Showing posts with label Kaka. Show all posts
Showing posts with label Kaka. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Kaka In, Higuain Out

Berita baik untuk kem Real Madrid, Kaka back to action y'all! Abam Kaka beraksi kali ke-2 untuk Los Blancos musim ni dengan membawa Real Madrid masuk pusingan siapa kalah dia mati Piala Sepanyol 'Copa Del Rey' peringkat suku akhir. Menang agregat 8-2 cukup buat Mourinho senyum, tapi gua perati senyum dia simpulnya tak berapa nak longgar bila Higuain yang patutnya dah ready untuk main lepas injured itu hari kena hantar operate.

"Aku dah cakap, November hari tu lagi masa awal-awal injured patut hantar dia pergi operate, tapi degil. Sekarang tengok, dah melarat baru nak operate. Striker tinggal sorang je ni woii!", kemain tak puas hati lagi Mourinho. Mahunya tak marah? Abam Karim sorang pilihan striker yang tinggal, selain adik junior Alvaro Morata yang masih mentah. Mampus gua cakap lu!

Suku akhir nanti, Real jumpa Atletico Madrid. Team yang Messi main tu pulak nanti lawan Real Betis. Pendek cerita, kalau dua-dua team lepas quarter dengan semi, Real jumpa Barca nanti di final! Harap-harap Messi tak injured itu jam, kalau tak, geleng kepala la penyokong Messi, eh maafkan gua, penyokong Barca. 


Leaks untuk lu orang yang gua terima dari El Mundo Deportivo, Isnin depan kemungkinan besar Mourinho akan menang Coaching Ballon d'Or 2010 mengalahkan pencabar terdekat, Vicente Del Bosque yang bawak balik World Cup ke Sepanyol. Macam biasa, nada Morinho yang gua suka..

"Aku yang paling layak menang award ni sebab tahun lepas aku menang treble, so jangan cakap banyak. Tapi aku tak harap pun nak menang, lantaklah, aku okay."