Tuesday, October 9, 2012
FAM kaya lagi. Tiket final Piala Malaysia RM 50.
Tiket final Piala Malaysia di ura-urakan berharga RM50. Seingat aku last year harga macam tu jugak. Harga untuk tiket Final Piala FA hari tu RM40. Untuk peminat bola, tiket tu mahal. Especially bagi team yang jauh. Kos pengangkutan, makan minum tambah tiket lagi. Ramai jugak yang bersuara kata kenapa perlu bising? Kalau minat, mesti tak kisah berhabis duit demi pasukan tercinta? Itu satu perspektif yang salah. Peminat ni mengeluarkan duit. Bukan dapat duit. Kalau begitu corak pemikiran kita, untunglah FAM. Diorang takkan teragak-agak untuk menaikkan harga tiket jadi lagi mahal sebab kononnya peminat sanggup berhabis duit untuk pasukan. Ingin aku ingatkan di sini, kat UK pun, peminat marah bila tiket jadi mahal. Contohnya, QPR yang meletakkan harga 50 pound untuk game di stadium diorang. Peminat dari kelab lain yang bertandang ke Loftus Road pun bising sebab 50 pound itu untuk tiket sahaja, tak termasuk pengangkutan dan lain-lain. Even tiket bagi Bundesliga secara puratanya berharga 12-15 pound bagi setiap game.
Berbalik kepada pemikiran orang yang kata peminat sepatutnya sanggup berhabis demi pasukan tanpa kira kos. Tahukah anda apa jadi kat kelab EPL yang menaikkan harga tiket? Peminat memboikot game dan harga tiket terpaksa dibekukan untuk menarik mereka kembali. Peminat yang boikot adalah peminat yang tegar dan sering ke stadium. Bahkan penyokong-penyokong tegar St. Pauli di Bundesliga membuat demonstrasi di jalanan membantah kenaikan harga tiket. Perlu diingat, penyokong merupakan entiti penting dalam bola sepak. Lebih penting dari organisasi yang menyelia. Tanpa penyokong tiada pasukan. Kelab takkan dapat duit tanpa penyokong, apatah lagi dalam Liga M yang FA malas nak cari penaja dan harapkan geran FAM semata-mata.
“Ticket prices in the UK exploit the fans; it simply isn’t affordable or sustainable. We’ve seen price freezes at many clubs because they cannot get fans to games and so, other than dropping prices, have nowhere left to go with their charging structure. What other industry has seen such a price hike, far exceeding yearly inflation, than the UK, and specifically English, football? - Andy Hudson 'http://dasbootblog.wordpress.com'
Penyokong tidak mintak banyak. Cukuplah harga tiket yang berpatutan. Kalau final Piala Malaysia tiket sudah berharga RM50, bayangkan berapa harga tiket untuk Piala AFF Suzuki nanti? Aku takkan terkejut jika Malaysia ke final, tiket akan berharga lebih RM100. Adakah harga tiket bagi final Piala Malaysia ini disebabkan oleh venue di Shah Alam? Aku dapat rasakan, kalau main di SNBJ, tiket akan lebih murah kerana mampu memuatkan lebih ramai orang. SNBJ boleh masuk 100,000. Stadium Shah Alam boleh masuk 80,000. Untuk menampung kekurangan 20,000 orang lagi, maka naiklah RM10. Itu belum dikira tolak tiket subsidi lagi.
Tahun lepas rasanya dah buat kempen boikot. Tapi kemudian ada tiket subsidi dan potongan diskaun kerana kerajaan negeri sponsor sikit. Sampai bila nak macam ni? sampai bila nak biar FAM buat kepala? Atas alasan apa nak naikkan harga tiket? Kos membaiki stadium? Penyelenggaraan? Tugas penyokong kah untuk membayar semua tu? Bukankah perbadanan Stadium dan FA yang sepatutnya mencari dana untuk semua itu? Jangan cuba nak twist dan cari alasan untuk menaikkan harga tiket.
Bila penyokong tak datang stadium, FAM salahkan penyokong kata penyokong tak menyokong bola sepak tempatan. Cuba tanya diri sendiri dulu wahai FAM, siapa yang halau penyokong? Dulu stadium kita pernah selalu penuh, tapi kerana kepincangan dan kebodohan FAM yang menyebabkan penyokong lari dan malas nak mengikuti liga tempatan. Jangan salahkan mereka yang sokong pasukan luar kerana untuk menyaksikan perlawanan EPL,La Liga,Serie A dan Bundesliga, mereka hanya perlu membayar kurang dari RM5 untuk segelas teh tarik dan sepinggan roti canai dan boleh tengok 5 game dalam satu malam. Aku tau, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.
Sejak menang Piala AFF Suzuki, minat terhadap bola sepak tempatan mula bercambah dalam diri rakyat Malaysia. Sudah mula ramai mengikuti liga tempatan. Boleh dilihat apabila setiap pasukan ada penyokong tegar masing-masing, walaupun tak setegar penyokong EPL di Malaysia bila exchange banter. Tapi sekurang-kurangnya ramai mula ke stadium. Ini boleh dilihat bila sudah mula banyak team berbelanja besar seperti Kelantan, ATM dan yang paling terkini, Johor FA. Tapi segala usaha ini akan musnah begitu sahaja apabila FA dan FAM mengabaikan elemen paling penting dalam bola sepak, iaitu penyokong. Membuat keputusan berdasarkan keuntungan dan tidak mengambil kira penyokong adalah satu kesilapan paling besar. Ianya seperti menghasilkan produk untuk dijual, tetapi tidak mengambil kira pembeli. Biasanya benda sebegini takkan tahan lama dan akan berakhir dengan kerugian. Maka dengan itu, marilah kita lihat, sampai bila FAM akan terus bersikap begini. Nak harap FA negeri? Jangan berangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Selagi jumlah tiket tak capai harga sasaran, aku rasa Astro pun tak buat siaran langsung...
FAM nak duit saja!!!
Post a Comment