Sunday, November 11, 2012

Media, Malaysia dan AFF Suzuki

Tinggal 14 hari lagi untuk Malaysia menghadapi Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012. Jika melihat trend ketika Euro 2012 dan Piala Dunia 2010, sepatutnya media sudah mula mempromosi pertandingan ini. Namun, ia tidak berlaku. Jika semasa Euro 2012 yang lepas, media mula countdown beberapa bulan sebelum pertandingan bermula. Tetapi untuk Piala AFF Suzuki yang bakal disertai oleh Malaysia yang merupakan TUAN RUMAH, promosinya suram. Tiada promosi di TV, corong radio mahupun akhbar tempatan. Semasa World Cup dan Euro, stesen TV telah mula menayangkan program khas untuk merancakkan suasana, akhbar menyediakan sisipan khas untuk memberikan info mengenai pertandingan, pasukan, venue dan pemain yang bakal merancakkan Kejohanan.

Sayangnya, untuk kejohanan di mana kita TUAN RUMAH dan juga JUARA BERTAHAN, tiada promosi besar-besaran dilakukan. Ini sama seperti ketika Liga Super sedang berlangsung. Local football sentiasa dianak tirikan. Di saat kita sedang melakukan persiapan untuk mempertahan piala yang kita menang pada tahun 2010, media Malaysia lebih berminat dengan berita picisan dan gossip murahan seperti bila Nazmi Faiz ingin mengambil SPM, Khairul Fahmi bakal kahwin dengan Leuniy dan bukan cuba menaikkan semangat penyokong dan cuba menarik minat mereka ke stadium. 

Persoalan ini sudah ramai yang suarakan. Ramai yang menyokong, tapi ada juga yang mengatakan, tidak perlu risau kerana rakyat Malaysi pasti akan turun. Contoh paling mudah bagi aku adalah Piala Asia 2007. Kejohanan itu suram dari promosi media dan dapat dilihat, walaupun kita tuan rumah, tapi stadium kosong. Promosi media ini perlu untuk menyemarakkan suasana. Sebagai contoh, lihat bagaimana media hype kan game Malaysia vs Singapura tahun lepas. Stadium Bukit Jalil ketika itu padat malah jumlah kehadiran sebenarnya lebih dari kapasiti sebenar stadium. Sama juga ketika tahun 2010, ketika kita menang Piala AFF Suzuki. Promosi perlawanan peringkat kumpulan sangat suram sehingga ada yang bertanya kepada aku, "Malaysia tengah friendly ke ni?" dan 'Eh? Ada game Malaysia ke?". Perbezaan dapat dilihat apabila kita mara ke separuh akhir di mana media mula promote dan menarik orang ramai ke stadium. Persoalannya, adakah kita perlu tunggu untuk Malaysia mara ke separuh akhir baru media mahu mempromosikan Piala AFF Suzuki dan pasukan Malaysia yang bertanding ini?

Diharap perkara ini akan berubah dalam tempoh seminggu dua ini. Kita sebagai juara bertahan dan tuan rumah perlu merancakkan pertandingan ini dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk turun ke stadium. Media sebagai alat propaganda paling berkesan perlu mula menyebarkan dakyah bola ke dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia. 

2 comments:

Thaqif Ismail said...

at last. ade jugak entry berkualiti dari sokerleaks ni

azim~ said...

nice..

layak masuk utusan mingguan page 3 ni..