Kami di Sokerleaks sepakat mewujudkan satu segmen baru yang dipanggil Quoteleaks. Dalam segmen ini kami akan cuba untuk memaparkan quote dari setiap individu dari dunia bola sepak. Jadi kalau lu orang ada quotes yang best boleh hantar ke email kami di
sini.
Tak kisah la quote dari pemain ke,coach ke,fisio ke,WAGs,tukang bancuh air,budak milo,penyokong tegar,pakcik sapu sampah kat stadium asalkan ada kena mengena dengan bola sepak kitaorang terima. Siapa hantar quotes dari justin bibir memang gua carut tak cakap banyak.
Kalau boleh lu orang ulas sikit la pasal quote yang lu orang kasi tu,dalam satu dua perenggan pon dah cukup rasanya.Quotes yang kitaorang rasa menarik akan dipaparkan di blog ini dan jika lu seorang makwe peluang lu lebih cerah. Keh Keh Keh.
Jadi gua merasmikan segmen ini dengan quote pertama.
I'm a fan myself and I'm frustrated just as much as them when we get beat. - Steven Gerrard
Jadi fans Liverpool jangan sedih sangat,Steven Gerarrd memahami lu orang..
Additional Time : Leaks terbaru,salah seorang pengulas kami yang suka lompat team iaitu Nama Nami mengisytiharkan yang beliau kini seorang penyokong Liverpool dan apa yang gua cuma boleh katakan,"Lu akan menyesal Nami".