Entri ini sepatutnya di-publish pada 20 Mei 2012, namun terpaksa diawalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Tahniah Bayern Munich, tahniah di atas kejayaan memenangi Liga Juara-Juara Eropah 2011/12, sekaligus menjulang kejuaraan tertinggi untuk saingan kelab-kelab Eropah buat kali kelima selepas memenanginya pada tahun 1974, 1975, 1976 dan 2001.
Kemenangan tahun 2012 ini lebih manis kerana ianya dimenangi dihalaman sendiri, sesuatu yang hanya dapat dilakukan Real Madrid pada tahun 56/57 dan Inter Milan (64/65). Kali terakhir salah satu finalis beraksi di laman sendiri adalah pada tahun 1984 dimana Rome menjadi gelanggang akhir, namun AS Roma tewas dalam penentuan sepakan penalti ditangan satu pasukan dari England yang buat masa ini sekadar merebut tempat ke-7/8 dalam kejuaraan EPL. (dan sentiasa mengungkit kejayaan-kejayaan zaman silam mereka)
Perjalanan Bayern menjulang kejuaraan kelima ini bukannya mudah. Di peringkat kumpulan, anak buah Jupp Heynckes brada dalam kumpulan yang dikatakan Group Of Death; dibarisi 4 pasukan ternama dari 4 liga terhebat Eropah. Manchester City, Napoli dan Villareal bukannya team kecil-kecil anak, namun Bayern membuktikan bahawa selaku pasukan paling berpengalaman dalam kumpulan, mereka tidak boleh tersingkir awal; tidak seperti Manchester City dan jiran mereka yg tewas ditangan pasukan dari Switzerland, FC Basel.
Ironiknya, FC Basel merupakan pasukan yg Bayern tewaskan di peringkat 16 terbaik. Macam mana la ada team boleh kalah dengan Basel ni, sayur betul. Kemudian, Bayern bertemu dengan jagoan Perancis, Marseille. Macam biasa, Marseille bukan tandingan Bayern selepas tumpas 0-4 secara agreget. Marseille cuma tandingan Arsenal.
Dan di separuh akhir, cakap-cakap orang yg mengatakan final bakal menjadi pertemuan El-Classico cukup melucukan. Tapi tak mengapa, rata-rata yg meramalkan Real Madrid akan bertemu Barca di final adalah mereka yg baru mengenali bolasepak pasca Piala AFF 2010. Kecekapan Manuel Neuer menyelamatkan sepakan penalti dari Ronaldo dan Kaka jelas menunjukkan dia adalah individu yang tepat menggantikan Oliver Kahn. Neuer memang bertindak bijak untuk berhijrah ke Bayern dari Schalke 04, bukannya berpindah ke kelab England yang sekadar beraksi di Liga Europa, itu pon kalah dengan Athletic Bilbao.
Perlawanan akhir menentang Chelsea ini sebenarnya telah diketahui keputusannya 3 minggu sebelum sepak mula lagi. Chelsea beraksi tempang tanpa beberapa tonggak utama, ditambah pula berdepan dengan atmosfera Allianz Arena yang sentiasa bergema dengan sorakan padu penyokong Bayern.
Nyanyian Kefetebeh (KTBFFH) dari penyokong Chelsea tenggelam dengan nyanyian Stern Des Sudens. 2 gol dari Mario Gomez, dan satu masing-masing dari Arjen Robben dan Franck Ribery sudah cukup untuk membawa Phillip Lahm menjulang trofi yang belum pernah dimenangi Arsenal ini.
Bagi Chelsea, ini satu kekalahan yg pedih buat mereka, terutamanya buat kapten mereka yg yidak dapat beraksi, John Terry. Ada hati konon nak julang trofi. Puiii. Mengakhiri kempen EPL di tangga keenam, The Blues bukan sahaja perlu menang untuk mendakap kejuaraan pertama, malah mereka juga perlu menang untuk menghidupkan peluang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/13. Namun, Bayern terlalu unggul buat mereka dan akhirnya kekalahan 0-4 ini bermakna anak buah Roberto Di Matteo (pengurus Chelsea setakat 20 Mei 2012, kemungkinan besar beliau akan digantikan dengan entah siapa-siapa pula) terpaksa beraksi bersama Liverpool di Liga Europa...(dan Spurs juga)
Tahniah sekali lagi buat Bayern, tahniah. Herzlichen Glückwunsch Bayern Munchen! Mia San Mia!
8 comments:
biadap sungguh ultras spurs ni tau! harap makwe makwe Chelsea bersabar. abang akan tuntut bela bagi pihak korg nanti.
'it could be bayern vs barcelona, but i dont think its bayern vs chelsea' - hahaha
mourinho b4 semifinal
'the best team not always win'
torres b4 2nd semifinal.
'bola itu bulat'
-melayu-
atas kertas tentulah bayern menang. dengan tuan rumah dan ramai pemain penting chelsea digantung.takdir sebenar selepas 90minit.
Aku rasa kalau Chelsea menang ni mahu mamat ni kena sack kat Astro Arena.
syabas berto.kita selaku penyokong spurs dan bayern munchen haruslah menaji mana mana pasukan bangang terlebih dahulu.
tapi dalam kes ini,memang chelsea dah takde harapan.
lu ckp besar bolehlar..
mangsa2x akibat ckp besar dpn chelsea
cavani - kata sng nk gol kt stamford bridge
jorge jesus (manager benfica)- kata lawan chelsea sng sgt
dani alves - ala kacang je..
ni plak lu plak nk buat statement..
jgn menangis kalo chelsea mng..
mohon lu dipecat dari sokeleaks..ekekeke...
bodoh pak hang .buyen menang!
mohon admin update..
booooooooooo!
berto mn? xkn senyap je kot wakaka
Post a Comment