Monday, November 26, 2012

BANGUNLAH! INI HARAPAN KAMI SEMUA WAHAI HARIMAU MALAYA!!!


“ Sebagai penyokong kita behak meluah rase xpuas ati dan kritikan...bkn sbb benci, tp sbb syg,tu yg tegor...sblm start lg kita dah nmpak kepincangan pasukan negara, dimana rajagopal lebih suka memilih pemain yg beliau biasa berbanding yg berpotensi...kita boleh lihat dr permainan "sampah" yg di tunjuk kan sapik rahim dan amar mnyebabkan jentera serangan x dpt berfungsil...peluang harus di berikan kepada pemain yg lebih layak berbanding pemain yg terbukti gagal pada edisi kali ini... “  - Azam Ad-Din Al-Saggof 


“Pade pendapat gua.. menyalahkan individu tertntu atas kekalahan harimau malaya mlm td adalah 1 tindakan paleng x bermoral yg dilakukan oleh seorag coach yg berpangkat dato.. bkn cakai2 punye org beb.. kalah waktu friendly match.. king ckp nk ekperimen.. xpe gua ley diam.. tp ble real game.. kalah.. xkn nk diam gak.. bg gua.. first match ni wajib mng.. supaye akan mmbuke mate smue org trmasuk negare2 luar dan sekaligus akan mmbuatkn dorg berfikir yg HM save strategy for real match.. andai kate kite yg mng 3-0 mlm td.. smue org akan start berfikir yg king mmg btol2 wat ekperimen time friendly n konpem HM ley pertahankan piale aff tahun ni... tp skang tgk pe yg da jd.. negare2 laen da start brfikir.. "Harimau malaya da hilang taring".. semue nye salah siape.. KING GOPAL.. “ - Asyraf Ahmad 

“ Kekalahan bukan di atas bahu mana2 player, tapi strategi & tactical jurulatih bagi kalau lemah & x berfungsi player2 terbaik yang mane2 dunia pun x minat nak main. letih beb! moral jatuh..wat kerja utk 1 team semangat berpasukan. Hantaran bola jauh kerap..sejak aku lahir benda sama je disajikan..letih nk tgk camni.“ - Riz Rakinan 

“Diorang main selalu long pass! terburu buru nak gol. dah long pass kena intercept. kenapa taknak main short pass & possession je? because possession is the key. “ - Madd Hardy 

“bukan nak mengutuk pasukan negara kita, tapi mereka boleh main lebih baik lagi, rajagopal tidak boleh salahkan sebegitu sahaja, pemain kelihatan tidak bersemangat untuk beraksi, pemain perlu lebih bersemangat dan bersungguh bermain, di rumah sendiri pula, sudah ramai penyokong yang turun pandang memberi sokongnan, jadi buat lah yang terbaik untuk mereka dan tanah air! “ - Wan AKill 


Ini antara komen komen di Facebook SokerLeaks

Semua sedia maklum. Malam semalam adalah malam yang paling mengecewakan rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak. Tewas 0 – 3 pada rival (dari pelbagai segi) yang boleh di anggap pasukan yang boleh kita tewaskan setelah rekod terakhir kita menewaskan mereka di Stadium Shah Alam dalam perlawanan persahabatan dengan keputusan ketika itu kita menewaskan mereka 2 berbalas 0!

Bola itu bulat, apa apa boleh terjadi. Bola sepak juga sering memainkan harapan dan perasaan kita. Apa yang kita inginkan kemenangan malam semalam semua tidak menjadi. Pasukan yang kita sayangi. Telah mengecewakan perasaan kita.

Terbukti jelas, Perlawanan demi perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF 2012 dengan keputusan yang tidak boleh kita banggakan. Kekalahan demi kekalahan akibat eksperimen yang di jalankan terbukti menghancurkan perlawanan pertama kita dalam peringkat kumpulan Piala AFF 2012.

Sistem permainan tidak berubah, di manakah kesilapan? Adakah ketua jurulatih kita kekurangan idea dari segi tektikal permainan? Hanya bersandarkan egonya dan kepercayaan pada pemain sahaja? Perkara ini sering menggangu fikiran saya.

Boleh kata hampir 60 ribu peminat dan penyokong bola sepak malaysia memenuhkan stadium. Mereka datang tanpa memikirkan rekod rekod perlawanan persahabatan sebelum ini. Mereka sudah mengosongkan fikiran mereka dengan harapan corak permainan berubah dan menghiburkan. Tapi apakan daya. Sebagai peminat dan penyokong, kita sudah melaksanakan tugas kita dengan baik. Hadir dan memberikan sokongan. Tapi di balas dengan kekalahan tanpa pasukan kita menentang tanpa rasa bermaruah!

Corak permainan yang huru hara, sistem serangan yang tidak padu, bertahan dengan tidak sistematik. Seolah olah ini bukan pasukan yang saya inginkan untuk meraih kejayaan.

Semua pemain patut rasa di persalahkan, kenapa di salahkan Khairul Fahmi sahaja? Ketua jurulatih tidak patut menyalahkan pemain seperti itu. Di mana pemain tengah? Ketika kita di serang, pemain tengah bertahan di mana? Ketika kita menyerang. Di manakah pemain tengah menyerang? Corak permainan yang sama. Tengah passing bola ke pemain sayap, dan penyerang akan menunggu, Kalau hantaran pemain sayang crossing dia power sampai ke kepala takpe juga. Ini hantaran pun kelaut. Tahu lari sampai ke hujung bendera lepas tu gelecek. Tak lepas buat pura pura kejar balik. Takpun buat pura pura sakit. Sistem yang tidak sesuai dengan pasukan.

Sering bermain hantaran tinggi. Kenapa perlu sering bermain hantaran tinggi? Dah la hantaran tinggi pun tak betul. Kita elok bermain hantaran pendek sahaja. Sesuai dengan pemain Malaysia. Tidak perlu penat mengejar bola. Bola dari pertahanan, pass ke pemain tengah, pemain tengah memainkan peranan. Simple

Jangan hampakan rakyat Malaysia wahai Harimau Malaya. Jangan matikan semangat mereka untuk kembali menyokong Harimau Malaya. Tugas pemain, bermain mati matian membawa nama Malaysia. Tugas jurulatih memberikan tektikal supaya permainan lebih konsisten. Dan tugas kita, penyokong dan peminat bola sepak, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Tapi, takde guna juga kalau sokongan yang tidak berbelah bahagi di balas dengan rasa kecewa yang tak di sangka sangka

Bangunlah Harimau Malaya, Bermainlah bersungguh sungguh, Jangan hampakan kami, Bangkitlah semula, Kita sekarang tidak perlukan alasan dan sejarah lagi. Buatlah macam mana sekalipun. Janji menang! Itu yang kami mahukan!

“Kalau rasa tak mampu bermain sepenuh hati untuk Malaysia, Pulangkan jersi dan berikan pada yang mampu mengubah nasib pasukan Malaysia”

Sekian, entri dari hati yang penuh rasa kecewa tapi mengharapkan perubahan mendadak berlaku

5 comments:

Apostolos Velios said...
This comment has been removed by the author.
Apostolos Velios said...

terbaik la mofasad.lepas gol ke 3 kau dah keluar stadium,takpe aku faham perasan kau bayar 30 ringgit semata-mata untuk ditipu dengan aksi jaga telur dari main bola sepenuh hati

K O R I E said...

kita yakin dgn kebolehan HM pada perlawanan seterusnya!

go HM!

amizan said...

Mintak maaf ckp, pada saya kbykn pemain HM ni bermain tanpa pandangan yg tajam yg luas dan tajam, tak mampu utk bermain lbh kreatif sekaligus gagal merancang apa2 gerakan, mgkin cara latihan perlu diubah dgn tdk hya 'bermain' bola mcm bdk2 main bola kat kampung, player2 HM ni perlu menajamkan iq mereka dgn latihan yg tdk melibatkan bola, ini tidak, player pro negara lain main bola kat kaki mata bergerak cari teammate utk short pass, player HM tgk bola dulu puas2 then bru tergerak nk long pass ( sbb jrg tgk short pass yg berkesan) masa tu dh lmbt le bendul, satu lg nk kna tggu bola ckp2 menyelerakan bru nk attempt dpn gol, baik aku tgk citer adam & hawa la mcm ni, puih!!!

talkIZcheap! said...

TL : like Malaysian midfield passing
DR: like Malaysian coach at games!