Sunday, March 10, 2013

CUBIT CUBITAN SEBANYAK EMPAT KALI

Malam tadi, Juara Liga Super 2009 dan 2010, Selangor membuktikan mereka bukan pasukan yang mudah di tewaskan di kandang sendiri. Dengan kehadiran penyokong sendiri melebihi empat puluh ribu menyuntik semangat ke semua pemain Selangor.

Gawang Selangor yang tenang di kawal Norazlan, Di lindungi Mahali, Nasriq, Charappan, dan Adib benar benar membuatkan Norazlan terlelap seketika di gawangnya. Bosan menunggu bola tak sampai sampai agaknya. Barisan tengah Selangor, K.Solihin, Gurusamy, S. Veenod dan S Kunalan melaksanakan tugas dengan cukup baik sekali membantu pertahanan dan serangan Pasukan Selangor, Dan barisan serangan Selangor meletakkan Amri Yahya selaku kapten pasukan membantu Forkey Doe untuk mencubit cubit perasaan pemain JDT dan penyokongnya.

Seawal minit ke empat, Hantaran dari kiri pemain sayap Selangor, S Kunalan terus menerjah gawang gol menewaskan Mohd Zamir Selamat. Amaran telah berbunyi. Penyokong Selangor mengharapkan JDT menjaringkan gol penyamaan selepas itu. Cubitan pertama menusuk kalbu telah di berikan

Tapi sayang, Forkey Doe menghampakan harapan penyokong Selangor apabila menambah jaringan untuk pasukan Selangor pada minit ke tiga puluh lima. Sekali lagi penyokong Selangor mengharapkan kebangkitan JDT untuk menjaringkan dua gol untuk penyamaan. Cubitan kedua sungguh memedihkan sekali

Bersambung di babak kedua, Pemain Johor meningkat corak permainannya. Percubaan sepakan percuma dari Daniel Guiza yang asyik asyik melambung jauh benar benar mengecewakan penyokong Selangor dan penyokong JDT yang mengharapkan kebangkitan JDT yang sering kali bangkit dari ketinggalan gol "king of comeback" pak hang.

Peter Charappan telah memberi sedikit kerisauan pada penyokong Selangor apabila mengutip kad kuning kedua pada minit ke lima puluh enam sekaligus menerima kad merah dan Selangor dengan tenang bermain sepuluh orang, Menentang sebelah orang. Penyokong Selangor memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk sepuluh pemain Selangor di atas padang.

Mahali Jasuli yang sebelum ini melakukan rembatan volley cantik dari luar kotak setelah menerima hantaran sudut dari Wak Am menjaringkan gol ketiga buat pasukan pada minit ke enam puluh enam. Mahali ni main posisi mana pun aku tak tahu. Nafas badak sembu betul. Sorakan ke tiga untuk penyokong Selangor dan Cubitan ketiga untuk pasukan dan penyokong JDT.

Walaupun bermain dengan sepuluh orang, Selang dua minit kemudian. kemahiran sendiri Forkey Doe telah memberikan Amri Yahya melakukan jaringan dengan tenang dan angkuh sekali. Jaringan keempat untuk pasukan Selangor dan cubitan keempat untuk penyokong Johor yang hadir dengan jauh sekali.

Shafiq Rahim. Setiap kali memegang bola. "Sorakan" telah di berikan penyokong Selangor. Kepulangan bekas pemain Selangor itu benar benar membuatkan penyokong Selangor berasa teruja sekali. Dan Matyo memberikan jaringan gol saguhati buat JDT pada minit ke tujuh puluh empat.

Bak kata W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted...

Dua satu kecik bonar
empat satu sentum lebar!

No comments: