jadi, kalau lu orang nak buat prediction ke hapa. espesyially prediction untuk cempien league minggu ni, ada tiga benda penting yang perlu lu orang titik beratkan semasa membuat prediction.
pertama :
Pastikan lu orang predict sesebuah game berlandaskan syarak. contoh dekat sini, abam Linglung kita minat Real Madrid. so, dia predict Real menang dengan Spurs nanti. manakala Berto selaku wakil kem Spurs membuat prediction yang sebaliknya. jadi, predict lah sesuatu game berdasarkan team yang lu orang minat bukan berdasarkan kemampuan atau terer tak terer sesebuah team tu. ibarat air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
kedua :
Predict ikut arus semasa. hal-hal sejarah atau benda yang lama-lama, contohnya Liverpool yang pernah menang EPL zaman Kewell dulu tu lupakanlah. benda yang lama usah dikenang, jika dikenang merana lah jiwa. tak semestinya Cardiff FC yang dulunya bangang tahap dewa, tak mampu bagi saingan dalam EPL musim depan. siap tolong Melesia lagi tawww. orang tua-tua kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
ketiga :
tengok Referee macam mana, baru boleh predict. kah kah kah! ini susah sikit, kurang-kurang kena dapat penalti barang satu dua baru kita boleh predict tengok macam mana game tu. macam game West Brom itu hari. super faking tuih! hahaha. itu la, gua dah cakap, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

