Saturday, August 13, 2011

Tottenham

 Dont mess with Tottenham

Hebat betul Tottenham Hotspurs ni, game first season 2011/12 belum start tapi satu dunia dah heboh pasal Tottenham, gaya macam bakal menang EPL. Begitu lah hebatnya Spurs.

Tak payah la gua nak cerita lebih pasal riot kat sini, lu orang semua pon dah tahu semuanya berpunca pasal polis tembak mati sorang niggaz ni. Tapi itu semua versi media-media berhaluan kanan, lu orang tahu tak ada macam mana rusuhan ni boleh bermula dari pandangan beberapa orang pakar bolasepak eropah?

Ada 2 teori macam mana keganasan ini boleh bermula di Tottenham.

Pertama, kita semua sudah maklum Spurs adalah pasukan yg kuat, hatta lebih kuat dari Menyu, Menyiti, Cel-c, dan Lebepul. Asnel x payah cerita la, itu standart Norwich je tu. Jadi, Spurs yg begitu kuat ini pastinya menjadi igauan ngeri pasukan-pasukan lain. Senang cerita, memulakan aksi liga dengan bertemu Spurs di White Hart Lane bukanlah satu perkara yg ideal untuk sebarang pasukan. Itulah yg terjadi pada Everton, pasukan kendalian David Moyes ini begitu gentar bertemu Spurs, lalu, Everton telah melakukan perkara yg begitu jijik sekali iaitu mencetuskan huru-hara di Tottenham agar perlawanan pembukaan di WHL ditangguhkan. Dan mereka berjaya. Itu lah sebenarnya yg terjadi, rusuhan disini semuanya dimulakan oleh penyokong-penyokong Everton. Mereka datang dari Merseyside untuk membuat onar. 

Teori kedua; rusuhan dimulakan sendiri oleh penyokong Spurs atas bantahan terhadap penjualan perancang utama pasukan, Luca Modric ke Chelsea. Teori ini sebenarnya tak berapa boleh pakai sangat sebab Spurs sudah melalui banyak pengalaman menjual pemain bintang mereka ke pasukan lain, misalannya Berbatov, Carrick ke Menyu atau Robbie Keane ke Lebpol. Jadi teori yg mengatakan riot dibuat semata-mata untuk menghalang Modric berpindah adalah tak berapa nak boleh terima sangat.

Makanya, kita boleh simpulankan disini, teori pertama iaitu Spurs pasukan kuat dan ditakuti seluruh pasukan yg lain adalah sangat munasabah dan boleh diterima.

The next Shevchenko, Deco, Kezman and Torres (kalo betul dia pindah Chelsea)

Kembali berkisar pada kes Modric, bagi gua, dia memamg pemain yg bagus. Ada ciri-ciri seorang Messi, pantas dan bijak membawa bola. Sebab itu lah banyak pasukan mahukan beliau. Dan bagi gua, kalo Modric ni nak blah, jual je lah dia. Spurs dah boleh belajar masa jual Berba ke Menyu dulu, macam mana si Berba merajuk macam bapok siam nak blah dari WHL sampai prestasi Spurs begitu merosot waktu itu. 40 juta pound tu bagi gua dah kira banyak, boleh beli player lain. Beli Safee Sali ke, dia tu power ko tau tapi jangan beli Fakri Saarani la, dia tak power.

Dulu gua pernah cakap, Spurs kalo betul-betul nak jadi title challanger, jangan ada polisi jual pemain bintang. Tapi gua tengok Harry Redknap sebenarnya kurang ghairah untuk menjadikan Spurs pasukan pencabar kejuaraan dan lebih fokus untuk melayakkan team ke UCL walaupon dulu Redknapp dgn angkuh pernah berkata Spurs mampu jadi juara. Ini semua silap Redknapp jugak, gagal layakkkan team ke UCL musim ni, terus semua player nak lari. Nasib baik la gua dah tuit kat Bale,Van Der Vart dgn Sandro suruh stay. Jenis mendengor kata jugak depa ni. Dekat Modric gua tak sempat nak tuit, gua sibuk buat terawih.

Ya, ada sedikit nada kecewa disitu, tapi tak pa lah, gua dah biasa kecewa lagi-lagi lepas kes kecewa Malaysia kalah dgn Singapore. 

Dan Chelsea juga turut menawarkan Yossi Benayoun sebagai pakej pembelian Modric ni. Dengar kabor Redknapp bukan main minat dengan dia ni. Satu je gua mintak kat mamat Israel ni, kalo kompem dia main untuk Spurs, baik ko main sungguh-sungguh dan sepower mungkin, kalo tak memang gua buat banner "YOSSI YAHUDI MABUK MINUM TODI". Ko ingat tu Yossi, ko ingat!

 Ko jangan mengada-ngada Yosi, belum main dah menangis macam Nani. Aku lempang jugak ko nanti.

Alang-alang gua dah lama tak menulis ni, gua bagi sedikit prediction paling jujur mengenai EPL musim ini. Bagi gua, pasukan pencabar kejuaraan hanyalah terdiri daripada 4 team; MU,ManCity,Chelsea dan Liverpool. Prediction gua sedikit berbeza dari Shebby Singh yg mengatakan Arsenal masih akan tersenarai dalam Big4 dan Liverpool masih akan menghuni diluar kelompok Big4.

Bekas pemain kebangsaan. Salah seorang penyokong Spurs di Malaysia; Sherbegeth Singh. Juga salah seorang pundit paling selalu merapu dalam buat prediction.

Bagi gua ManU walaupon sudah kehilangan beberapa tonggak, mereka masih pasukan yg kuat dengan tenaga-tenaga muda. ManCity pula pasukannya solid dari segenap posisi, tambah plak si Nasri nak pindah sini. Chelsea dengan pengurus yg baru dan kuda tua mereka mungkin agak lembap sedikit tapi masih mampu berpewatakan sebagai juara manakala Liverpool di bawah kendalian Daglish adalah Liverpool yg baru dan mungkin tahun ini adalah benar-benar tahun mereka.

Arsenal?? Pfftt, macam gua cakap tadi, ini team baya-baya Norwich dengan Swansea je. Fabregas dgn Nasri blah, gua tak nampak ada karakter juara pada pemain Arsenal. Cuma yg membezakan Arsenal ni dengan team-team bukan Big4 ni adalah Robin Van Persie. Tak ada RVP ni, bai-bai la Arsenal.

Spurs? Jujur gua cakap, dapat top5 musim ni pon dah kira bagus. Walaupon begitu, gua masih tetap dengan pendirian Spurs adalah pasukan paling ditakuti dan disegani di EPL, kalo tak masakan team opponent sanggup hantar penyokong pergi merusuh semata-mata nak tangguhkan game ye dak?

Friday, August 12, 2011

Arsene, Fabregas dan Samir.



Suatu hari di Ashburton Grove, Islington....

Arsène Wenger: Sampai hati kau Fàbregas, aku didik kau dari kau muda lagi, aku asuh kau, aku jaga kau, makan pakai kau semua, ini yang kau balas? Kau ni dah tahap anak ikan paling tinggi aku kau tau?

Cesc Fàbregas: Ala bos, tak best la macam ni bos. Si Clichy hari tu blah bos relax je. Apa ni bos?

Arsène Wenger: Kau memang anak tak sedar di untung, tak sedar diri, l'enculez vous cochon!

Cesc Fàbregas: Bos mencarut apa tu?

Arsène Wenger: You fucking pig dalam bahasa Perancis lah, bodoh!

Cesc Fàbregas: Ala bos, tak best la bos mencarut-carut macam ni. Saya bukan apa bos,member-member saya kat kampung tu semua gelakkan saya.Si Xavi tu,dia dah 3 kali pegang Piala Tinger Beso,Iniesta pun.Saya tengok dah 6 tahun kat sini jangankan Piala Tinger Beso,Carling Cup pun itu hari saya tak dapat. Kalah dengan Birmingham pulak tu.

Arsène Wenger: Habis kau main macam palat kau nak salahkan aku pulak, kanina lu cibai tiu nia seng!

Cesc Fàbregas: Ala bos, bos kan ada darling baru, tu si Sagna tu. Dia comel kan?

(Samir Nasri baru keluar dari toilet melepas hajat, terdengar perbualan Wenger dan Fàbregas)

Samir Nasri: Bos,saya dengar si Kolo Toure,Gael Clichy,Adebayor,dorang cakap awek-awek Manchester semua boleh pakai bos, tu yang Ronaldo muka pondan pecah tu pun boleh dapat awek hot bos. Sini semua stok main mahal2, payah bos. Lagipun kami bosan la, dah la rumah kami kena pecah sebab riot hari tu. Habis ferrari saya kena pecah bos. Manchester ok sikit. Tapi manchester city la sebab dia dipimpin oleh orang islam,saya pun kena sertai jihad.

Arsène Wenger: HHHHHHHNNNNNNNNGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!

Cesc dan Samir: Bos jangan cangkung tepi jalan bos, orang nampak nanti salah sangka bos nak berak tepi jalan bos..

Thursday, August 11, 2011

#Wordless Ramadan


"6 Years without any trophy. It's time to change"

1967 - Long Before King Mokhtar.....



Belum Piala Malaysia 2011 - @ustakberd telah melaung-laungkan Kelantan bakal mengekalkan kejuaraan kali kedua berturut-turut. Aku tersengih baca tweet tu. Dalam hati aku seraya berkata, "come back when you're 32". Dalam hal ni - kalau Kelantan boleh la - menang berturut-turut - mungkin tahun 2042 baru dia boleh senyapkan geng Selangor. Belum apa-apa komrad @erk888 selaku otai fan Selangor dah sound. Aku dalam hati gelak - kah kah kah!

Tapi fan Selangor yang ada ni mungkin kenal pasukan Selangor dari djaman Azman Adnan - seperti kebanyakan. Macam aku mungkin dari djaman Mokhtar Dahari. Tu pun dia dah main Kwong Yik Bank - dan masa tu adalah supremacy the other Lembah Klang punya team iaitu Kuala Lumpur. Still, masa itu Kuala Lumpur melalui Elyas Omar banyak menyalurkan dana sampai dorang boleh ambik Fandi Ahmad jadi player dorang - yang sebelum tu bermain dengan FC Groenigen yang layak ke European Cup 1983 - menewaskan Inter Milan 2-0 - salah satu gol dijaringkan oleh Fandi Ahmad sendiri di San Siro. (peh, imagine kalau Mokhtar accept pergi Arsenal dulu - aku rasa Malaysia ni penuh fan Arsenal rasanya). Kuala Lumpur juga pernah buat friendly dengan team-team Netherland - kalau sekarang ni kelab-kelab luar yang datang, ni dulu orang luar yang panggil team Malaysia. Peh, peh!

Anyway tahun 1967 adalah tahun pertama AFC Asian Championship. Lapan buah pasukan menyertai peringkat awal - dengan Iran dan India tarik diri. Perlawanan pembukaan menyaksikan Selangor, juara Piala Malaysia 1966 - menentang dengan pasukan Vietnam Selatan Quan Thue. Pada perlawanan pertama berlangsung di Saigon kedua-dua pasukan seri 0-0. Perlawanan kedua berlangsung di Stadium Merdeka - Selangor menang 2-1.

Sementara itu pasukan Hong Kong - South China tewas dengan Bangkok Bank dari Thailand - 1-2. Dua lagi pasukan - Tungsten Mining dari Korea Selatan dan Hapoel Tel Aviv dari Israel mendapat bye kerana wakil Iran dan India menarik diri.

Pusingan kedua - pasukan Selangor menentang dengan pasukan Bangkok Bank. Perlawanan pertama berlangsung di Stadium Merdeka yang dimenangi Selangor. Perlawanan kedua di Bangkok menyaksikan Selangor seri 0-0 di Bangkok menyaksikan Selangor layak ke peringkat seterusnya. Sekali lagi, Tungsten Mining dan Hapoel Tel Aviv mendapat bye.

Peringkat separuh akhir - atau aku patut panggil tiga suku akhir - kerana Hapoel Tel Aviv mendapat bye untuk layak ke peringkat akhir tanpa mengeluarkan peluh setitik pun - pertemuan antara Selangor menentang Tungsten Mining. Perlawanan pertama di Yeongwol, di provinsi Gangwon Korea Selatan - pasukan Selangor seri 0-0 sebelum menang di Stadium Merdeka 1-0.

Dan perlawanan akhir berlangsung di Suphalachai Stadium di Bangkok. Kira-kira 12,000 orang menyaksikan perlawanan pertama Piala terulung Asia ini. Pemain Selangor yang aku dapat maklumat, bernama Aslim menjaringkan gol pada minit ke 50. Tetapi Hapoel Tel Aviv menjaringkan gol pada minit ke 70 melalui jaringan Danny Bursuk. 5 minit kemudian Hapoel mendapat penalti dan disempurnakan oleh Yaakov Rachminovich. Dan ini adalah satu kepiluan memandangkan Selangor kena lawan berapa round - home and away - pergi Vietnam, Thailand dan Korea untuk ke final sedangkan Hapoel Tel Aviv hanya makan bagel dan gefilte fish sambil layan lagu Naomi Shamer yang cun melecun. Sedangkan Selangor bermati-matian untuk ke final - tapi kalah 2-1 final. Mungkin kerana AFC ini diaturkan oleh Freemason dan Illuminati - sebab tu Selangor kena pergi sana-sini untuk menang. Ini membuli negara Islam, kata Hassan Ali(tu pun kalau dia tengoklah).

Anyway bagi aku long before Mokhtar Dahari, pasukan Selangor 1967 adalah pasukan yang terbaik bagi aku. Walaupun aku tak dapat data lengkap kejohanan ini tapi yang pasti Ghani Minhat masa tu aku rasa ada. Begitu juga dengan goalkeeper cemerlang Chow Chee Keong. M Chandran dan Roslan Buang mesti ada masa tu. Aku tak kenal siapa Aslim ni sebab bapak aku tak pernah mention pun, tapi dia ni bagi aku one hell of a legend!

Bagi aku - dalam tahun 1967 - Celtic menjulang Champions League dengan Lisbon Lions, dan Selangor tetap terbaik - walaupun kalah nasib dengan Hapoel Tel Aviv.

Bising-bising sangat tu - be like Selangor 1967. Beat that, booyaaahhhh!

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday Edisi SokerLeaks #2

"2 monkeys in the pitch!!!!!!!Bicycle kick konon!!!!!!!!!!!!!Booooooooooooooooooooooooooo"

Link lain di sini.