Last week kecoh berita Johor FA nak melamar bekas bintang Villareal, Boca Juniors dan pemain antarabangsa Argentina, Juan Roman Riquelme. Riquelme, sememangnya antara midfielder yang berbakat di dunia. Kalau ingat, dia pernah bawak Villareal ke semi-final UEFA Champions League, tapi kalah dengan Arsenal di semi-final pada tahun 2005-06. Banyaklah rumors kita dengar even sebelum ni pun. Antaranya nak bawak bekas bintang EPL ke Liga Super. Mungkin majoriti team nak buat macam Selangor dulu bawak Tony Cottee and sekarang dengan Bosko Balaban, bekas striker Aston Villa. Ya, dari kualiti dan promosi sudah semestinya. But still, penuh ke Stadium Shah Alam sekarang?
Aku faham apa yang Johor FA nak buat. Dengar cerita Gabriel Batistuta dilantik jadi Penasihat, so, dia akan jadi orang tengah untuk try bawak player dari Argentina. Sebab tulah timbulnya nama Riquelme ni. Ditambah pulak Riquelme ni habis kontrak dengan Boca Juniors. Malangnya dia mintak gaji tinggi nak mampus, so terpaksalah cancel. Apa yang kita nak buat ni samalah macam kelab Thailand Muangthong United bawak Robbie Fowler dan cuba nak bawak Alessandro Del Piero ke kelab diorang. Robbie Fowler dah berkarat and Alex Del Piero tak nak datang.
Semua ni short term solution. Nak bantu team dan tolong dari segi promosi. Most team dalam Liga Super ada pemikiran macam ni sebenarnya. Bukan nak kata salah, tapi benda ni short term sangat. Habis berjuta untuk player yang dah tua. Nak buat apa? Tengok macam Kelab Thailand BEC Tero Sasana, diorang rekrut player terbaik dari Asia Tenggara. Titus Bonai dah dapat and now diorang aim nak dapatkan Rozaimi. Nak menyogok penyokong dengan pemain ternama? Itu je? Tak kisah biarpun team tak menang piala? Once buat macam tu, believe me, setiap tahun kena buat macam tu. Setiap pasukan perlu upgrade kan scouting system diorang. Ini tak habis-habis buat selection, lepas tu tengok perlawanan peringkat sekolah je. Banyak je liga komuniti yang ada kat Malaysia ni. Contoh macam Johor sendiri, dulu famous dengan liga peringkat negeri diorang, so, maksudnya ada je bakat tersembunyi. Kalau nak harapkan buat selection je susahlah. Ramai budak-budak yang duduk jauh atau tak tau pasal ada selection ni. Even selection pun biasanya akademi yang hantar player, yang duduk kampung, jangan haraplah. Dulu time aku sekolah lagilah, pilih player ikut sekolah, mana sekolah yang tak top, terus tendang keluar. Stupid kan cara selection ni?
Mungkin pengambilan star player ni perlu lebih kepada untuk dijadikan Coach atau bantu dari segi menaik tarafkan akademi. Jangan semata-mata untuk promosi dan short term solution. Main bola sepak ni kena sepasukan. Belilah Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi sekalipun, tapi kalau pengurusan jahanam, relegated jugak nanti. Lepas tu hutang akan jadi banyak sebab tak mampu nak bayar gaji. Nanti jadilah macam kes Portsmouth yang bakal pupus dari muka bumi sebab dah tak ada duit. Semua mula masa Alexander Gaydamak ambil alih and cuba bawak star player ke Portsmouth. Semua gaji tinggi nak mampus, lepas tu tak ada duit nak bayar lepas relegated. Samalah macam kes Leeds United pun, nasib baik diorang dah recover sikit demi sikit.
Benda ni samalah sebenarnya macam bawak team besar ke Malaysia untuk adakan friendly dengan team Malaysia. Buat pulak time bulan puasa. Inilah antara kebijakan terulung FAM. Samalah bijak masa diorang decide nak buat penyampaian trofi dekat Wisma FAM. Well, boleh tengok tahap kebijakan diorang yang sanggup gunakan Stadium Bukit Jalil walaupun hari tu kata nak tutup sampai Piala AFF Suzuki, tapi sebab fikir kalau guna Stadium Shah Alam tak masyuk, tukarlah venue ke SNBJ. Saban tahun kata berlawan dengan foreign club ni akan menaikkan taraf bola sepak Malaysia. Skrip sama je aku tengok? tak jugak layak ke Piala Dunia, Sukan Olimpik bahkan Piala Asia. Apa yang naik je? Jumlah kedatangan ke game Liga Super macam tu jugak.
Semua badan bola sepak kat Malaysia ni kena cuba berpandangan jauh. Tak nak jauh sangat, jauh sikit pun boleh. Jangan fikir nak isi kantung je. Dah dapat duit nak buat apa? Lari? Biar FA dan team terkapai-kapai? Setiap FA perlu dikemudi oleh orang yang bukan setakat ada ilmu dalam bola sepak dan bisnes bahkan passionate terhadap pasukan tu sendiri. Macam Bill Kenwright dengan Everton. Biar ada chairman macam tu. So, setakat tu je dulu dari aku. Selamat berpuasa kepada semua pembaca Sokerleaks!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
11 comments:
kupasan yg bagus.tp sampai bila kita sebagai rakyat biasa ni mampu nk gulingkan presiden bangang tu..
Kupasan mcm ni dah boring aku baca..sama boringnya aku tengok liga super
Kupasan mcm ni dah boring aku baca..sama boringnya aku tengok liga super
bro, ada point nak argue ni. hidup ni dah dalam dunia kapitalis. jadi duit memang dah jadi keperluan. aku taknak argue FAM bodoh, tapi argue tang Johor tu. secara realistiknya, ianya memang short term solution. tapi cuba fikir dari side selain duit. contohnya, KALAU Riquelme masuk adakah pemain kita tak boleh belajar dari beliau? anak anak muda Johor pasni boleh belajar dari skill beliau. takdelah hari hari tengok video Lionel Messi tapi HANDS-ON training takde. pastu kalau Riquelme ni masuk Johor. takkanlah pemain2 Johor main sambil lewa je pasni? mesti semua nak BERSAING merebut tempat sebab nak main sebelah LEGEND! tapi ada salahnya Johor ni. dia tak sebut plan long-term dia. cuba diorang cakap, kita nak sign Riquelme dan menaik taraf sistem akademi bola sepak Johor. kan bagus? tak gitu. sorry bro. ni hanya pandangan aku. btw memang nice tulisan kau. lagi2 bab sekolah top dipilih, sekolah tak top dibuang. aku rasa benda mmg tak betul langsung.
FAM tu patut disaman je....takpun semua ahli FAM kena pergi kursus bola sepak..kena training macam mana nak nak sepak bola,nak jadi striker apa semua..selagi diorang tak boleh buat selagi tu diorang tak payah nak jadi tokan bola..duit kocak2 masuk poket tapi apa pun tak boleh... kalau kebanyakan rakyat boleh keluarkan idea bernas patut diorang rasa malu sambil selamkan kepala dalam lubang jamban
Yups, betullah tang short term tu. Memang short term solution je. Dalam dunia ni semua pun dah based on system capitalist, bukan setakat sukan je. Cuma short term ni tak kekal lama, sebab tu nama dia short term. Plus star player ni tak menjamin kehadiran yang tinggi sebenarnya. Even kalau kehadiran naik, takkan konsisten. But ya, semua ada opinion sendiri. Anda bebas untuk memberikan pendapat. :)
setahu gua.. TMJ dah ade plan long term dye.. org luar kalo x tau pape jgn nak kecoh2
Mungkin ada benarnya. Short term plan memang nampak kesan. Secara tak langsung ramai pemain akan bersaing disamping belajar teknik permainan dari Riquelme atau pemain dari luar yang dibawa masuk ke dalam pasukan.
Sistem bolasepak kita masih mundur. Aku pelik kenapa Jepun dan Korea Selatan dulu kita boleh tewaskan, hari ini diorang pergi lebih jauh. Pembangunan bolasepak diorang lebih kompetitif. Kesannya Jepun dgn Korea Selatan berjaya main dalam Piala Dunia.Kenapa pembangunan bolasepak di Malaysia sedikit merudum. Sepatutnya kita dah boleh pergi jauh, setaraf Jepun dan Korea Selatan. Tapi sekarang ni kita pula terkejar2 nak naik balik. Kalau program pembangunan bolasepak tak dihentikan dulu, mungkin boleh menaik taraf permainan Malaysia dan pasukan2 yang wujud di Malaysia.
Aku berharap FAM jangan keras kepala, Tan Sri Annuar beri pandangan yang baik pun disaman dengan sebab yang tak munasabah. FAM ni sepatutnya diberikan kepada bekas2 pemain lama negara yang tahu selok belok bolasepak. Cuba tengok kat Eropah. Zidane, Backenbaur, Sammer,Viera diberikan jawatan teknikal dalam kelab masing2 dan terbaru Shebby Singh dilantik sebagai pengarah bolasepak di Blackburn Rovers. FAM perlu diubah dan digantikan orang yang lebih matang dengan bolasepak Malaysia.
Engkau taknak komen ke pasal hantor budak mesia ni main dekat Austria tu? Itu lagi buat habis duit cukai sawit atuk aku je.
care.. http://www.twitlonger.com/show/ig3fqu
mmg ada benarnya..
Post a Comment