Monday, January 14, 2013
Kenapa MU vs Liverpool dan bukan Lions vs Selangor?
Melihat di laman sosial pada hujung minggu yang lepas, apa yang menjadi sebutan? Sabtu dipenuhi oleh cerita perhimpunan dan Ahad dipenuhi bola sepak. Perlawanan apa yang menjadi sebutan minggu lepas? Manchester United vs Liverpool dan Arsenal vs Manchester City. Bukan time weekend je game ni hype, bahkan dalam tempoh seminggu itu, penyokong MU dan Liverpool terutamanya dah mula bercakap mengenai perlawanan ni. Bukan setakat tu, perlawanan ni sebenarnya dah di tanda dalam kalendar oleh peminat masa jadual liga keluar lagi.
Kenapa aku cakap pasal game ni? Mudah. Dalam minggu yang sama, kita ada game Liga Super Malaysia juga. Kita ada Lions vs Selangor,T-Team vs Kelantan dan Perak vs JDT. Antara ketiga-tiga game itu, Lions vs Selangor pastinya yang paling panas. Tapi kenapa tiada hype pasal game tu? Bukan setakat dari peminat, bahkan dari media. Media di Malaysia lebih menghangatkan perlawanan MU vs Liverpool berbanding liga Malaysia.
Selama ini FAM,Media dan peminat di Malaysia mendewa dewakan EPL. Saban tahun dibawa masuk kelab dari EPL untuk friendly dengan pasukan kebangsaan. Saban tahun juga FAM mengatakan kita boleh banyak belajar dari EPL. Tapi, apa yang telah mereka pelajari dari EPL?
Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari dari EPL. Kenapa EPL? Sebenarnya banyak lagi game menarik di Eropah. Kita ada El-Classico, Milan derby di Italy dan pastinya ada perlawanan yang juga menarik di Bundesliga dan Ligue1 Perancis, tapi antara semua perlawanan itu, yang boleh menyaingi kehangatan perlawanan MU vs Liverpool adalah El-Classico. Ya, mungkin perlawanan ini menarik, tapi apa yang menjadi sebab utama ia menjadi sebutan adalah bagaimana Media di England menghangatkan dan brand kan perlawanan tersebut sebagai must-watch setiap musim. Media di England bijak memainkan peranan dalam menghangatkan perlawanan, mereka bijak dari segi branding dan Marketing. Sebagai contoh, sebelum Man City dibeli oleh jutawan, berapa ramai yang ambik port pasal Manchester Derby selain dari peminat MU dan MC? Kini Manchester Derby juga menjadi sebutan dan perlawanan yang dinanti, bukan setakat oleh peminat kedua-dua pasukan, tapi juga peminat pasukan lain di seluruh dunia. Match View dianjurkan di serata dunia, dihangatkan di laman sosial bahkan boleh sampai tahap nak bertumbuk. Kepakaran Media hype di England ni, sampai tahap Midlands derby, Tyne-Wearside derby pun boleh sampai jadi macam perang.
Kenapa benda ini tidak dilakukan untuk liga Malaysia? Bukan tak ada sebenarnya, ada. Tapi hanya bila Final Piala Malaysia,Piala FA dan mungkin final perlawanan yang disertai Malaysia. Media di Malaysia dan FA tidak bijak dari segi rangka promosi. Bukankan perseteruan Lions dan Selangor antara yang terkenal di Malaysia? Jika tidak, takkan saban tahun ada Piala Sultan Selangor? Ya,mungkin kerana Lions bukanlah sebenarnya Singapura, tapi bukankah semua pemainnya merupakan pemain pasukan kebangsaan dan U23 Singapura? Mengapa tidak dijenamakan dan dipromosikan? Kini kita ada JDT. Sekejap je JDT ni dipanaskan, tapi lepas tu senyap. Selepas ini JDT jumpa Kelantan, banyak sebenarnya point yang boleh dinaikkan oleh media. Kes Mat Yo, TSAM vs TMJ, Juara treble vs Dream Team dan banyak lagi.
Sebenarnya media di Malaysia bukan tak boleh buat benda ni. Sebenarnya Media Malaysia pandai juga buat propaganda, tapi ia hanya menjurus kepada berita Politik. Apakah tiada wartawan dan editor yang berkaliber yang mampu menghangatkan Liga Malaysia? Kenapa biasanya hangat-hangat taik ayam? Kalau berita BN vs Pakatan sentiasa panas walaupun PRU jauh lagi. Apa salahnya kepakaran dari segi propaganda tu diselitkan ke Liga Malaysia. Liga Malaysia dah dijenamakan ke Liga Super, tapi tiada yang Super dari segi Promosi dan kepakaran media. Adakah ini salah Media yang mendewa-dewakan Liga Inggeris atau FA ( FAM dan FA Negeri) yang bodoh sombong dan tidak media friendly? Apakah FA tidak ada PR dan orang yang bijak pandai dari segi marketing untuk menjenamakan pasukan? Cukupkah sekadar menggunakan sentimen kenegerian? Sampai bila nak guna sentimen kenegerian? Dah sampai masa setiap FA termasuklah FAM ada department khas untuk menguruskan bahagian promosi dan propaganda. Siapkan ejen propaganda untuk menghangatkan perlawanan. Perlawanan yang hangat dan panas pastinya menarik minat penonton sekaligus menaikkan jualan tiket dan menarik penaja. Aku pun boleh fikir benda ni,takkan FA tak boleh? Bodoh.
Sementara itu Presiden FAM masih tak nak letak jawatan. Saya pejuang katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment