Sunday, May 27, 2012

EuroLeaks: Kenali Pengadil Euro 2012

Tinggal beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan mula berlagak menjadi konon-kononnya warganegara Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan sebagainya. Itulah penangan Kejohanan Eropah yang juga dikenali sebagai EURO. Sokerleaks sebagai satu portal bolasepak juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan England tersungkur awal, Itali bermain macam cilaka, Sepanyol dikejutkan Ireland, Belanda menjulang kejuaraan dan tak lupa Presiden FAM kekal menerajui tampuk pimpinan untuk 2 penggal seterusnya.


Sebelum itu mari kita kenali pengadil-pengadil yang akan bertugas sepanjang kejohanan di Poland dan Ukraine ini. Jangan risau, pengadil terlejen kita; Sukri Nor tidak terlibat. Sukri terlampau power untuk mengadili perlawanan-perlawanan bertaraf antarabangsa ini. 


Baiklah, mari kita terus berkenalan dengan abang-abang referee euro kita. Berikut adalah senarainya


Nama: Cuneyt Cakir (nama manja Conet. Ala comelnyeww)
Asal: Istanbul, Tukiye
Pekerjaan: Agen Insuran
Keistimewaan: Pada 2007, Conet mengadili perlawanan Liga Turki antara Vastel Manissapor dan Sakaryaspor. Conet terpaksa memberhentikan perlawanan selama 37 minit kerana diserang dan dicekik penjaga gol Manissapor; Bulent Ataman. Akibat kejadian tersebut, Ataman digantung 12 perlawanan dan Conet pula lebam sebelah biji matanya akibat ditumbuk jurulatih penjaga gol Manissapor.
Ramalan Sokerleaks: Di Euro nanti Conet dijangka akan menerima tumbukan dari pemain Itali, Mario Balotelli.






Nama: Jonas Eriksson
Asal: Sigtuna, Sweden.
Pekerjaan: Agen Televisyen
Keistimewaan: Seorang jutawan. Jadi nak try rasuah ke apa ke payah sikit la.
Ramalan SokerLeaks: Perlu menguruskan sedikit bahagian perut itu untuk meningkatkan stamina dan kredibiliti seorang pengadil








Nama: Victor Kasai
Asal: Tatabanya, Hungary
Pekerjaan: Ahli perniagaan dalam hal ehwal 'printing sales'
Kesitimewaan: Penerima anugerah Golden Whistle pada tahun 2010, iaitu anugerah pengadil terbaik didunia sepanjang tahun
Ramalan SokerLeaks: Antara calon awal yang mampu menempatkan diri sebagai pengadil perlawanan akhir nanti



Nama: Bjorn Kuipers
Asal:
Oldenzaal, Belanda
Pekerjaan:
Pemilik pasaraya
Keistimewaan:
Pada awalnya dia dijangka bakal menggalas tugas mengadili perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini, namun disebabkan sedikit perbezaan pendapat dengan pengerusi kepengadilan UEFA; Pierluigi Collina, dia digugurkan. Setiap kali sebelum perlawanan, kuipers akan menonton video pasukan-pasukan yang akan berlawan bagi memudahkan tugas beliau nanti dengan mengetahui bahagian mana pasukan tersebut lebih suka bermain.
Ramalan SokerLeaks:
Konpem tak akan mengadili perlawanan akhir. Ye la, dah Belanda yang main final nanti. Ye dak?


Nama: Stephane Lannoy
Asal:
Sailly sur la lys, Perancis
Pekerjaan:
Pengedar video games
Keistimewaan: Memulakan kariernya sebagai pemain bola sehinggalah pada umur 20 tahun, dia merasakan bersara dan menceburi bidang kepengadilan kerana merasakan dirinya tak bagus nak bermain bola.
Ramalan SokerLeaks: bagus Lanoy ni, sedar diri tak power main bola. Bukan macam Andy Carrol tu.


Nama: Pedro Poenca
Asal: Lisbon, Portugal
Pekerjaan: Pengurus Kewangan
Keistimewaan: Poenca pernah melayangkan kad kuning kepada pemain Hapoel Tel-Aviv kerana meraikan jaringan dengan memakai yarmulke (kopiah yahudi). Poenca juga pernah di-headbutted seorang yang tidak dikenali di sebuah pasaraya berhampiran Estadio Da Luz (Stadium Benfica)
Ramalan SokerLeaks: Merupakan pengadil yang bertugas ketika Chelsea menumpaskan Bayern dalam perlawanan akhir UCL, makanya dia menjadi antara pengadil yang berkaliber dan mungkin boleh ditugaskan di final nanti


Nama: Nicola Rizzoli
Asal: Bologna, Itali
Pekerjaan: Arkitek
Keistimewaan: Sebagai wakil dari Itali, Rizzoli menjadi harapan besar untuk mengikut jejak langkah pengadil terlejen Pierluigi Collina.

Ramalan SokerLeaks:
Peluang agak besar untuk mengadili perlawanan peringkat suku-akhir, separuh akhir dan final memandangkan Itali dijangka bungkus awal di peringkat kumpulan





Nama: Damir Skomina
Asal: Koper, Slovenia
Pekerjaan: Real estate agent
Keistimewaan: Seorang yang agak cuai apabila pernah tertinggal persalinan pengadilnya (yg mempunyai lambang FIFA) di bilik persalinan
.
Ramalan SokerLeaks:
Antara ref terjambu dalam Euro 2012 dan pastinya bakal menambat hati makwe-makwe diluar sana.



Nama: Wolfgang Stark
Asal: Ergolding, Jerman

Pekerjaan:
Pekerja Bank
Keistimewaan:
Pada musim 2011, Majalah Kicker membuat undian terhadap 286 pemain Bundesliga mengenai siapakah pengadil paling teruk dan Stark menjadi pilihan mereka. Juga pernah ditumbuk pemain Herta Berlin di bilik persalinan pengadil.
Ramalan SokerLeaks: Antara pengadil yang dibenci pemain dan pengurus pasukan, semestinya kebanyakan dari mereka berdoa agar Stark tidak mengadili perlawanan mereka.



Nama: Craig Thomson
Asal: Paisley, Scotland

Pekerjaan:
Peguam (construction law)
Keistimewaan: Thomson pernah mengeluarkan idea untuk menukar ketinggian tiang dan palang gol untuk membuatkan perlawanan bertambah menarik.

Ramalan SokerLeaks:
Kurang berpotensi untuk menyerlah. Mungkin ditugaskan diperlawanan membosankan seperti Greece-Poland



Nama: Carlos Velasco Carballo
Asal: Madrid, Sepanyol
Pekerjaan: Engineer
Keistimewaan: Purata layanan kad kuning yang diberikannya La Liga musim lepas adalah 6 kad kuning untuk satu perlawanan. Dahsyat.
Ramalan SokerLeaks: Euro2012 merupakan kejohanan terbsear pertama Carlos, mungkin sukar untuk mencabar pengadil-pengadil lain yang lebih senior dalam kejohanan kali ini.



Nama: Howard Webb
Asal:
Rotherham, England
Pekerjaan:
Polis pangkat sarjan dan pemain ke-12 Manchester United (part-time)
Keistimewaan: Si Botak ini pernah menerima ancaman bunuh dari Perdana Menteri Poland pada Euro2008. Si Botak ini juga antara individu yang bersetuju untuk membenarkan penggunaan chip dalam bola dan video replay
.
Ramalan SokerLeaks:
Si Botak ini dijangka menjadi pilihan utama untuk mengadili perlawanan akhir berdasarkan pencapainnya mengadili final Piala Dunia 2010 yang lalu dan peluang bertambah cerah untuk dirinya memandangkan pasukan negara kelahirannya sentiasa pulang awal di kejohanan-kejohanan besar.


Sekian sahaja ulasan Euro untuk kali ini. Semoga pengadil yang bertugas menjalankan tugas sebaik mungkin dan menolak amalan rasuah kerana rasuah itu merosakkan ummah.


sumber: wikipedia dan
world referee

5 comments:

su suraya said...

hahaha ramalan sokerleaks kau tak bleh blah.. btw aku suka blog ni..

dear anies said...

ceh mmg da agk pakcik botak ni mesti menyelit...errr cikgu suhaizi xde ke?

Cob Nobbler said...

Yang jadi tauke video game tu takde cita2 ke nak buat game pasal referee?Asyik game pasal pemain je.

Baru dorang tau susah tak susahnya jadi referee ni.

buasirbuaya said...

abg pedro proenca jgk yg dpt.. nape bkn howard webb haha

talkIZcheap! said...

Pergh... sapelah yang tulis ni? Patut dah boleh stop dah tulis pasal bola, perenggan pertama saja semua dah salah... nasib baik ramalan je, kan? kah kah! :p