Tuesday, February 19, 2013
What The Fark is That?
Baru baru ini satu cerita hangat kejap kat media sosial. Pasal peminat Bristol City kutuk bendera Malaysia masa game lawan Cardiff City. Peminat Bristol City chant ' What the **** is that? ' kat bendera Malaysia kat Stadium Cardiff. Panas kejap isu ni. Ada fans dari Malaysia yang punya maki hamun kat page FB dan Twitter Bristol City. Yang admin page tu pun bakar line lagi. Memang panaslah.
Kenapa benda ni jadi sebenarnya? Well, football banter tu part and parcel dalam bola sepak. Macam kita kutuk team lawan bila ada game. Bagi yang dah lama berkecimpung dalam bola sepak, mesti dah faham benda ni. Penyokong Bristol sebenarnya kutuk Cardiff sebab diorang anggap Cardiff sebenarnya menjual identiti dan tradisi kerana duit. Tengok jelah bagaimana logo dan jersi Cardiff ditukar oleh owner kerana katanya nak ikut fengshui.
Benda ni kadang merogol minda juga. Adakah kita sanggup meninggalkan dan mengabaikan tradisi demi kejayaan? Hari tu masa Johor FC kena ambil alih, marah juga supporter Johor FC. Samalah macam kes Cardiff ni. Kalau diorang promoted ke EPL, agak agak bising lagi tak? Orang kata bola ni sukan rakyat, kira penyokong adalah antara kuasa utama dalam bola. Kiranya tiada penyokong, tiadalah pasukan. Tapi zaman sekarang, tiada wang, tiadalah pasukan nampaknya. Berapa ramai je yang boleh dikira penyokong tegar? Berapa ramai je yang sanggup fight untuk tradisi nak banding dengan glory hunter? Bila team dilimpahi pemain bintang dan berjaya, secara tak langsung penonton datang ke stadium. Betul atau tidak? Dalam dunia kapitalis ni, pemain ke-12 ni dah bertukar jadi owner/duit.
Tapi sebenarnya kita duk bising pasal Bristol City dengan Cardiff City ni, kita jenguk ke tidak pasukan negeri kita kat Stadium? Sibukkan yang beribu batu sana, yang depan mata abaikan. Perjuangkan isu beribu batu sana, yang depan mata caci maki juga kadang kadang. Caci maki sayang katanya. Sayang katanya, tapi stadium tak turun pula. 'Sayang' sungguh.
Tuesday, February 5, 2013
Yang tersirat di sebalik kes Nazmi Faiz
Isu Nazmi popular di media dan laman sosial. Semua orang terkejut dengan apa yang berlaku. Pemain yang dikatakan 'Wonderkid' dan bakal tonggak utama negara telah membuat satu keputusan yang membuatkan majoriti rakyat Malaysia terpana. Siapa yang tak terkejut bila dengar Nazmi quit dari SC Beira Mar dan join PKNS.
Isu ni sebenarnya bermula dari tweet nazmi sendiri. Segalanya bermula bila Nazmi tweet meroyan di malam hari. Mungkin dia tak sedar dia ramai followers. Semua pun terkejut baca tweet meroyan dia kepada makwe dia.Habis semua dia sebut, sampai nama Aidil Zafuan pun dia sebut. Tapi aku tak nak sentuh banyak pasal isu tu sebab itu wartawan hiburan dah sentuh banyak. Korang carilah sendiri kat majalah mana-mana. Adalah tu.
Pasal perpindahan Nazmi ni ramai yang pening sebenarnya. Masa mula mula cerita ni keluar, ada yang kata dia loan 6 bulan je sebab dari awal memang dah ada agreement kononnya dengan Beira Mar. Katanya Nazmi memang akan di loan kan balik untuk bermain dengan pasukan Malaysia untuk pertandingan di bawah AFC. Tapi, hakikatnya perjanjian yang aku tau adalah Nazmi akan dilepaskan untuk Sukan SEA, itupun hujung tahun ni. Apa pertandingan yang ada? Kalau ada pun, adalah Kelayakan Piala Asia untuk skuad senior dan Latihan di Australia untuk Harimau Muda. Takkan untuk kelayakan Piala Asia dia dilepaskan untuk 6 bulan. Nonsense. Kemudian, baru keluar berita sebenar. perpindahan Nazmi ke PKNS bukan pinjaman, tapi tetap. Nazmi sign kontrak dengan PKNS untuk 3 tahun dan takkan kembali ke Portugal lagi.
Maka, semua spekulasi pun keluar. Ada yang kata ejen Nazmi lipat dia, ada yang kata SC Beira Mar tak ada duit, ada yang kata dia dibayar murah oleh Beira Mar hingga minta dilepaskan. Rumours pasal Beira Mar bayar dia 500 euro sebulan dan dia tak mampu bayar sewa rumah hingga dihalau keluar dan terpaksa menumpang di rumah rakan sepasukan.
Ok, ini maklumat yang aku dapat dari sumber sumber yang boleh dipercayai. Nak percaya atau tidak ikut korang. Pasal kononnya Nazmi dibayar 500 euro sebulan itu tak betul. Nazmi dibayar lebih dari itu dan agak lumayan, tak perlu aku bagitau berapa. Di sana Nazmi tinggal di rumah yang agak besar, tapi berseorangan. Tiada isu kewangan di situ. Kononnya Beira Mar melepaskan Nazmi kerana masalah kewangan juga boleh ditepis kerana untuk mengatasi masalah kewangan, kelab akan menjual pemain bintang mereka yang mahal, bukan pemain dari akademi. Dari sumber aku di Portugal (betul, tak tipu) peminat SC Beira Mar sukakan corak permainan Nazmi dan melihat Nazmi sebagai tonggak masa hadapan mereka. Ini bukan ayat nak sedapkan hati peminat Malaysia, tapi penyokong Beira Mar dikhabarkan marah dengan pihak pengurusan SC Beira Mar kerana melepaskan Nazmi. Satu je aku boleh cakap dan korang rumuskan sendiri, bukan SC Beira Mar yang nak lepaskan Nazmi.
Dari semua info yang aku dapat, aku boleh katakan mental Nazmi tak cukup kuat. Untuk seorang remaja berumur 18 tahun, pastinya sukar untuk beliau berseorangan di Eropah. Tinggal seorang di rumah besar? rata-rata remaja Malaysia yang berpindah ke negeri lain pun boleh jiwa kacau, apatah lagi seorang budak yang berumur 18 tahun dan pergi ke Portugal dan tinggal berseorangan. Carlos Tevez dan Fabricio Coloccini pun boleh home sick, apatah lagi Nazmi. Jesus Navas punya homesick dulu lagi teruk, sampai nak main away game pun susah dan dia tolak panggilan ke Skuad Kebangsaan Sepanyol. Apakah tiada orang yang membimbing Nazmi di sana? Bagi aku, sepatutnya ada. Pentingnya seorang father figure untuk membimbing Nazmi di sana. Cristiano Ronaldo masa dia masuk Manchester United, dia ada Alex Ferguson dan Carlos Queiroz untuk jadi father figure dan bimbing dia. Kalau bukan pengurus atau staf kejurulatihan, pemain pun boleh main peranan, sama macam Cristiano Ronaldo buat dengan Nani dan Anderson masa diorang pindah ke Manchester United. Jesus Navas pulak, pengurusan Sevilla bawak dia ke sesi kaunseling dan bantu hilangkan homesick dia. Sekarang dia dah okay. Nazmi sebenarnya sunyi di sana. Itu yang jiwa kacau, ditambah lagi dengan masalah peribadi. Mungkin silap SC Beira Mar sebab tak detect benda ni atau Nazmi yang pendam sendiri.
Sekarang, kita hanya ada Fakri di Liga Portugal, Tam Shean Tsung di Shanghai Shenhua dan bakal ke Jepun adalah Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam. Semoga mereka tak sia siakan peluang ini dan dapat tingkatkan diri masing masing. Kita juga dah boleh berhenti mencemuh dan mengkritik Nazmi, tak membantu apa pun. Berikan dia bimbingan. Naikkan balik semangat dia. Ya, mungkin apa yang dia lakukan itu bodoh, tapi dengan mencemuh dia, itu tidak akan memperbetul apa yang telah berlaku. Mungkin suatu hari Nazmi akan dapat lagi peluang macam tu? Kita takkan pernah tau. Kita perlu terus membimbing dia dan harap dia akan mampu membantu skuad Harimau Malaya untuk capai kegemilangan.

Wednesday, January 23, 2013
Twitterbola di Malaysia
Ramai dari korang mesti pengguna laman sosial. Tak kiralah pengguna tahap addicted macam aku atau suam suam kuku. Tak kiralah Facebook atau Twitter, ramai antara kita mesti ada laman sosial. Siapa tak ada akaun fb atau twitter dalam zaman ni dah macam ketinggalan sebenarnya. Dengan handphone yang canggih seperti Blackberry, android mahupun Iphone, semuanya mudah di hujung jari. Nak update status kat facebook atau tweet sangat senang sekarang. Fenomena ini turut dirasai dalam bola sepak.
Apa yang aku nak cakap kali adalah pasal bola sepak dengan media sosial. Of courselah lebih kepada Bola Malaysia. Kalau kita tengok di media sosial ni banyak benda sebenarnya yang dah berlaku dalam bola sepak Malaysia. Contoh paling mudah adalah seperti perang TSAM dan TMJ yang berlaku di FB. Tapi sebenarnya antara pihak yang bijak menggunakan laman sosial adalah TSAM. Tengok cara dia promote game, bagi pendapat dan banyak lagi melalui FB. WALAUPUN DIA UPDATE MACAM TAK RETI TAK GUNA CAPSLOCK,tapi tetap berinformasi. Juga Safee Sali di FB. Well, mungkin sebenarnya yang update adalah pengurus beliau, Zack Rahim tapi tetap, ia memberikan input yang bagus terutamanya perkembangan beliau ketika di Indonesia dulu.
Kita lihat pula di twitter. Ini masalah. Jika dilihat, kebanyakan pemain bola sepak di Malaysia, samada pemain kebangsaan atau negeri tidak banyak berkomunikasi dengan peminat di laman maya.Di twitter, mereka lebih gemar RT (Retweet) tweet pujian dan omong kosong seperti ' Hari ni nak pergi Giant, nak beli apa eh letak dalam peti ais?". Kadang kadang semak juga sebab bilangan RT tu banyak dan majoriti dari peminat wanita. Bukan nak kata ia suatu kesalahan, tapi mereka tidak sedar betapa laman sosial itu lebih banyak fungsinya. Sebagai contoh, jika kita bandingkan cara tweet pemain kita dengan pemain luar negara, jauh bezanya. Pemain luar negara sering memberikan input yang menarik dalam tweet mereka,samada berkaitan dengan bola sepak atau tidak. Mereka juga membantu dari segi kebajikan dengan menyebarkan mengenai badan kebajikan atau meminta bantuan orang ramai membantu menyumbangkan kepada badan kebajikan yang mereka sertai. Antara contoh pemain yang bagus menggunakan twitter adalah Rio Ferdinand dan Joey Barton. Walaupun Joey Barton perangainya macam setan, tapi tweetnya berisi juga. Satu info yang menarik yang aku dapat dari seorang rakan adalah dulu seorang pemain Malaysia pernah dijemput untuk menjadi duta untuk satu badan kebajikan tapi hingga sekarang tidak memberi respond. Jika di Malaysia, adalah lebih berbaloi follow twitter jurulatih berbanding pemain seperti Coach Ong Kim Swee dan Peter Butler. Pemain Malaysia sukar menerima kritikan di twitter, bila kita tweet kritikan dia akan kata 'Kalau kau pandai kau main sendirilah!'. Anda tau siapa.
Dari segi penggunaan media sosial ni sebenarnya boleh kita tahu perwatakan dan cara berkomunikasi seseorang. Ramai antara pemain kita lemah dari segi komunikasi. Samada dari segi berkomunikasi dengan media, mahupun peminat. Mereka perlu ingat, sebagai pemain bola sepak, mereka juga boleh dianggap sebagai public figure, terutamanya yang menjadi pemain kebangsaan. Impak mereka terhadap komuniti itu besar. Bagaimana mereka mahu membantu jika mereka lemah dari segi komunikasi? Jika di laman sosial pun tak reti nak berkomunikasi, bagaimana mereka mahu menghadapi soalan dari media atau apabila bertemu dengan peminat di dunia sebenar? Setiap pemain perlu belajar dan mungkin mengambil kelas komunikasi untuk meningkatkan keupayaan diri. FA mungkin boleh menyediakan kelas untuk mereka atau rajin membuat event di mana pemain dan penyokong bergaul dan beramah mesra untuk mewujudkan komunikasi dua hala selain membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. Dari segi ini, aku memuji usaha yang dilakukan oleh T-Team yang banyak mengadakan event untuk komuniti.
FA dan Kelab perlu ingat, pemain merupakan duta mereka. Jika pemain mampu berkomunikasi dengan baik, ia akan menjadi satu plus point kepada mereka dari segi marketing. Tak kiralah di dunia sebenar atau laman sosial. Peminat terutamanya anak muda ramai yang mempunyai media sosial. Ilmu ini sebenarnya berguna menjangkau karier bola sepak mereka. Ia mampu digunakan di kemudian hari apabila mereka bersara atau mungkin tercedera hingga terpaksa berhenti bermain bola sepak. Mereka boleh gunakan ilmu komunikasi ini untuk menjadi duta kelab, pegawai media,wartawan mahupun pengulas bola sepak. Ini sering dilakukan di England di mana pemain mengambil ijazah dalam bidang komunikasi dan apabila bersara masih mampu berkerja sebagai pengulas mahupun wartawan sukan. Taklah kita asyik dengar Hasbullah Awang tersasul nama atau ulasan Zainal Rawop yang membosankan itu. Terima kasih.
Monday, January 14, 2013
Kenapa MU vs Liverpool dan bukan Lions vs Selangor?
Melihat di laman sosial pada hujung minggu yang lepas, apa yang menjadi sebutan? Sabtu dipenuhi oleh cerita perhimpunan dan Ahad dipenuhi bola sepak. Perlawanan apa yang menjadi sebutan minggu lepas? Manchester United vs Liverpool dan Arsenal vs Manchester City. Bukan time weekend je game ni hype, bahkan dalam tempoh seminggu itu, penyokong MU dan Liverpool terutamanya dah mula bercakap mengenai perlawanan ni. Bukan setakat tu, perlawanan ni sebenarnya dah di tanda dalam kalendar oleh peminat masa jadual liga keluar lagi.
Kenapa aku cakap pasal game ni? Mudah. Dalam minggu yang sama, kita ada game Liga Super Malaysia juga. Kita ada Lions vs Selangor,T-Team vs Kelantan dan Perak vs JDT. Antara ketiga-tiga game itu, Lions vs Selangor pastinya yang paling panas. Tapi kenapa tiada hype pasal game tu? Bukan setakat dari peminat, bahkan dari media. Media di Malaysia lebih menghangatkan perlawanan MU vs Liverpool berbanding liga Malaysia.
Selama ini FAM,Media dan peminat di Malaysia mendewa dewakan EPL. Saban tahun dibawa masuk kelab dari EPL untuk friendly dengan pasukan kebangsaan. Saban tahun juga FAM mengatakan kita boleh banyak belajar dari EPL. Tapi, apa yang telah mereka pelajari dari EPL?
Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari dari EPL. Kenapa EPL? Sebenarnya banyak lagi game menarik di Eropah. Kita ada El-Classico, Milan derby di Italy dan pastinya ada perlawanan yang juga menarik di Bundesliga dan Ligue1 Perancis, tapi antara semua perlawanan itu, yang boleh menyaingi kehangatan perlawanan MU vs Liverpool adalah El-Classico. Ya, mungkin perlawanan ini menarik, tapi apa yang menjadi sebab utama ia menjadi sebutan adalah bagaimana Media di England menghangatkan dan brand kan perlawanan tersebut sebagai must-watch setiap musim. Media di England bijak memainkan peranan dalam menghangatkan perlawanan, mereka bijak dari segi branding dan Marketing. Sebagai contoh, sebelum Man City dibeli oleh jutawan, berapa ramai yang ambik port pasal Manchester Derby selain dari peminat MU dan MC? Kini Manchester Derby juga menjadi sebutan dan perlawanan yang dinanti, bukan setakat oleh peminat kedua-dua pasukan, tapi juga peminat pasukan lain di seluruh dunia. Match View dianjurkan di serata dunia, dihangatkan di laman sosial bahkan boleh sampai tahap nak bertumbuk. Kepakaran Media hype di England ni, sampai tahap Midlands derby, Tyne-Wearside derby pun boleh sampai jadi macam perang.
Kenapa benda ini tidak dilakukan untuk liga Malaysia? Bukan tak ada sebenarnya, ada. Tapi hanya bila Final Piala Malaysia,Piala FA dan mungkin final perlawanan yang disertai Malaysia. Media di Malaysia dan FA tidak bijak dari segi rangka promosi. Bukankan perseteruan Lions dan Selangor antara yang terkenal di Malaysia? Jika tidak, takkan saban tahun ada Piala Sultan Selangor? Ya,mungkin kerana Lions bukanlah sebenarnya Singapura, tapi bukankah semua pemainnya merupakan pemain pasukan kebangsaan dan U23 Singapura? Mengapa tidak dijenamakan dan dipromosikan? Kini kita ada JDT. Sekejap je JDT ni dipanaskan, tapi lepas tu senyap. Selepas ini JDT jumpa Kelantan, banyak sebenarnya point yang boleh dinaikkan oleh media. Kes Mat Yo, TSAM vs TMJ, Juara treble vs Dream Team dan banyak lagi.
Sebenarnya media di Malaysia bukan tak boleh buat benda ni. Sebenarnya Media Malaysia pandai juga buat propaganda, tapi ia hanya menjurus kepada berita Politik. Apakah tiada wartawan dan editor yang berkaliber yang mampu menghangatkan Liga Malaysia? Kenapa biasanya hangat-hangat taik ayam? Kalau berita BN vs Pakatan sentiasa panas walaupun PRU jauh lagi. Apa salahnya kepakaran dari segi propaganda tu diselitkan ke Liga Malaysia. Liga Malaysia dah dijenamakan ke Liga Super, tapi tiada yang Super dari segi Promosi dan kepakaran media. Adakah ini salah Media yang mendewa-dewakan Liga Inggeris atau FA ( FAM dan FA Negeri) yang bodoh sombong dan tidak media friendly? Apakah FA tidak ada PR dan orang yang bijak pandai dari segi marketing untuk menjenamakan pasukan? Cukupkah sekadar menggunakan sentimen kenegerian? Sampai bila nak guna sentimen kenegerian? Dah sampai masa setiap FA termasuklah FAM ada department khas untuk menguruskan bahagian promosi dan propaganda. Siapkan ejen propaganda untuk menghangatkan perlawanan. Perlawanan yang hangat dan panas pastinya menarik minat penonton sekaligus menaikkan jualan tiket dan menarik penaja. Aku pun boleh fikir benda ni,takkan FA tak boleh? Bodoh.
Sementara itu Presiden FAM masih tak nak letak jawatan. Saya pejuang katanya.
Wednesday, January 9, 2013
Luaskah kuasamu Johor?
Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim FC semalam tidak perlu diulas panjang. Dari Banjaran Titiwangsa ke Banjaran Himalaya, dari Gunung Tahan ke Gunung Fuji, dari Kuantan ke Malaga, angin sudah membawa perkhabaran keangkuhan Pahang ke seluruh dunia. Keangkuhan yang dinilai bukan melalui duit tapi keangkuhan sejati yang dinilai melalu mutu permainan yang berseni dan menarik.
Bukti keangkuhan Pahang dapat dilihat pada separuh masa pertama apabila sewenang-wenangnya memberikan pihak lawan kelebihan dua gol. Ini bukan kesilapan, ini adalah taktik. Taktik yang penuh dengan muslihat memperdayakan penyokong Johor dengan memberikan mereka harapan yang tinggi. Ketika Matyo meraikan jaringannya, rakyat Pahang hanya tersenyum. "Mentah", kata semua rakyat Pahang dalam hati.
Masuk separuh masa kedua, penyokong Johor yang datang dengan baju subsidi ke Stadium Darul Makmur terdiam, pemain Johor yang kononnya bertaraf bintang terdiam, Fandi Ahmad terdiam, TMJ terdiam, rakyat Johor terdiam. Mereka terdiam kerana baru mengenali tentang seni bola sepak sebenar yang ditunjukkan oleh Pahang. Dalam diam-diam mereka mula mengidolakan permainan Pahang. Rakyat Pahang pula hanya tersenyum nipis.
Liga Super Malaysia baru sahaja bermula. Dan rakyat Johor mula menyesal mengambil tahu tentang hal ehwal bola. Kami dari Pahang hanya mampu mengatakan...
LUASKAN KUASAMU JOHOR TENGKOROK AOK!
Labels:
in sultan bolo we trust,
Leplep,
pahang,
Pahang Angkuh 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)