Thursday, November 1, 2012

Kenapa kita Perlukan Big Name Signings dalam Liga Malaysia?


Tamatnya Liga Super tak bermakna kemeriahannya tamat di situ. Ini satu perkembangan baru dalam bola sepak Malaysia. Sebelum ini berita mengenai perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dipandang sepi. Kadang-kadang ada yang pergi stadium pun tak tau siapa main untuk team sendiri. Itu untuk yang rajin turun stadium, yang turun mamak je apatah lagi. Kalau transfer kelab Eropah konfirm hafal, siap dengan harga, kelab lama, posisi, statistik semua. Transfer liga tempatan? Haram tak tau.

Tapi sekarang dah lain. Sejak banyak pasukan dah mula berduit, perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dah mula menjadi topik perbualan di media sosial. Kat twitter sebagai contohnya, berita perpindahan pemain dalam negara antara topik yang sering dibualkan. Sebelum ni kita ada Pahang yang pernah digelar Real Madrid Malaysia, lepas tu Kelantan, season lepas ATM dan season akan datang Johor. ATM sebelum ni digelar Man City Malaysia, sekarang Johor pulak. Berapa banyak Manchester City Malaysia aku pun tak tau.



Kalau dulu, perpindahan pemain sekadar untuk meningkatkan prestasi skuad atau untuk menggantikan pemain yang berpindah, sekarang lain. Sekarang setiap pasukan, terutama pasukan yang baru nak naik, menggunakan perpindahan pemain sebagai Marketing Tool. Benda ni dah lama dah buat dekat Eropah. Kita ambik contoh perpindahan David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid dulu. Real Madrid dah ada Luis Figo, Santiago Solari, Guti, Zidane dan ramai lagi di bahagian midfield, tapi mereka mengambil David Beckham kerana brand Beckham itu yang luas terutamanya di Asia. Ini secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, perpindahan Alessandro Del Piero ke Sydney FC. Tidak dinafikan Del Piero merupakan pemain yang hebat, tapi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemain yang sudah berusia secara berseorangan untuk meningkatkan prestasi pasukan di atas padang? Auranya mungkin, tapi itu pun tidak cukup. Jadi, boleh dilihat perpindahan itu adalah untuk meningkatkan populariti kelab dan meningkatkan jualan jersi. Sekarang boleh dilihat semakin ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong Sydney FC.



Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.

Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat. Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.

Selain itu, perlunya interaksi berterusan di antara penyokong dan kelab. Di sini penggunaan media sosial diperlukan. Dengan menggunakan media sosial seperti facebook dan Twitter, kelab mampu berinteraksi dengan peminat dan memberikan maklumat kepada mereka mengenai pasukan mereka. Mungkin ada yang merasakan cukup sekadar ada laman web, tapi laman web hanyalah satu platform menyebarkan maklumat dan tidak bersifat dua hala. Penyokong kadang kala mahukan jawapan dan penerangan dari pemain atau kelab, di sinilah laman sosial lebih efektif dari laman web biasa.

Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.

5 comments:

NEOFISHY said...

artikel ni, mmg wa salute!!!

fitri5 said...

kat pahang ada buat perlawanan persahabatan dan tournament-tournament kecil di setiap daerah.. :-)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ni entri yang menarik dan factual. Gua salute. Camni la Sokerleaks.

Baguih dok ada!!

Ni balik2 entry mengarut, sarcasm dan ntah hapew2.

Btw, apa citew skuad Mesia utk AFF? Ade pepe citew menarik? Ada info insider x?

ayobkelubi said...

masalahnya FAM pulak yang sibuk nak pening nak upah pegua untuk kaji transfer values.

WTF?.

baru nak main harga2 sejuta dah kecoh bagai.kemonlah, kat belah sana tu..dah berpuluh juta jual pemain.rileks jek.

selagi orang politik pegang persatuan negeri ni selagi tu tak boleh blah. kalau boleh, jual pemain dia pun nak makap utk diri dia.

apa ingat macam buat tender kerajaan ker?. bangang tak sudah derang ni sekali dgn FAM jugak!.