullard memang kelakor. Ada 1 lagi sisi kelakor Bullard ni masa dia main kat Wigan (klik sini). Semusim sebelum itu, manager Hull, Phil Brown bersyarah dekat player-player dia dekat padang masa half-time, ala macam masa sekolah dulu, time half-time budak-budak duduk atas padang, cikgu kita membebel depan kita. Masa tu Hull lawan Man City juga, berakhir dengan kekalahan 1-5.

Setahun selepas itu, Hull sekali lagi melawan Man City. Ketinggalan 0-1, Hull mendapat penalti di minit-minit akhir perlawanan dan Bullard tenang menyempurnakannya. Bullard kemudian meniru gaya manager dia dan without a doubt, gol celebration Bullard ni wajib kena menang jugak.

9) Lomana Lua Lua (Newcastle United)
Gua kira 7 kali dia pusing. Power betul mamat ni punya gimnastik. Tapi dia pernah jugak injured pasal buat celebration gaya gini, begitu juga Nani. Dan sekarang dikhabarkan Nani diharamkan oleh SAF untuk membuat lagi backflip celebration untuk mencegah kecederaan bahu.

10) Alan Shearer (Newcastle United)
Trademark Shearer sekarang dah jadi trademark orang UMNO, satooo Malaysia.

Untuk melakukan trademark Shearer yg juga penjaring terbanyak EPL setakat ini, ada 3 step. Pertama, kena sumbat gl, tak sumbat macam mana nak celebrate? Kedua, angkat tangan sebelah, tunjuk jari telunjuk ke langit, dan ketiga, angkat kedua-dua belah tangan di depan para penyokong dengan rasa penuh bangga.


Sebenarnya aku  rasa ada beberapa celebration yg tertinggal atau mungkin boleh masuk dalam list sepuluh terbaik diatas ni. Antaranya:

Adebayor menganjing fan asenel

Rooney selepas meng-sepakan basikal dalam kemenangan 2-1 keatas Man City


Robbie Keane; bergolek sebelum menembak

 
Henry "Is That Enough" face.

benjani "i love you, i love you, i love all of you"

Fowler snort snort


Ya, itu sahaja setakat ini. Sesiapa nak mengundi, pergi lah ke http://www.premierleague.com/content/premierleague/en-gb/20-seasons.html.

Diharapkan agar MSL (Liga Super Malaysia) juga dapat buat award macam ni tahun depan sebab masuk tahun depan, MSL dah masuk tahun ke-sepuluh penganjurannya, tapi macam biasa lah, FAM ni bukan reti buat kerja pon. Dengan Pengerusi MSL pon dia dah gantung, nak buat guano?

Takpelah, kita sama-sama la buat nanti yer. Nak harap FAM, memang tak sudah la gayanya. Webpage pon lingkup. Pui.

5 comments:

dear anies said...

robbie keane ng gimnastik mn yek?
tp yg sy still igt lua2 nyer trademark la

zulhilmi said...

woi woi..."why always me?" xdak ka??

kueh bakar said...

score gol bukan senang..aku selalu percaya score gol adalah seperti keluarnya sperma..ia perlu dirai sehebatnya...

pemain malaysia bukan gol celebrator yg hebat...hairan aku.

aku kalau score suka depakan tangan sambil berlari...rasa macam tengah terbang...its the best feeling in the field...

raul cium 'cincin dijari'..
drogba tunjuk no jersi sambil lari...

old_trafford said...

Haha.. tiba2 rasa nak tergelak bila Alan Sharer buat cam tu.

miestuff said...

Tp aku plg minat goal celebration Kaka. Dua jari telunjuk di halakan ke atas sambil kepala mendongak ke langit. Sambil mata terpejam. enjoy the priceless moment