Thursday, November 1, 2012
Kenapa kita Perlukan Big Name Signings dalam Liga Malaysia?
Tamatnya Liga Super tak bermakna kemeriahannya tamat di situ. Ini satu perkembangan baru dalam bola sepak Malaysia. Sebelum ini berita mengenai perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dipandang sepi. Kadang-kadang ada yang pergi stadium pun tak tau siapa main untuk team sendiri. Itu untuk yang rajin turun stadium, yang turun mamak je apatah lagi. Kalau transfer kelab Eropah konfirm hafal, siap dengan harga, kelab lama, posisi, statistik semua. Transfer liga tempatan? Haram tak tau.
Tapi sekarang dah lain. Sejak banyak pasukan dah mula berduit, perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dah mula menjadi topik perbualan di media sosial. Kat twitter sebagai contohnya, berita perpindahan pemain dalam negara antara topik yang sering dibualkan. Sebelum ni kita ada Pahang yang pernah digelar Real Madrid Malaysia, lepas tu Kelantan, season lepas ATM dan season akan datang Johor. ATM sebelum ni digelar Man City Malaysia, sekarang Johor pulak. Berapa banyak Manchester City Malaysia aku pun tak tau.
Kalau dulu, perpindahan pemain sekadar untuk meningkatkan prestasi skuad atau untuk menggantikan pemain yang berpindah, sekarang lain. Sekarang setiap pasukan, terutama pasukan yang baru nak naik, menggunakan perpindahan pemain sebagai Marketing Tool. Benda ni dah lama dah buat dekat Eropah. Kita ambik contoh perpindahan David Beckham dari Manchester United ke Real Madrid dulu. Real Madrid dah ada Luis Figo, Santiago Solari, Guti, Zidane dan ramai lagi di bahagian midfield, tapi mereka mengambil David Beckham kerana brand Beckham itu yang luas terutamanya di Asia. Ini secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, perpindahan Alessandro Del Piero ke Sydney FC. Tidak dinafikan Del Piero merupakan pemain yang hebat, tapi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemain yang sudah berusia secara berseorangan untuk meningkatkan prestasi pasukan di atas padang? Auranya mungkin, tapi itu pun tidak cukup. Jadi, boleh dilihat perpindahan itu adalah untuk meningkatkan populariti kelab dan meningkatkan jualan jersi. Sekarang boleh dilihat semakin ramai peminat turun ke stadium untuk menyokong Sydney FC.
Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.
Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat. Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.
Selain itu, perlunya interaksi berterusan di antara penyokong dan kelab. Di sini penggunaan media sosial diperlukan. Dengan menggunakan media sosial seperti facebook dan Twitter, kelab mampu berinteraksi dengan peminat dan memberikan maklumat kepada mereka mengenai pasukan mereka. Mungkin ada yang merasakan cukup sekadar ada laman web, tapi laman web hanyalah satu platform menyebarkan maklumat dan tidak bersifat dua hala. Penyokong kadang kala mahukan jawapan dan penerangan dari pemain atau kelab, di sinilah laman sosial lebih efektif dari laman web biasa.
Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.
Wednesday, October 31, 2012
Guiza
Jadi, inilah pemain yang dikhabarkan bermain untuk skuad Johor season depan?
Hmm..
What a day...
Memang pemain Spain macam ni ke?
Labels:
Aqram,
hehehehehe
Tuesday, October 9, 2012
FAM kaya lagi. Tiket final Piala Malaysia RM 50.
Tiket final Piala Malaysia di ura-urakan berharga RM50. Seingat aku last year harga macam tu jugak. Harga untuk tiket Final Piala FA hari tu RM40. Untuk peminat bola, tiket tu mahal. Especially bagi team yang jauh. Kos pengangkutan, makan minum tambah tiket lagi. Ramai jugak yang bersuara kata kenapa perlu bising? Kalau minat, mesti tak kisah berhabis duit demi pasukan tercinta? Itu satu perspektif yang salah. Peminat ni mengeluarkan duit. Bukan dapat duit. Kalau begitu corak pemikiran kita, untunglah FAM. Diorang takkan teragak-agak untuk menaikkan harga tiket jadi lagi mahal sebab kononnya peminat sanggup berhabis duit untuk pasukan. Ingin aku ingatkan di sini, kat UK pun, peminat marah bila tiket jadi mahal. Contohnya, QPR yang meletakkan harga 50 pound untuk game di stadium diorang. Peminat dari kelab lain yang bertandang ke Loftus Road pun bising sebab 50 pound itu untuk tiket sahaja, tak termasuk pengangkutan dan lain-lain. Even tiket bagi Bundesliga secara puratanya berharga 12-15 pound bagi setiap game.
Berbalik kepada pemikiran orang yang kata peminat sepatutnya sanggup berhabis demi pasukan tanpa kira kos. Tahukah anda apa jadi kat kelab EPL yang menaikkan harga tiket? Peminat memboikot game dan harga tiket terpaksa dibekukan untuk menarik mereka kembali. Peminat yang boikot adalah peminat yang tegar dan sering ke stadium. Bahkan penyokong-penyokong tegar St. Pauli di Bundesliga membuat demonstrasi di jalanan membantah kenaikan harga tiket. Perlu diingat, penyokong merupakan entiti penting dalam bola sepak. Lebih penting dari organisasi yang menyelia. Tanpa penyokong tiada pasukan. Kelab takkan dapat duit tanpa penyokong, apatah lagi dalam Liga M yang FA malas nak cari penaja dan harapkan geran FAM semata-mata.
“Ticket prices in the UK exploit the fans; it simply isn’t affordable or sustainable. We’ve seen price freezes at many clubs because they cannot get fans to games and so, other than dropping prices, have nowhere left to go with their charging structure. What other industry has seen such a price hike, far exceeding yearly inflation, than the UK, and specifically English, football? - Andy Hudson 'http://dasbootblog.wordpress.com'
Penyokong tidak mintak banyak. Cukuplah harga tiket yang berpatutan. Kalau final Piala Malaysia tiket sudah berharga RM50, bayangkan berapa harga tiket untuk Piala AFF Suzuki nanti? Aku takkan terkejut jika Malaysia ke final, tiket akan berharga lebih RM100. Adakah harga tiket bagi final Piala Malaysia ini disebabkan oleh venue di Shah Alam? Aku dapat rasakan, kalau main di SNBJ, tiket akan lebih murah kerana mampu memuatkan lebih ramai orang. SNBJ boleh masuk 100,000. Stadium Shah Alam boleh masuk 80,000. Untuk menampung kekurangan 20,000 orang lagi, maka naiklah RM10. Itu belum dikira tolak tiket subsidi lagi.
Tahun lepas rasanya dah buat kempen boikot. Tapi kemudian ada tiket subsidi dan potongan diskaun kerana kerajaan negeri sponsor sikit. Sampai bila nak macam ni? sampai bila nak biar FAM buat kepala? Atas alasan apa nak naikkan harga tiket? Kos membaiki stadium? Penyelenggaraan? Tugas penyokong kah untuk membayar semua tu? Bukankah perbadanan Stadium dan FA yang sepatutnya mencari dana untuk semua itu? Jangan cuba nak twist dan cari alasan untuk menaikkan harga tiket.
Bila penyokong tak datang stadium, FAM salahkan penyokong kata penyokong tak menyokong bola sepak tempatan. Cuba tanya diri sendiri dulu wahai FAM, siapa yang halau penyokong? Dulu stadium kita pernah selalu penuh, tapi kerana kepincangan dan kebodohan FAM yang menyebabkan penyokong lari dan malas nak mengikuti liga tempatan. Jangan salahkan mereka yang sokong pasukan luar kerana untuk menyaksikan perlawanan EPL,La Liga,Serie A dan Bundesliga, mereka hanya perlu membayar kurang dari RM5 untuk segelas teh tarik dan sepinggan roti canai dan boleh tengok 5 game dalam satu malam. Aku tau, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu ke stadium dan menyokong pasukan tempatan.
Sejak menang Piala AFF Suzuki, minat terhadap bola sepak tempatan mula bercambah dalam diri rakyat Malaysia. Sudah mula ramai mengikuti liga tempatan. Boleh dilihat apabila setiap pasukan ada penyokong tegar masing-masing, walaupun tak setegar penyokong EPL di Malaysia bila exchange banter. Tapi sekurang-kurangnya ramai mula ke stadium. Ini boleh dilihat bila sudah mula banyak team berbelanja besar seperti Kelantan, ATM dan yang paling terkini, Johor FA. Tapi segala usaha ini akan musnah begitu sahaja apabila FA dan FAM mengabaikan elemen paling penting dalam bola sepak, iaitu penyokong. Membuat keputusan berdasarkan keuntungan dan tidak mengambil kira penyokong adalah satu kesilapan paling besar. Ianya seperti menghasilkan produk untuk dijual, tetapi tidak mengambil kira pembeli. Biasanya benda sebegini takkan tahan lama dan akan berakhir dengan kerugian. Maka dengan itu, marilah kita lihat, sampai bila FAM akan terus bersikap begini. Nak harap FA negeri? Jangan berangan.
Friday, September 28, 2012
Tribute kepada Raja Bola Malaysia TS Abdul Ghani Minhat
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian lagenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang juga dikenali sebagai Raja Bola Malaysia. Untuk itu, izinkan aku menulis satu post sebagai tribute kepada Allahyarham walaupun tak seberapa.
Bagi yang tak kenal, Allahyarham TS Abdul Ghani Minhat adalah antara penyerang yang digeruni di serata Asia pada zaman kemuncak beliau. Beliau mewakili Selangor dari tahun 1955-1968 dan menjaringkan banyak gol. Allahyarham mewakili Harimau Malaya dari tahun 1956-1963. Penampilan pertama beliau bersama Harimau Malaya sangat menakjubkan apabila menjaringkan 7 gol dalam perlawanan menentang Kemboja dimana kita menang 9-2. Beliau juga memegang rekod sebagai pemain Selangor yang menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan (kekal hingga ke hari ni) apabila menjaringkan sembilan gol dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan pada tahun 1960 dan menjadikan rekod beliau ketika itu 34 gol dalam 9 perlawanan. Itu namanya Legend.
Rekod Allahyarham sebagai pemain adalah menjuarai Pesta Bola Merdeka (1958,1959 dan 1960), Pingat Emas Sukan SEAP 1961, Pingat gangsa Sukan Asia 1962 dan tempat ke-2 kejohanan Kelab Asia 1967 bersama Selangor (Tewas kepada Hapoel Tel-Aviv dari Israel).
Pada tahun 1963, Ghani bersama skuad Selangor menjaringkan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan termasuk rekod jaringan bola sepak Malaysia yang kekal ke hari ini iaitu menang 18-0 menewaskan Terengganu (Rekod sebelumnya dipegang Kelantan yang menewaskan Pahang 16-1 pada 1962 hasil 8 jaringan Mohamad Che Su). Dia kemudiannya menjaringkan 4 gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 6-2.
Gelaran Raja Bola sebenarnya diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor, tapi kerana kehebatan beliau, ia digunapakai oleh semua orang apabila bercakap mengenai Allahyarham. Sememangnya beliau merupakan lagenda dalam bola sepak Malaysia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada negara kerana beliau juga antara yang lantang bersuara mengenai bola sepak Malaysia. Kami di Sokerleaks mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Tuesday, September 25, 2012
Liverpool Power = Liverpool di Npower
Kini luka bertambah parah. 5 perlawanan tampa kemenangan. Jika trend ini berterusan, makanya kebarangkalian besar The Reds akan terjerumus ke liga bawahan; Futboll League Championship (juga dikenali sebagai Npower Championship). Melihat kepada barisan pemain mereka serta kebangangan yang ada, Liverpool memang layak beraksi di english second-tier ini.
Harus diingat, Npower Championship diakui antara liga yang kompetetif di Eropah. Malahan, ianya dikatakan lebih bernilai dari Liga Perdana Scotland. Untuk itu, Liverpool harus berbangga kerana mereka kini setaraf dengan Celtic, Abardeen dan Kilmarnock.
Mari kita lihat saingan-saingan Liverpool di musim hadapan. Charlton Athletic, Burnley, Leeds, Hull City, Middlesbrough, Ipswich dan banyak lagi. Wahhhh. Semua kelab ini memang sukar Liverpool tewaskan. Ini bermakna The Reds bakal mempunyai lawan yang sama hebat dan setaraf.
Pengarah bolasepak Blackburn Rovers, Shebby Singh juga turut teruja dengan kehadiran Liverpool dalam Npower Championship.
"Liverpool bakal menaikkan lagi status Football League ini dimata dunia. Namun saya harus akui, kemungkinan Blackburn tidak dapat beraksi menentang mereka memandangkan kami macam nak naik Premier League je next season" tambah Shebby lagi sambil membetulkan cerminmata beliau.
Bagi Steven Gerrard selaku kapitan pasukan pula, beliau akhirnya mengakui 2013/14 bakal menjadi tahun buat mereka.
"Akhirnya kami dapat menjulang kejuaraan liga selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1989/90. Harap-harap jika kami berjaya memenangi Npower Championship, ia akan dikira sebagai kejuaraan ke-19. Saya peduli apa" ujar Gerrard sambil menegaskan dia berjanji tidak akan mencium kamera lagi selepas ini.
Dengan ESPN dan Starsport hanya menayangkan liga utama Inggeris sahaja, keresahan mula timbul dikalangan penyokong Liverpool cawangan Malaysia. Bagaimana mereka mahu menonton pasukan kesayangan mereka beraksi selepas ini? How? Why? YNWA?
Mujurlah Astro masih bersimpati dengan golongan-golongan akhir zaman ini. Astro menerusi saluran 811 sebenarnya sudah mula menyiarkan perlawanan Npower Championship. Makanya Kopites semua boleh la menarik nafas lega dengan perkhabaran gembira ini. Cuma mereka perlu tahan dibahan oleh rakan-rakan mereka yg menyokong MU, Arsenal, Chelsea, Spurs waima West Brom. Contohnya;
"Weh KhairilAnuar, Nami, Danial Arif. Kamu bertiga nak kemana ni tergesa-gesa?" kata seorang sahabat bernama Fairos.
"Oh, kami mahu ke Restoran Hakim seksyen 7. Nak menonton Liverpool beraksi" jelas Nami sambil kedua rakannya yg lain menganguk-angguk.
"Eh, Hakim mana tayang game liga bawahan la. Rugi la bisnes dia. Npower Championship ni better korang tengok kat rumah je. Kebanyakan kedai tak pasang. Muzium mungkin pasang" tambah Fairos lagi. Ktiga-tiga Kopites itu berlalu pergi dengan muka kecewa namun masih sempat meneriak YNWA tanda cinta mereka terhadap Liverpool.
Walau disaluran apa pon Liverpool beraksi, ingatlah, saingan Npower Championship ini bakal menentukan keupayaan sebenar Brendan Rodgers; adakah kejayaan mengemudi Swansea di Npower Championship 2010/11 hanyalah nasib semata-mata atau memang beliau adalah pengurus liga bawahan yang unggul; seunggul Liverpool.
Labels:
liverpool di liga bawahan
Subscribe to:
Posts (Atom)




