Tuesday, December 11, 2012

Malaysia vs Thailand : Jangan Putus Harapan


Seperti yang semua tahu,perlawanan Separuh akhir pertama di antara Malaysia vs Thailand, berkesudahan seri 1-1 di SNBJ. Kita tidak tewas. Ya, away goal itu mainkan peranan. Persoalannya, kenapa belum mula bertarung, ramai yang sudah meramal bahawa Malaysia akan tewas? Banyak suara yang tiba-tiba muncul dan menjadi tukang tilik nasib dan bomoh. Pandai betul mereka meramal. Kita tidak tewas di SNBJ. Kita seri. Siapa kata kita tidak boleh menjaringkan gol di Thailand? Adakah mereka ada mesin masa dan telah pergi ke masa hadapan untuk melihat perlawanan tersebut?

Sangat kelakar apabila ada sesetengah pihak ini, bila pasukan EPL mereka ketinggalan, mereka yakin pasukan mereka akan buat come back dan menang perlawanan. Biarlah ketinggalan 1-0,2-0,3-0, hatta 4-0 sekalipun. Itu masa tengah perlawanan tu mereka yakin lagi. Ini belum mula perlawanan lagi dah hilang keyakinan. Apa cerita? Bahkan, pihak media pun seakan menganggap keputusan seri di SNBJ sebagai petanda kita akan tewas di Thailand.

Tidak bolehkah jika kita terus berfikir secara positif dan bersikap optimistik? Semasa kita tewas 3-0 menentang Singapura pun dah ramai yang meramal kita akan terkeluar dari peringkat kumpulan lagi. Tapi lepas kita menang menentang Laos 4-1, tiba-tiba tukar ramalan. Ramai betul Nostradamus dalam masyarakat kita. Ke kita semua ni macam orang Mayan boleh main ramal-ramal ni?

Apa kata kita tukarkan pemikiran negatif itu dan terus menyokong pasukan Malaysia. Ada lagi 90 minit atau lebih jika perlawanan ke masa tambahan. Ingat, Porto menyingkirkan Manchester United di Stadium Old Trafford dalam perjalanan mereka ke final dan menjulang Piala Juara Juara dulu. Kita merangkul pingat emas Sukan SEA di tempat lawan, jadi kenapa kita tak boleh buat jugak untuk Piala AFF kali ni? Dengan sokongan padu dan doa dari kita di Malaysia, tiada yang mustahil. Jadi, jangan putus harapan. Teruskan menyokong Harimau Malaya!


1 comment:

i'msosupernotcool said...

Kiamat pon dah dekat kalau nak ikot Mayan.